Saturday, 14 August 2010

MAHASISWA BERPOLITIK : LAGI SALAM MAHASISWA KEPADA TIM MENTERI PENGAJIAN TINGGI !!!



MEMETIK laporan akhbar ini kelmarin yang mendedahkan hasil kajian selidik ringkas permintaan kira-kira 58 peratus daripada 335 perwakilan kepemimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bersidang mahukan kerajaan mengkaji semula sekatan berpolitik, sewajarnya memberikan perspektif yang bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Mahasiswa perlu sedar, tugas hakiki mereka sebagai pelajar dan pemimpin pelajar selayaknya sudah cukup membebankan mereka. Dengan timbunan tugasan diberikan pensyarah, aktiviti kolej, gerakan badan beruniform serta aktiviti kokurikulum yang menuntut pembahagian masa yang sempurna, maka wajarkah mereka mewujudkan jeda senggang untuk menceburi parti politik?

Bergiat aktif dalam sesebuah parti politik bukanlah mudah. Selain memerlukan pengorbanan waktu dan kudrat, ahli politik juga perlu bijak dan ikhlas berkorban masa, wang ringgit serta perhatian terhadap kebajikan rakyat. Pelaksanaan tugas ini, jika dipandang dari satu sudut memang mulia, akan tetapi apalah ertinya jika tugas hakiki sebagai seorang pelajar diabaikan? Alasan agar kelangsungan masa depan dan kematangan politik negara pada masa depan juga tidak munasabah sama sekali. Tahukah mahasiswa bahawa seorang pemimpin itu perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan, semangat berorganisasi, daya kepemimpinan bersifat karismatik dan keupayaan menerajui sesuatu pertubuhan sebelum mampu menjadi ikon bagi masyarakat? Semua elemen ini sebenarnya mampu diperoleh dan sangat memadai sekiranya mahasiswa bergiat aktif dalam politik kampus dan aktiviti berpersatuan sedia ada dalam kurikulum universiti pada hari ini.

Pada hari ini juga, media massa menyediakan ruang bersuara yang lebih luas dan telus untuk mahasiswa. Mahasiswa boleh menyuarakan pandangan dan pendapat mereka mengenai politik negara dalam ruangan ini. Sejarah telah membuktikan, mata pena lebih tajam daripada retorik bicara dan mainan kata-kata. Tulislah apa saja yang dipercayai benar, kerana seorang pemimpin juga perlu tahu bagaimana dia boleh menulis untuk menyuarakan kebenaran dan berbakti kepada masyarakat.

Mahasiswa seharusnya melihat sekatan ini bukanlah satu bentuk cengkaman anarkis kebebasan berpolitik, tetapi satu benteng pertahanan diri mahasiswa daripada terjebak dalam kancah politik sebelum tiba waktunya. Apabila sudah tamat pengajian dan berjaya bergelar graduan, maka dipersilakanlah untuk menyertai mana-mana parti politik demi menyuarakan kepercayaan dan kebenaran. Usah terlalu taksub untuk menyertai parti politik sehingga mengabaikan pelajaran yang menjadi kunci kepada ilmu pengetahuan dan keperluan menjadi pemimpin demi membina sebuah peradaban.


ZULFAZLAN JUMRAH,
Universiti Putra Malaysia


Penghuni Gua : Tahniah kepada pelajar ini. Inilah yang sebenarnya berlaku dan akan dialami mahasiswa. Sibok berceramah ke hulu ke hilir. Keluar keputusan periksan markah cukup makan. Bila interview kerja dan tak dapat kerja kerana markah cukup makan , di kecamnya kerajaan katakan kerajaan zalim dan sebagainya.

2. Mahasiswa yang begini , hanyalah mahasiswa melayu yang kecewa. Mereka ini hanya cakap banyak.Otak ? Otak mereka hanya ada politik. Cuba tanya apa tu politik? Berapa % politik tu penting dalam kehidupan dan juga berbanding dengan pelajaran?

3. Kepada Saifuddin Tim. Menteri Pengajian Tinggi, ini salam yang ketiga mahasiswa kepada anda. Baca isyarat dengan betul. Kepada TPM dan Menteri Pengajian Tinggi, tahniah kerana tegas dalam hal ini. Kawal dan jaga sikit gerak geri Timalan menteri anda yang kelihatan besar sudu dari kuahnya.

4. Ada agenda peribadi kot !!!!!

Nota : Otak mahasiswa ini jauh lebih matang dari setengah pemimpin dan jauh lebih matang dari sesetengah pemimpin mahasiswa tersebut. Mereka ini cakap aje lebih!!!!!!! Lihat ajelah pemimpin mahasiswa pengajian islam UM tu, cakap aje berdegar, markah untuk pengajian islam pun hanya 2.3**** aje. Tak lepas haji pun. Tetapi cakap mereka , Ya Allah!!! Seolah markah mereka 4.0. Itu hanya belajar pengajian islam aje tu.... Tu pun tak dapat markah lebih dari 3.0.

12 comments:

  1. SLM BRO..KESIAN KT MAK BAPAK YG NK TENGOK ANAK MEREKA BERJAYA TAPI LAST2 MASUK LONGKANG SBB TERJEBAK DLM POLITIK TAKSUB..ADOIYAIII

    ReplyDelete
  2. Tuan PG...

    Aku nak tanya ko satu jer...

    Ko dan UMNO beriya2 tak bagi mahassiwa terlibat dlm politik di kampus.. bukan kah begitu?

    Persoalan aku..

    Bagaimana pulak semasa engko menuntut di UKM sbg pelajar Sarjana baru2 ini, engko pun sebok berpolitik, dan siap ada blog politik lagi iaitu PENGHUNI GUA...Engko pun sebok jugak berpolitik, melibatkan diri dlm politik, kempen, mengutuk, menyokong membabi buta UMNO/BN...dll, sedangkan engko menyokong spy mahasiswa jgn terlibat dlm politik, walhal engko pun bergelar mahasiswa juga baru2 ni...

    adakah pelajar Sarjana pun bukan MAHASISWA? Apa takrif mahasiswa itu?....

    Enko memang lidah bercabang lah...tak bagi mahasiswa politk konon, tapi engko sewaktu mahasiswa UKM pasca siswazah baru2 ni pun ligat juga berpolitik kepartian menyokong bulat2 UMNO/BN melalui blog PENGHUNI GUA ini...apa lah ko ni?...Hipokrit betul!!!

    TOLONG JAWAB PERSOALAN AKU...!!!

    CAKAP TAK SERUPA BIKIN, BIKIN TARAK SERUPA CAKAP....


    cerdik pandai KANGKUNG!!!!

    ReplyDelete
  3. kah kah kah!
    sibuk apa?, dihati para mahasiswa semangat, dimuka kelihatan kepatuhan, sampai masa kita ramai-ramai ushakan secara halus dan secara kasar, TUKARKAN KERAJAAN UMNO atau REHATKAN UMNO atau PETI SEJUKKAN UMNO.
    Ini semua demi anak-anak kita, demi masa depan negara kita, demi bangsa kita.
    Bergerak jangan diamkan diri, kami percayakan kamu wahai MAHASISWA.

    ReplyDelete
  4. Kangkung
    Setakat ada blog sendiri tu...anak aku yg kecik pun ada blog. Yang dikatakan aktif berpolitik ialah penglibatan mahasiswa membuat siri ceramah atau mencalunkan diri bertanding dan aktiviti lain sehingga meninggalkan pelajaran dan kuliah.

    Kalau ko nak buat blog...silakan...

    ReplyDelete
  5. Orang yang nak mahasiswa berpolitik, dah sah tiada anak diuniversiti. Sebab tu dia tak kisah samada pelajar tu berjaya atau gagal.

    ReplyDelete
  6. PG ni mmg gampang
    kan aku dah cakap awal2 dulu
    PG ni mcm yahudi..blame org tapi sendri buat salah x nampak.mmg buta kayu btl
    tp nak buat mcm mana mmg dah keturunan dia suka cari salah org & suka pecah belahkan kita sesama ISLAM
    kutuk,condemn,fitnah mmg dah jadi makanan dia seketurunan

    Anon atas ni sembang lebat btl..
    bapak lu ajar lu mcm tu?
    suka2 jatuh hukum kt org.
    mana lu tau dorg xda anak study kt u?
    anak lu hebat sgt ke?
    kalau hebat bawak dtg la..sembang x guna
    kalau anak PG ni btl la bangang
    sekor pun xde ke IPTA
    mmg tahap bebal yg x dapat di tolong lagi

    -bikin panas-

    ReplyDelete
  7. Sibuk politik
    Assingment cilok member punya
    cgpa cukup-cukup makan
    repeat paper perkara biasa

    bangsa lain sibuk belajar
    bila grad depa dapat first class
    mat politik grad kelas 3, itu pun kalu boleh grad

    ada akai tak pakai
    lepas korang grad
    berpolitik lah korang sesuka hati
    takder siapa yg perduli

    kenapa aku peduli mahasiswa berpolitik ?
    sebab budak u yg grad dan berpolitik
    semua tak leh pakai
    macam mana aku tahu ?
    sebab ramai aku pernah hire, pas tu kena fire.

    org sibuk suruh belajar
    lepas tu bila grad boleh tolong mak ayah

    ni sibuk gi berdemo, berpolitik

    bangga bila kena sembur ngan gas
    bangang punya orang.

    bila suruh buat kerja, bagi alasan macam ahli politik. Hampes !

    nie semua budak melayu islam
    cakap berdegar-degar tapi abuk pun tarak.

    dah lah malas nak cakap lagi. Puasa.

    ReplyDelete
  8. bikin panas
    Kau bukan mahasiswa...jadi tak payah memekak kat sini. Dulu orang suruh belajar, kau poteng sekolah, merokok, dah tu join budak samseng.

    ReplyDelete
  9. anon 1717
    yeahhhhhhhhhhhhh. betul, betul

    ReplyDelete
  10. Macam PG gak lah, kan tembelang dah pecah!!!!

    Dia pelajar UKM tapi sebok berpolitik..pergi ceramah politik umno/bn..lps tu sebok memikir nak tulis apa dlm blog, sebok dgn blog lagi, sebok belajar lagi...kan dah campur aduk tu..

    Dia bukan main lagi hentam org lain, tapi dia sendiri sebok memanjang berpolitik, ceramah, tulis blog...apa tak betul ker?

    macamana PG nak bahagi masa nak buat assignment, kuliah, penulisan ilmiah (tesis) dan dlm masa yg sama sebok menulis bab2 politik, pergi ceramah umno, kempen, kutuk fitnah!!!

    berapa CGPA PG agaknya dapat MASTER baru2 nih!!!

    kata dulang paku serpih, kata org dia yg lebih2...habuk pun tarak!!!

    pada anon2 lain yg pro UMNO tu...sudah2 lah...ubah2 lah cara anda berfikir, kolot dan jumud!!!

    ReplyDelete
  11. Salam tuan PG & Sema2…,

    MAHASISWA BERPOLITIK : LAGI SALAM MAHASISWA KEPADA TIM MENTERI PENGAJIAN TINGGI !!!

    Pro aspirasi atau sebaliknya setiap calun MPP memerlukan masa, tenaga dan percaturan bijak hanya utuk sessuatu jawatan presiden etc. Pelajar yang sibuk2 hendak masuk gelanggang politik x mencerminkan identiti sebenar bakal grad. Gulungan ini sebenarnya otak kemetot telah dipengaruhi ibu bapak sebelum menjejak kaki di IPTA/S. Sama juga gulungan batu api “rotten” yang mengaadu domba melaga laga2kan siswa/i supaya berpolitik yang mengharapkan "advantage" sebelah pihak.

    Lihat pelajar bukan bumiputera tak pernah mintak pun kerajaan memberikan ruang untuk berpolitik. Namun pemimpin mereka samada pro/lawan kerajaan tetap bersatu dengan satu budaya nenek moyang mereka. Orang Melayu jangankan nak meperaga dan mengembangkan syiar Islam, bangsa Melayu pun sesama sendiri diperlekeh. Renung masa depan politik apa dan siapa untung ruginya. P5B buat coretan dari segi nilai sahaja, dan bukan orang politik pun x terpengauruh mana-mana parti siasah. Belajar setakat upper vi thn 1975 sabjek tawarikh. Kini jadi org kampung full time, tapi x lah buta sangat politik.

    Batu api inilah yang membuatkan siswa/i jadi lemas. Tup tup... tanyalah siapa yang terus rugi... Melayu.... Semua orang boleh belajar situa macam P5B masih boleh belajar, tapi mendalami ilmu untuk diagih-agihkan kpd generasi masa depan itu yang penting. Fikir-fikrlah wahai anak bangsa Melayu...

    Pang5 Beliung, tahu siapa PG, ahli korporat berpendidikan dan mempunyai ilmu untuk dikongsi.

    ReplyDelete
  12. Mcm kata MamatMisaiTebal... BrahimBabunShah (harap misai tebal... otak bebal!),

    Kalo dibenarkan mahasiswa berpolitik dlm senario skrg... maka akan mendatangkan bahaya kpd kerajaan Be-eNd kerana kecenderongan mahasiswa kepada pembangkang. Sebab tu la KERAjaan takut bebeno nak benarkan pelajar berpolitik! Pelajar dah matang utk timbang ketelusan dan kebenaran sebab tu mereka anti dgn KERAjaan selagi tiada perubahan drastik dgn meruntuhkan UMNgOk!

    Demokrasi ape... kalo kebebasan bersuara dan hak seseorang dinafikan.

    Kalo kami dilarang berpolitik kerana belum matang lagi... maka buat larangan berpolitik utk mereka dah nyanyuk dan tak boleh berfikir... yg dah tua... dah 80tahun ke atas spt Chedet, PakLah dsbnya...

    Ishk! Ngantukla layan blog BN ni... BNgai, BNgok, BNgang, BNgap, BeNgong

    ReplyDelete