Saturday, 7 August 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PERTIKAIAN JUAL BELI TANAH !!!


[1993] 2 MLJ 469
Plenitude Holdings Sdn Bhd v Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL SUIT NO 22–32–89

Judges PS GILL J

Date 12 MAY 1993
Citation [1993] 2 MLJ 469


Catchwords:

Civil Procedure — Jurisdiction — High Court — Whether High Court judge could alter and vary judgment drawn up, affirmed and perfected by Supreme Court

Civil Procedure — Res judicata — Issue of liquidated damages not raised at the trial — Whether defendant estopped from making the same claim under present suit

Civil Procedure — Functus officio — Whether High Court judge functus officio once judgment on merit of the case pronounced and perfected

Bahasa Malaysia Summary:

Melalui suatu perjanjian jualbeli yang bertarikh 20 Ogos 1984, defendan kedua bersetuju menjual kepada plaintif sebidang tanah estet untuk RM47,939,958. Plaintif telah membayar deposit RM4,793,995.80 tetapi gagal membayar baki dalam tempoh masa yang ditetapkan atau dalam tempoh pelaksanaan yang telah dilanjutkan. Defendan kedua telah menamatkan perjanjian itu dan telah melucuthakkan deposit itu. Selepas mendengar kesemua keterangan, hakim yang arif telah memutuskan bahawa penamatan itu adalah tidak salah dan mengarahkan pelaksanaan spesifik kontrak itu [lihat [1992] 2 MLJ 68]. Apabila rayuan dibuat ke Mahkamah Agong, hakim yang arif telah menolak rayuan itu dan mengesahkan keputusan hakim itu [lihat [1993] 1 MLJ 113].

Plaintif kemudiannya telah membayar sejumlah RM43,145,962.20 iaitu baki harga belian dan telah memperolehi hakmilik tanah itu dengan sah dan menurut undang-undang. Pada 17 Februari 1993, defendan kedua telah memfailkan suatu permohonan melalui saman dalam kamar untuk mendapat suatu perintah bahawa untuk tujuan pelaksanaan spesifik perjanjian jualbeli itu, plaintif sepatutnya membayar defendan kedua ganti rugi jumlah tertentu sebanyak RM11,000 sehari sepertimana yang diperuntukkan dalam fasal 3.4 perjanjian itu dari 21 Mei 1985 ke tarikh pembayaran.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan defendan kedua:

(1) Di dalam perbicaraan sebenar, defendan kedua tidak pada bila-bila masa membangkitkan isu tuntutan ganti rugi jumlah tertentu sebanyak RM11,000 sehari itu di dalam plidingnya, dan tidak memfailkan suatu tuntutan balas di dalam guaman itu dan peguambela defendan kedua juga tidak membangkitkan isu itu di dalam perhujahan beliau. Penjelasan yang memuaskan tidak diberi untuk menunjukkan mengapa isu berkaitan dengan ganti rugi jumlah tertentu di dalam fasal 3.4 perjanjian itu tidak dibangkitkan di dalam perbicaraan itu.
(2) Mahkamah ini functus officio sebaik sahaja penghakiman atas merit kes ini dilafazkan dan perintah itu disempurnakan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment