Wednesday, 11 August 2010

MAHASISWA BERPOLITIK ? MENTERI ! KAWAL SIKIT TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI TU !!!!!




Kerajaan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak termasuk pemimpin pelajar bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk membolehkan mahasiswa melibatkan diri dalam politik kepartian.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebagai permulaan, beliau akan menghadiri perbincangan meja bulat mengenai perkara itu yang dianjur Majlis Belia Malaysia (MBM).

Beliau berkata perbincangan meja bulat itu akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin mahasiswa.

"Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Di samping itu ia penting untuk mematangkan demokrasi kita," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini. Berita lanjut : KLIK



BUTTERWORTH 10 Ogos - Pertimbangan yang menyeluruh dari pelbagai aspek perlu dibuat sebelum membenarkan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melibatkan diri dalam politik negara, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.

Beliau berkata, perkara itu juga perlu mendapat pandangan pensyarah dan tenaga akademik di setiap IPT kerana mereka juga sebahagian daripada komponen dalam universiti.
"Biarlah perbincangan itu terus dilakukan, banyak aspek perlu dipertimbang termasuk membenarkan universiti itu bertukar menjadi gelanggang politik dan memastikan politik tidak berkembang masuk ke dalam kampus. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Di atas sekali adalah kata-kata dan hasrat Tim Menteri Pengajian Tinggi. Selalunya ia mendahului Menteri. Perkara dasar nampaknya beliau selalu melangkah kepala Menteri. Yang di bawah adalah sanggahan Menteri Pengajian Tinggi tentang cadangan Tim Menteri Pengajian Tinggi untuk membuka ruang seluasnya kepada mahasiswa untuk berpolitik.

2. PG bukan apa, banyak kali dan sudah berkali Saifuddin ini bermain politik dan hendak popular di kalangan mahasiswa. Apa yang saifuddin begitu beriya-iya sangat nakkan mahasisiswa berpolitik? Setakat ini adakah undang-undang menyekat kebebasan bersuara dan berpesatuan mahasiswa. PG amat aktif berpesatuan ( termasuk bersama Saifuddin ) semasa di Universiti Malaya ( Masa tu dia amat condong kepada DSAI - ikut je ke mana DSAI pergi ). Tak ada pun masalah dengan AUKU. Tak ada pula AUKU mengahalang PG menjalankan berbagai aktiviti kami. Isunya samada kita memohon kebenaran atau tidak. Setakat 2 ke 3 persatuan yang PG jadi setiausaha , tak ada pulak HEP menolak sebarang aktiviti persatuan. Semuanya lulus. Isunya ikut peraturan.

3. Adakah SaifuDn nak jadikan universiti satu lagi medan dan tempat ceramah politik . Siang malam ceramah politik di adakan. Saifuffin sendiri adalah produk semasa AUKU belum di pinda. Tak ada masalah pun dan bagus menjadi pemimpin politik.

4. Saifuddin jangan membaca perlembagaan negara dengan membaca sekerat-sekerat iaitu dari segi hak kebebasan bersuara dan berpesatuan. Perlembagaan juga ada menerangkan batas-batas dan sempadan bersuara dan berpesatuan. Jadi jangan cuba menjadi suara pembangkang. PG sampai sekarang pun , amat kuatir dengan cara berpolitik Saifuddin ini. cakapnya tak lain hanyalah berjuang dan memasukkan politik ke dalam kampus. Tak ada kerja lain ke Tim. Menteri ini?

5. Tun Dr Mahathir berkeringat dan bersengkang mata , memerah otak bagi mengawal kebiadaban mahasiswa era DSAI dan Hishamuddin si Penarik Beca tu. Nak ke kita melahirkan mahasiswa yang begitu ? Yang hanya tahu bercakap bab konsep dan mengkritik saban hari tanpa ada cadangan konkrit? hanya tahu kritik kosong dan menyalahkan orang lain. saifuffin nak lahirkan pemimpin sebegini?

6. Jangan Saifuddin nak memandai-mandai merombak dan menjahanamkan apa yang Tun Mahathir telah usahakan dengan baik. Kita yang baru setahun jagung dan masih boleh dipertikai kesetiannya kepada kerajaan , begitu senang nak jahanamkan semua yang telah diperkukuhkan oleh pemimpin terdahulu . Jangan nak menunjuk pandai Saifuddin dan jangan nak cari populariti di kalangan mahasiswa.

7. PG menyokong penuh apa yang disarankan oleh Dato Khaled Nordin , Menteri Pengajian Tinggi. Kekalkan begitu Dato. Jangan kita nak memandai merungkai apa yang telah baik yang telah dibuat oleh pemimpin terdahulu. hati-hati dengan Timbalan Dato ini. Kadangkala dan sudah banyak kali sPG perhatikan ia selalu melangkah bendul dan lebih sudu dari kuah. Dato perlu kawal sikit perangainya.

8. Kepada Menteri Pengajian Tinggi, kawal Timbalan anda dan kekalkan apa yang telah dibuat dengan begitu baik oleh pemimpin terdahulu. Jangan nak memandai-mandai. Sekali silap, sukar untuk kita perbaikinya.

Nota : Bagus sangatkah mahasisiwa di zaman DSAI dan penarik beca? . PG nampak , tak ada apa pun. Kalau nak dibandingkan dengan Tun mahathir : Jauh panggang dari apilah. Semua pemimpin mahasiswa waktu itu , semuanya jenis baling batu sembnyi tangan. Lihat ajelah si Hishamuddin di blog Penarik Beca. Buat kacau di kampus. Kemudian lari ke Australia. Tutup muka dengan kertas pembungkus dan baling telur kepada PM Tun Razak. Apa yang tak di hinanya Malaysia ini. Akhirnya dengan bantuan DSAI, dia menjilat semula ludahnya ( negara yang dihinanya hampir 31/3 hayatnya ) dan kembali ke Malaysia dengan hidangan karpet merah dari DSAI dan kumpulannya. Dialah sekarang ini jadi kepala pengat dan orang di belakang tabir aktiiviti DSAI. Masa reformasi dulu , kena tangkap oleh polis, temberang polis dengan mengatakan ia hadir perhimpunan haram atas kapasiti reporter. Itulah kepandaian mahasiswa di zaman ini walaupun bukan semuanya.

20 comments:

  1. kalau dah rasa bagus sangat
    p la komplain kt menteri tu
    gentleman la ckit
    setakat ko menyalak mcm anjing nak tunjuk hero kt dlm blog ko ni baik x payah..
    potong telor bagi anjing satu,bini ko satu

    -bikin panas-

    ReplyDelete
  2. Allo PG...PG tengok tak rancangan Soal Jawab TV 3 beberapa hari lalu berkaitan topik ini, yg ahli panelnya adalah YB Saifuddin dan T.S Ibrahim Shah (mantan TNC UiTM).

    Dlm program tersebut YB Saifudin dgn tenang menyatakan bhw isu mahasiswa berpolitik ini dah lapuk dah..sama lah lapuknya dgn pemikiran Ibrahim Shah yang dibantai hebat...kenapa sebenarnya UMNO/BN yg takut mahasiswa berpolitik?...apa yg ditakutkan?...seorg TNC Ibrahim Shah amat lah rendah pemikirannya yg sepenuhnya penuh dgn rasa curiga dan prejudis kdp mahasiswa...teruk betul Ibrahim Shah kena tibai...malu sugguh seorg ahli akademik mempunyai otak yg kaku dan jumud dan gelihati tengok dia kena balun...bayangkan ahli akademik kena malukan dpn TV!!!!!!!!!! malunya!!!

    tersentak dgn herdikan YB Saifudin, Ibrahim Shah pun terus terang mengatakan bhw jika dibenarkan mahasiswa berpolitik maka kerajaan UMNO/BN akan kalah dlm pilihanraya...Nah! adakah menyekat berpolitik spy pelajar tumpu pelajaran sbg helah UMNO/BN atau UMNO/BN sendiri yg takut krn rata2 mahasiswa tdk sokong UMNO/BN....?


    mana boleh nak tahan2...tahan2 pun mrk dah tahu perangai umno/bn, cuma tak nak bising jer, yg pasti mrk tdk akan undi umno/bn...percaya lah...!!!

    ReplyDelete
  3. jangan cakap besar lah anon

    lahat le pru nanti. dulu pun menag , pr bukan kuat atetapi ambil kesempatan atas isu pak lah itu aje.

    dulunya isu reformasi si peliwat, sebelum ti perpecahan umno / s 46.

    mana kuatnya pembangkang. hanya opportunis. kejap menag sikit kejap kalah banyak, itulah selalunya. yoyo yang selaku kalah tapi cakap berdegar. lihat lah nanti

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dgn PG. Saya tonton rancangan Bual Bicara di TV3 2 minggu lepas, panel: Saifuddin dan TS Ibrahim Abu Shah, ex-VC UiTM.

    1) Meluat saya dgn Saifuddin, tak mahu dgr kata Ibrahim, hujah2 dan kata2 beliau saya anggap KURANG AJAR!
    2) Saifuddin nie lepas SPM belajar overseas, tak faham budaya pelajar dan pendidikan di Malaysia
    3) Saya yg dari sekolah sampai universiti, made in Malaysia, yerlah tak kaya mcam Saifuddin bleh pergi oversea. Tapi saya tetap tak setuju pelajar bergiat dlm politik
    4) Ibrahim pun dah 'sound' Kerajaan jgn menyesal! Jgn kata saya tak beri amaran... Kata TS Ibrahim
    5) Saifuddin kata hujah org lama, nie saya jauh lagi muda dari Saifuddin pun tak setuju dgn anda
    6) Hujah Saifuddin macam fikiran budak2 dan memperjudikan nasib pelajar (terutama Melayu)
    7) Saya boleh beri berbagai alasan tidak menyokong, tapi cukuplah komen pada Saifuddin nie yg lebih kepada mencari political popularity. Org seperti Saifuddin sangat low class minded untuk memacu hala tuju pendidikan tinggi negara!!!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. dari dulu lagi saifudddin ini, menunjuk baik semasa di u. hanya nakkkan populariti. Apa yang dah disumbangkannya kepada negara setakat ini ? kosong. asyik nak mahasiswa berpolitik. cuba cari kaedah biar mahasiswa melayu ini mendapat tempat terbaik dalam pengajian di u. Ini saya lihat anak-anak bukan melayulah yang cemerlang. Itu yang patut saifuddin fikirkan. buakan politik mahasiswa.

    ReplyDelete
  7. Apa lah punya mentaliti penyokong UMNO...lemah dan jumud..!!! YB Saifudin cuba membawa nafas segar dan lbh terbuka kpd UMNO tapi dia plak dipersalahkan...apa punya cipan lah puak2 bengap nih!!!

    Macamana UMNO nak maju jika tahun sekarang ni 2010, tapi umno masih berperangai tahun-tahun 1800-an dan 1900-an...org dah jauh ke depan dia masih lg penakut dgn realiti...

    dunia skrg hanya dihujung jari saja..tak payah pergi jauh2...kita dah tau apa terjadi sekeliling!!!

    kalau boleh umno nak semua org ikut membabi buta pemimpin dia...jgn ada yg berani tunjuk pandai atau bawa pemikiran maju dan dinamis!!!

    macamana org nak dekat dgn umno....!!!UMNO adalah parti ketinggalan zaman krn takut kpd diri sendiri....


    Ya...Insyaallh...PRU 13 umno pasti sakit!!!!

