Friday, 30 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES TUNTUTAN INSURAN KEMALANGAN !


[1996] 2 MLJ 118
Union Insurance Malaysia Sdn Bhd v Chan You Young
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO 12–26 OF
1994

Judges ABDUL MALIK ISHAK J

Date 25 SEPTEMBER 1995
Citation [1996] 2 MLJ 118


Catchwords:

Insurance — Motor insurance — Construction of policy — Third party motor insurance — Husband was owner of car and policyholder — Son was authorized driver — Wife travelling in motor car as passenger — On her way to work — Accident occurred as a result of son’s negligence — No passenger liability cover — Rule of construction to be adopted — Whether insurer liable to indemnify husband as policyholder — Whether wife was a member of the son’s household — Whether wife was a passenger ‘carried by reason of or in pursuance of a contract of employment’

Insurance — Motor insurance — Compulsory third party motor insurance — Wife travelling in husband’s motor car as passenger — Son was authorized driver — Accident occurred as a result of son’s negligence — Whether wife could sue husband and son — Whether husband a tortfeasor — Whether wife’s action barred by s 9(2) of Married Women Act 1957

Insurance — Motor insurance — Compulsory third party motor insurance — Authorized driver covered by policy — Whether court could substitute the words ‘authorized driver’ for the the word ‘policyholder’ in every relevant place of policy to determine liability of authorized driver
Tort — Action against spouse — Statute preventing action against spouse in tort — Whether statute applicable in wife’s action against husband based on vicarious liability — Married Women Act 1957 s 9(2)

Bahasa Malaysia Summary:
[Bahasa Malaysia summary
Dalam kes ini, seorang yang bernama Puan Chan You Young (‘penentang’) telah mengalami kecederaan apabila kereta yang dia naik dalam perjalanan untuk bekerja terlibat dalam suatu kemalangan. Kereta tersebut dipunyai oleh suaminya dan ia dipandu oleh anak lelakinya dengan kebenaran dan autoriti suaminya pada masa material itu. Kereta itu diinsuranskan oleh Union Insurance Malaysia Sdn Bhd (‘perayu’) di bawah satu polisi (‘polisi tersebut’) yang melindungi si suami, dan menurut fasal 2(a) s II polisi tersebut, anak lelakinya yang merupakan pemandu yang diberikuasa.

Penentang telah berjaya mendakwa suaminya sebagai pemunya, dan anak lelakinya sebagai pemandu cuai kereta tersebut. Walau bagaimanapun, perayu, sebagai penginsurans, enggan memuaskan penghakiman yang telah diperolehi oleh penentang. Ekoran itu, penentang telah memfailkan prosiding mendapat kembali terhadap perayu di bawah s 96 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (‘APJ’) di mahkamah sesyen. Tuntutannya telah dibenarkan. Perayu merayu kepada Mahkamah Tinggi.

Peguam perayu berhujah bahawa perayu tidak bertanggungan untuk menanggung rugi suami penentang kerana liputan di bawah polisi tersebut tidak merangkumi penentang, dan bahawa suami penentang telah gagal untuk mendapatkan suatu liputan liabiliti penumpang. Peguam perayu selanjutnya berhujah bahawa penghakiman adalah tidak sah atas alasan bahawa penentang telah mendakwa suaminya atas tort yang dikatakan telah dilakukan olehnya, dan tindakan penentang tersebut tidak boleh dikekalkan akibat s 9(2) Akta Perempuan Bersuami 1957 (‘APB’).

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Fasal 1(a) s II polisi tersebut yang membentangkan takat liputan liability pihak ketiga secara umum, memperuntukkan bahawa perayu-perayu akan menanggung rugi pemegang polisi berkaitan dengan kecederaan yang dialami oleh pihak ketiga yang bangkit daripada kegunaan kereta pemegang polisi, tertakluk kepada dua kekecualian, iaitu (i) jika pihak ketiga tercedera ‘dalam perjalanan penggajiannya oleh pemegang polisi’; dan (ii) jika pihak ketiga sebagai seorang penumpang ‘merupakan seorangahli keluarga pemgang polisi’ (lihat ms 127D–E).
(2) Walaupun fasal 1(a) s II adalah senyap sejauh mana ia adalah berkenaan dengan pemandu yang diberikuasa, mahkamah harus menggantikan perkataan ‘pemandu yang diberikuasa’ dengan perkataan ‘pemegang polisi’ di setiap tempat yang relevan, untuk menentukan liabiliti pemandu yang diberikuasa (lihat ms 127I); Richards v Cox[1943] 1 KB 139 dan Lim Eng Yew v United Oriental Assurance Sdn Bhd [1989] 1 MLJ 454 diikut.

