Thursday, 17 June 2010

MELAYU KE MANA ! : TUN DR MAHATHIR MOHAMAD !


Di petik dari blog : Chedet.com


By Dr. Mahathir Mohamad
on June 17, 2010 8:08 AM


1. Melayu menentang Malayan Union kerana rancangan British ini akan memberi hak kepada sesiapa sahaja menjadi rakyatnya.

2. Melayu pada masa itu takut jumlah rakyat bukan Melayu yang rata-rata lebih kaya dan lebih terpelajar akan menguasai bukan sahaja ekonomi tetapi juga politik Malayan Union. Dengan ini akan terlucutlah kuasa Melayu ke atas negeri-negeri Melayu.

3. Sebab itu apabila mereka tewaskan Malayan Union, persekutuan yang menggantinya secara rasmi dinamakan Pesekutuan Tanah Melayu. Dalam Persekutuan ini 80 peratus lebih rakyatnya terdiri daripada orang Melayu. Kelebihan yang tinggi ini meyakinkan mereka yang nasib mereka akan ditentukan oleh mereka.

4. Dalam Pilihanraya 1955 mereka bersedia untuk memberi kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya Melayu kepada calon kaum-kaum lain daripada parti-parti rakan dalam Perikatan. Dengan undi yang ada pada mereka, mereka tentukan calon-calon bukan Melayu ini mendapat kemenangan. Tujuan korban ini ialah untuk meyakinkan penjajah British yang orang Melayu tidak akan menindas kaum lain apabila berkuasa.

5. Dengan ini British pun memberi kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu hanya dua tahun selepas korban yang dibuat oleh orang Melayu.

6. Atas tuntutan Sir Tan Cheng Lok supaya ditambah rakyat bukan Melayu, Kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman bersetuju untuk mengurangkan peratusan rakyat Melayu daripada 80 peratus kepada 60 peratus dengan memberi kerakyatan tanpa syarat kepada penduduk bukan Melayu. Satu kontrak sosial dibuat supaya pengurangan ini diimbangkan dengan agihan kekayaan yang lebih saksama kepada orang Melayu. Bagaimana ini hendak dicapai tidak pula dijelaskan.

7. Pemimpin Melayu berpendapat dengan 60 peratus daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan mereka terjamin. Angka ini tidak banyak berubah apabila terbentuknya Malaysia.

8. Dalam sistem demokrasi memanglah majoriti akan berkuasa. Tetapi yang tidak diambilkira oleh kepimpinan Melayu ialah Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Apabila ini berlaku kelebihan jumlah mereka tidak lagi akan menjadi mereka kaum majoriti dalam negara.

9. Perpecahan bermula apabila ulama-ulama UMNO memisahkan diri mereka untuk menubuh Parti PMIP (Pan-Malayan Islamic Party). Pada mulanya PMIP tidak berjaya menghakiskan sokongan kepada pertubuhan utama orang melayu iaitu UMNO.

10. Kemudian kerana rebutan kepimpinan dalam UMNO, parti serpihan Semangat 46 ditubuh.

11. Walaupun Semangat 46 dibubar dan diserap semula kedalam UMNO tetapi ramai yang tidak dapat terima percantuman semula ini. Dengan itu sedikit sebanyak UMNO Kehilangan penyokong.

12. Kemudian Timbalan Presiden UMNO terpaksa disingkir daripada UMNO dan ianya berjaya dengan cara-cara tertentu mengheret keluar ahli UMNO untuk menyertai satu lagi parti Melayu. Perbuatan ini berjaya membahagikan orang Melayu kepada tiga buah parti, iaitu UMNO, PAS dan PKR.

13. Dengan adanya tiga buah parti, orang Melayu yang dahulu menjadi majoriti warga negara dengan jumlah 60 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia sudah berpecah dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Tidak ada satu pun daripada kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat. Ketiga-tiga mendapat sokongan tidak lebih daripada 30 peratus rakyat negara. Dengan perkataan lain orang Melayu sudah jadi puak minoriti dalam negara.

14. Sebagai puak minoriti mereka tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai oleh mereka.

15. Mungkin mereka diletak sebagai pemimpin tertinggi dalam Kerajaan-Kerajaan Pusat dan Negeri. Tetapi mereka terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan mereka.

16. Kita lihat di Perak umpamanya apabila Kerajaan yang diketuai oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menganggap bahawa sebuah Kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan.

17. Mungkin di peringkat pusat juga akan ada ketua kepimpinan yang terdiri daripada Melayu tetapi duduk dibawah telunjuk orang lain.

18. Dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa di negara sendiri. Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baik apabila sudah tidak sebenar berkuasa, lihatlah sahaja nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti di negara jiran.

19. Masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka. Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu.

20. Saya akan dituduh "chanuvinist" dan "racist" kerana menyuarakan pendapat saya ini. Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah. Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai.

Wahai Melayu,

Kemana kamu?
Penghuni Gua : PG Melayu dan ada arah tuju. PG tak malu menjadi bangsa Melayu.

17 comments:

  1. ALOO BEWAK PEJUANG MELAYU........

    MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG TERMELIA DI DONIA. TADAK BANGSA LEIN YANG LEBIH MELIA DARI BANGSA MELAYU. DAH DITAKDIQKAN BANGSA MELAYU PILIHAN ALLAH.

    SAPA2 YANG MENGHINA BANGSA MELAYU BULIH JADI MURTAD. ALLAH TAK SUKA MANA HAMBA DIA DOK HINA BANGSA MELAYU.


    SAPA2 YANG HINA ISLAM, BULIH PAHALA. SABIK TU LA TUN MAHDIAQ DOK HABAQ NABI SIMPAN JANGGUT SABIK MASATU TADAK GILLETTE. BETUI JUGAK KATA MAHDIAQ SABIK ORANG ARAB MASA TU, BULU PELIAQ DEPA PON SAMPAI MELERET KELUAQ JUBAH PANJANGNYA SABIK TADAK PEKAKAS NAK POTONG BULU PELIAQ TU.

    BANGSA MANA BULIH CELENG NGAN BANGSA MELAYU.....SAPA BULIH WAT JALUQ GEMILANG TERBESAQ DI DONIA YANG TOK MAT TEMPEK KAT BANGUNAN ANGKASA PURI TU.

    MAKNUSIA, KALU DEPA MENGAKU MELAYU, MISTI KENA RASIS NGAN MELAYU. SAMPAI DALAM SUMA SEGI MELAYU TAKLEH DILUPAKAN.

    TAHU KA...SABIK APA MELAYU TU SANGAT MELIA, TAK LEIN DAN TAK BUKAN SABIK PARTI BEWAK LA. PARTI BEWAK NI DEPA TAK KIGHA ASALKAN MELAYU BULIH DOK ATAIH DAGHI BANGSA LEIN. ORANG YAHUDI HABAQ BANGSA YAHUDI ADALAH BANGSA PILIHAN ALLAH. PARTI BEWAK DOK HABAQ MELAYU LEBIH MELIA. BIAQ LA DEPA SAMA2 BEWAK DOK BALAH NAK MEMELIAKAN BANGSA MASING2.

    " ORANG YANG MELIA DI SISI ALLAH BUKAN ARAB DAN BUKAN ARAB TETAPI ORANG YANG BERTAQWA" - AYAT

    KALU LA NABI MUHAMMAD NI ORANG MELAYU.......FUUUHHHHHHH BERTAMBAH MELIA LA MELAYU. MELAYU AKAN LEBIH DIMELIAKAN OLEH BANGSA2 LEIN SAMPAI SANGGUP BASUH BEGHAK ORANG MELAYU.

    * ABANG MELAYU JUGAK....TAPI JENIH TAK SEMELIA MELAYU PARTI BEWAK.

    he he he
    gurau ngan melayu termelia di donia.

    ReplyDelete
  2. ALOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU........

    KERIH DAH JADI RITUAL PUAK2 PARTI BEWAK. SABIK TU LA MENDERA PARTI BEWAK ADA LAMBANG KERIH. KALU MELAYU SAJA TAPI TADAK KERIH, SEROPA NGAN MUTOQ TADAK PENYETAT. KALU TADAK PENYETAT NAK IDUPKAN MUTOQ TU KENA LA TOLAK BAGI KASI IDUP.

    KETUA2 PEMUDA PARTI BEWAK MISTI BAK KERIH TIAP2 KALI PERIMPUNAN AGUNG PARTI BEWAK. UCAPAN TADAK SEMANGAT KALU TADAK CIUM KERIH. DULU MASA NAJIB JADI KETUA PEMUDA PARTI BEWAK DIA MENGHUNUIH KERIH SAMBIL HABAQ " langkah mayat pemuda dulu kalu sapa2 nak gugat kedaulatan pulau batu putih" LA NI PULAU BATU PUTIH TADAK DAH......YANG ADA DUA BUTIQ BATU PELIAQ NAJIB.

    KERIH JUGA DIGUNA UNTUK PEMUJAAN( pemujaan dan sebati ngan puak2 parti bewak ). MONA PANDI GUNA KERIH UNTUK WAT PEMUJAAN ILMU ITAMNYA BERSAMA TOKONG KECIK. PENDEK KATA KERIH NI DAH JADI SUMBER SYIRIK DAN SANGAT TIDAK BERPEKDAH LANGSUNG KALU NAK MEMELIAKAN KERIH DALAM ZAMAN YANG TADAK TAHYUL LANI.

    SATU LAGI PERKAGHA YANG JADI KEMELIAAN UNTUK PARTI BEWAK ADALAH SONGKOK. SETINGGI MANA SONGKOK DEPA, SETINGGI ITU LA TEMPRETURE KEBEWAKAN YANG MENYELUSUT JIWA RAGA PEMAKAINYA.
    HABAQ MAI....SAPA2 YANG TADAK PAKAI SONGKOK DAPALAM PERIMPUNAN PARTI BEWAK....

    SESUAI NGAN PARTI BEWAK JENIH UGAMA SUKU POLITIK SUKU, SONGKOK PILIHAN PARTI BEWAK SABIK BULIH BAK PI SOLAT DAN BULIH JUGAK WAT PI JOGET.

    he he he
    attarbiatun fil bewakun kaaafirun.

    ReplyDelete
  3. ORANG-ORANG SEPERTI LORD REIDLAH MELAYU BEWAK YANG TERUS DIPERBODOHKAN OLEH DAP. HANYA KUDA TUNGGANGAN DAP.

    ReplyDelete
  4. EWAH...EWAH....EWAAAAAH BEWAK PUKUI 17.45 NI....

    ADIK BEWAK TAKPA LA JENIH MELAYU YANG MELIA...
    ABANG BUKAN JENIH MELIA HAIH......

    JANGAN MAGHAH ADIK BEWAK YER.....

    attarbiatun fil bewakun kaafirun

    ReplyDelete
  5. Lord ried bengap ni memang tak reti bahasa.Kat mana2 pun ada dia cnp.Berapalah pas bayar dia.

    Apalah perjuangan lord ried dan kawan2nya?Nak kata nak jalankan hudud,n.ajis pun dah tak mau dah,takut tuan dapnya marah.

    Jadi apa perjuangan lu lord ried?Nak naikkan cina jadi tuan ke?Yelah asalkan umno jatuh suda,cina pegang kuasa pun tak pe kan?Janji dendam terlaksana.Ahli sorga tuuu

    ReplyDelete
  6. Aloo..., lorid semua bewok kapok,

    kenyataan pg bagi dijdikae ptimbangae. selagi kapok islae mendabik bulat pejuake islae tp xiktrafkae lbh baik ksama dgae syaitan dan kfir Lks/Lge yang besekokol digelar ulamo dari Melayu tulen..., cayola minoriti melayu akibat disebabkae perpecahae utk rebut kuasa politik akan terus kehilangae kuaso malh soro xlagi kumandae cumo dalae camoh camoh kapok jh yae masih dok maki hamung melayu umno ituloh yae dinamokae umno melayu jati. tp puok kapok dae ulamo kapok xpenoh pung oyat demo tu melayu tp cumo oyat pejuangkae islae sengoti yae loning kemaskeming dgae kesatuae PRDAPigs, sedaekae member sebantal oyat langkah mayat jika nok buat negaro islae, mako kapok ning xdok la melayunyo dan islaenyo jdi mereko pjuakae gapo heh......,
    ingatlah wahai melayu, melayu, melayu,... jangae jadi "mulayu" ditnhair sendiri.
    Pahlawan beliung..

    ReplyDelete
  7. DARI DULU HINGGA KINI ASYIK2 CAKAP MELAYU, MELAYU..TAPI MELAYU TAKAT TU JER..JAGUH KAMPUNG LAH BUAT SELAMANYA..PEMAIN2 DAN AHLI SUKAN MELAYU YANG DITADBIR OLH ORG2 MELAYU HANYA TAKAT JAGUH KAMPUNG JE!!

    APA GUNA KUASA MAJORITI JIKA MAJORITI MELAYU MASIH MUNDUR DLM SEMUA ASPEK (EKONOMI, PENDIDIKAN, SAINS, KEJURUTERAAN, PERNIAGAAN..ETC) YG MELAYU JOHAN BERTURUT2 DAN HEBAT SELAMANYA IALAH AKEDEMI FANTASIA, MENTOR, RAJA LAWAK, MALAYSIA IDOL, MAT REMPIT, DADAH, BUANG BAYI, BRUTAL, KEMALANGAN JLN RAYA, MAKSIAT...

    APA YG DIBUAT OLH PEMIMPIN MAJORITI MELAYU DI NEGARA INI KPD MELAYU?...KEMPIMPINAN MELAYU KHUSUSNYA UMNO ADALAH KEPIMPINAN YG MENJAHANMKAN ORG MELAYU SENDIRI..RASUAH, PENYELEWENGAN, SALAH GUNA KUASA, TAMAK HALOBA, TIDAK TELUS DAN TDAK BERTANGGUNG JAWAB, GEMAR MEMFITNAH DGN CERITA BODOH...KADANG2 PEMIKIRAN PEMIMPIN MELAYU UMNO/BEBAS NI KIRA PANDAI SIKIT SAHAJA DARI PEMIKIRAN PENAGIH DADAH, PELACUR DAN ORANG GILA!! PEMIKIRAN POLITIK DAN TINDAKAN MEREKA SANGAT2 BODOH SETARAF ORG BERKELULUSAN DARJAH 6!!


    APA GUNA MEMILIH PEMIMPIN MELAYU MAJORITI JIKA KUASA DIBERI KEPADA MEREKA, MEREKA YG KAYA RAYA, KELUARGA MEREKA YG JD BELLIONAIRE, DAN KUMPULAN MEREKA YANG KAYA RAYA..SEOLAH2 KITA BAGI KUASA KPD MEREKA, KUASA ITU ADALAH LESEN BG MEREKA NAK MENGKAYAKAN DIRI/KELUARGA DARI MENJADIKAN KUASA MEREKA UNTUK MEMARTABATKAN BANGSA...


    APA GUNA PEMIMPIN MAJORITI MELAYU JIKA ORG2 MELAYU BYK YG MISKIN, SUSAH, NAMUN KERAJAAN YG MAJORITI MELAYU INI NAK MENGHAPUSKAN SUBSIDI DAN BIASISWA KPD ANAK MELAYU MEREKA SENDIRI!!!

    NAK BANTU MELAYU KE? BANTUAN PENDIDIKAN (PTPTN_SUDAH MENJADI AH LONG YG MEMERAH DARAH ANAK MELAYU JIKA BERHASRAT NAK BELAJAR TINGGI!! SENTIASA DIBEBANI HUTANG BERLIPAT GANDA JIKA SUDAH TERJERAT DGN PTPTN...

    APA GUNA PEMIMPIN MAJORITI MELAYU? APA GUNA?...MEMANG TIDAK BERGUNA...!!

    ReplyDelete
  8. Anon di atas ni contoh Melayu yang kecewa dengan umno.Aku pun kecewa jugak dengan umno tapi takdelah sampai nak menjatuhkan kuasa politik Melayu dan nak diserahkan pada cina.Alangkah dayusnya species Melayu begini.

    Kalau lu nak jatuhkan Melayu dan diperintah cina lu boleh memohon jadi warganegara singapork.Inilah contoh negara idaman lu kan.Terbela sangatlah Melayu kan.

    Kalau majoriti Melayu mundur lu taklehlah salahkan kerajaan yg memerintah 100% bai.Kalau anak lu jadi penyangak sok,lu nak salahkan kerajaan jugak ke?Lu ni jenis yg suka menyalahkan orang lain tapi tak pernah nak muhasabah diri sendiri.Semua salah orang kecuali diri lu sendiri.

    Oklah aku nak nasihat kat kau,kalau kau nak maju dan nak anak bangsa kau maju diri kau sendiri kena berubah,bukan harap orang lain ubah diri kau,ubah anak bangsa kau.Faham?

    Kalau kerajaan Melayu sendiri gagal membentuk Melayu kau ingat kerajaan bukan Melayu boleh jaga Melayu,boleh jadikan Melayu lebih baik?Kat mana letak akal kau?Cara kau berfikir tak ubah macam Melayu singapura dulu2 berfikir.Diorang ingat LKY boleh jaga Melayu,boleh jadikan Melayu lebih baik drp pemimpin2 Melayu sendiri.Tapi dimana kedudukan Melayu Singapura sekarang?

    Memang betul singapork maju,tapi hakikatnya siapa yg maju di sana?Melayu singapork setakat menumpang nama ajelah.Orang macam kau memang susah nak fahamkan?

    Begini,mudah saja,kami orang2 Melayu adalah tuan kepada Tanah Melayu ini dan kami akan terus begitu,insyaAllah.Kalau ada Melayu2 bacul dan barua yg nak menjadi balaci cina dan barua yg menumpang nama kemajuan bangsa lain,kamu semua boleh pergi jahanam!

    ReplyDelete
  9. PAS tak bayar Load Ried sesen pun...dia berjuang dan berpolitik syok sendiri....
    Aku cabar Load Ried ni bukak blog dia sendiri atau email dia pada umum supaya senang nak tahu bahalul lagi bangang serta tolol ni.
    Banyak dah aku ikut TGNA dan HJ HADI berceramah dan dengar dia mengajar agama tetapi tak pernah pun dia berperangai macam Load Ried ni...
    Load Ried hentikan membela PAS sebab kau bukan orang PAS. Komen kau syok sendiri aja.

    ReplyDelete
  10. Betul Ganu Kita...Load Ried tu syok sendiri. Buat malu Parti Kita aja. Anak siapalah agaknya Load Ried ni??? Mek dan ayoh dia pun malu nak ngaku budak sawan tu anak dia agaknya??? Entah-entah anak luar nikah kot???

    Hamba gurau aja Load Ried

    ReplyDelete
  11. BALACI UMNO..23:41

    WAH, WAH !..MARAH SUNGGUH ANDA? ANDA MARAK KEPADA SIAPA? CUBA TANYA DIRI ANDA SEMULA, KENAPA ADA SPESIS MELAYU YANG AMAT MARAH DAN BENCI KEPADA UMNO/BN?...ORANG YANG TIDAK MARAH, BAHAGIA DAN MENGAMPU UMNO/BN ITULAH LEMBU-LEMBU YANG DILATIH OLEH TUANNYA (UMNO) UNTUK KE SANA DAN KE MARI, DI TAMBAT DI SITU DAN DIBAGI KENYANG2 MAKAN, SAMBIL TUANYA MENEREWANG ENTAH KE MANA MENCARI KE SUKAAN DAN KEBERUNTUNGANNYA. APABILA MASANYA LEMBU TD SUDAH KENYANG, MAKA SI TUAN TADI PUN DATANG KEPADA LEMBU DITEPUK2 LEMBU TADI, BAIKNYA KAMU INI LEMBU, DAN DIHERETNYA LEMBU TADI KE KANDANG, DIMASUKKAN KE DLM KANDANG DAN DIKUNCI PINTUNYA, SERAYA TUAN LEMBU TADI BERKATA KPD LEMBUNYA, "SUDAH KENYANG TIDUR BAIK2, JGN FIKIR APA2, DAN JGN BUAT2 MELAWAN, NANTI AKU SEMBELIH KAMU". MAKA KECUT LAH PERUT LEMBU TD, LALU TUNDUK DAN BERKATA DLM HATINYA, "YA, TUAN, HAMBA TAAT KPD TUAN"...

    MESEJ :
    INILAH DARJAT PEMIKIRAN PUAKA UMNO YANG AMAT RENDAH DAN SANGAT BODOH!...KENAPA MASA INI KAMU SAYANGKAN MALAYSIA? DAN MASIH MENGANGGAP MALAYSIA INI KAMU MASIH TUAN? TUAN? TUAN APA? HANYA TUAN TANAH...!!SEDANGKAN HASIL DAN KEKAYAANNYA DIBOLOT OLH ORG LAIN DAN PEMIMPIN2 MAJORITI MELAYU ANDA ITU...APA YG ANDA ADA? HANYA SEMANGAT KOBAR2 MERASAKAN TANAH MALAYSIA INI KONONNYA HAK KAMU? PERGILAH KAMU KE MANA2 DALAM MALAYSIA INI, ADAKAH KAMU DIHORMATI SBG TUAN TANAH MALAYSIA? KAMU SAHAJA YG PERASAN, DAN MASIH DIULIT MIMPI YG DIDODOIKAN OLH PEMIMPIN KAMU BHW INI HAK KITA, INI HAK KITA? HAK APA?...


    EKUITI BUMIPUTRA MAKIN MEROSOT..SIAPA PUNYA ANGKARA? PEMIMPIN KAMU LAH...
    TANAH RIZAB MELAYU MAKIN MENGECIL..SIAPA PUNYA ANGKARA? PEMIMPIN KAMU LAH..
    MEB TIDAK MENGUNTUNGKAN MELAYU...SIAPA PUNYA IDEA? PEMIMPIN KAMU SENDIRI..
    DEB SUDAH DIHAPUSKAN..SIAPA BUAT? PEMIMPIN ANDA SENDIRI..
    MRSM SUDAH DIBUKA KPD KAUM LAIN 10 %...SIAPA PUNYA ANGKARA...PEMIMPIN KAMU SENDIRI..
    BIASISWA JPA KPD BUMI DAN MELAYU SUDAH DIBUKA KPD KAUM LAIN..SIAPA PUNYA KERJA..PEMIMPIN AGUNG KAMU SENDIRI..
    BAHASA MELAYU DITUKAR KPD BAHASA MALAYSIA..SIAPA PUNYA KERJA...PEMIMPIN ANDA SENDIRI..
    PELAJARAN JAWI DIHAPUSKAN...SIAPA PUNYA ANGKARA..PEMIMPIN ANDA JUGA..
    PPSMI GAGAL DAN MENJAHANAMKAN ANAK MELAYU, MENGUNTUNGKAN KRONI PEMBEKAL PERALATAN KOMPUTER DI SEKOLAH...SIAPA PUNYA KERJA..PEMIMPIN WAWASAN 2020 GILA ANDA JUGA..
    RAKYAT KETURUNAN SIAM, DIIKTIRAF SBG BUMIPUTRA DAN BERHAK MENDAPAT LAYANAN DAN HAK SPT ORG MELAYU..SIAPA PUNYA KERJA GILA INI...PEMIMPIN ANDA JUGA...
    .......................DAN BYK LAGI KES2 MENYEDIHKAN AKIBAT PERILAKU PEMIMPIN ANDA YG MELAYU MENGERJAKAN ORG MELAYU SNEDIRI!!!
    ITU BELUM LAGI PENGHURAIAN HARTA KEKAYAAN DAN ASET DALAM DAN LUAR NEGARA....

    INIKAH YG ANDA BANGGAKAN SBG TUAN TANAH SAHAJA DI MALAYA INI? SEDANGKAN HASILNYA ORG LAIN DAN PEMIMPIN AGUNG ANDA SAPU BERSIH SEMUANYA?

    TANYA DIRI ANDA, SAMA KAH ANDA DGN LEMBU TADI...KALAU SAMA, KASIHAN ANDA...DAN KALAU TAK SAMA, MUNGKIN ANDA LEBIH TERUK DR LEMBU ITU YG SENTIASA DIPERDAYA OLH PEMIMPIN AGUNG ANDA SENDIRI!!

    ReplyDelete
  12. SLM BRO..JGN LUPE ADE ORG MLAYU DH JOIN DEEAYYPEEE MCM MAMAT REID TU (KLU DIA MLAYU LAA) YG DH BERSEDIA JD HAMBA TEBUSAN KIT SIYAL & FREN KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  13. LORD REID NI MAHKLOK UPAHAN.BILA DAPAT DUIT PAS MAKA HUKUM HAKAM DAN DALIL MENCURAH KELUAR. BILA DIA DAPAT DUIT PKR KERAJAAN BN BANTU LULUSAN SPM PUN DIA MARAH TAK TENTU PASAL SEBIJI MACAM ANWAR KAKI BELAKANG. BILA DIA DAPAT DUIT CINA DAP HABIS MELAYU DIKUTUKNYA. BILA DIA TAK DAPAT DUIT SAPE2 ITU YG MEROYAN,MENCACAI DAN MENCECE MACAM BEWAK PONDAN.

    DIA NI TAK TAU APA BANGSA TAPI YG SAH DARI PINGGANG KEATAS MANUSIA DAN DARI PINGGANG KEBAWAH BEWAK,TU PASAL TAKDE TELOQ. MENULIS PAKAI KOMPUTER TAPI CARA BERFIKIR MASIH LAGI TAHAP MESIN TAIP. DALAM SARKIS,SEBELUM KITA TENGOK ADEGAN SINGA,HARIMAU DAN GAJAH,KITA DIHIBURKAN DENGAN AKSI BADUT.LORD MACAM ITULAH. TULISAN DIA KELAKAR SEBAB BADUT SELALUNYA MENUNJUK KEBODOHAN.

    OLEH ITU JANGAN AMBIL HATI SANGAT DGN DIA SEBAB SEPARUH MANUSIA SEPARUH BADUT BEWAK.

    ReplyDelete
  14. PG tak memusuhi pun kaum lain. cuma bangga jadi melayu dan islam.

    ReplyDelete
  15. Balaci di atas tu mungkin susah nak tangkap apa yg aku sampaikan.Takpelah,nak buat macamana kalau setakat itu aje kemampuan dia berfikir.

    Untuk pengetahuan balaci aku bukan umno dan tak payahlah susah2 nak kaitkan aku dgn umno,nak panggil lembu umno ke apa harharhar.Balaci mungkin ingat aku tipu kan,malangnya itulah hakikatnya huhuhu.

    Begini balaci,untuk memudahkan balaci supaya tak pening2 kepala,aku adalah non partisan,kalau dalam parlimen sekarang pun dah ada pihak konsensus bebas.

    Jadi sebagai non partisan aku bebas menghentam kedua2 pihak.Dalam senario semasa,aku dapati pihak tuan2 balacilah(pimpinan dap,pas,pkr) yg lebih memudaratkan jika dibandingkan dgn umno.Maksudnya aku memilih yg kurang mudarat diantara dua mudarat.Balaci boleh rujuk hadis kalau tak faham konsep ni.

    Betul umno telah banyak membuat kerosakan tapi persepakatan pihak2 yg bercampur baur di antara pihak Islam,liberal dan sosialis di dalam pakatan pembangkang akan menghancurkan terus Melayu dan Islam bukan sekadar rosak lagi.

    Kita ambil contoh paling mudah.Dalam BN umno(baca Melayu)adalah majoriti besar dan menguasai serta bertindak sebagai ketua;di dalam PR pihak mana yg mempunyai majoriti besar,siapa yg menguasai dan mengetuai?
    Balaci cuba jawab ini dulu kalau mampu beserta dengan huraiannya sekali.

    Ayo balaci,coba

    ReplyDelete
  16. sukar nak faham orang Melayu, itulah sebenarnya kelebihan orang Melayu. Kesilapannya bila memandang rendah kemampuan orang Melayu.

    ReplyDelete
  17. Orang Melayu melalui evolusi pertembungannya bukan sahaja dengan bangsa India dari Tanah India dan bangsa Cina dan Tanah Cina, bahkan dengan bangsa Eropah dan dikalangan suku kaum atau suku sakat Melayu seperti jawa, Bugis, banjar, Acheh, Champa dan sebagainya. Bangsa Cina dan India telahpun hilang Raja mereka, diEropah, Jepun dan Siam, Raja-Raja simbolik sahaja, tapi bagi kaum Melayu, Raja mereka bukan berkurangan tetapi bertambah malahan mempunyai majlis raja-raja dan Yang diPertuan Agung. Bagi Raja-Raja negara lain, wilayah mereka mengecil, bagi Raja-raja Melayu wilayah mereka dari laut Andaman sehingga laut Ambalat dekat Phillipine. Sedarlah orang Melayu, pentingnya bercakaran sesama sendiri nanti rugi sendiri dan adat budaya rang Melayu sendiri. Apakah itu yang dimahukan?

    ReplyDelete