    ReplyDelete
  8. ambil pengajaran dari mahasiswa zaman dsai dulu. sejarah akan berulang jika tidak ditadbir dengan betul. apa yang dibuat oleh tun sudah baik. jangan nak memandai.

    ReplyDelete
  9. bagus PG. saya sependapat dengan anda. Sejarah akan berulang. Cuma watak dan masa aje yang beubah. saifuddin tu hanya nak untung politik. Ia nak timbulkan dirinya sahaja. Kami kenal siapa dia

    ReplyDelete
  10. Salam,

    1 Politk! Apa yg trgmbar bila sbut politk? Trgambarlh pilihan raya, prlimen, ideologi [spt demokrasi, sosialis, komunis], krajaan, rakyat, pmerintah, majoriti, pmbangkang, buat undang2. ltulh gambarn tntang realiti politk. Orng lslam pun mggambarkn hal2 itu jga bila dsebut politk, sma dgn yg dfhami olh bukn lslam. Walhal, umat lslam swajarnya mmpunyai fhaman & pndangan yg khusus tntang politk, ssuai dgn yg diajarkn olh akidah lslam mreka; brbeza sma skali dgn politk yg dfahami olh bukn lslam/kafir/atheis.

    2 Politk makna mudahnya: mngurus, mngatur khidupan. Cnth: mngatur khidupn indvdu - politk indvdu; mngurus kluarga - politk kluarga; mngatur masyarkt - politk masyarkt; mnagtur negara - politk negara; mngatur ekonomi- politk ekonomi dsb.

    3 Mngatur tentulh dgn aturan/undang2. Bagi umat lslm kena bnar2 faham, ada 2 set undang2. Satu set undang2 kufur, yg al-Quran sbut hukm2 jahiliyyah/undang2 thaghut, smntara 1 set lgi undng2 lslam, i.e hukum2 syara' Allah atau syari'at. Hukm2 thaghut/jahiliyyah itu yg Allah larng & haramkn umt lslam mntaatinya [al-Quran, surah an-Nisa'(4:60]

    4 Bgi umt lslam mmilih aturn yg mana mahu digunapkai utk mngurus khidupan mreka, rjukn bgi mreka ialah apa yg Rasul ikutan mreka lakukn ktika mngatur khidupan umat, apakh bginda saw brpolitk [mngatur khidupan] dgn undang2 lslam [syariat], atau undang2 thaghut.

    5 Yg umat lslam pilih skrang ialah sstem hukum thaghut. Sbab itu pola fikir & pola jiwa politik mreka kini brjln di ats batas ideolgi thaghut. Dan spnjng masa itulah mreka tlah mnghabiskn masa, tnaga, potensi & umur brtrlagah, brbalah & brpecah-belah demi mmpertahnkan & mnegakkan politk thaghut, baik drp parti apapun smuanya.

    ReplyDelete
  11. Sudah banyak penulisan demi penulisan mengupas tentang pemikiran orang Melayu, antaranya oleh Datuk Senu Abd Rahman, Tun Dr Mahathir, Dr Bakri Musa, dll.

    Titik persamaan antara penulisan tersebut ialah orang Melayu berfikiran neo-feudal. Apa sahaja yang dititahkan oleh raja mesti dipatuhi, walaupun ianya zalim dan bertentangan dengan tata susila serta akal fikiran. Kalau engkar necaya dihukum bunuh atas alasan menderhaka.

    Ibu bapa orang Melayu juga tidak mengambil berat untuk berbincang dan mengulangkaji pelajaran dengan anak-anak. Semua tanggungjawab ini telah diserahkan kepada guru. Anak-anak kita dilatih dari kecil untuk mendengar dan menurut apa sahaja kata guru. Anak-anak kita tidak dilatih untuk menyoal, mempunyai pemikiran yang berbeza akan dianggap kurang ajar.

    Kita melihat fenomena ini menjelmakan diri dari masa ke semasa.

    Contohnya pandangan Peneroka "meluat saya dgn Saifuddin, tak mahu dgr kata Ibrahim, hujah dan kata2 beliau saya anggap kurang ajar". Saifudin ni lepas SPM belajar overseas, tak faham budaya pelajar dan pendidikan di Malaysia. Juga pandangan Arif Omar "Tun Dr Mahathir berkeringat dan bersengkang mata , memerah otak bagi mengawal kebiadaban mahasiswa era DSAI dan Hishamuddin siPenarik Beca."

    Pengalaman saya berkawan dengan mereka yg pernah menuntut ilmu hingga ke benua Amerika, Eropah, dll, pemikiran mereka sangat berbeza, mungkin hasil dari penghijrahan mereka menuntut ilmu.

    Penulisan Tokoh2 Melayu yg saya sebut diawalan berpandangan budaya begini tidak mengembangkan minda dan tidak mencabar kita menjadi orang yang berfikir. Orang Melayu lebih senang menjadi orang yang hanya menurut perintah. Lantas mereka menyarankan orang Melayu melakukan revolusi mental.

    Revolusi mental memerlukan tindakan berani yg pada mata kasarnya nampak merugikan bangsa, tetapi sebenarnya membentuk bangsa yang lebih teguh dan jitu keperibadiannya, mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain yg telah jauh meninggalkan kita dari berbagai segi.

    ReplyDelete
  12. 6 ltulah apa yg trjadi apbla dua-dua tokoh umt lslam mmbicrakan politk. Jika sama2 mlihat politk dri kacmata yg sama - politk yg menuju ke arah mnegakkan ideologi lslam & melaksanakan hukum2 lslsm scara kaffah - taklah prlu smpai brtgang urat & bremosi.

    7 Politk yg ada skrang - politk Sekular-Michiavellik - politk yg brsumbrkan smata2 akal yg serba nisbi, bukan brsumbrkan wahyu - memang pasti mlahirkan prtentangan & prbalahan, sejak dari asas2 pmikiran2 hinggalh kaedah2nya .

    8 Alangkh tpat skali jika anak2 umat lslam di IPT dididk/diasuh tentang & dlm suasana politk lslam sehngga mrekalh akhirnya jadi generasi yg mmnhidup & menegakkan syari'at; bukan generasi spt skarang yg sdang mruntuhkn syari'at dgn mmdukung politk yg tak brsumbrkan al-Quran & as-Sunnah; brpcah-belah ke dlm UMNO, PAS atau PKR, yg sntiasa brbalah, skalipun brpolitk bukan utk mnegakkan syariat Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  13. Anonymous said...

    Apa lah punya mentaliti penyokong UMNO...lemah dan jumud..!!! YB Saifudin cuba membawa nafas segar dan lbh terbuka kpd UMNO tapi dia plak dipersalahkan...apa punya cipan lah puak2 bengap nih!!!

    Macamana UMNO nak maju jika tahun sekarang ni 2010, tapi umno masih berperangai tahun-tahun 1800-an dan 1900-an...org dah jauh ke depan dia masih lg penakut dgn realiti...

    dunia skrg hanya dihujung jari saja..tak payah pergi jauh2...kita dah tau apa terjadi sekeliling!!!

    kalau boleh umno nak semua org ikut membabi buta pemimpin dia...jgn ada yg berani tunjuk pandai atau bawa pemikiran maju dan dinamis!!!

    macamana org nak dekat dgn umno....!!!UMNO adalah parti ketinggalan zaman krn takut kpd diri sendiri....


    Ya...Insyaallh...PRU 13 umno pasti sakit!!!!


    inilah komen yg paling bangang dan bodoh yang aku baca,aku ank tanya siapa yang maju dan ke depan,kerajaan mana yang memajukan malaysia sampai ko kenal komputer


    hahahhahah

    ReplyDelete
  14. Universiti ni tempat belajar n cari ilmu...kalau nak berpolitik p tempat lain la...elok2 blajar pandai2, x abis-abis kempen politik, akhirnya demontrasi sana sini--elok-elok 3 @ 4 tahun abis blajar...nie 5 thn pun x seleai lagi...kuar pun dengan gred bawah...udah-udahla...sekarang pun ader politik di kampus tue...bukannya x der langsung....

    ReplyDelete
  15. Kebelakangan ini YB Tim.Menteri selalu jumpa MPP Universiti tanah air kut. Terkini di PICC dan Institut EPF Bangi. Berbagai luahan suara MPP kedengaran - termasuklah berpolitik.

    Inilah dia memahami suara-suara 'Rakyat Didahulukan'

    Agaknya lah.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  16. tim menteri ank cari makan dan dan mendahului menteri

    ReplyDelete
  17. Saipudin..apa nak heran?dengan FB dia tu la 24 jam..lagi satu dia dengan bos dia sama saja,xleh lawan bekas Menteri KPT dulu..secara peribadi aku tau citer satu U jemput Menteri KPT skrg dtg tapi sampai sudah x datang..itu belum kira dengan TNC-TNC U di Malaysia yang x berkenan dengan Saipudin..

    ReplyDelete
  18. Bukanlah saya menentang penghujahan dlm berdiskusi. Tapi cara Saifudin menggambarkan ketidakmatangan beliau dlm segmen soaljawab tv3. Saya rasa tak patut diawal kenyataan TS Ibrahim dia kata "... nasib baik contract (dgn UiTM) Tan Sri tidak disambung..." Gunakanlah hujah2 yg intelektual.

    Maaf lah, hujah2 Saifuddin pun tidak mencabar minda saya. Saya bersikap terbuka di awal rancangan kerana ingin mengetahui hujah2 Saifuddin. Habis rancangan saya rasa Saifuddin tidak mempunyai hujah2 yg konkrit. Asyik2 ini soal hak.

    Ini bukan soal sokong UMNO, PAS atau PKR. Ini masa depan adik2 dan anak2 saya kelak.

    Nak masuk politik lepas habis belajar silalah. Dalam masa 3-5 tahun itu tumpulah perhatian mencari ilmu sebanyak mungkin. Kuatkan akidah masa di U, supaya bila jadi ahli politik tiada rasuah dan maksiat. Nak masuk politik lepas belajar silalah. Klau tak nak cari kerja, nak politik siang malam pun tak kisah.

    Tak perlu dihilangkan fokus pelajar2 di U tempatan menimba ilmu. Kerana saya yakin anak2 pemimpin politik tak kira parti apapun sekalipun akan hantar anak2 mereka belajar di luar negeri. Yang menjadi mangsa ibubapa yg kurang berkemampuan seperti mereka dan meletakkan harapan yg tinggi anak2 mereka di U tempatan.

    Anda berkata soal hak? Ibubapa anak2 ini juga ada hak ke atas masa depan anak2 mereka!

    Revolusi mental bukan hanya untuk politik semata.

    ReplyDelete
  19. Anon 16:56... kalo dah mahasiswa disuruh blajo dulu sampai pandai baru boleh berpolitik knape plak dibenarkan guru2 berpolitik. Jgn diganggu guru yg mengajar nanti akan hilang fokus pada Pengajaran & Pembelajaran terpesong pulak pada Politik & Pendapatan!

    Anak-anak didik terbiar akibat guru berpolitik malah lebih teruk bila anak bangsa dipengaruhi dgn politik yg didedahkan dek guru terutama politik UMNgOk!

    Guru dibenarkan politik atas sbb kepentingan UMNgOk mencari pengaruh? Adakah pasti sumer guru mnyokong UMNgOk... bagaimana kalo guru tsbt menyokong PAS... adakah semudah itu dibenarkan?

    Mahasiswa pula tidak dibenarkan berpolitik atas sebab kecenderungan mrk ke arah pembangkang? Ini la kata2 dari x-NC UiTM...
    Sememangnya mahasiswa telah mampu menimbang (tanpa guna dacing dah berkarat 52 tahun... senget plak tu!) antara kepalsuan dan kebenaran... sebab tu depa pilih PR!

