Wednesday, 28 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES DADAH / PENGAKUAN TIDAK DIREKODKAN JENIS DAN AKIBAT PENGAKUAN !


[1996] 5 MLJ 285
Hassan bin Dollah v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (BRUNEI) — CRIMINAL APPEAL NO 2 OF 96

Judges ROBERTS CJ

Date 6 FEBRUARY 1996
Citation [1996] 5 MLJ 285


Catchwords:

Criminal Procedure — Plea of guilty — Duty of court — Failure of magistrate to record that the nature and consequences of defendant’s plea had been explained by himself to defendant — Effect of — Criminal Procedure Code s 175(2)

Criminal Procedure — Sentence — Consumption of controlled drugs — Second conviction — Whether magistrate obliged to consider the use of ss 262 or 263 of the Criminal Procedure Code in every case — Criminal Procedure Code ss 262 & 263 — Misuse of Drugs Act (Cap 27) s 6(b)

Bahasa Malaysia Summary:

Defendan mengaku salah di mahkamah majistret kepada dua pertuduhan di bawah s 6(b) Akta Penyalahgunaan Dadah (Cap 27) (‘Akta tersebut’) untuk penggunaan dadah yang dikawal. Defendan yang tidak diwakili semasa perbicaraan telah mempunyai dua sabitan dahulu, di antaranya suatu sabitan dalam tahun 1989 untuk kesalahan yang sama. Rekod prosiding di dalam mahkamah majistret menunjukkan bahawa kedua-dua pertuduhan tersebut telah dibaca dan diterangkan kepada defendan dalam bahasa Melayu dan sebagai jawapan kepada setiap pertuduhan defendan telah direkodkan sebagai menjawab ‘Memahami Pertuduhan. Mengaku Bersalah’.

Walaubagaimanapun, ianya tidak direkodkan samada jenis dan akibat pengakuan yang dibuat oleh defendan, telah diterangkan kepadanya. Defendan yang mengaku akan fakta-fakta dan kedua-dua sabitan dahulunya, telah memberi hujah-hujah peringanan setelah mana beliau dihukum tiga tahun penjara di atas pertuduhan pertama dan satu tahun penjara di atas pertuduhan kedua, kedua-dua hukuman dijalankan bersama. Defendan telah merayu terhadap kedua-dua sabitan dan hukuman. Semasa rayuan di hadapan Mahkamah Tinggi ianya telah dihujah inter alia untuk defendan bahawa majistret gagal mematuhi s 175(2) Kanun Prosedur Jenayah (‘KAJ’) dan meskipun hukuman mandatori minimum ditetapkan untuk kesalahan kedua atau berikutnya di bawah s 6(b) Akta tersebut, majistret sepatutnya mempertimbangkan kemungkinan penggunaan s 263 KAJ.

Diputuskan:
Diputuskan, membatalkan sabitan-sabitan dan hukuman-hukuman dan memerintahkan perbicaraan semula terhadap defendan di atas pertuduhan-pertuduhan yang sama:

(1) Di mana defendan mengaku bersalah dan adalah nyata di atas rekod bahawa pertuduhan telah dibaca dan diterangkan kepada defendan ianya mestilah dianggap, di dalam ketiadaan keterangan sebaliknya, bahawa pertuduhan tersebut telah dikemukakan kepada defendan dan unsur-unsur asas kesalahan telahpun diterangkan kepadanya. Jikalau pada peringkat kemudiannya, iannya jelas bahawa fakta-fakta tidak menyokong pertuduhan tersebut ataupun jika ada kemungkinan terdapatnya pembelaan kepada pertuduhan itu, majistret hendaklah mengakaskan pengakuan bersalah yang telah dicatatkan oleh beliau dan merekodkan satu pengakuan tidak bersalah oleh defendan (lihat ms 289H–290A).

(2) Ia adalah menjadi tugas seorang majistret bukan sahaja untuk memastikan bahawa rekod menunjukkan bahawa pertuduhan tersebut telahpun di baca, diterangkan dan difahami tetapi juga bahawa defendan memahami jenis dan akibat pengakuannya. Seksyen 175 KAJ mengenakan suatu tugas ke atas seorang majistret untuk merekodkan fakta bahawa s 175(2) KAJ telah dipatuhi. Tidak ada formula yang tetap untuk berbuat demikian dan adalah memadai jikalau rekod menunjukkan bahawa defendan telah memahami jenis dan akibat pengakuan beliau dan bahawa ini telah diterangkan kepadanya oleh majistret. Di dalam kes ini, walaupun majistret mungkin puas bahawa defendan telah memahami jenis dan akibat pengakuannya, oleh kerana beliau tidak merekodkan bahawa hal ini telah diterangkan kepada defendan sepertimana yang diperlukan oleh s 175(2) KAJ, sabitan tersebut dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan di atas pertuduhan-pertuduhan yang sama (lihat ms 291B–E).

(3) Seorang majistret tidak diwajibkan merekodkan bahawa beliau telah mempertimbangkan kegunaan ss 262 atau 263 KAJ di dalam setiap kes. Sekiranya kemungkinan pemakaian seksyen-seksyen tersebut dibangkitkan, ia adalah betul jikalau majistret menyebutkannya, tetapi bukan sebaliknya. Sekiranya satu penalti minimum yang keras dikenakan di atas sabitan kedua untuk penggunaan dadah terkawal maka tidak boleh dikatakan kesalahan tersebut adalah jenis yang ringan. Adalah menjadi hal untuk mereka yang menggubal undang-undang dalam sesebuah negara untuk menentukan kesalahan-kesalahan mana yang harus dianggap serius oleh mahkamah, yang bertugas mentafsirkan dan memakai undang-undang tersebut. Mungkin ada keadaan-keadaan di mana ss 262 atau 263 KAJ boleh digunakan terhadap pesalah kali kedua atau berikutnya tetapi keadaan-keadaan ini adalah jarang (lihat ms 291H–292B).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment