Monday, 23 August 2010

SIAPA YANG TAK FAHAM ? : AGENDA DAILY !!!




Semua orang tahu bila Datuk Seri Najib Tun Razak cakap itu adalah suara Perdana Menteri,Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO.Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim suara PKR dan bos tak rasmi pakatan rakyat.

Lim Kit Siang bukan lagi Setiausaha Agung DAP.Jawatan itu kini disandang anaknya Lim Guan Eng.

Mereka yang faham politik tidak akan berani kata suara Kit Siang sudah tidak laku.

Karpal Singh pula bukan bertaraf seorang Ketua Cawangan DAP dari cerok kampong.Beliau ialah Pengerusi DAP Kebangsaan.

Walaupun jawatan itu bukan nombor satu kerana dalam DAP yang paling berkuasa ialah Setiausaha Agung tetapi bukankah sejak sekian lama yang menjadi pembesar suara DAP gandingan Kit Siang-Karpal Singh+Guan Eng.

Peliknya bagi Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat cakap Karpal Singh adalah 'suara peribadi'.

Seperti yang dijangka inilah yang diulangi Menteri Besar Kelantan itu Sabtu ketika mengulas Karpal Singh ulangi pendiriannya menolak undang-undang hudud Jumaat.

Kalau belum begitu jelas lagi Karpal Singh cukup dikenali dengan langkah mayatnya jika PAS nak laksanakan pemerintahan Islam – yang jadi modal politik PAS setiap kali menjelang pilihanraya.

Nik Aziz bukan baru sehari dua main politik…begitu juga Karpal Singh.

Soalnya sekarang siapa yang tidak faham siapa?

Nampak macam Karpal Singh faham…Nik Aziz buat-buat tak faham.

Tidak kurang menarik Nik Aziz kata beliau yakin Karpal Singh menentang hukum hudud kerana tidak mendapat penerangan yang jelas mengenainya.

Lupakah Musyridul Am PAS itu soal undang-undang hudud bukan sesuatu yang baru dibawa oleh PAS.

Lojik akal…kalaulah Karpal Singh betul-betul nak faham mengenai hukum hudud beliau sendiri akan minta diberi penerangan itu.

Ini lebih-lebih lagi dalam keadaan PAS dan DAP sedang ‘berkasih sayang’ untuk menang pilihanraya umum ke 13 sekarang.

Kenapa tidak dan kenapa Karpal Singh terus ulangi pendiriannya menolak undang-undang hudud.

Jawabnya mudah dan pasti Nik Aziz dan semua pimpinan PAS sendiri tahu.

Karpal Singh tolak kerana beliau tahu bencana politik yang akan menimpa DAP yakni hilanglah sokongan khususnya dari kalangan pengundi Cina.

Karpal Singh berani cakap dengan konfiden tolak kerana beliau tahu PAS tidak akan berani cakap ‘lebih-lebih’ – kecuali setakat ‘ itu pandangan peribadi’ macam kata Nik Aziz.

Ini kerana demi kepentingan politik bersama untuk pilihanraya PAS tidak mungkin berani ganggu gugat hubungan ‘ tidor sebantal …mimpi lain-lain ini’.

Juga Karpal Singh mungkin tergelak sendirian baca Nik Aziz tetap kata,"pemimpin DAP lain senyap… hanya dia (Karpal Singh) yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti."

Mungkin Nik Aziz kena tanya Datuk Husam Musa siapa si polan yang bernama Karpal Singh ini supaya beliau tidak lagi buat kenyataan yang boleh buat orang PAS merasa malu.

Husam juga kena jelaskan kepada Nik Aziz kenapa pemimpin DAP lain senyap saja bila timbul bab ini.

Jangan lupa…Husam juga kena bagi penerangan kepada Nik Aziz mengapa pemimpin PAS lain pun “ buat diam’ macam pemimpin DAP lain.- 22/8/2010

Penghuni Gua : Kih kih kih. Pendapat peribadi? Biar betul Pok Nik. Jangan menipu le !!!!! Tak baik !!!!

15 comments:

  1. kah kah kah!
    Kalau Karpal menentang hukum hudud, aku tak hairan sedikit pun, yang aku hairan bila Karpal tiba-tiba sokong hudud.

    Masalah aku pemimpin UMNO dan ahlinya, sejak kecil diazan dan diqamatkan, bila besar sikit kerat conet, mengaji al-Qur'an, belajar solat, itu ini, ini itu, tapi bila masuk UMNO mula tolak dan mengejek orang mahukan hudud.

    ReplyDelete
  2. UMNO cepat2 nak alihkan isu rekaan khutbah jumaat di pulau pinang. Arif Omar bawa keluar crita hudud yg dah jadi cerita lama.

    Itulah kerja org UMNO. Patutnya kita bincang perkara yg membina. Apakah yg kita perjuangkan sekarang untuk masa depan anak-anak kita. Biasiswa yg telah dijamin sebagai slah satu hak keistimewaan org Melayu sekarang dah diperlekehkan MCA. Biasiswa JPA kini bukan lagi majoriti keluarkan pada org Melayu.

    Sebagai parti Melayu, UMNO perlu dilihat memperjuangkan hak2 orang Melayu dan pribumi.

    ReplyDelete
  3. APA YANG HAIRAN BIN AJAIB ADALAH JIKA UMNO SOKONG HUDUD (TAK KIRA LAH HUDUD PAS KE, HUDUD UMNO KE)
    ASALKAN UMNO MENYOKONG PELAKSANAANNYA (HUDUD).

    JIKA UMNO SOKONG HUDUD MAKA IANYA ADALAH KEAJAIBAN DUNIA KE 8....


    AMACAM UMNO?

    ReplyDelete
  4. ANON
    KAU LARI ISU. BACA PERABIH. KESIAN KERANA TAK FAHAM ISU. NAK KOMEN SANGAT

    KATAK PURU

    ReplyDelete
  5. HA..HA..HA..HA...

    CIAN UMNO...BERU PUSINGAN KE 2 DAH TUMBANG...BARU NAK STIM ISU KHUTBAH DAH CEPAT2 NAK ALIH KE ISU HUDUD PLAK...

    HAI! TAK KAN DAH TUMBANG KOT, BARU KENA PENAMPAR JER, BELUM PENERAJANG LG..KATA NAK SAMPAI ROUND KE 12...HIK..HIK..HIK..!!!


    UMNO DAH MULA TERHIDU ISU KHUTBAH MAKAN DIRI DIA BALIK....HA..HA..HA... CEPAT2 JER KONA KE ISU HUDUD PLAK.....BEWOK SUNGGUH UMNO..ULAR BETUL!!

    ReplyDelete
  6. "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang."

    INI PUN CONTOH DOA PERIBADI PAS UNTUK KHALIFAH LIM GUAN ENG. KIH KIH KIH KIH

    JAHANAM AGAMA BJIKA BERI PADA ULARMAK SEPERTI INI MEMERINTAH. JAHANAM

    KATAK PURU.

    ReplyDelete
  7. Salam

    mohon copy paste untuk disebarkan..

    ReplyDelete
  8. salam,
    kerja yg pas tak buat tu kerja UMNO. Pas tumpang nama aje. bila susah UMNO, bila senang pas. bila hudud UMNO salah sebab tak sokong dan perjuang, bila baca doa, tak pa baca ke org kafir kat UMNO tak boleh. memang dah dasar tolak semua, tolak ajer la. tak nampak satu pun yg baik. tapi bila sesuatu yg UMNO juang tu kena ke dia, amik lak. kata hak dia. dasar rukun pas, percaya ckp pemimpin macam percaya kpd rukun Iman. Ahli UMNO ada gak yg tolak ckp pemimpin. tak terima bulat2. kalau salah tetap salah. alipas, pemimpin salah pun julang jugak. org lain pulak yg salah. spin selagi boleh.

    ReplyDelete
  9. saudara2 sekalian,
    hudud hanyalah berada dalam lingkungan keempat dalam islam.lingkungan pertama akidah.kedua akhlak.ketiga ibadat.dan keempat muamalat yang mana termasuklah hudud di situ.jada saya nak tanya saudara-saudara yang hebat didalam memberikan komen di blog ini.sudah sempurnakah akidah saudara semua?kalau sempurna alhamdullillah.sempurnanya akidah maka sempurnalah akhlak kita.bila akhlak sempurna maka amal ibadat kita pasti sempurna.bila amal ibadat kita sempurna maka hukum hudud yang kita hendak kita jalankan akan menjada lancar seperti mana dizaman nabi dulu.Kalau di lihat pada keperibadian pemimpin beragama islam di malaysia hari ini baik umno atau pas serta ahli-ahli yang sam waktu dengannya maka kita nampak bahawa usahkan hendak melaksanakan hudud malah untuk bercakap tentang hudud pun mereka tak layak.begitula adanya,wassalam!

    ReplyDelete
  10. kah kah kah!
    Kalau Karpal menentang hukum hudud, aku tak hairan sedikit pun, yang aku hairan bila Karpal tiba-tiba sokong hudud.

    Masalah aku pemimpin UMNO dan ahlinya, sejak kecil diazan dan diqamatkan, bila besar sikit kerat conet, mengaji al-Qur'an, belajar solat, itu ini, ini itu, tapi bila masuk UMNO mula tolak dan mengejek orang mahukan hudud.

    ReplyDelete
  11. Si katib PAS dah mengaku mendoakan LGE dlm khutab jumaat. UMNO lg ker yg salah..???.. UMNO ke yg menipu...??? Karpal Singh tk terima hudud, UMNO juga yg salah. Mcm lah UMNO yg berpakat dgn DAP. Apasal sampai ke hari nie N.Ajis tk dapat nk terbiah KS..?? SEGAL sungguh puak2 PR nie.

    ReplyDelete
  12. sudah bosan dan muak dgn penyokong yg konon2 memperjuangkan hudud tetapi nyata keliru dgn perjuagan mereka sendiri dlm hal2 yg lebih penting tak jelas apatah lg mengenai islam itu sendiri sampaikn penggunaan khalimah Allah pon diberi lampu hijau...
    tak perlu la ckp pasal hudud kalau dah sesame dlm pakatan haram tu ade yang taknak.
    isu2 agama yg konon2 diperjuangkan ini sama seperti kentut di siang hari.
    kenapa analogi kentut?
    sebab mengeluarkan angin itu bisa menyamankan,
    menghangatkan seketika ttp busuk dan ia hanya seketika itu sahaja!!!
    tak lebih, tak kurang!
    itulah mcm parti pas!
    konon2 perjuangkan hudud tapi pura2 buat bodoh bila karpal singh tolak.
    pastu senyap jer kan?
    sekejap itu shj.
    yg mati2 ckp psl hudud pon hanya pengikut2 yg juga buat2 bodoh dgn sape mereka berkerjasama sampaikan boleh mendoakan kesejahteraan bukan islam dari org islam sendiri...
    mendengar ckp kafir harbi lebih baik islamnya dari islam sendiri...
    dan kafir harbi itu pon dgn seronoknya mempermainkan orang islam sampai kesudah...

    ReplyDelete
  13. APA LAH UMNO NI, LEKEH BETUL BRO!!

    DIA SEBOK PASAL HUDUD, TAPI BILA UMNO NAK SOKONG HUDUD PULAK?...BELUM DPT HIDAYAH ALLAH KER?

    DARI DULU TAK HABIS2 PASAL PAS DENGAN HUDUDNYA, TAPI TAK DE LAH PULAK UMNO NAK BUKA PINTU HATI NAK SOKONG HUDUD PULAK....ASYIK2 KONDEM JER!!!

    LEKEH LAH CAM NIH BRO!!!

    ReplyDelete
  14. Ingat Karpal,
    Hudud adalah kehendak Allah,
    Menolak hudud ertinya menolak kehendak Allah.
    Mengejek orang bercita-cita kehendak Allah, sama seperti mereka mengejek Allah.
    Merendah-rendah hudud Allah bermakna bersikap takbur kepada Allah.
    Apakah guna kita beriman kepada Allah, sedangkan pada masa yang kita menolak kehendaknya.
    Bukankah mengejek kehendak Allah merupakan perangai seorang munafiq.
    Layakkah seorang yang menolak dan mengejek kehendak Allah masuk ke syurga Allah?.
    Ingat pemimpin dan ahli UMNO,
    Hudud adalah kehendak Allah,
    Menolak hudud ertinya menolak kehendak Allah.
    Mengejek orang bercita-cita kehendak Allah, sama seperti mereka mengejek Allah.
    Merendah-rendah hudud Allah bermakna bersikap takbur kepada Allah.
    Apakah guna kita beriman kepada Allah, sedangkan pada masa yang kita menolak kehendaknya.
    Bukankah mengejek kehendak Allah merupakan perangai seorang munafiq.
    Layakkah seorang yang menolak dan mengejek kehendak Allah masuk ke syurga Allah?.

    Satu nasihat untuk dua orang, 1-Karpal. 2-Pemimpin dan ahli UMNO.
    Kenapa satu di beri kepada dua pihak yang berbeza.

    Anda boleh komen dan postkan kepada Arifomar @ PG sekarang.

    ReplyDelete
  15. "Langkah mayat KAMI dulu!"

    KAMI tu merujuk kepada Karpal sorang je ke? Kalau merujuk kepada Karpal sorang saja, Nik Ajis bolehlah mula sembahyang hajat supaya karpal cepat pecah perut dan mampus. Lepas tu baru usulkan semula HUDUD termasuk hukum orang yang tidak mahu bersumpah muhabalah.

    Langkah mayat? Ancaman untuk merusuh gunakan kekerasan/keganasan?

    Dah selalu sangat aku dengar perkataan Langkah mayat ni. Dah bosan hidup ke?

    Aku Yang Bingai
    1. Cina Mulakan Perdagangan Dengan Yuan Berbanding Ringgit
    2. Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir?

    ReplyDelete