Sunday, 29 August 2010

TUNTUT HAK KAUM TIDAK " RACIST " : A. KADIR JASIN !!!!

( Saiz otak Melayu Islam dalam PKR dan PAS )

Dipetik dari blog : Dato A. Kadir Jasin




SAYA tertarik dengan hujah pembahas Affendi Hussain dalam posting berjudul “Apa Salahnya Bunyi Masjid Lantang.” Affendi, antara lain, berkata:

1. Ada yg nampak Perkasa saja tetapi buat2 buta dgn Dong Zong & Hindraf.. itu hipokrit politaik perkauman namanya..

2. Bolanya skrg terserah kpd PAS..di bulan Ramadhan ini Allah s.w.t dah buka hijab tembelang mereka..alasan tidak tahu/kenal Islam tak boleh terima, takkan semuanya UMNO salah..PAS sendiri bukan "new player" dunia politik & dah wujud sebelum merdeka.. tetapi pelik masih bersangka baik dgn pemimpin2 chauvanist bukan islam ini yg terbukti tak berubah w/pun setengah abad..kalau tiba2 berubah itu tandanya ibarat buang tebiat nak mati analoginya..

3. Saya lebih suka PAS dibawah kepimpinan arwah Fadhil Noor yg konsisten & berintegriti tanpa kompromi..tak seperti hari ini..

4. Kalau MCA keluar BN gabung DAP lagi senang kerja menala kita..tak perlu lagi 'honour' segala kuota menteri2 & apa2 peruntukan kpd mereka lg..biar kita tengok brp kerusi yg mereka akan menangi dgn kaum mereka sendiri..

5. PAS & UMNO..walaupun tak bergabung..harap biar jelas dlm bab hukum hakam Islam..biarlah perjuangan itu selari..sama2 akan sampai destinasi..

Reaksi saya, secara ringkasnya, adalah seperti berikut:

1. Walaupun Pas telah wujud sebelum merdeka, tetapi Pas adalah baru/mentah dalam isu perkongsian kuasa dengan bukan Melayu dan bukan Islam. Ketika dalam Barisan Nasional antara 1974 dan 1977, Pas bukan kuasa penentu. Lagipun, waktu itu kepemimpinan Pas di bawah Allahyarham Mohd Asri Muda adalah sederhana dan terbuka;

2. Tradisi kepemimpinan sederhana dan terbuka ini berterusan di zaman Allahyarham Fadzil Noor;

3. Kepemimpinan Pas kini berpecah kepada golongan agama ortodoks yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat, golongan agama berideologi diwakili oleh Abdul Hadi Awang dan golongan yang bukan dari aliran agama.

4. Pas bergabung dengan DAP dalam Pakatan Rakyat atas daya usaha Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Pas terhutang budi kepada Anwar kerana pemecatannya daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998 menguntungkan Pas. Pas mendapat undi protes dan undi simpati penyokong Anwar dalam pilihan raya umum 1999;

5. Pas dan DAP adalah dua entiti yang sangat berlainan. Pas mengaku berdiri atas landasan Islam seperti dimanifestasikan oleh aspirasi Negara Islam dan pelaksanaan Kanun Jenayah Hudud manakala DAP bersumpah darah mahu menegakkan negara sekular di Malaysia;

6. Manakala Pas terus memberi pelbagai alasan mengenai pendirian DAP berkaitan Negara Islam dan Hukum Hudud, DAP secara terang terangan menolak dengan alasan Negara Islam dan Hukum Hudud bukan agenda PR;

7. Kerana masalah dalamannya sendiri, PKR semakin tidak berdaya menjadi orang tengah bagi leraikan pertikaman lidah antara Pas dan PKR. Akibat peletakan jawatan Ahli Parlimennya, PKR sudah hilang kedudukan sebagai parti induk PR kepada DAP;

8. Sebenarnya, tanpa PKR sebagai pemangkin, hubungan PAS-DAP adalah tidak relevan dan akademik. Pas tidak memerlukan DAP untuk memerintah Kedah dan Kelantan, manakala DAP tidak memerlukan Pas untuk memerintah Pulau Pinang. Tanpa PKR yang kuat, persepakatan Pas dan DAP sukar dipertahankan kerana dasar yang terlalu berlainan;

9. MCA dan DAP tidak akan bergabung kerana komponen MCA akan pupus jika bergabung dengan DAP. Lagipun kewujudan dua parti Cina -- sebuah di pihak BN dan sebuah di pihak PR -- jelas menguntungkan masyarakat Cina. Permainan wayang antara MCA dan DAP memaksa Kerajaan BN dan kerajaan-kerajaan negeri PR melestarikan (mempertahankan) hak kaum Cina.

10. Daripada aspek demografi, pakatan DAP-MCA tidak mungkin memperoleh kerusi yang banyak dalam pilihan raya. Mereka masih memerlukan sokongan orang Melayu. Untuk itu, mereka memerlukan bekerjasama dengan parti Melayu/Islam.

11. Dalam PRU ke-12 tahun 2008, Umno bertanding 117 kerusi Parlimen dan menang 79 (67.52%), MCA bertanding 40 memang 15 (37.5%), Gerakan bertanding 12 memang 2 (16.6%) dan MIC bertanding 9 menang 3 (33.3%). Yang ditolak pengundi adalah parti-parti bukan Melayu BN. Umno berupa parti BN paling berjaya dalam pilihan raya itu.

12. Dengan ketewasan di Pulau Pinang kepada DAP, adalah sukar bagi Gerakan bangun semula. Sengaja diingatkan yang Gerakan, sebagai parti pembangkang, mengalahkan MCA di Pulau Pinang pada tahun 1969 dan memerintah negara itu hingga 2008 (39 tahun). Adalah tidak mustahil pengundi bukan Melayu akan memberi peluang kepada DAP memerintah negeri itu untuk jangka masa yang panjang;

13. Mengenai harapan pembahas Affendi “ Pas dan Umno walaupun tak bergabung, harap biar jelas dalam bab hukum hakam Islam -- biarlah perjuangan itu selari”, saya kurang yakin kerana terdapat anasir-anasir pelampau dan anasir-anasir yang memandang remeh hal agama dan bangsa dalam kedua-dua buah parti itu. Sementara yang lain pula terlalu selesa dan yakin bahawa kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu terjamin kerana termaktub dalam Perlembagaan;

14. Baru-baru ini saya terbaca sejarah mengenai Islam di wilayah autonomi Tatarstan di Russia. Menurut cacatan penulis dan pengembara Arab, Ahmad ibni Fadlān, Islam diperkenalkan di wilayah itu pada abad ke-10 iaitu sekitar tahun masihi 922. Negara Islam Tatarstan wujud hingga tahun 1552 apabila ia ditakluki Tsar Ivan IV. Tsar Ivan yang terkenal dengan jolokan “Ivan The Terrible” kerana kekejamannya, memaksa umat Islam memeluk Kristian dan menjelang tahun 1593 habis semua masjid dimusnahkannya. Hanya mulai tahun 1766, Tsarita Catherine II membenarkan masjid didirikan semula.

15. Sementara itu, dalam satu laporan BBC, Tatarstan sedang hebat mempromosikan makanan halal di kalangan 3.8 juta umat Islamnya.

16. Mengenai fokus kepada Perkasa tetapi lupa kepada Dong Zong dan Hindraf, ia adalah petanda kepada sikap apologetik sesetengah pemimpin Melayu yang penakut dan cetek pemikiran. Mereka termakan hujah bahawa sesiapa saja yang mempertahankan hak Melayu adalah “racist” manakala kaum-kaum lain yang mempertahankan hak mereka, itu dianggap hak asasi mereka;

17. Kesimpulannya bila Melayu pertahan atau tuntut hak, dia adalah rasis, tetapi seorang Cina atau India yang pertahan atau tuntut hak bagi kaumnya, tindakannya itu bukan rasis tetapi sah (legitimate).

18. Ceteknya daya artikulasi mereka sehingga ada anak pembesar dan nasionalis Melayu yang dilaporkan memberitahu khalayak Cina yang dia juga pendatang di Tanah Melayu seperti Tan Cheng Lock.

19. Jelaslah orang “Melayu” seperti ini sama ada buta sejarah (atau buta minda) sehingga tidak tahu (atau menafikan) wujudnya Dunia Melayu, Nusantara dan Kepulauan Melayu (the Malay Archipelago).

20. Apa pun, saya mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53 pada 31 Ogos dan berharap kita menjadi rakyat Malaysia yang lebih beriman, berilmu dan berbudi.

Posted by A KADIR JASIN at 3:03 AM

Penghuni Gua : Fikirkan pengundi muda. Fikirkan baik-baik masa hadapan anak cucu kita. Jangan syok atas angin sahaja dalam polirik. Strategi melindungi bangsa penting. Menang tetapi bangsa tergadai buat apa. Tak lebih seperti si pandir. Itulah akan terjadi jika PAKATAN yang berkuasa. Apa lagi jika peliwat / penjenayah dibenar menaiki tahta. Jahanam negara. Halal haram sama sahaja.

Nota : Tuntut hak kaum tidak rasis jika hak yang dituntut adalah termaktub dalam perlembagaan. Hak kita sebagai Melayu Islam, termaktub dalam perlembagaan. Jadi tuntutan PERKASA tidak rasis. ( Itu maksud Dato A. Kadir Jasin di atas ) . Jangan sesiapa mengganggu gugat hak kita itu. Nahas!!!!!

13 comments:

  1. Memang apa yg termaktub di dlm perlembagaan akan kekal begitu selagi perlembagaan tidak diubah. Hukum2 yg termaktub di dlm al-Quran juga kekal kerana Allah memeliharanya. Yg mempastikan ia terlaksana menjadi kenyataan atau tidak adalh manusianya. Riba' tetap haram, tapi bankers Muslim yg menyukainya, tetap menembolokannya. Hak Melayu, kedaulatan raja & ketuanan Melayu, ekuiti Melayu, kuota biasiswa Melayu/Bumi, kota kemasukan ke universiti, dlm tulisannya kekal. Tapi Malayu2 [tentulah terdiri drp para pemimpinnya] yg dipilih & dipertanggungjawabkan menjaga itu semua, adakah meraka mempunyai keberanian, ketegasan, komitmen, kejujuran, keghairahan dan integriti diri atau tidak. Lebih dari itu, adakah mereka mempunyai kepintaran, kematangan, dan kebijaksanaan berpolitik yg dapat melahirkan rasa hormat dan keyakinan drp kalangan yg dipimpin dan yg menentang mereka. ltu isunya. Kalau dlm suasana sekarang ini, di waktu mana Melayu sedang kena asak & diperlekah oleh kawan & lawan, sedagkan kekuasaan pula ada dlm tangan Melayu ['Umno}, kena tengok siapa Najib dan barisan pemimpin Melayu yg dia bariskan di atas pentas kepimpinan Melayu sekarang...Melayu kena buat pilihan yg paling tapat dan menentukan, iaitu sama ada para pemimpin yg mereka pilih itu akhirnya memenangkan Melayu atau sebaliknya memusnahkan Melayu, sekalipun apa juga hak2 Melayu yg dijamin di dlm perlembagaan, yg tujuannya utk menguntungkan Melayu kekal tidak berubah ...

    ReplyDelete
  2. Siapakah yg mengganggu-gugat hak2 Melayu? Tentu drp kalangan bukan Melayu! dan sudah tentu juga Melayu yg menjadi barua & tali-barut mereka!

    Tapi satu hal yg mesti diingat: Seberapa kuat pun gugatan golongan ini, kalau Melayu yg diletakkan dlm barisan utk menjadi benteng pertahanan bagi mempertahankan hak2 itu teguk kukuh memegang amanah, Melayu tak akan pernah kalah. Siapakah benteng itu? Tjdak lain dan tidak bukan tentu para pemimpin Melayu yg Melayu telah letakkan seluruh harapan dan kepercayaan kpd mereka, yg dipercayai kerana kekuasaan Melayu hanya ada dalam genggaman tangan2 dan bahu2 mereka. Tinggal, sama ada mereka berani berkata "YES", atau "NO" dengan berani, dengan tegas...

    Kalau nak ambil contoh dari zaman moden apartheid Afrika Selatan, Nelson Mandela itu persona non-grata, orang yg 'tidak masuk' nama dlm senarai rakyat negara Afrika Selatan...tapi dia menang & berjaya menghapuskan apartheid kerana integriti dirinya yg tidak goyah sehingga seluruh rakyat yg hitam & yg putih juga menyokongnya. Najib ni bagaimana?

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..SBB TU PUAK2 TOTOK FUCKATAN TERPAKSA SPIN BALIK STETMEN BODOH PEMIMPIN2 DIORANG SENDIRI DEMI NAK MENJAGE UNDI KEHKEHKEH..FUCKATAN OTAK CIPUT!

    ReplyDelete
  4. Jeffry,

    Apa penilaian anda terhadap Najib dlm hal pembelaan hak2 Melayu ini, berdasarkan senario yg berlaku sejak dia jadi PM? Buatlah komen yg 'ada akal' sikit, bukan dok asyik mengulang2 komen satu dua ayat 'kosong' itu...siapa tau kot2 idea anda berguna pada Najib...

    ReplyDelete
  5. SALAM KEDARAH TAIK SEROPA NGAN SALAM 1 MALAYSIA............

    GAMAKNYA BEWAK ARIFF OMAQ HAMPIAQ MASUK WAD GILA LA... ARI2 DOK PERAH OTAK LAGU MANA NAK DENGKI NGAN PAS. BEWAK2....... HAMPA SEDAQ DOK PAS DAN PARTI BEWAK TADAK HUBUNGAN SECAGHA LANGSUNG @ TAK LANGSUNG. AWAT DOK KHAYAL INDAH2 PARTI BEWAK NGAN PAS. SUKA MASA FADHIL NOOR LA, YUSOF RAWA LA.... KALU PON FADHIL NOOR MASIH IDUP, MENATANG ARIF OMAR TETAP PARTI BEWAK YANG SENTIASA MENGINTAI PELUANG UNTUK MEMUSNAHKAN PAS.
    AKU CADANG, MENATANG BEWAK ARIF OMAQ TOSAH DOK HARAP SIMPATI PAS UNTUK TALIAN HAYAT PARTI BEWAK LA. MENATANG BEWAK ARIFF PERKUATKAN PARTI BEWAK TU. TOSAH DOK HEGEH2 NAK AJAK KITA TIDAK SUKA HUDUD LAGU PARTI BEWAK.

    ptuihhhh......
    bewak bukak posa ngan taik ka

    ReplyDelete
  6. Anon 29 1343...,

    Kamu sendiri pun tak ada bahasa, panggil PM pun "Najib", Jeffry dgn komen dia betul le tuh...

    ReplyDelete
  7. Tunggu hudud PAS dijatuhkan sendiri oleh tokguru keatas mat sabu kerana berkhalwat dengan isteri orang pas, dalam bilik hotel yang berkunci dari dalam, saksi 5 orang ahli PAS dari MAIK. Kes ini timbul semasa tok guru (anwar gelar wali terompah) sibuk mengkafir umno kerana tak laksana hukum Islam dan PAS Kelantan nak laksanakan hukum hudud. Masih menunggu dari dulu sampai sekarang, sedangkan budak-budak duduk berduaan tepi pantai, dengan mudah ditangkap MAIK dan dijatuh hukum denda. Mat sabu adalah pejuang parti yang hendak menegakkan al-quran dan sunnah, hukumlah sikit, jentik telinga ka, ketuk ketampi ka... barulah lepas ni mahfuz boleh jaja satu malaya kata "pas telah laksana hukum keatas orang sendiri"... "ini menunjukkan pas kemetod (sory komited) menegakkan Islam". Dengar kata saksi tu pun semua tak tahan menunggu, semua telah keluar pas, sebab mereka rasa sendiri, pas ibarat ayam bapak, "berkokok berdegar-degar, punggong penuh tahi" DAP pun tahu ini...

    ReplyDelete
  8. dah nama dia najib, najiblah kita panggil. kalau nama dia abu, abu lah kita panggil...kalau nama arif, kita panggil fari, itu baru tak ada basa.. jeffry, kita panggil jeffry, betullah... kalau sebut jefrit, baru takda basa...apala anon 1646 ni..! setakat nama pun jadi keramat sangat ..

    ReplyDelete
  9. Salam tuan PG & Sema2...,

    TUNTUT HAK KAUM TIDAK " RACIST " : A. KADIR JASIN !!!!

    lord ried said...

    SALAM KEDARAH TAIK SEROPA NGAN SALAM 1 MALAYSIA............,

    Lut(rit) al jubri..., nko ni tak faham bahasa sebenaq2nya, otok hang tu yang benaq bin bengap jadilah penyangaq... sebab hang dan anak bini makan hidangan taik..., apa hang dok ingap...

    Hang tahu Fadiq Noq dah kojol lamaa kan, mujuq dia dah kojol. Kalu idak ramai lagi manusia kena doa smyang ajat biaq cepat kojol. Kitaa dok dengaq, Fadiq Noq suatu masaa dulu diaa sampai kat sebuah negeri raghsa2nyaa depa dok habaq kat klantann kaa manaa kaa, dia minta pendokong dan penyokong parti bewok kapok ghamai2 meh kat stadium smyang ajatt supaya Che Det dan Amnuq mampuih cepat. Tapi Allah maha kayaa dan maha kuasaa, pas puak bewok kapok tuh smyang ajat ghamai puluh2 ghibu meh..., setelah dia balik kampung kaa, mana kaa, kita dengaq dia sakit2, sakit, sakit, sakit, diaa terus balik (kojol) dan tak balik2 dah.

    Hang cakaplah lut(rit) taik2 nanti keluarga hang makan taik dan bau taik baghu hang nyesal.

    Pang5 Beliung sama-sama beristighafar “Subhana”, InnaliLlah...

    ReplyDelete
  10. KALAU DAH PEMIMPIN ATASAN UMNO RASIS..APATAH LAGI LAH KERA2 DAN BERUK2 YANG ADA DI BAWAH NI...!!!

    ReplyDelete
  11. Aku ada sikit profil tentang Lord Reid Pukimak ni, dia ni asal dari permatang Pauh tempat ejen CIA main bontot, dia ni dah dilarang dilaman pembangkang sebab banyak guna perkataan lucah. Sekarang dia cuba nak provok laman penyokong kerajaan, dia juga guru disekolah kebangsaan dekat Permatang Pauh mengajar murid Tahun dua sebab dia lulusan sijil Perguruan saja, Bini dia tengah kursus buat KPLI di UPSI, aku pernah maki dia sampai pagi di laman pembangkang pinkturtle. Oleh itu dia ni diibaratka dajal jugalah,

    itulah lord reid.

    kah kah kah

    cakap aje mengalah kan orang PHD

    ReplyDelete
  12. akmy...

    lu takyah crite pasal MatSabu la... kes tu dah selesai, takde kes! Nape tak bukak crite NajisNazak hang yg sebilik dgn ZianaTonggek, yg lari keliling hotel pakai spender. Nak cari saksi... takyah pi jauh, tanya kat IsaPendek MatRasuah tu. Kalo tak... takkan dapat jadi calon BP dulu, sebab rahsia dlm tangan....

    Tapi kenape takde tuduhan atau tangkapan atau masuk berita TV3Suku ke... BeritaHairan ke... UtusanMeloya ke... sebab ni Msia UMNgOk yg punya... apa UMNgOk buat tak salah. Tanya la TokPeti Harussini(Kat UMNgOk)Haramsana(kat PR).

    Jom Pengundi-pengundi Muda... kita bukannya menolak Melayu tapi kita menolak Melayu UMNgOk yg mementingkan diri dan kroni, meletakkan KUASA dan RASUAH dihadapan dan memomokkan rakyat Marhaen dgn isu perkauman dan keagamaan.

    ReplyDelete
  13. Saya setuju dgn pendapat Kadir Jasin. Kita mesti pertahankan hak org Melayu.

    Yg peliknya apa yg tiba2 nak menfitnah DSAI peliwat/penjenayah pulak ni. Bukan dia tak tau kes sodomy I telah dibuang kes oleh Mahkamah Persekutuan bila Tuan Hakim kata memang ada konspirasi politik dan seterusnya membebaskan DSAI dari penjara. Yg ini disenyapkannya.

    DSAI dah kata dia akan pertahankan hak keistimewaan org Melayu yg termaktub dalam perlembagaan.

    Jadi, apa isu yg kau bwk ni, Arif?

    ReplyDelete