    Terima la hakikat... Aku rasa heran mcm mana la Mamat Misai Tebal Ibrahim Abu Shah dipilih jadi NC dulu? Mcm ni punya kolot tahap pemikiran para akademik Msia. Jauh lebih bernas pandangan Timb. Menteri dari si Misai ni.

    Beliau dgn bangganya mengakui UiTM satu2nya IPT yg bebas dari pengaruh pembangkang dan dlm masa yg sama mengesahkan IPT yg lain majoritinya pro PR. Bukti KERAjaan UMNgOk telah hilang pengaruh di kalangan pelajar IPT sebab tu takut bebeno... disekat & dilarang.

    Tapi bila pelajar UiTM buat demo bantah Kerajaan Sgor buka UiTM utk non-bumi... dibiorkan dan dibolehkan plak pelajar demo dan berpolitik.

    Ape la BeNgap dan BiNgai bebeno BrahimMisai ni... BaNgang kot?

    ReplyDelete
  20. Saya juga tidak bersetuju guru2 terlibat dlm politik. Tapi sekurang2nya guru sudah ada kerjaya dibanding dgn pelajar.

    Kalau anda rasa pelajar berpolitik boleh membantu perkara2 berikut, silalah:

    1) Dgn politik boleh meningkat kan CGPA? Menambah graduan Melayu kelas pertama...silalah
    2) Politik akan menarik minat majikan2 mengambil para pelajar tersebut...masuk dlm resume tulis ahli parti PKR, UMNO, PAS dan mintak kerja
    3) Pelajar dpat menghasilkan journal2 high impact dlm kepakaran bidang masing2
    4) Assignment complete and tip top
    5) Attendance class pun tip top
    6) Kalau berpolitik, pelajar engineering akan lebih hebat, yg bakal doktor akan lebih hebat..silalah...jgn bila buat presentation assigmt tergagap2 bila cerita politik bergegar...
    7) Pelajar tahu melaksanakan (execution) bukan cakap tak serupa bikin (macam ahli politik)
    8) Pelajar tidak akan dihasut dgn harta benda dan wang ringgit...silakan...
    9) Tak lupa amanat ibubapa supaya menuntut ilmu kepakaran dlm bidang masing2
    10)Politik meningkatkan kefasihan berbahasa Inggeris
    11)Menggalak pelajar rajin baca buku
    12)Manggalak pelajar untuk sambung ke peringkat lebih tinggi, tidak hanya 1st degree yg semakin melambak kini... silakan.....

    Contoh terbaik... UNISEL (di bawah kerajaan Negeri Selangor)... politik masuk kampus... akibatnya takada ibubapa nak hantar anak2 mereka sebab UNISEL mengalami krisis keyakinan ibubapa pelajar yg runcing. UNISEL intake menjunam, mengalami kerugian....

    Hari ini (tanpa berpolitik) matlamat utk menimba ilmu di universiti2 (mengikut kepakaran masing2) pun masih jauh...... Study hari ini bulan di tahun 60an 70an banyak masa terluang cuiti panjang... hari ini penuh dgn exams, assignments, presentations...competition semakin hebat...

    Kita perlu ramai professional bukan politician....

    Kalau dah tau pelajar ramai sokong pembangkang...pembangkang tak boleh tunggu ker??? Dia keluar dah tentu dia undi pembangkang juga takda sapa nak halang! Biarkanlah cari ilmu 3-5 tahun lepas tu kalau hidup sampai 60 tahun... sekurang kurang boleh undi 9-10 kali...undilah selagi mahu...nak jadi ahli seumur hidup pun tak siapa halang... antara 3-5 tahun dlm seumur hidup bersikap non-partisan utk fokus mencari ilmu... susah sangat kah??

    ReplyDelete