Wednesday, 23 June 2010

ARAK HALAL : YB ZUL KULIM !


Dipetik dari blog : YB Zul Kulim

ARAK HALAL?
21 June 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 6:55 PM 0 komentar
Label: Arak, Judibola


Salam 2 all.

Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan kenyataan mengenai "fatwa" (sebenarnya kenyataan) yang dikeluarkan oleh YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 19.11.1992 mengenai lesen arak di Kelantan. Menurut YB Wee Choo Keong, YAB Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan saperti berikut:

"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya".

Dua tahun selepas itu, iaitu pada 26.11.1994, semasa timbul isu mereka yang mengkritik pengeluaran lesen arak di Kelantan dan pengambilan hasil cukai arak oleh Kerajaan Kelantan, YAB menjawab,

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?".

Mengikut statistik, sebanyak 40 lesen arak telah dikeluarkan di Kelantan setakat ini.

Dan kita semua tahu, arak itu adalah "ummul qoba-is"-ibu segala maksiat!!

Persoalan yang ditimbulkan dalam Dewan Rakyat ialah, kalau hasil arak boleh diambil dan digunakan oleh Kerajaan Kelantan untuk pembangunan, mengapa hasil cukai judi tidak boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk tujuan yang sama?

Dan persoalan kedua yang dibangkitkan, mengapa Pakatan Rakyat membantah pelesenan judi bola dan pengambilan hasilnya oleh Kerajaan Pusat sedangkan lesen arak dibenarkan dan hasil cukainya diambil dan digunakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat?

Persoalan-persoalan diatas menimbulkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat mengamalkan sikap double standard. Untuk Pakatan Rakyat boleh, tapi orang lain tak boleh! Untuk mereka halal, untuk orang lain haram!

Apa yang mengejutkan saya, semasa isu dibangkitkan oleh YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju), ada dikalangan badut-badut ingusan berkata "arak lain, judi lain"!? Ada yang lagi teruk mengatakan "arak dihalalkan oleh agama lain, tapi judi diharamkan!?".

Pada saya, arak dan judi sama sahaja hukumnya haram. Malahan arak lebih serius kerana ianya "ummul qoba-is"-ibu segala maksiat. Samada judi atau arak, kerajaan pusat atau negeri sepatutnya mengambil langkah menghapuskannya samasekal, bukan memperlesenkannya. Mencegah lebih baik daripada mengubat.

Saya telah mengambil pendirian jelas dan tegas dalam isu lesen pertaruhan bola ini. Bagi saya, memperlesenkan pertaruhan bola ini tidak sepatutnya dibenarkan.

Sukan tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan. Sukan adalah sukan.

Tanggungjawab Kerajaan, pusat atau negeri, bukan memperlesenkan judi atau arak, tetapi hendaklah ianya dibenteras. Memperlesenkan judibola atau arak samalah dengan menggalakkan aktiviti judi dan arak.

Kelak nanti satu hari sukan bola akan dikaitkan dengan judi, sama saperti sukan lumba kuda. Sedangkan riadhah berkuda adalah sunnah Rasulullah!

Begitu jugalah arak. Arak ini ibu segala maksiat. Memperlesenkan arak samalah dengan menggalakkan peminuman arak. Kalau peminum arak dikalangan bukan Islam nak minum, biarkan mereka minum dirumah mereka,atau ditempat persendirian mereka. Kita (maksudnya orang Islam) tidak boleh menghalang bukan Islam minum arak, dan kita tidak sepatutnya mengambil keuntungan atau hasil kewangan daripadanya.

Disinilah maksud saya apa juga pendirian atau wadah politik kita, Islam mesti didahulukan. Kalau sesuatu itu bercanggah dengan Islam, ia tetap bercanggah tidak kira di wadah mana kita berada. Kita mesti berani menyatakan yang haram itu haram, yang halal itu halal. Satu aqidah pelbagai wadah. Inilah namanya istiqomah. Sebab itu kita berdoa "aamantu billah, summastaqim". Aku beriman dengan ALLAH, dan aku beristiqomah.

Yang paling saya kesal sudah muncul segelintir suara-suara sumbang yang mencari alasan dan justifikasi untuk menyatakan hasil arak itu halal, tapi hasil judi itu haram. Siap dengan beralaskan ayat quran dan sunnah. Astaghfirullah, ramai yang mengurut dada mendengar pak-pak janggoat ini mempermain-mainkan agamanya.

Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan semua pejuang dan aktivitis Islam marilah kita kembali kepada perjuangan Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kita boleh berada dipelbagai wadah, tetapi biarlah satu aqidah.

Wassalam.



Zulkifli Bin Noordin
Isnin
08 Rejab 1431
21 Jun 2010



Penghuni Gua : Arak PAS aje yang halal untuk bukan islam menikmatinya. Sesiapa nak minum arak bagi tujuan kenikmatan , maka pergilah ke Kelantan.

Nota : Puas juga baca dan search dalam Google, tak ada pun sepatah perkataan dalam Bible dan kitab Buddha yang membenarkan penganutnya meminum arak. Ada juga terbaca bahawa perkara-perkara yang memabukkan dan memberi keburukan kepada badan diharamkan oleh Buddha dan Bible. 2 Paderi dan seorang sami telah PG tanyakan mengenai perkara ini semalam. Tetapi jawapanya sama. Diharamkan oleh Buddha dan Kristian. Juga PG tel Persatuan Hindu Sanggam di KL. Jawapannya serupa juga. Sebab itu ketiga mereka mengatakan , mereka bertiga pun tidak pernah minum arak.......................Entahlah kalau arak Kelantan halal untuk bukan islam bagi kenikmatannya. Entah lah PaK Nik!!! Mungkin Pak Nik dapat fatwa ini dari ustat Ronnie Liu di Selangor kot!!!!!

10 comments:

  1. Dari dulu lagi dah ramai Islam sesat. Sekarang ni semakin bertambah. Depan orang kata tak boleh, belakang kata boleh. Dah ramai sangat orang alim yg sesat dan menyesatkan.

    Teringat ketua ajaran sesat yang ditangkap semasa sedang menikmati sarapan dibulan puasa hehehe..

    ReplyDelete
  2. SOALNYA KENAPA TIADA ORG2 UMNO YG MENGELUARKAN KENYATAAN SPT INI...UMNO SENTIASA MENGHARAPKAN NYAWA DPD MP2 BEBAS NI BUAT KENYATAAN...YG HERANNYA DULU MP2 BEBAS NI PUN SAMA2 SOKONG APA YG DIBUAT OLH RAKAN2 MEREKA...TAPI BILA MEREKA TIDAK MENJADI RAKAN KONGS LAGI MEREKA HENTAM BALIK BEKAS RAKAN MEREKA...HIPOKRIT...


    MANA DIA ULAMA2 UMNO, ORG2 UMNO YG BERANI BUAT KENYATAAN SEBEGINI?..ASYIK2 HARAP KAN MP2 BEBAS...LEMAH SUNGGUH UMNO!!!

    MP BEBAS NI UMNO JER YG SOKONG DIA...ORG LAIN MELUAT TENGOK MEREKA, USAHKAN NAK PERCAYA, NAK TENGOK MUKA PUN MACAM TAIK!!

    ReplyDelete
  3. muka taik tu la yg sedarkan puak2 pas dari candu nik aziz.

    skrg puak2 pas dah termalu bebb....

    tu laaa tak baik mengata umno.

    satu jari tunjuk umno 4 jari tunjuk diri sendiri.

    jai

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Anon 23 Jun 2010 1134,

    1 Siapa ulama'? Dialah orang brilmu sluas, lautan, mulia, amanah & ikhlas sbagai pwaris para Nabi [ilmu & prilakunya], yg [jika tntang agama [lslam]], trus masuk langsung ke tngah2 khidupan msyarakat brsama umat; yg dgn ilmu & prilakunya [wara'] mmbimbing umat; juga tegas, ikhkas & berani mmuhasabah/ mmpringatkan/ mngoreksi pemerintah spya mnjalankn pmerintahn utk mngurus kehidupn rakyat & negara hanya di atas printah2 & larangan2 Allah [syariat]. Dia benar2 berjuang demi mmpstikan yg dsampaikannya itu benar2 brlaku, walau disisih & dsiksa krana ideaslismenya.

    2 ltu ciri & kerja para ulama' besar dahulu yg swajibnya jadi ikutan ulama2 skarang, krana mreka adalah pewaris ambia'; ikut langsung dlm realiti mengatur khidupan umat. Ulama2 besar spt lmam Ahmad Hanbal, lmam Malik, lmam Ibn Taimiyyah, dsb. siksa hidup mreka dlm prjuangan semata2 demi mnjadikan lslam pegangan mreka itu mnjadi pegangan pmerinatah & pegangan umat. Mreka pastikan lslam djadikan ideologi kehidpan oleh negara & umat. Sbab itu ramai antara mreka mujtahid mutlak.

