Tuesday, 15 June 2010

BANTAH JUDI SUKAN HANYA POLITIK : TUN MAHATHIR !



Dr M setuju beri lesen pertaruhan sukan
Jimadie Shah Othman
Jun 14, 10
1:36pm



Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak,"
katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Beliau mempersoalkan kenapa PAS lantang menentang judi sukan di negara ini kerana terdapat pelbagai lagi jenis judi lagi.

"Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.

"Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu hari ini, Dr Mahathir juga berkata masyakarat hendaklah mengakui, sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

'Kalau Melayu berjudi, tangkaplah'

"Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi.

"Tetapi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa," katanya menyokong cadangan kerajaan itu.

Tambahnya, orang Cina yang ingin berjudi tidak boleh dihalang bagi melakukannya kerana ia "hanya haram bagi orang Islam"

"Orang Islam jangan berjudilah. Kalau dia pergi berjudi, tangkaplah. Sama juga (bila) orang Islam tidak makan babi.

"Kalau orang bukan Islam hendak makan juga, itu hak dialah," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Betul Tun ! Mereka ini bantah judi bola hanya sebab politik, bukan kerana agama. Judi dibenar di negeri pemerintahan mereka. Lesen premis dikeluarkan juga. Lihat komen PG sebelum ini. di KLIK

2. Hanya sebab politik . Bukan kerana sebab agama. Nak ubah usul dan tambah usul dalam muktamar bagi haramkan semua judi pun tak berani. Nak hudud konon! Sudahlah!!!

3. Kepada penduduk Bachok, kirim salam PG kepada Awang Adek, " Judi haram di sisi islam ".

14 comments:

  1. e'eleh...
    politik pulak dah...
    kalau mcm tu wahai umat2 islam di malaysia
    jgnlah kite membantah sebarang tindakan yg dibuat oleh PEMIMPIN kita
    kerana nescaya ianya akan ditakrifkan sebagai politik semata2..
    oleh yg demikian..marilah kita bersama2 menyokong arak,judi,dan segala kemungkaran yg ada.
    MEMBANGUN BERSAMA UMNO-APCO!

    ReplyDelete
  2. Ada kebenaran kata Tun, tapi yang sebaik-baiknya kerajaan harus menyatukan semua syarikat-syarikat judi, tiada lagi lesen baru dikeluarkan, kuatkuasakan undang-undang melarang pembelian judi oleh umat Islam dan melarang penubuhan syarikat judi di kawasan majoriti Islam sebaik-baiknya memusatkan kawasan judi, hiburan, arak ke satu tempat jangan biar berterabur macam sekarang. Dalam masa yang sama beri pendidikan pada rakyat tentang bahaya judi dan arak (liwat juga) sepertimana bahaya rokok pada kesihatan.

    ReplyDelete
  3. PG apa sudah jadi pada cadangan pemuda pas supaya haramkan semua judi di negeri2 pembangkang.

    retorik lagi la tu. adooyyy....nak muntah aku dengan PAS ni.

    jai

    ReplyDelete
  4. TAK HERAN KAULU HABAQ LAGU TU...NIH...TERUK LAGI

    (Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

    (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

    (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

    (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

    (Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

    .(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan

    kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

    ReplyDelete
  5. SALAM MAKAN TAIK BEWAK2 PEJUANG MELAYU......
    ( lebih koghang ngan salam 1 mesia jugak la )


    MEMANG APA YANG BEWAK TULIH TU BETUI....PAS MANA PANDAI MENEGA2 NI. KOHILAL SEJAK DITUBUHKAN 1986, RUGI TIAP TAUN. TADAK SATU TAUN PON UNTUNG.

    KOHILAL TAKLEH NAK CELENG KERAjaan BEWAK MENEGA. NEGAGHA MAJU 2O2O AKAN JADI KENYATAAN JUGAK WALAUPON EKONOMI MALAYSIA MAMPUIH PADA TAUN 2019. KALU TAKDIQ MAJU....MAJU LA. SOAL EKONOMI MAMPUIH, RAKYAT TAKLEH MENTEKEDARAH NASIK, CEGHITA LEIN TUH.

    SANGAT BIJAK KERAjaan BEWAK NI, HUTANG NEGAGHA
    NEIK SAMPAI 300 BILION TAPI DOK BANGGA SUBSIDI HANYA 74 BILION. PATUT PON IDRIS JALA WAT STATEMEN 10 TAUN LAGI BANGKRAP.

    SANGAT BIJAK PUAK2 BEWAK NI URUS GHETA TABUNG HAJI. RAKYAT SIMPANG KAT TH UNTUK NAK PI NEIK HAJI, DEPA DOK MENEGA SAMPAI UNTUNG BERBILION RINGGIT KAT LADANG GETAH DI INDONESIA. TAPI BEWAK NI PANDAI JUGAK OTA DOK KATA KEBAKARAN HUTAN LA SABIK TH HAJI UNTUNG. UNTUNG JUGAK TABUNG HAJI SABIK DOK MELABUQ SALAH TEMPAT.

    BANYAK LAGI KALU ABANG NAK TULIH KEUNTUNGAN2 YANG DIJANA OLEH PUAK2 BEWAK NI SEPERTI PKFZ, SIME DARBI UNTUNG BERBILION DOLLAR KAT PROJEK BAKUN. KITA BULIH TENGOK LAGU MANA MAS, SYARIKAT PENERBANG KERAjaan MENCATAT KEUNTUNGAN BEGITU TINGGI TIAP2 TAUN.

    SABIK TU LA( ngan keuntungan yang begitu memberangsangkan) PUAK2 BEWAK TELAH MENURUNKAN KADAQ TOL, TARIF ELEKTRIK,REGA MINYAK, DAN SELURUH KOS HIDUP DI MALAYSIA TERENDAH DI DONIA. OLEH KERANA RENDAH KOS IDUP KITA TENGOK
    PELABUQ2 ASING BEREBUT2 SAMPAI TIDAK TERTANGGUNG NAK MAI MELABUQ KAT MALAYSIA. SABIK
    BEWAK LA MALAYSIA AKAN MAJU PADA TAUN 2020, SEHINGGA RAKYAT SEMAKIN BERPENDAPATAN TINGGI DAN MENIKMATI KOS IDUP YANG TERENDAH DI DUNIA.

    he he he
    gurau ngan puak2 bewak.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    1 Mari kita halusi mpmikiran sbegini utk tahu apa asanya:

    a] '...bantahan itu krana politik, bukan krana lslam..". Batul. Takkan DAP dukung lslam, & PAS iktiraf judi selain judi sukan [bola].

    b] '...dlm muktamar Pas ada cdangan spaya smua jnis judi dharamkan, tapi Pas tak hendak tolak"
    ...& Umno masih hendak judi krana blum prnah ada cadangan mngharamkan judi dlm muktamar Umno. Pmikiran sebgini diasaakan kpd; sesuatu itu boleh atu tidak brgntung kpd sama ada orang lain buat atau tidak, bukan krana adanya ketatapan syara'.

    c] '..kita kena asingkan soal politk dari soal agama' .. lni pmikiran sekularis tulen: agama & politik tak boleh brsama. Demokrasi mendukung ideologi ini. Bagi Muslim sbegini; dlm politik agama tak ada, politik seratus peratus. ltu bukan ideologi; politik 100%. lni kesimpang-siuran dlm mmahami kesempurnaan [totality] lslam. Spt; solat wajib, makan hasil [faedah] riba' bank [dgn ketetapan Bank Negara] tak apa.

    d] {judi] '.. hanya haram bagi orang lslam' ... ayat dlm al-Quran yg mana judi hanya haram kpd orang lslam. Al-Quran utk sluruh mnusia & jin, baik lslam atau kafir! Fungsi kerajaan adalah mnjaga semua rakyat [Muslim & bukan] drp sgala unsur krosakan & kmudaratan, trmasuk mmbanteras budaya judi.

    e] Babi? ltu hak dlm makan-minum bagi kafir yg dijmin olah lslam. Tapi dlm segi khidupan, ttap trtakluk kpd syari'at. Jika tidak, tak perlu ddakwahkan [bukan paksa] kpd mereka agar masuk lslam.

    Parah dbuatnya pmahaman sbenar umat trhadap lslam kalau pmikiran macam ini dicambah & disebarluaskan..

    Abufaiq

    ReplyDelete
  7. UMNO mahu lesenkan judi bola kerana 'politik' dan PAS pula menentangnya kerana 'politik'.

    Kalau kedua dua parti tersebut Islamik: Kerajaan di bawah tunjangan UMNO haramkan semua lesen judi dan PAS menyokong dan memperjuangkan semua pengharaman tersebut.

    Apakah mereka bersatu dalam isu ini?!! Jawapannya 'tidak' - Mereka tidak bersatu, mereka lebih berpolitik untuk kepentingan peribadi masing2.

    ReplyDelete
  8. ALOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU.......

    NIK AZIK MEMANG KAKI RASUAH....RASUAH BALAK,RASUAH NEIK HAJI, MALAH SEMUA RASUAH ADA KAT NIK AZIK. SABIK TU SELAMA DIA MENJADI MB HAMPIQ 20 TAUN, PITIH DIA ADA MELEBIH PITIH MAMAT BIN MAMAT TAIB YANG KENA TAHAN KAT BRINBANE OSTRALIA.

    KALU KITA PI GHUMAH DIA KAT PULAU MELAKA....FUUUUUUUUHHHHHH ISTANA DIA, MENGALAH
    TERATAK KADIAQ SHEH PADIAQ KAT KULIM, KEDAH.
    ISTANA NIK AZIK NI PAGAQ SAJA TAK TAQ LA BERAPA BILION DOLLAR, KRISTAL BEB....SAMPAI TAK NAMPAK PON.

    KALU BEWAK2 PI ISTANA DIA, DIA ANGKAT SENDIRI AYAQ TEH O NGAN SEKUT TAWAQ PAKAI GELAS BUNGA HADIAH TEH WANGI.

    NIK AZIK NI, OLEH KERANA TELAJAK KAYA, GAJI DIA, DIA AMIK 60% SAJA, SELEBIHNYA MASUK TABUNG SERAMBI MEKAH. ELAUN KERAIAN RAYA POSA SEBANYAK 15,000 RINGGIT SETAUN PON TAK AMIK JUGAK. KALU DAH TERLAJAK KAYA NGAN PITIH RASUAH, TAK AMIK PON TAK PA.

    KALU NAK TENGOK SESORANG TU KAYA @ TIDAK KITA BULIH TENGOK KETA DIA PAKAI. FUUUUHHHHHH.....
    KETA DIA RATUSAN RIBU JUGAK LA. JARANG ORANG PAKAI SABIK TAK MAMPU. NAK TAW...OPEL GEMINI TAUN 1977, JENIH KETA MEWAH JUGAK LA, SEMEWAH KETA ANUAQ MUSA YANG KENA RAMPAS KAT SPRM TU.

    OLEH KERANA TERLAJAK KAYA DAN KEDUDUKAN SANGAT MELIA, DIA PI HAJI PON PAKAI ORANG TAJA. KALU SEMUA ORANG BENCI KAT NIK AZIK, BUKAN SORANG DUA NAK TAJA NIK AZIK, MALAH BERPULUH.

    ITULAH SAJA KISAH NIK AZIK SEBAGAI BAPAK PERASUAH NEGARA.

    he he he
    gurau ngan puak2 bewak.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Kluangman,

    1 Mereka ini bersatu sebenar-benarnyanya - bersatu dlm menjunjung & memuliakan undang-undang sekular hadiah drp penjajah British, ciptaan Lord Reid & Co. itu. Kerana itu, pemikiran serosak ini yg sejak dari zaman penjajahan itu diasakkan ke dalam minda para pemimpin, didakwahkan dan disemarakkan, akhirnya menjadi pakaian basahan pula di dalam minda orang2 yg dipimpin. Dan mereka mamkainya dgn rasa ranggi; tanpa berasa berdosa dan bersalah sedikitpun.

    2 Walhal pemikiran2 beginilah yg memesongkan umat dari kesucian & kemurnian pemikiran lslam yg dituntun oleh Rasululhhah SAW ikutan mereka.

    3 lnsya Allah, marilah berjuang & meyonsong
    ke arah kebangkitan pemikiran lslami yg murni dgn menegakkan Daulah Khilafah Rashidah, kerana hanya dgnnya saja pemikiran umat lslam akan dikembalikan ke jalur asalnya - fikrah/tsaqafah lslamiyyah.

    Wallahu a'lam.

    Abufaiq

    ReplyDelete
  10. MAHATHIR CAKAP SPT ITU PUN SEBENARNYA HANYA CAKAP POLITIK JUGAK...

    MAHAHIR @ UMNO PUN 2 X 5 JER!!! CAKAP POLITIK

    ReplyDelete
  11. halalkan aje la
    jgn bantah2..nanti bg alasan politik plak
    wahai saudara2 seIslam ku
    biar ingkar dgn suruhan Allah s.w.t!
    tapi!jgn sekali2 anda ingkar terhadap pemimpin anda!jika tidak anda akan dicop sebagai pengkhianat negara!bangsa&agama!
    peganglah kata2 ini,nescaya anda akan selamat,senang,mewah&masyukkkkkkkk-di dunia....
    tetapi tidak di akhirat!!!

    ReplyDelete
  12. kita pergi mana2 negara pun ada judi...judi ada byk bentuk...yang penting sebagai org islam kita sepatutnya tahu bahawa judi itu Haram...jadi kenapa mau berjudi...janganlah beli nombor ekor...ataupun berjudi...kenapa susah sgtka nak faham????? JUDI DALAM ISLAM HARAM...tapi utk bukan islam kita x boleh larang...itu dah budaya mereka...takkan kita cakap dgn mereka JUDI ITU HARAM...jd yang BODOH DISINI TETAP ORG ISLAM YANG BERJUDI...klupun di Msia tiada perjudian yang berlesen...pasti ada yang ikut jalan belakang...ingat kata2 nie...JUDI HARAM BAGI ORANG ISLAM TAPI TIDAK HARAM BAGI ORANG BUKAN ISLAM....FAHAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  13. KENAPA TIDAK KITA GUNAKAN CUKAI JUDI UNTUK BUAT BENDA YANG BERFAEDAH....BELI SENJATA UTK ATM, KEBAJIKAN UTK ORG BUKAN ISLAM, YANG PENTING TIDAK BERKAITAN DGN ORG ISLAM...SALAHKAH? DUIT HARAM BAGI ORANG ISLAM TAPI HALAL BAGI BUKAN ISLAM...GUNAKAN LAH AKAL FIKIRAN YANG WARAS...JGN SEMPITKAN PEMIKIRAN ANDA...YG PENTING ORANG ISLAM JGN BERJUDI...FAHAM....

    ReplyDelete
  14. anon 15 jun 2010, 14:20,

    'Biar bermusuh dgn Allah, jangan khianat kpd parti atau ingkar kpd permimpin'... Orang2 macam dia nih dan geng2 dia dlm umCO dah lama dah pegang 'rukun' nih...Bagi mereka, ini rukun yang ketujuh, sebab yg enam itu tak berani juga mereka nak buang terus... pesong2kan sikit secara curi2 adalah; ikut kesesuaian - kekadang letak, kekadang bawak. [Mereka nak tipu Allah?] Bagi mereka nih, semakin kuat dipeluk rukun ke-7 ajaran jahiliyah nih, semakin banyak masyuuk... Dari Johor sampai Perlis, kiralah - yg kaya raya sampai ke skala mega; atau paling kurap pun kaya skala kampungan, yg hidup dgn menyonglap harta rakyat & negara terdiri drp puak2 inilah - pejuang2 slogan 'biar ingkar Allah, jangan ingkar parti & peminpin [kalau nak mudah hidup kaya & senang lenang]'

    lni legasi dlm kalangan pemimpin2 umCO - dari yg setakat ketua cawangan cabuk sampai yg dah ke Putrajaya. Ada yg kena tangkap di sebarang laut kerana membawa terlalu banyak duit tunai sampai kastam pun terkejut. Dah ada yg beli rumah mega di Holland Parks, London, kan? Ada yg punya rumah ketiga, keempat di California, Maldives, Australia... Harapkan gaji/alaun? Semua orang yg waras pun tahu - tak mungkin mampu..! ltu yg terkeluar cerita. Yg masih dlm gelap lagi banyak. Mereka saja yg tahu..[Meraka fikir Allah tak tahu]

    Nih nak peringatkan mereka nih.. Pikullah segala harta benda itu keliling seluruh Padang Mahsyar mencari setiap rakyat yg mereka rampas miliknya untuk minta halal bi halal..Berpuluh2 & beratus2 tahunlah mereka merayap, berkelana, sengsara & siksa. Kat dunia nih bolehlah upah berpuluh2 khadam. Tuh belum lagi sampai hisab mereka..! Semua nih ada dlm ajaran agama mereka & mereka pun tahu.. tapi buat sementara nih, mereka letakkan dulu ajaran tuh kat lantai..
    Nikmati keseronokan & gemerlapan dunia [tipuan] nih secukup2nya [sampai ke tahap yg tak masuk akal]..dgn harta haram pulak tuh.. & kita pun tak henti2 mintak mahathir & keluarga supaya mengembalikan harta kekayaan yg mereka kumpul itu kpd yg empunya hak - rakyat.

    ReplyDelete