Tuesday, 31 August 2010

INGAT MELAYU/ ISLAM : PENCEROBOHAN TERHADAP ISLAM BERMULA DARI SURAU : DYMM RAJA NAZRIN !!!




Mesej Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ini cukup jelas dan mudah difahami.Ia boleh dilihat dalam konteks berbagai polimek politik yang melanda negara sekarang.Baginda tidak berselindung dalam mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak terbawa dalam persaingan mengejar pengaruh hingga ‘ membuka laluan’ membolehkan bukan Islam melakukan pencerobohan dan kemusnahan.

"Pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula daripada satu ungkapan,ucapan,khutbah,takzirah atau doa,” titah baginda
Baginda bimbang jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar.

Menurut baginda, penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di dunia terutama contoh-contoh ketara di Palestin, Afghanistan dan Iraq, bermula dari pemesongan yang berlaku di kalangan pemimpin hingga mereka sendiri membuka laluan yang membolehkan bukan Islam melakukan pencerobohan dan kemusnahan.

Serentak dengan itu Raja Nazrin menyifatkan pemimpin Islam yang memilih untuk bertelagah dan bersaing mencari pengaruh, sehingga tergamak melakukan perkara-perkara ekstrem yang mencemar agama dan maruah ummah, sebagai golongan yang telah menyimpang dari prinsip asas Islam.

Ini kerana prinsip asas Islam sentiasa menyeru kepada perpaduan ummah, titah baginda sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPeim) peringkat negeri serta sumbangan Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) di Ipoh Isnin.

"Umat Islam di negara ini kini berada dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca, bagaikan bersedia berpaut kepada apa sahaja yang dapat dicapai untuk terus timbul dalam arus yang mungkin membawa mereka menuju kepada penghujung yang amat membimbangkan," titah baginda.

Umat Islam wajib mengambil pengajaran sebelum nasi menjadi bubur, tegas baginda.

"Ingatlah! Sedarilah! Insaflah! ketika umat Islam jatuh dan menjadi lemah, janganlah diharap ada pihak yang akan bersimpati untuk membela nasib mereka. Masa hadapan dan penentuan nasib umat Islam berada di tangan umat Islam. Selagi umat Islam kekal bersatu dan teguh berpadu, tidak ada pihak yang boleh meruntuh atau menjatuhkannya.
Kejatuhan umat akan berlaku apabila umat memilih untuk tidak bersatu malah saban hari terus menghakiskan kekuatan di antara satu sama lain," titah baginda.

Baginda bertitah jika para pemimpin di peringkat tertinggi organisasi memperlihatkan contoh teladan bersefahaman, saling membantu dan saling bekerjasama, pengikut di bawah tentunya akan dapat bertaut erat.

"Bahawa pemikiran, perkataan dan tindak laku pemimpin itu akan dijadikan teladan ikutan dan menjadi penentu arah kepada pengikut, kerana itu, jika pemimpin bertelagah maka pengikut akan turut berpecah," titah Raja Nazrin.

"Berbahagialah ummah, jika barisan pemimpin Islam dan organisasi berteraskan Islam senantiasa berusaha menjalinkan semangat persefahaman serta senantiasa bergerak ke arah membina jambatan kerjasama; tentunya pemikiran, tenaga dan sumber umat Islam akan menjadi lebih produktif dan ukhuwah di kalangan ummah akan menjadi lebih teguh," titah baginda.

Raja Nazrin turut mengingatkan para pemimpin bahawa selagi golongan fakir miskin wujud di negara ini, mereka masih berdepan cabaran dan tanggungjawab besar untuk memastikan pengagihan sumber kekayaan negara berlaku secara adil dan saksama.

"Kewujudan fakir miskin harus juga menginsafkan warga yang telah hidup senang, warga yang telah mendapat banyak nikmat serta kemudahan, untuk tidak bersifat tamak, bernafsu membolot seluruh kekayaan tanpa menghiraukan penderitaan golongan yang masih miskin dan susah.
Usaha membantu fakir miskin - usaha membasmi kemiskinan adalah satu jihad. Agihan pendapatan yang lebih saksama merupakan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh para pemimpin yang memegang amanah pemerintahan," titahnya.

Baginda bertitah keadilan sejati masih belum tercapai sepenuhnya selagi agihan kekayaan yang saksama tidak dapat dipenuhi, sehingga menyebabkan jurang pendapatan yang ketara antara orang miskin dan kaya.

"Apatah lagi jika cara kekayaan terhimpun kepada kumpulan tertentu yang diperoleh melalui pemberian yang tidak mematuhi amalan pengurusan yang telus lagi teratur, titah baginda.- 30/8/2010

Penghuni Gua : Dengan PAS semua boleh dan halal. PKR jangan cerita lah. Semua boleh dan semua konspirasi. Ingatan DYMM Raja Nazrin ni pun kalau di baca oleh pemimpin PKR , mungkin dikatanya konspirasi DYMM Raja Nazrin dan kerajaan. DAP jangan ceritalah !!!! DAP dah dapat tongkat sakti dari PAS dan dai " ulama terulung " iaitu DSAI.

20 comments:

  1. Salam,

    1 Bagi umat lslam yg benar2 'celik' & mukhlish, menjaga kemualiaan lslam ialah dgn menjaga akidah & syariatnya drp dicemari oleh apa saja yg bukan drp lslam, termasuk ideologi & pemikiran2 yg bertentangan dgn lslam, & tidak hanya sekadar menjaga kemuliaan surau2 & masjid2.

    2 Ketika heboh tantang kafir masuk ke dalam surau sehingga umat lslam marah2, berbantahan & tuduh-menuduh, tidak ramai pula umat lslam yg menyedari bahawa pelaksanaan hukum sivil-sekular yg menggantikan hukum2 syari'at Allah sebagai pillar [tiang] undang2 urusan bernegara sekarang, merupakan pencemaran syariat lslam yg sangat fatal, yg mempersekutukan hukum2 Allah dgn hukum2 thaghut ciptaan manusia, yg boleh pula membawa kepada syirik.

    3 Umno dan Pas, parti dukungan umat lslam, & para ulama' sepatutnya menyedari kerosakan besar ini, lalu segara dibersihkan sehingga dapat menjernihkan akidah umat dan meluruskan kehidupan umat di atas rel syariat semata-mata, berdanding salah-menyalah atas isu kafir masuk surau.

    abu faiq

    ReplyDelete
  2. BAGAIMANA PULAK UMNO/BN YANG AKAN MENGANJURKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BAGI 1 MALAYSIA SEMUA KAUM DAN AGAMA DIJEMPUT MENGHADIRINYA DI MASJID JUGA...IAITU DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KL PADA 1 SEPT 2010(JIKA TDK SILAP)...APA BOLEH KAH, BUKAN MUSLIM DIJEMPUT UTK BERBUKA PUASA DI MASJID PULAK TUH?

    TIDAK KAH INI BOLEH MENCEMARKAN KESUCIAN MASJID JUGA...ADAKAH MEREKA BUKAN ISLAM INI PAKAI TUDUNG, TUTUP AURAT SEMUANYA NANTI? SEDANG ORG2 ISAM SOLAT MAGHRIB NAMUN ORG2 BUKAN ISLAM MASIH MAKAN2, MUNDAR-MANDIR, KENCING BERAK, HADAS BESAR, HADAS KECIL DI DLM KAWASAN MASJID?....

    TAPI BAGI UMNO IANYA TIDAK MENCEMARKAN, BAHKAN IANYA SATU BENTUK PERPADUAN YANG DIGALAKKAN DLM ISLAM!!!!

    BAGI UMNO AKU BUAT TAK APA, ENGKAU BUAT SALAH WALAU PUN BENDANYA SAMA..

    UMNO MELUDAH, DIA JILAT BALIK KAHAK DIA DGN MUKA SEPOSEN DIA TUH...!! BARUA BETUL UMNO!!

    ReplyDelete
  3. abu faiz

    mustafa ali dan tghh kata hudud tu satu juzuk aje dalam islam. mereka kata lebih penting utamakan uzuk lain dulu. yang tu perlahan-lahan. kearah tu juga apa yang kerajaan buat. bukan hudud aje setiap patah, cakap aje boleh le. nak buat tu susah. takat nak cakap konsep aje semua boleh cakap. 50 tahun dah pas cakap bab hudud. bila di cabar tun m baru terkial-kial nak gubal. itu pun akhirnya meniru bulat-bulat kanun kesiksaan, kanun acara jenayh dan aktar keterangan yang dikatakan kafir tu.

    tak malu ke.

    kah kah kah kah

    cakap konsep bolehlah

    ReplyDelete
  4. anon 2010,1854'

    1 Fahami dgn pintar & adil bahawa saya tidak mengatakan Umno benar dan Pas saja salah, atau Pas benar dan Umno saja salah. Sebaik saja kedua2nya menyertai pmerintahan yg sedang berjalan, baik dia penguasa atau pembangkang, di pusat maupun di negeri, kedua-duanya telah meredhakan syirik duduk dlm pemerintahan yg berasaskan undang2 sekular yg ada sekarang.

    2 Standard [kayu ukur] bagi umat lslam tentang apa yg haq dan apa yg bathil bukan ditentukan oleh apa yg Umno buat dan Pas tak buat, atau apa yg Pas buat dan Umno tidak buat. Seorang Muslim kena benar2 pasti tentang hal ini kalau mahu akidahnya bersih tulen, tidak diselaputi syak, dzan & wahm ketika melakukan apa saja amalan, mencakup sekali dlm berpolitik.

    3 Konsep! Bukanklah apa yg tertulis dlm perlembagaan itu baru teori, konsep. Lalu, dizahirkan di dlm bentuk praktik, amalan. Anda kena jelas, kalau konsepnya salah, amalan yg bersumberkan konsep itu juga ikut salah. Cnth: Apabila sistem ekonomi sumber kdp konsepnya adalah ideologi Kapitalis, maka riba' datang dlm amalan ekomoninya. Begitu juga, apabila konsep bersosialnya adalah liberalisme-hedonisme, maka maksiat dan gajala sosial yg peniuh kerosakan adalah hasilnya.

    4 Hanya konsep2 & sistem2 drp lslam saja yg benar2 menepati fitrah kerana dia bsrsumberkn wahyu drp Allah. Kalau konsep2 drp lslam pun Anda tidak percaya dgn yakin, ada masalah tu...
    Politik adalah mengatur. Mengatur dgn apa? Dgn hukum2 Allah, dan ia berbangkit di akhirat. Jadi, bukan sembarangan...kena tau banyak lagi..

    abu faiq

    ReplyDelete
  5. MUNGKIN ABU FAIQ BLH TERANGKAN KPD KIT SIANG, ANUWAR ATAU PUN N.AJIS SBB KE TIGA2NYA SLALU BERCANGGAH PENDAPAT WLUPUN DAH SAIN PERJANJIAN SEMASA KONVENSYEN LEPAS HUHUHU..SILEKAN ABU!...GO ABU GOOO!!

    ReplyDelete
  6. SYABAS diucapkan kepada YB Dr Hassan Ali Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor yang bertindak pantas memanggil Pengarah JAIS di dalam menyelesaikan isu penggunaan surau dan masjid oleh tetamu dari kalangan bukan Islam. Isu ini nampaknya dijadikan isu politik oleh Umno yang kita ketahui seringkali menunjukkan kejahilannya di dalam bidang agama.

    Namun demikian, kejahilan Umno ini tidak patut kita biarkan kerana ianya akan memalukan kita sebagai umat Islam. Di samping itu, kejahilan mereka juga boleh mengakibatkan umat Islam menanggung rugi. Sebagai contoh, jika seseorang pemimpin atau Wakil Rakyat yang terdiri daripada bukan Islam ingin menyumbang kepada sesebuah masjid atau surau, mungkin terdapat sekatan atau tekanan dari puak yang jahil ini. Akibatnya rumah ibadat kita mengalami kerugian hasil dari kebodohan puak-puak mereka.

    Justeru itu, amat baik jika Kerajaan Negeri Selangor bertindak pantas agar seluruh rakyat Selangor tidak termakan dengan dakyah sesat Umno itu. Umno sanggup melakukan apa saja asalkan mereka boleh kembali berkuasa dan membolot kesemua kekayaan Negeri Selangor seperti dahulu kala. Mereka amat bimbang apabila melihat kebangkitan pemimpin DAP khususnya semakin mendekati umat Islam. Mereka cukup takut seandainya orang-orang Melayu Islam tidak lagi memandang DAP sebagai parti perkauman sempit.

    Langkah yang bijak dan berhemah perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor agar Kerajaan PR Selangor tidak mudah digoyangkan dengan isu murahan Umno ini. Sehingga kini, kita berjaya menepis segala dakwaan mereka sehingga membuatkan Umno hilang arah dan tumpuan. Tiga Pendekar Lapok mereka, Khir Toyo, Noh Omar dan Ezam sesumpah masih gagal mempengaruhi rakyat Selangor.

    Isu surau dan masjid, Umno tersilap langkah untuk memainkan isu ini kerana mereka pasti berdepan dengan PAS yang lebih arif tentang hukum agama dari mereka. Tanda Umno semakin tertekan apabila mereka menggunakan Istana untuk melindungi kejahilan mereka itu. Jika pemimpin Umno tidak mahu ke surau dan ke masjid, mengapa perlu dihalang pemimpin DAP untuk membuat kebajikan di situ?

    ReplyDelete
  7. Jeffry,

    1 lni bukan saja utk YB Anuwar atau utk YB Nik Aziz, bahkan utk kita semua, utk DS Najib, utk TS Muhyiddin, utk raja2 & sultan2 kita, utk PG, utk semua para pemimpin umat lslam, utk ulama2 mereka & utk seluruh umat lslam. Utk kaum kafir ada cara lain: laksanakan syariat, dan mereka jadi kaum dzimmi yg diursus ikut kaedah syariat.

    2 ltu konsepnya. Utk praktisnya, mari sama-sama ke arah mendirikan Daulah Khilafah, kerana itu saja wasilah utk menzahirkan sistem syariat. Mari ajak mereka semua sebab inilah satu-satunya jalan yg memuliakan umat lslam.

    "Padahal kemuliaan dan kekuatan itu adalah milik Allah, utk Rasul-Nya dan orang2 yg beriman. Tetapi orang munafiq tidak mengetahui [hakikat yg sebenar]" [al-Muanfiqun (63):8].

    abu faiq

    ReplyDelete
  8. masih lagi konsep.

    bagi terus lah detailnya. itu pelajar tingkatan 5 pun tahu. ustat ajar mengaji dah ajar lama dah yang abu faiz ajar tu.

    alahai.

    pas pun cakap macam tu jugak

    semua penyokong pas pun cakap macam tu jugak

    alahai.

    ReplyDelete
  9. ye saya setuju. semuanya konsep.

    ReplyDelete
  10. Ralat: al-Munafiqun, bukan spt yg tersalah taip.

    af

    ReplyDelete
  11. anon 23:43 & 23:46,

    Saya pun ingin dengar juga drp Anda konsep selain Daulah Khilafah ke arah matlamat melaksanakan syariat lslam secara kaffah, yg Anda pernah tahu. Boleh juga saya belajar..

    af

    ReplyDelete
  12. Nak tanya sikit...Sumbangan dari kafir utk masjid atau surau, yang kita tak tahu halal haram sumbernya, bolehkah diterima? Atau sumbangan (tak kisahlah dari siapa) yang haram sumbernya, bolehkah diterima?

    -Keliru.

    ReplyDelete
  13. saya setuju denan anon tu. konsep aje. tingkatan 5 pun boleh cakap macam af tu.

    cuba tuliskan sikit cara dan kaedah mengikut undang bagi prosedur jenayah seperti reman dan jamin. atau cara budak beri keterangan dalam islam.

    cakap je boleh lah. cakap konsep. aku pun boleh cakap.

    katak puru

    ReplyDelete
  14. Salam,

    anon 1854, anon 2343, anon 2346, & katak puru,

    1 Lihatlah, terlalu banyak perincian yg dapat dijadikan pra-syarat pelaksanaan lslam kaffah yg telah diajarkan & dipelajari oleh umat lslam, waima ketika masih di sekolah menegnah, bahkan sejak di sekolah rendah: tauhid, fiqh, sirah, tafsir, mua'malat, jenayat, hudud, qisash, takzir, hukum persaksisn, hukum pembuktian & keterangan. Anda belajar itu semua. Anak2 kita belajar itu smua, uztaz2 kita mahir tentang semua itu. Apatah lagi para mufti dan kadhi2nya. Ada para profesor yg mngkhusus dlm segala bidang ilmu itu, mengajaraknnya di uni2 & mencetak para siswazah. Lepas itu apa? Ke mana? Apakah ilmu dlm segala bidangnya itu digunapakai dlm pengaturan, dlm politik pemerintahan & kehidupan bermsayarakat & bernegara?