    3 Begitu yg sewajarnya. Tapi tdak bgitu skarang.

    4 Ulama' yg ada skarang trpecah dlm dua kelompok. Satu; yg hilang kelayakan sbagai ulama, krana tidak ambil pusing urusan khidupan umat [politik]. Mreka duduk dlm alam yg trasing, yg trpisah dari umat, alam dekaden ilmu & teori. Mreka mlihat realiti politik skarang sbgai kotor, najis, kufur, tdak lslamik. Mreka pun tinggalkan politk [urusan kehidpan], lalu skadar jadi pngumpul & pnyampai ilmu mlalui nasihat2, psanan2, pringatan dlm kuliah2 dsb. Slogan mreka: 'Ana orang agama, bukan orang politik'. Walhal ini slogan para gerejawan, para Selukaris, yg memisahkan agama dari kehidupn. lslam mngurus khidupan, krana ia ideologi. Fungi besar ulama' ada di sini. Tapi, mreka tidak lakukan itu. Mreka ini cuma skadar jadi muta'alimin, bukan ulama'

    5 Satu klompok lagi; ulama' yg msuk politk, tapi politk arus Machiavellik-selular yg brjaln skarang; politk yg bukan pun utk mgegakkan syariat Allah sbagai ad-deen, sstem khidupan yg kaffah. Dlm klompok ini ada ramai ulama suu' - yg mnjual agama utk dunia yg smentara ini. Kpd pmrinmtah zalim & faiq pun mreka brsikap tak apa, bahkan stuju. Anda tahu mreka brada di mana bukan..? Kalau mreka mnjadi pmrintah pun itu jugalah lagunya; demi redha dunia, bukan utk redha Allah. Walhal, di dlm al-Quran Allah sndiri mngiktiraf bahawa; ulama adalah antara orang2 beriman, hamba2-Nya yg sangat takut & taat kpd-Nya. Namun, apakag dia 'ulama' atau apakah dia 'ulam lemak'.. itu bezanya..

    Wallahu al'am.

    Abufaiq

    ReplyDelete
  5. e'eleh...
    yg lu org kecoh2 apahal?
    lantak p la dgn dorg
    nak minum arak ke judi ke apa lancau ke
    kubor lain2 ma...
    yg lu org menyalak2 blkg ni apa faedahnya?

    ReplyDelete
  6. kubur masing2.dibuatnya kau ditanam sebelah aku dan bila kau kena balon menjerit melolong boleh mengganggu aku dan jiran lain tau tak! Aku ni jenis kuat simpati pada orang yg kena balon tapi nak tolong camne? Yg balon tu kalau Mike Tyson maseh berani aku try. Malaikat beb...

    ReplyDelete
  7. jika dikiaskan, lesen judi biarlah untuk orang bukan islam sahaja.lantak merekalah nak berjudi. Hasil dari cukai judi boleh menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. bagus jugalah kepala otak PAS. Bagi jugalah lesen hisap dadah, lesen pelacuran kepada orang bukan Islam untuk orang bukan islam. Adalah bajet buat jambatan bengkok.

    ReplyDelete
  8. PADA ZUL TU, SEMUANYA HALAL!!! TAIK PUN DIBAHAMNYA!!

    ReplyDelete
  9. Apa gunanya nenek moyang orang melayu bersetuju berikan kerakyatan kepada pendatang orang india dan cina jika bukan kerana bagi memperlembagaankan keistimewaan orang melayu. Bagi free aje ke? Perjuangan nenek moyang kita agar melayu tidak diperlekehkan ditanah airnya sendiri, Sudahlah keretapi tanah melayu di hilangkan nama tanah melayu, persekutuan tanah melayu dihilangkan perkataan tanah melayu, kini mempersoalkan pula keistimewaan orang melayu. kemudian keistimewaan agama islam, kemudian keistimewaan raja-raja melayu - masaalah ada pula segolonganorang melayu yang dah hidup senang mulut celupar, melayu tak perlu tongkat - keistimewaan orang melayu bukan tongkat, itu tanda ketuanan orang melayuu ditanah melayu - nak cakap manapun itu lah maksudnya.

    ReplyDelete