Saturday, 5 June 2010

PEMUDA UMNO MASIH TAK SEDAR DIRI ?


Dipetik dari blog : Malaysia Instinct Com



Balaci-balaci Khairy Jamaluddin resah sekali semenjak pengumuman rombakan kabinet oleh Datuk Seri Najib.

Keresahan mereka tak terbendung sehinggakan ada yang sanggup memberi amaran kepada Presiden UMNO kerana ‘melupakan’ Khairy dalam pemilihan Kabinet Malaysia.

Berbagai alasan diberikan kononnya, Pemuda akan kehilangan taring sekiranya tidak berjawatan.

Ada juga yang berkata bahawa tanpa jawatan di dalam Kabinet, Pemuda akan menghadapi kesukaran untuk menarik golongan muda kepada UMNO.

Nampaknya, Pemuda-pemuda di bawah kepimpinan anak muda ‘Oxford’ begitu benak sekali dan masih menyangka orang lain tidak tahu bahawa alasan sebenar mereka adalah kerana ‘habuan’ semata-mata.

Bagai tiada maruah mereka terus berpura-pura tidak tahu bahawa merekalah punca rakyat memandang serong kepada UMNO.

Melihat ‘kebenakan’ mereka, kita kadang kala musykil samada Ketua mereka benar-benar seorang graduan Oxford.

Seorang yang benar-benar bijak, pasti akan mendatangkan untung dan kebaikan dalam apa jua yang dikendalikannya.

Sedangkan apa yang terjadi apabila graduan Oxford ini masuk campur dalam Khazanah Negara, Pantai Holding, Pos Malaysia, MV Agusta dan lain-lain tidak langsung mencerminkan kebijaksanaan.
Segalanya rugi dan hancur di dalam tangannya.

Kenapa ini semua berlaku? Jawapan pilihan hanya dua, iaitu samada dia sebenarnya tidak bijak, ATAU dia sengaja khianat pada negara.

Terdapat ramai anak muda yang bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri. Untuk berjaya dalam cita-cita ini juga ada berbagai cara.

Ada yang bertungkus lumus berjuang dengan ikhlas dari bawah.

Ada yang terlantik kerana senioriti. Ada yang jalannya terbentang luas kerana hubungan kekeluargaan dengan orang-orang politik.

Dan ada yang menggunakan tipu muslihat, rasuah, memijak dan menikam sesiapa sahaja demi mencapai cita-cita mereka.

Anwar Ibrahim adalah salah seorang yang menggunakan cara yang akhir ini.

Anwar Ibrahim hanyalah seorang pelajar sastera ketika mula-mula berjinak dengan politik.

Beliau juga hanya lulus cukup makan dari Universiti Malaya. Tetapi, sekurang-kurangnya beliau lebih bijak memilih karektor dan mengatur strategi untuk memperdayakan semua orang sehingga sampai ke tahap No. 2 dalam negara.

Beliau berjaya memikat hati ramai anak muda dan pemimpin atasan sehingga tidak dapat menghidu niat jahat serta watak sebenar beliau selama beliau berusaha untuk mencapai cita-citanya.

Tetapi, lain halnya dengan Ketua Pemuda graduan Oxford yang kononnya amat bijak ini.

Selain dari bijak bertutur bahasa Inggeris, nampaknya seperti tidak ada kelebihan langsung dari segi lain. Tanpa wang dan kuasa bapa mertua, anak muda ini sebenarnya tidak ada apa-apa.

Kini, hanya wanglah yang menyebabkan masih ada penyokong yang sanggup mencabar Perdana Menteri bagi pihaknya.

Sejak dari mula melangkah ke dalam politik, atau sebenarnya sejak baru sahaja ingin melangkah dalam politik, beberapa pihak sudah dapat menghidu niat busuknya.

Namun, kesombongan anak muda ini menyebabkan dia gagal melihat bahawa bau badannya sudah dapat dihidu seluruh negara.

Dia meneruskan strategi publisiti murah untuk menonjolkan diri dan menyangka seluruh negara benar-benar termakan dengan strateginya.