    2 Para mufti, para kadhi, bahkan kita, sangat tahu tdak ada satu pun prlakuan, baik berbentuk kebaikan [ibadah] dan kejahatan [jenayah] yg boleh terlepas hukum & penghukumannya dari ikatan syara'. Tapi sudahkan mahkamah syariah
    berhak mengadili kes2 rasuah, mencuri, liwat, salahguna kuasa dlm pemerintahan, [jangan sebut hudulah..nanti jadi modal caci-mencaci saja], mengabsah atau membatalkan sesuatu kerajaan, menyeselaikan pertelingkahan antara kerajaan pusat dgn negeri, dsbnya? Tidak bukan? Kenapa tidak? Sebab mahkamah syariat hanya ada kuasa melaksnakan hukum2 syariat tertentu saja. ltu pun yg dikebiri. Walhal, apa kurangnya darp lslam? Mereka pun sudah belajar itu semua. Kalaupun belum sampai ke situ, kenapa?

    3 Sebabnya, sebagaimana yg selalu mufti & kadhi cakap; semua itu tidak dapat mahkamah syariat laksanakan kerana TIDAK DIKUATKUSAKAN, TIDAK DIWARTAKAN, TIDAK DIGAZET, TIDAK TERPAKAI SEBAGAI UNDANG2 PILLART [utama]dalam ketatanegaraan kita, sewlain hanya umat lslsm saja, itupun dlm kes2 tertentu. Walhal, semua telah dipelajari & pakarnya banyak.

    ReplyDelete
  15. 4 Jadilah hukum2 lslam kita ini terpakai sebahagiannya [tidak kaffah] di mahkamah syariat saja, dan yg selainnya hanya utk kita mengatur kehidupan individu, peribadi kita saja. Ada orang lslam tidak berjudi kerana tahu itu haram. Tapi yg mahu berjudi juga, kalau ke Genting atau ke kedai ekor, negara kata tak salah. Riba' haram. Tapi berapa banyak bankers Muslim kaya raya makan riba' secara berlesen. Tidak pun meraka dihukum oleh negara kerana undang2 negara kata itu tidak melanggar polisi & hukum ekonomi negara.

    5 lni antara hal2, perincian yg kita tahu & sangat faham yg merupakan isi kandungan konsep2 dlm negara lslam, Daulah Khilafah. Tapi ini tidak berjalan. Sebabnya, ini bukan konsep2 yg
    dikehendaki di dalam sistsm politik negara sekular. Semua ini hanya berjalan kalau ada institusi yg melaksanakannya, dan institusi itu adalah negara. lnstitusi yg melaksankan hukum syariat secara kaffah itu tidak wujud di sini, tidak juga di Mesir atau di Arab Saudi. Sedangkan dlm benak setiap Muslim yg muhlish tahu inilah perintah yg Allah wajibkan - mengatur kehidupan sesuai dgn cara-Nya, cara hidup lslsm. Ada ayat-Nya yg mengingatkan, seaiapa yg mencari selain lslam sebagai ad-dean [cara hidup] Allah sekali-kali tidak akan terima. Namun, dlm doa, kita sentiasa memohon redha Dia.

    6 Natijahnya, walaupun kita sangat tahu hukum2 syara' itu ada, ada banyak mufti dan kadhi yg sewajarnya menentukan hukum2 syara' itu dilkaksanakan sebagai bukti ketaatan kita kpd kedaulatan hukum2 Allah, mengimani akan keRasulan Muhammad yg telah mekansakakan semua ini di Madinah dulu, namun itu semua hanya benda2 asing dlm urusan bernegara ini, sekalipun dlm negara yg majoriti rakyatnya Muslim, dan dipimpin oleh pemimpin drp kalangan umat lslam sendiri.

