Friday, 20 August 2010

CAKAP TAK SERUPA BIKIN DAP / PAKATAN !!!!!





Ingat dulu kalau ada saja dakwaan pasal berlakunya penyelewengan dan salahguna kuasa,pemimpin Barisan Nasional…pembangkang tidak tunggu seminit untuk desak bercuti atau letak jawatan segera sementara nak siasat.

Sebab tu seronok pasang teropong ke Selangor sekarang.Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin baru sedar bagaimana susahnya jadi pihak yang memerintah dan lebih senangnya jadi pembangkang.

Kuasa sudah ada ditangan tetapi masih terkial-kial.

Isu surat kenduri surat sokongan oleh DAP yang membawa kepada pemecatan bekas pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yakni Tee Boon Hock sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) masih ribut dan belum selesai.

Fakta di depan mata sekarang ialah sekalipun kerajaan pakatan rakyat Selangor tak sudah-sudah bercakap berdegar mengenai ketelusan segala macam sebilangan kontrak sudah diluluskan hasil ‘air tangan’ dari surat sokongan DAP.

Juga apa yang di depan mata sekarang ialah sandiwara bagaimana kerajaan negeri Selangor nak buat damage control keatas episod cakap tak serupa bikin ini.

Khalid nampaknya gelabah berdepan dengan isu ini.Soalnya bagaimana beliau hendak menghadapi hu ha dikalangan DAP sendiri yang mendesak Ronnie Liu yang dulu lantang sangat bersuara mengenai dakwaan rasuah,penyewengan dan salahgunakuasa kerajaan BN supaya undur diri.

Beliau sendiri tahu bagaimana impaknya...dalam keadaan nak tunjuk imej bersih kerajaan pakatan rakyat – sekarang Exco Kerajaan Negeri itu sendiri didakwa sudah buat hal.

Imej DAP sudah masuk longkang gara-gara isu surat sokongan.

Ronnie Liu sudah dibebaskan oleh Lembaga Disiplin DAP dalam isu surat sokongan baru-baru ini …tapi dengan peringatan keras kerana tidak urus pejabatnya dengan betul.

Tee yang dulu berkerja dengannya dipecat sebagai ahli DAP dan ahli MPK kerana mengeluarkan beberapa surat sokongan bagi dapatkan kontrak termasuk syarikat dimana anaknya ada kepentingan.

Tee mendakwa surat sokongan yang dikeluarkannya adalah atas arahannya Ronnie Liu.

Sehingga ke hari ini Khalid masih mempertahankan Ronnie Liu kerana katanya tidak ada bukti yang boleh mengaitkan Exconya dengan surat sokongan yang dikeluarkan Tee itu.

Bukti adakalanya memang susah.Ada yang berkata dalam politik bukan semua arahan dibuat secara bertulis.Jadi bagaimana nak buktikan satu arahan cakap mulut.

Tee mungkin bersalah kerana tidak memberitahu salah satu syarikat itu anaknya ada kepentingan.Soalnya beranikah beliau keluarkan surat sokongan begitu saja tanpa ‘ arahan’ dari bosnya?

Kini yang kuat mendesak agar Ronnie Liu lepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri bukan sebarangan orang.Ia datang dari Speaker Kerajaan Negeri Selangor orang DAP sendiri – Teng Chang Khim.

Ini bukan isu dengan BN.Ini isu antara pakatan dengan pakatan.

Khalid cuba menutup pekong ini dengan memberitahu sidang akhbar Rabu satu aduit akan dibuat keatas semua Ahli Majlis Perbandaran dan surat sokongan yang dikeluarkan tanpa pengetahuan kerajaan negeri.

Menariknya selepas lebih dua tahun memerintah baru tersedar adanya amalan kenduri surat sokongan dan kontrak sudah diberi.Ini pun setelah ia didedah oleh media.

Pada ketika yang sama kontroversi dalam DAP Selangor berterusan mengenai hal ini bila kumpulan puak penyokong Ronnie Liu pula mendakwa Teng sendiri ada mengeluarkan sebilangan surat sokongan bagi mendapatkan kontrak.

Khalid juga sampai hari ini tidak berani memberi komitmen surat sokongan tidak lagi boleh dikeluarkan.

Seperti semua orang dengar Rabu,Menteri Besar itu kata Ahli Majlis Perbandaran boleh mengeluarkan surat sokongan asalkan ia ikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Peraturan.Siapapun boleh tetapkan peraturan.Semua kerajaan ada peraturan.

Politik selalunya melibatkan kepentingan baik secara tersurat maupun secara tersirat.Baik DAP,PKR maupun PAS sendiri tahu.

Sembang boleh sembang.Soalnya bagaimana Khalid nak tentukan semua ikut peraturan?

Episod surat sokongan ini mungkin kecil dikaca mata setengah pihak…tapi yang membuatkan ramai ketawa ia berlaku ketika pakatan rakyat hebat bercakap tentang tender terbuka dan ketelusan.

Inipun mungkin ada banyak lagi yang belum terdedah.- 19/8/2010

Penghuni Gua : Mana SELCAT nya. Mana suruhanjaya DiRajanya? Senyap aje puak Pakatan ni bila kena batang hidung sendiri. Azmin pun tak berkokok nak cadang SELCAT. Mahfuz pun tak meraung mendesak Suruhanjaya Di Raja di tubuhkan. Telus ke Pakatan ni.

2. Cakap boleh le!!!! Fikirlah pengundi muda. Fikirkanlah!!!! Si Ronnie tu , ada baiknya menjadi Musyidul Am PAS kerana ia kebal dari segalanya. Kih kih kih kih kih !!!!!!

10 comments:

  1. Dia dah jadi Mursamdol Umum PR. Nik Ajih pun kira bawah dia gaklah sebab Nik Ajih PAS je. PAS dalam PR.

    Aku Yang Bingai
    Erti Sebuah Kasih Sayang di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  2. PG...

    KO TAK NAMPAK KE KES BUANG BAYI DAN MASALAH SOSIL ANAK2 MELAYU BERLAMBAK2 DI MELAKA...NEGERI KO TUH!!!


    SAMPAI NAK BUAT SEKOLAH BAGI PENZINA PLAK....
    BAIK SGT KAH MELAKA TUH?...PUSAT SGL MAKSIAT...KETUA MENTERI PUN KUAT PUSING DAN MELAUN JUGA...

    APA YG TAK DE KAT MELAKA...RIBUT TAUFAN MASA RAMADAN HARI TU...PEMBALASAN DAN PERINGATAN TUHAN!!!

    TAK INSAF2 KE? KATA DULANG PAKU SERPIH, KATA ORG MELAKA DAH NAK TENGGELAM!!!!


    PORAHHH!!

    ReplyDelete
  3. ELIZABETH WONG NAK SEDARKAN ORANG YANG TERLANJUR KAH!KAH!KAH1

    ReplyDelete
  4. anom 09.06 sedap mulut kau menuduh KM "malaun" dibulan yang mulia ini.Kes Taufan melanda pun kau nak kaitkan dengan KM. Kalau nak ikutkan setiap hari ada masalah dimana2. Sedar2lah diri sama jangan emosi sampai merugikan bangsa sendiri. Pemimpin asing diagong, pemimpin melayu di perkotak katikkan. Insaflah dan renung2kanlah..

    ReplyDelete
  5. Lu pecaya ka sama PR?? Gua ribu2 juta2 kali tak pecaya whooo.

    Dulu itu Melayu undi sama PR butut3 bolo punya olang!!!

    DAP takda guna, PAS lagi takda guna, PKR lagi manyak takda guna.

    Lain kali jangan pangkah itu PR hah kawan!!

    ReplyDelete
  6. anon 0911

    banjir besar di kelantan tiap tahun tu pun mungkin bala Allah juga kot.

    kih kih kih

    anologi bodoh anon 0911 jadi kena jawap cara bodo lah.

    kih kih kih

    cuba tunbggu di pintu sempadan golok tu atau melawat dipekan golok. siapa kalau bukan sebahagian rakyat kelantan yang mengunjungi pusat pelacurann tu. eleh serambi mekah konon. sudah lah. retorik sahaja.

    katak puru

    ReplyDelete
  7. anon 0911

    untuk makluman, kejadian buang bayi dan berzina di melaka tu banyak di melaka dan seluroh malaysia. sebabnya kerana mereka mengambil contoh dari eli wong . kerana perbuatan eli wong bersekedudukan dan di sokong pulak oleh muslimat pas itu yang remaja mula ikut.

    betul tak ???? lihat diri sendirilah!!!

    ReplyDelete
  8. 10 : 09

    BUKAN..BUKAN, TAK BETUL TUH!! BUKAN SEBAB ELI WONG..TAPI KERANA BUDAK2, REMAJA DAN ENGKO TONTON DVD/VCD LUCAH KING OF THE PORNSTAR 1 MALAYSIA CHUA SOI LEK RAJA PORNO MALAYA....

    DVD/VCD RAJA PORNO 1 MALAYSIA NI BERLAMBAK KAT MALAYA, SEBAB TU BUDAK2, REMAJA, ORG TUA, TERMASUK ENGKO SEKALI TENGOK/TONTON DVD/VCD LUCAH RAJA PORNO TU BEBERAPA ROUND...LAST2 BUAT PROJEK DGN PASANGAN MASING2..AKHIRNYA LAHIR LAH BAYI2 YG DIBUANG...


    BYK DENGAR KHABAR BAYI LAHIR DIBUANG KAT MELAKA...KENAPA YEK?...


    OH YA!! RAJA PORNO 1 MALAYSIA ORG JOHOR, DAH DEKAT SGT DGN MELAKA KAN....

    DISEBABKAN SI RAJA PORNO MALAYA, AKHLAK RAKYAT MAKIN HANCUR..NAMUN SI RAJA PORNO TERUS DIAGUNGKAN OLH BANGSA KU YG BANGSAT DLM UMNO....



    HU..HU..HU...

    ReplyDelete
  9. dr khir toyo pernah membuat kenyataan hendakkan pembangkang sifar di selangor. atas kuasa Allah pada pilihanraya 2008 khor toyo tumbang dari menjadi menteri besar kerajaan BN dan menjadi ketua pembangkang di selangor yang kini dibawah teraju kerajaan PR.

    sistem demokrasi memerlukan pembangkang sebagai check and balance kepada mana-mana kerajaan supaya pemerintahan mereka sentiasa telus. sistem ini juga diamalkan dinegara2 maju yg sistem demokrasinya menjangkau ratusan tahun; di amerika (republikan/ demokrat) dan juga di England (Buruh/ Konservatif).

    kerajaan BN dibawah pimpinan dr Khir toyo tumbang kerana pendedahan oleh bloggers seperti dibawah ini:

    http://no2umno.wordpress.com/2008/03/10/sejarah-rasuah-umno-selangor/

    http://jomjahanam.blogspot.com/2010/07/senarai-nama-bersama-sama-bukti-rasuah.html

    saya secara jujurnya berharap encik arif omar penunggu gua akan terus terus memberi pendedahan demi pendedahan tentang kerajaan PR dengan matlamat mereka memerintah tanpa elemen rasuah.

    matlamat kita ialah rasuah sifar.

    ReplyDelete
  10. Apa-apa berlaku kat negara kita sekarang ni...Melayu gak bodoh dan samdol.

    ReplyDelete