Thursday, 15 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN TANAH RIZAB MELAYU !


[1995] 1 MLJ 446
Wee Tiang Peck v Teoh Poh Tin
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA BHARU) — ORIGINATING SUMMONS NO
32–5–88

Judges IDRIS YUSOFF J

Date 4 SEPTEMBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 446


Catchwords:

Land Law — Malay reservations — Power of attorney — No approval obtained from Ruler-in-Council — Non-Malay owner — Whether power of attorney given contrary to law and void ab initio — Malay Reservations Enactment 1930 ss 7(i) & 13A

Land Law — Malay reservations — Dealings in reservation land — Giving of power of attorney — Whether property vested indefeasibly in donee — Malay Reservations Enactment 1930 s 7(i) — Powers of Attorney Act 1949 s 5

Words and Phrases — ‘Vest’ — Malay Reservations Enactment 1930 s 7(i)
Bahasa Malaysia Summary:

Sebelum memfailkan petisyen perceraian, kedua-dua pihak di dalam tindakan ini telah bersetuju bahawa pemohon akan melaksanakan satu surat kuasa wakil yang memihak kepada penentang yang merangkumi, antara lainnya, sebidang tanah (‘tanah itu’) yang telah diwartakan sebagai tanah rizab Melayu pada 1 Januari 1931. Pemohon telah memohon untuk satu perintah bahawa surat kuasa wakil tidak boleh batal yang telah dilaksanakan olehnya adalah terbatal dan tidak sah dari mula lagi kerana ia melanggar peruntukan s 7(i) Enakmen Rizab Melayu 1930 (‘Enakmen itu’).

Tanah itu mulanya telah dipindahmilik kepada bapa pemohon pada 15 Mei 1933 dan kemudiannya kepada pemohon pada 15 Mei 1967. Isu untuk diputuskan oleh mahkamah ialah sama ada mengikut tafsiran sebenar surat kuasa wakil itu dan peruntukan relevan Enakmen itu, surat kuasa wakil itu yang telah diberikan tanpa kebenaran terlebih dahulu dari Raja dalam Mesyuarat melanggar s 7(i) Enakmen itu. Seksyen itu meletakkan beberapa sekatan tertentu ke atas urusan-urusan berkenaan dengan, antara lainnya, hak dan kepentingan di dalam tanah rizab yang diperolehi melalui s 13A oleh seseorang bukan Melayu.

Diputuskan:
Diputuskan,menolak permohonan itu:

(1) Untuk berjaya di dalam permohonannya, pemohon mesti membuktikan bahawa hak dan kepentingan di dalam tanah itu telah diperolehi oleh bapanya melalui atau dengan bantuan s 13A Enakmen itu. Di dalam kes ini, perolehan tanah itu oleh bapa pemohon pada 15 Mei 1933 daripada tuanpunya Melayu asal bukanlah melalui satu pindahmilik terus seperti yang dibayangkan di dalam s 13A tetapi dengan cara tidak langsung secara mengeksisi tanah tersebut daripada tanah rizab Melayu sebelum pindahmilik itu. Oleh itu, sekatan yang diletakkan oleh s 7

(i) tidak terpakai di dalam kes ini.

(2) Pemberian surat kuasa wakil oleh pemohon merangkumi ‘hak dan kepentingan’ di dalam tanah itu memandangkan yang ia menyentuh hak, kuasa atau hak istimewa pemohon ke atas atau berkenaan dengan tanah itu.
(3) ‘Letakhak’ seperti yang terdapat di dalam s 7(i) Enakmen itu bertujuan meliputi kes-kes di mana hak atau kepentingan diletakhak secara tidak boleh disangkal pada seseorang supaya membentuk sebahagian daripada hartanya.

(4) Kesan s 5 Akta Surat Kuasa Wakil 1949 adalah bahawa perletakhakan tanah itu pada responden menerusi surat kuasa wakil tidak boleh batal itu tidak menandakan bahawa pemohon telah melepaskan haknya kepada hakmilik tanah itu dan memindahkannya kepada penentang. Oleh kerana itu, kes ini terkeluar daripada lingkungan s 7(i) Enakmen itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

2 comments:

  1. ALOO BEWAK YANG DOK DALAM GUA......

    DARIPADA HANG DOK TULIH PASAI UNDENG2...TADAK SAPA YANG MAI NAK BACA LEBIH BEIK HANG AUTAR SIKIT PASAI KERAJAAN BEWAK NEIKKAN REGA MINYA DAN GULA. OTA LA NAJIB TAKUT RAKYAT KENE KENCING MANIS SABIK TU DIA NEIKKAN REGA GULA.

    ALOOOOOOO BEWAK2 AMENO.....

    AKU PON BULIH JADI PM... KALU SEROPA NAJIB PEGANG JAWATAN TUH.

    TADAK KREATIF DAN INOVATIF NAK SUH PITIH LUAQ MASYUK SUPAYA EKONOMI LEBIH BEIK SEROPA NGAN CHINA DAN INDIA LANIE.

    KALU SETAKAT NEIK REGA MINYAK, TURUNKAN REGA ROAD TAX( tapi neikan cukai insuran perlindungan, menyebabbkan nak bayaq raod tax rega dah 2 x ganda)NEIKKAN REGA GULA, NEIKKAN REGA ROKOK, REGA LETRIK... PENDEK KATA SUMA REGA LA NEIK.AKHR SEKALI LULUIH LESEN JUDI UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN NEGARA. NAK DAPAT PITIS TEKAN RAKYAT...BUKAN NAK PANGGIL PITIH LUAQ MAI.

    KALU LAGU TU....ALANGKAH MUDAHNYA MENJADI SEKOQ PERDANA MENTERI. AKU PON BULIH KALU NAK JADI PM.... SAJA TAK MAW SABIK TUGASNYA SANGAT MUDAH.

    he he he
    gurau ngan puak2 BEWAK

    ReplyDelete
  2. keyloggers are a major threat to anyone, whether the victim is a PC user, company or government agency.

    Ardamax keylogger is several times smaller than other programs with the same exact purpose - secretly monitor computer activities when you are away from a pc.
    The software itself is resource friendly and does not require
    any special hardware device to operate it. Now with Aobo Mac OS X!
    Press F8 while the computer is being used when you are away.



    Take a look at my website keylogger free

    ReplyDelete