Wednesday, 25 August 2010

HUDUD / KARPAL : TAHNIAH YB DZUL KERANA BERANI LAWAN TAUKE : AGENDA DAILY !!!!





Tak tahulah apa akibatnya nanti.Ini bukan perkara kecil.Ahli Jawatankuasa Pusat PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad telah mengambil pendirian yang ‘realistik’ di celah polimek undang-undang hudud antara DAP dan PAS yang semakin mencalar imej parti itu.

Pendiriannya yang nampak melawan arus dari cakap Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pimpinan PAS lain asalnya dipancarkan menerusi laman twitter.

Mulanya ramai yang kurang yakin bila dalam mesej twitter itu pagi Selasa beliau mengajak pakatan rakyat segera menghentikan polimek mengenai hukum hudud itu.

Baginya ia akan menjadi ‘ self destructive’ yakni merosakan pakatan itu sendiri.

Mana tak rosak kalau orang kuat DAP Karpal Singh,Lim Kit Siang dan lain-lain tetap tidak berganjak menolak hajat PAS nak laksanakan undang-undang hudud tetapi kalangan pimpinan PAS tetap mempertahankan.

PAS akhir-akhir ini nampak agak jelas kelamkabut dalam menghadapi ketegasan DAP hingga setakat hanya boleh beri alasan mereka menolak kerana tidak faham kaedah hukum hudud sebenar sedangkan satu dunia tahu isu ini sudah bertahun-tahun menjadi bahan polimek antara kedua parti.

Apakah sejak tahun 2001 bila isu ini menjadi pertikaian antara PAS dan DAP ia tak selesai-selesai dan DAP masih belum faham lagi sampai sekarang?

Ini yang menjadi tandatanya ramai ketika Nik Aziz dan beberapa pimpinan PAS termasuk Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Tantawi tetap kata mereka yakin DAP dapat menerimanya jika dapat penerangan yang betul.


Keadaan menjadi bertambah buruk bila Karpal Singh menempelak Nik Aziz dengan menyatakan bukan beliau seorang saja dalam DAP menolak hukum hudud sebagai menjawab reaksi Menteri Besar Kelantan sebelum itu kata bahawa penolakan itu cuma pandangan peribadinya ( karpal Singh) dan beliau seorang saja orang DAP yang bising mengenainya.

PKR melalui Pengarah Komunikasi parti itu Nik Nazmi Nik Ahmad pula telah menambah luka bila berkata bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan.

Dr Zul kemudiannya dipetik oleh Malaysiakini petang Selasa sebagai mengingatkan jika polimek ini tidak dihentikan ia akan mengakibatkan berulangnya lagi kejadian dimana DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada tahun 2001 kerana pertikaian isu berkenaan.

Katanya para pemimpin pakatan harus belajar dari sejarah dan elak berulangnya kejadian itu.

Beliau mengajak mereka berkerja dalam Rangka Dasar Bersama yang dipersetujui oleh pakatan itu Disember lalu dan tidak mempromosi pendirian parti masing-masing yang diluar rangka berkenaan.

Kenyataan Dr Zul setakat itu masih boleh dinilai satu peringatan biasa dalam arina politik yang melibatkan beberapa buah parti yang ada matlamat bersama.

Namun bagaimana pula dengan kenyataan beliau selanjutnya ini ?

Ini bunyinya macam pengakuan Ahli Jawatankuasa Pusat itu sendiri bahawa kalaupun PAS menang semua kerusi dalam pilihanraya umum Mac 2008 ia masih tidak dapat melaksanakan undang-undang hudud dan menubuhkan negara Islam tanpa sokongan PKR dan DAP. Katanya bagi PRU ke 13 agenda itu tidak semestinya dengan segera menjadi relevan kerana PAS bukan bertanding secara sendirian.

Menurut Dr Zul selagi DAP menentang undang-undang hudud dan negara Islam manakala PAS menentang negara sekular mereka bertengkar sampai kiamat pun...BN dan UMNO akan memerintah Malaysia dan pakatan boleh lupakan hasrat nak ambilalih kerajaan.

Apa yang dapat ditafsirkan dari kenyataan itu dalam bahasa mudah ialah beliau mengajak pimpinan pakatan jangan bising pasal pendirian parti masing-masing kalau nak menang pilihanraya umum ke 13.

Kata-katanya nampak agak senada dengan Karpal Singh yang berkata “Adalah salah bagi PAS untuk goncang perahu terutama bila masanya sudah masak bagi pakatan rakyat mengantikan Barisan Nasional di peringkat pusat dan menjadikan BN pembangkang.”

Soalnya boleh ke PAS memenuhi hajatnya untuk laksanakan undang-undang hudud dan tubuh negara Islam...katakan pakatan rakyat menang PRU 13 ?

Mengambil kira dari pengakuannya kalaupun PAS menang semua kerusi dalam pilihanraya umum Mac 2008 ia masih tidak dapat melaksanakan undang-undang hudud dan menubuhkan negara Islam tanpa sokongan PKR dan DAP…jawabnya sudah terang lagi bersuluh.

Ini kerana PAS kena berdepan dengan DAP dan PKR yang siang-siang kata tidak setuju.

Dari sini siapa saja yang sihat walafiat dan ' celik' sudah boleh bayangkan kemungkinan porak peranda dan puting beliung yang akan melanda kerajaan pakatan rakyat kalau ia ditakdirkan menang.

Kecualilah PAS sedia tunduk…dan gugurkan hajat yang didendangkan selama ini sebagai asas perjuangan parti itu.

Kalau begitu jadinya…jawabnya PAS - tanpa modal agama - bukan saja ‘tinggal tulang’ malah mengesahkan dakwaan selama ini yang mengatakan parti itu cuma mengunakan agama untuk tunggangan politik.

Mahukah Nik Aziz tunduk? Sanggupkah Datuk Seri Haji Hadi Awang dan lain-lain pimpinan PAS menanggung malu.

Juga bagaimana agaknya nanti nak berdepan dengan para penyokong PAS diserata ceruk yang selama ini begitu yakin parti itu adalah laluan mereka ke syurga jika terpaksa angkat bendera putih pada DAP dan PKR...kerana mengidam kerusi empuk di Putrajaya.

Cakap memang senang…tetapi rasanya lebih senang cakap terus terang dari sekarang macam Dr Zul.Tak gitu? - 24/8/2010


Penghuni Gua : Tulisan ini ada kaitan dengan tulisan PG sebelumnya. Ia mengenai kemunafikan pemimpin PAS dalam perjuangan. Mereka lebih pentingkan habuan dan keuntungan politik.

13 comments:

  1. Memang di dalam usaha hendak menegekkan lslam, bukan sahaja susah utk bercakap mengenainya, tapi lebih susah & terhalang lagi usaha-usaha dan gerakan ke arah matlamat tersebut. Kerana itu, ambillah jalan UMNO - DIAM SERIBU KATA berkenaan melaksanakan undang-undang lslam. Atau lebih berani [tetapi sangat keji & hina], celalah mereka yg hendak menjadikan lslam sebagai tonggak undang2 negara. Dengan itu,
    selamatlah dan dipuji-pujalah Umno di depan Soy Lek, Semi Value, Pairin, So Koon, Gandum, Dompok, dan segala kaum penolak lslam itu. Semakin kuat & akrablah parti penolak lslam itu memeluk Umno. Memang itupun yg Umno perlukan, sekalipun dengan mencela usaha mana-mana parti yg hendak melaksanakan hukum lslam, termasuk hudud.

    Kita memang memuji peringatan oleh Dr Zul, demi menghalang lebih ramai lagi orang Umno menghina hudud dan pelaksanaan undang2 lslam. Saidina Umar ra pernah berkata bahawa beliau lebih suka berhujah dgn 1000 orang alim daripada berbalah dgn seorang jahil, kerana dia takut, kerana hujah2nya, si jahil boleh jadi kafir [murtad].

    ReplyDelete
  2. CAKAP BOLEH LAH.

    MULUT PAS NI KALAU CAKAP MENGALAH NABI. AMALANNYA HAMPAS.

    KATAK PURU

    ReplyDelete
  3. katak puru,

    cuba perlihatkan apa yg Umno dah amalkan utk tujuan menjadikn lslam ini tunggk undang-undang negara, secara syumul, komprehensif, kaffah...? tak apa, cakapkanlah seberapa banyak yg anda mampu..

    ReplyDelete
  4. boleh lihat sendiri bersepah. cuma nak lihat dan tak mahun lihat atau kita butakan mata kita aje anon 1517.

    semuanya ke arah islam syumul. cuma jarak masa dan ketika aje. sabarlah. tak ada perkara boelh cepat. banyak perkara perlu diambil kira. PAS NAK SIASAT HASSSAN ALI PUN AMBIL MASA 7 BULAN DALAM ISU ARAK DAN KERAJAAN PERPADUAN. APA CERITA. ITU BAB KECIL AJE.

    HUDUD? 50 TAHUN DAH PAS BERCAKAP. AKHIRNYA BILA TUN MAHATHIR CABAR KEMUKAKAN DRAF HUDUD , TERKIAL-KIAL MENDERAFKANNYA. LEPAS 2 TAHUN BARU DI KEMUKANAN, ITUPUN TIRU BULAT-BULAT2 UNDANG2 YANG DIKATAKAN KAFIR IAITU KANUN KESEKSAAAN , KANUN PROSEDUR JENAYAH DAN AKTA KETERANGAN. \BACA LAH HUDUD PAS TU, 99% MENIRU UNDANG2 YANG DIKATAKAN OLEH PAS TU KAFIR.

    TAK MALU KE. CAKAP BOLEH LAH.

    MEMANG PAS PANDAI CAKAP. BUAT SAHAJA YANG TAK TAHU.
    AKU SETUJU SANGAT DENGAN KATAK PURU DAN PG TU. TERUSKAN PG.

    BULAN SABIT

    ReplyDelete
  5. bulan sabit,

    kenapa tun mahathir cabar? bukankah ganjil sangat orang ketua lslsm di sebuah negara majoriti umat lslsm mencabar [utk tujuajn menolak] pelaksanaan hukum lslam? bukankah sepatutnya usaha itu datang drp dia sendiri, sebagai PM sebuah negara yg dia sendiri gelar negara lslam? juga sebagai ketua kerajaan pusat sebuah negara, dia yg sepatutnya membantu, mendukung dan membela usaha melaksanakan lslam oleh kerajan negeri yg di bawah kekuasaan federal? kalau hendak tegakkan undang-undang, semuanya berpusat drp dalam perlembagaannya. pernahkah Umno mencadangkan kepada parlimen peruntukkan khas menyatakan dgn jelas lslam mahu Umno jadikan tonggak undang-undang negara? selain bersembunyi di balik tabir lslam sebagai agama rasmi, apa lagi yg signifikan di dalam perlembagan yg dapat menjadikan lslam agama rujukan undang-undang negara? Kalimah Allah yg kuat-kuat Umno dipertahankan pun tidak pernah dicadangkan supaya ditulis di dlm perlembagaan.
    adakah pelaksanaan undang-undang lslam akan bermula dari bank lslam, universiti lslam, takaful lslam, hub halal, jakim, tilawah al-Quran tahunan? bila nak masukkan nama Allah ke dlm perlembagaan? Umno berani? Silakan buat sebelum pru 13 ini, dan sya akan bawa seluruh keluarga saya yg besar undi calon Umno/BN..

    ReplyDelete
  6. MENIRU BULAT-BULAT UNDANG YANG PAS SENDIRI KAFIRNKAN. BETULTU BULAN SABIT. CAKAP AJE MEREKA LEBIH. AMALANNYA HAMPAS.

    ReplyDelete
  7. CAKAP JE LE ANON 1600.

    CAKAP PAS DAN PENDOKONGNYA PUTAR ALAM AJE. NAK PERCAYA.? MAAFLAH. KELABU ASAP SEMUANYA. HARAPKAN KOPIAH DAN SERBAN AJE LE. KERJANYA MEMAKI HAMUN SESAMA ISLAM , DOA BALA PADA ORANG ISLAM BOLEH LAH. ORANG BEGINI NAK PERCAYA. SEBURUK2 TUN MAHATHIR DAN ds NAJIB YANG MEREKA SUMPAH SIANG DAN MALAM TU PUN , TAK ADA LE MENYUMPAH SERANAH DAN BERBAHASA BURUK. INI , YA AALAH, BANGUN PAGI AJE TAK ADE LAIN, MENYUMPAH SESAMA ISLAM AJE.

    AKU PUN NAK SUKA PADA ANON TU KAH KAH KAH KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  8. Kalau akulah, aku akan doakan singh tu gol cepat supaya aku dapat langkah mayatnya.
    tapi geng hamPAS mungkin akan doakan singh ni panjang umur macam depa doakan pada khalipah Lim.

    ReplyDelete
  9. aku setuju dengan katak puru dan pg serta anon 1616 tu
    lihat apa kata nik nazmi di bawah dari pkr tersebut mengenai hudud semalam dalam malaysiakini ( papaer yang amat dipercayai pas dan pembangkang ) >>>.....

    " Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: " PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

    ..............Dalam hal ini tak ada pulak tgna, tghh, tuan man ke , tantawi ke, mahfus ke nak kag=firkan rakannya dari pkr ini iaitu nik nazmi. cuba kalau pemimpin umno yang cakap begitu se=iap mereka jaja kehulu ke hilir siang malam dan siap kafirkan mereka.

    itulh yang di katakan pas munafik dan menjual agama tu. kerana rakan yang mebgatakan begitu ia tidak kafir. tetapi lawan yang kata begitu di katakan kafir. nak percaya pemimpin pengguna islam ini? maaf lah


    kah kah kah kah kah

    sudah lah anon 1600. jangan hipokritlah.

    ReplyDelete
  10. kah kah kah!
    Benda merah jambu tu pun sekarang naik harga, gian sangat, terpaksa sabar, aku puasa, aku puasaaaaaaaa.
    Tiba aku terketut, sekali, dua, tiga .....
    Mat gian dibelakang tanya .....
    Dah tak boleh kemut, dah terbuka ke,
    asyik keluar angin aje,
    aku terpaksa jawab,
    aku terketut sebab ....
    tengok pak lebai UMNO depan kita
    pakai serban, pakai jubah, pakai tongkat ....
    sokong perasuah dan perompak duit rakyat...
    jubur aku terus terketut ...

    Harap-harap hari dapat teruskan puasa sampai habis ....

    ReplyDelete
  11. PeninPILkuda,
    hang teruk......
    Takkan hang tak kenai lebai pakai serban, pakai jubah, pakai tongkat......
    EEEH! EEEH! EEEH! gang sendiri pun buat tak kenai.

    ReplyDelete
  12. Orang PAS terutama Nik Aziz akan mengaku Kapal Sing dan ahli-ahli DAPig adalah saudaranya bila jawab soal kubur nanti. Nasiblah orang PAS dapat ulamak terompah kayu untuk masuk jamban aja... Jangan marah orang lain tapi teliti tingkah-laku Ulamak kau orang dulu..Betul ke setiap tindakan dia sejak kebelakangan ni. Kenyatan pun macam orang dah nyanyok aja.

    Semoga Mantan Dr M sentiasa sihat sejahtera. Amin

    Hidup PERKASA

    ReplyDelete
  13. Tak payah cakap banyak, mat sabu yang pernah ditangkap berkhalwat, dengan bini orang pas, di dalam bilik hotel berkunci dari dalam, dengan cukup saksi semuanya orang pas, dalam negeri serambi mekah kebanggaan pas... apakah hukum Islam yang telah dikenakan keatasnya? Jentik telinga? Ketuk ketampi? Itulah salah satu ujian semasa pas sendiri berdegar-degar hendak melaksanakan hudud! umno jugakah yang menghalang pas dari menghukum mat sabu? Ingatlah dahulu, pemimpin umno sendiri mengaku belum mampu melaksanakan undang-undang Islam sekaligus dan memerlukan masa sedikit demi sedikit. Hanya pemimpin pas yang begitu bermegah-megah hendak menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Di Kelantan, deraf telah ada, alasan yang diberikan adalah halangan oleh kerajaan Persekutuan. Di Terengganu, dijanjikan kepada rakyat semasa kempen pilihanraya, kalau pas menang, sebelum ayam berkokok keesokan hari, hukum hudud akan dilaksanakan. Kalau tak mampu, kenapa berjanji dengan mendabik dada "kamilah pewaris Nabi". Kalau benar pas memperjuangkan negara Islam, kenapa nik aziz mengesahkan kepada dap bahawa tiada dalam perlembagaan pas mengenai perkara itu? Kenapa perlu persetujuan dap untuk menegakkan Islam?

    ReplyDelete