Keangkuhan telah meletakkan dirinya setaraf dengan budak-budak yang mencari publisiti murah melalui Akademi Fantasia.

Dia tidak dapat melihat bahawa rakyat mampu membaca tujuan dan muslihat dari setiap gerak langkahnya.

Sehingga kini pun, dia masih menyangkakan yang rakyat, terutamanya Melayu adalah bodoh, hina dan boleh dibeli belaka, sepertimana penyokong-penyokongnya yang beberapa kerat itu juga.

Ada yang menceritakan bahawa ketika orang-orangnya memenuhi Tingkat 4, mereka menukar tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri menjadi seolah-olah kedai runcit Cina dan berbual dengan kuat serta masak dan makan minum di dalamnya tanpa menghormati Perdana Menteri dan Menteri-menteri lain yang keluar masuk ketika itu.

Segala protokol dan adab sopan langsung dibakulsampahkan.

Inikah yang dipanggil kebijaksanaan ala Oxford? Orang beginikah yang Pemuda ingin jadikan Menteri Kabinet?

Jika belum benar-benar berkuasa sudah hampir membangkrapkan negara, apa akan terjadi jika diberi kuasa sepenuhnya? Jika tidak ada satu kejayaan pun yang dibawanya kepada UMNO, apakah alasan untuk menyokongnya sehingga sanggup mencabar Perdana Menteri?

Datuk Seri Najib tidak harus tertekan dengan permintaan budak-budak benak lagi tamak ini.
Tetapkan pendirian, kukuhkan keyakinan dan tawakkal kepada Allah. InsyaAllah, ‘kepercayaan’ itu mampu mengalih gunung.

Kedudukan UMNO, kesejahteraan negara dan kepercayaan rakyat kepada Datuk Seri Najib adalah lebih penting dari apa sahaja sekarang ini.

Jangan sekali-kali diperjudikan semua itu hanya kerana habuan untuk anak-anak muda perosak agama, parti, bangsa dan negara.

Penghuni Gua : Entah. Tapi yang pasti PG memang syukur KJ tak dilantik sebarang jawatan dalam kerajaan. Sebagai orang luar, memang kami semua merasakan KJ adalah satu liabiliti kepada UMNO dan BN.

2. Biarlah kekal begitu. Biarlah KJ kekal dengan Pemuda UMNO. Dah pemuda UMNO nak sangat KJ. Mungkin pandangan buruk kami terhadap KJ hanya atas persepsi. Tetapi , itulah. Persepsi adalah faktor penting dalam apa perkara pun. Benar atau salah soal lain.

3. Mungkin KJ silap membina persepsinya sendiri atau mungkin benar seperti yang di dakwa banyak orang. Jadi biarlah ia kekal dengan keadaan sekarang atau cukup masa, labuhkanlah dia dalam politik pemuda.

4. Ada pihak dari pemuda UMNO yang beri kata dua kepada DS Najib kerana KJ tak dilantik ke kebinet . Pada pandangan PG ia adalah satu tindakan bodoh sombong. Beliau ( yang memberi kata dua tersebut ) mungkin berada dalam kepompong atau bertelinga pekak badak. Mereka tidak tahu suara orang Melayu terbanyak yang menyampah dengan KJ ini.

5. Jadi , untuk kebaikan UMNO dan BN, lupakanlah KJ tu............Patah tumbuh , hilang bersepah gantinya.......................PG setuju benar dengan tulisan Lu Pikirlah Sendiri di atas.

6. PG amat sayangkan parti melayu UMNO ini walaupun sebagai orang luar. Tetapi bukan sayang semua mereka yang di dalamnya.............................Kepada pemuda UMNO: Fikirkanlah untuk jangka panjang UMNO , bukan untuk sekerat dua pemimpin. ...............

8 comments:

  1. PG kata Ketua Pemuda UMNO (KJ) ni bodoh..!! memang bodoh dan bangang pun...apa yg dia buat? pemuda umno makin tidor lena...sama lah juga halnya dengan UMNO sekali yg tidor lena tak sedar2 diri...punah!! Najib lbh sayang Cina dan India dr KJ...ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  2. Musuh dalam PEMUDA UMNO akhirnya dikenal pasti.....ingin nak tahu sila klik disini

    ReplyDelete
  3. SAYA SOKONG BRO.JANGAN PERCAYA KYJ SEBAB DIA BERSEKONGKOL DGN AL JUBURI.PEMUDA UMNO YG PRO KYJ PULA SEMUA DAPAT PANGKAT DATO WALAUPUN BARU SETAHUN JAGUNG DLM UMNO KERANA KYJ.KYJ TAK PERLU ADA DLM KEBINET SEBAB DIA MENGAMALKAN POLITIK WANG.ORG MACAM NI PEMUDA PILIH HANYA KERANA WANG DAN PANGKAT.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    1 Sistem yang busuk [rosak] melahirkan manusia korap. Kalau dia pemimpin, dia pemimpin yang korap. Kalau dia pengikut, dia menyukai pemimpin yang korap.

    2 Umpama dua saliran; satu longkang, satu kali jernih. Kain putih yang tercecah ke longkang pasti hitam dan busuk. Kain busuk dan kotor, jika berhanyutan ke kali jernih, pasti bersih dan segar.

    3 Kali jernih hanya sistem lslam. Selain sistem lslam adalah sistem rosak, termasuk liberalisme-demokrasi atau sosialisme-komunisme, atau oportunisme-prgamtaik dsb. Di dalam rosak dan korap hanya ada manusia2 yang paling bersih anatara yang paling korap, atau yang paling di antara yang korap.

    4 Sistem yg benar hanya lahir drp wahyu, al-Quran. ltulah sistem lslam - yang wujud hanya di dalam sistem Daulah Khilafah lslamiyyah.

    Wallahu a'lam.

    Abufaiq.

    ReplyDelete
  5. KJ tidak bodoh... Yang bodoh adalah mereka yangv belagar pandai tapi sebenarnya jiwa mereka kosong. Mereka yang mendesak KJ utk tidak diberi tempat didalam kabinet adalah golongan mereka yang TAKUT kehilangan habuan yang sdang mereka robek dari kerajaan UBN sekarang ini. Kalian bunuhlah KJ yang seorang itu, tapi akan lahir beribut lagi KJ didalam UMNO. Salam SETIAKAWAN...

    ReplyDelete
  6. kah kah kah!
    dah aku pening kerna sedut,
    nak layan kau pula PG,
    2x aku pening,
    kau kutuk KJ,
    kau maki KJ,
    kau lekehkan KJ,
    kau aibkan KJ,
    aku tak boleh sabar...,
    kenapa kau jadikan KJ budak balasahan,
    kau ingat KJ siapa,
    KJ adalah aset penting negara,
    pemikiran KJ menjangkau masa,
    mendahului zaman,
    jgn hati ada cemburu,
    hasad dengki jauh sekali,
    yg tersengih dalam parti tu,
    tunggul kayu batu mati,
    bila ada yang hidup,
    dikutuk serapah.
    HIDUP KJ, HIDUP KJ, HIDUP KJ.

    ReplyDelete
  7. ibarat realiti dan fantasi , KJ naik masa pak mertua dia berkuasa , maknanya kerana pengaruh oleh seseorang , sangat drastik ..
    Kj dah kata dia tak merajuk , dia faham beban dan tanggungjawag najib , Kp negeri terhegeh2 masih desak PM apahal ? nampak sangat nak bodek KJ , iaitu KP selangor dan sabah ..

    pemuda Umno , bangunlah dan teruskan perjuangan , jangan hanya mengharapkan ganjaran tapi kerja tak buat , lembik dan lesu , jangan tanya apa parti telah beri pada anda tapi tanyalah diri apa sumbangan telah diberi pada parti dan negara ?

    ReplyDelete
  8. kutuk2 org UMNO jgk
    nampak sangat UMNO ni mmg pukimak!
    termasuklah BLOGGER pukimak ni
    hehehehe

    ReplyDelete