    7 Kenapa jadi begitu? Sebab dlm perlembagaan, pasal 4 [1] menyatakan apa-apa saja undang2 yg berlawanan dgn kehendak perlembagaan, maka tertolak, null and void; termasuklah undang2 yg ditolak oleh perlembagaan itu undang2 lslam, kerana negara sekular tidak perlukan dan tidak pakai undang2 agama, sekalipun agama itu datang drp Allah.

    8 Lalu, kita pun dibimbing, diminta, malah dipaksa [kalau tak taat kena hukum] supaya redha, mendukung dan mentaati undang2 yg bukan daripada akidah kita, bukan drp Allah kita. Sejak Daulh Khilafah runtuh pada tahun 1924M, pelaksanaan lslam kaffah terhenti. Akhirnya,
    tidak sedikit umat lslam, apabila disebut saja pelaksanaan hukum sayara' dlm sistem bernegara, bukan saja terpinga-pinga, malah jadi serba-salah, berdolak-dalik, ada yg fobia, dan ada yg menentang. Betul 'kan? Walhal, hukum2 sivil-sekular yg dipaksakan ke atas mereka utk mereka taati mereka pun tidak faham & tidak tahu juga baik periciannya, baik asal-usulnya, baik sumbernya. Tapi taat, tetap taat, dukung tetap dukung, sokong tetap sokong. Pelik kan?

    wa Allhu a'lam.

    abu faiq

    ReplyDelete
  16. konsep lagi!!! sudah lah af

    ReplyDelete
  17. Org UMNO mcm Arif Omar mana tahu hukum. Jahil.

    Org dijemput masuk masjid bagi ucapam kata bagi tazkirah. MasyaAllah, ni lah cara UMNO menyebarkan fitnah. Cina masuk masjid tak tutup aurat sibuk macam kera kena belacan. Rosmah masuk masjid tak tutup aurat tak pulak ditegurnya.

    Yg UMNO ceroboh masuk dewan undangan negeri Perak tak pulak ditentangnya.

    Kita berpolitik biarlah nampak ikhlas, baru org akan sanjung dan sokong.

    ReplyDelete
  18. Kalau tidak ceroboh [kurang ajar] kpd agama, tidak memfitnah, tidak memutar, tidak berbalah sesama sendiri, tidak korup, tidak kroni, tidak memeras rakyat, tidak menipu, itu bukan namanya Umno. Politik Umno sangat ikhlas kepada semua perkara2 yg hina itu, dari dulu, kini & dan selamanya. Dia juga disanjung & disokong oleh orang2 yg watak2nya spt itu.

    ReplyDelete
  19. UMNO bawak isu ini macam meludah kelangit. Isu yg dibawa oleh puak2 UMNO ini tanpa berbincang dan berfikir panjang menyerlahkan pekung didada, UMNO sebenarnya jahil hukum Islam.

    Puak-puak UMNO ni masjid pun jarang2 masuk, pastu jahil hukum, susahlah untuk meyakinkan masyarakat supaya mengundi mereka untuk pilihanraya akan datang. Budaya fitnah masih tak dibuang jauh2. Ucapan kata tazkirah. Teo dijemput oleh AJK masjid untuk memberi sepatah dua kata. UMNO keluar TV suratkhabar fitnah kat Teo bagi tazkirah. Mana org tak benci kat UMNO.

    Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

    Keputusan itu dicapai pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010.

    Umat Islam janganlah sibuk sangat berpolitik hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah. Semua pihak menyelesaikan masalah ini berpandukan hukum hakam agama dan bukan bersandarkan kepada pemikiran politik.

    Isu agama mesti diulas atas prinsip agama. Prinsip agama sentiasa ditegakkan melalui fakta sedangkan politik kepartian sentiasa ia dibina di atas prejudis dan persepsi.

    ReplyDelete
  20. Anon 18.35, bahlul betullah ko ni. Yang kapir datanng ke majlis bbuka di Masjid Wilayah tu duduk kat dewam makan masjid. Bukan dia masuk kat Dewan Solat. Dewan solat dengan dewan makan berbeza. Bahtolol

    ReplyDelete