(3) Dalam kes ini, penentang merupakan seorang pihak ketiga untuk tujuan polisi, dan dia tidak cedera dalam perjalanan penggajian dengan anak lelakinya, pemandu yang diberikuasa tersebut, dalam maksud kekecualian pertama kepada fasal 1(a), seperti mana yang telah diganti. Atas alasan ini sahaja, penentang dirangkumi oleh fasal 1(a) polisi itu, dan adalah berhak untuk menuntut di bawah polisi tersebut (lihat ms 131D–E).
(4) Dalam pentafsiran suatu dokumen, rukun pentafsiran contra proferentum akan terpakai di mana perkataan-perkataan dalam maksud biasa mereka menimbulkan dua pentafsiran yang jelas berbeza yang menyebabkan suatu ketaksaan. Dengan memakai rukun contra proferentum kepada polisi tersebut dalam kes ini, penentang bukan seorang ahli keluarga anak lelakinya dalam maksud kekecualian (ii) kepada fasal 1(a), seperti mana yang telah diganti, kerana anak lelakinya bukan merupakan ketua keluarga penentang. Atas alasan ini juga, perayu harus memuaskan penghakiman yang diperolehi (lihat ms 132C dan 133F); Cornish v The Accident Insurance Co Ltd(1889) 23 QBD 453 dan Malaysia National Insurance Sdn Bhd v Abdul Aziz bin Mohamed Daud [1979] 2 MLJ 29 diikut.

(5) Fasal 9 pengendorsan D polisi tersebut memperuntukkan, antara lain, bahawa perayu-perayu tidak akan bertanggungjawab atas kecederaan fizikal kepada mana-mana orang (melainkan seorang penumpang yang dibawa atas sebab atau menurut satu kontrak pekerjaan) yang dibawa dalam kenderaan yang berkenaan itu. Dengan memakai rukun contra proferentum kepada perkataan-perkataan dalam kurungan, penentang boleh sama ada mempunyai kontrak pekerjaan dengan suaminya, iaitu pemegang polisi, atau majikannya. Oleh itu, penentang berada dalam kereta suaminya ‘atas sebab kontrak pekerjaan dengan majikannya’ (lihat ms 127C dan 133H); Izzard v Universal Insurance Co [1937] 3 All ER 79 dan Wong Kon Poh v New India Assurance Co Ltd [1970] 2 MLJ 287 diikut.

(6) Jika perayu ingin mengecualikan penentang, ketakmasukan begitu harus dinyatakan secara nyata dalam polisi dalam terma jelas (lihat ms 134A).
(7) Suatu lagi pendekatan yang boleh dipakai dalam pentafsiran fasal 9 Pengendorsan D ialah dengan mempertimbangkan perkataan-perkataan dalam kurungan secara penyarak. Pentafsiran ini bermakna ungkapan ‘atas sebab satu kontrak pekerjaan’ mesti dibaca secara penyarak daripada ungkapan ‘menurut satu kontrak pekerjaan’ akibat kehadiran perkataan ‘atau’ antara dua ungkapan itu. Ekoran itu, atas sebab wujudnya suatu kontrak pekerjaan dengan satu pihak ketiga, penentang boleh mendapat penghakiman terhadap perayu (lihat ms 135E).

(8) Mengikut terma polisi tersebut, penentang boleh menguatkuasakan polisi tersebut terhadap sama ada pemegang polisi (suaminya) atau pemandu yang diberikuasa (anak lelakinya), dan pihak yang harus membayar pada akhirnya adalah perayu (lihat ms 136E).

(9) Seksyen 9(2) APB mencegah tindakan dalam tort terhadap seseorang suami/isteri. Dalam kes ini, tindakan penentang terhadap suaminya bukan berasaskan tindakan dalam tort tetapi atas liabiliti vikarius suaminya akibat kecuaian pemandu yang diberikuasa, iaitu anak lelakinya. Suami bukanlah pelaku tort. Oleh kerana tort ‘liabiliti vikarius’ tidak wujud, s 9(2) tidak terpakai (lihat ms 136H dan 137A–B).
(10) Selanjutnya, tindakan penentang yang merupakan seorang isteri juga boleh ditafsirkan sebagai suatu tindakan untuk melindungi hartanya yang dibenarkan di bawah s 9(1) APB (lihat ms 139I).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment