Saturday, 4 September 2010

BILA KHATIB LAKUKAN BIDAAH !!!!!

( Beginilah keadaan mulut dan butir percakapan alim dan ulama politik di Malaysia, kini )





BARU-BARU ini, kita digemparkan dengan isu khatib mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada pemimpin bukan Islam di dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang. Isu ini mendapat pendapat yang berbeza di kalangan ulama di tanah air, ada yang melarang dan ada yang membolehkan.

Secara peribadi dalam isu ini, penulis lebih cenderung kepada perkataan ulama yang melarang mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada bukan Islam. Kecenderungan saya ini bukanlah membabi-buta tetapi disusuli dengan beberapa hujah.

Ada di kalangan ustaz yang membela perbuatan boleh mendoakan kepada bukan Islam dengan berdalilkan beberapa ayat al-Quran dan Sunnah baginda Nabi SAW.
Cuma apa yang hendak diingatkan ialah doa yang dilakukan oleh khatib tersebut adalah dalam khutbah Jumaat. Dalam membela isu ini, apakah perbuatan mendoakan kesejahteraan dan rahmat di dalam khutbah Jumaat kepada bukan Islam pernah dilakukan oleh Nabi SAW? Atau pernah dilakukan oleh para sahabat? Apakah pernah dilakukan juga oleh para salaf? Tentu jawapannya tidak.
Kalaulah demikian sifatnya, perbuatan yang dilakukan oleh khatib tersebut adalah perkara baru yang tidak ada contohnya dalam agama, dan setiap perkara baru yang diada-adakan dalam agama adalah bidaah. Setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu di dalam neraka.

Kerana khatib tersebut telah mengkhususkan sesuatu yang tidak pernah dicontohkan oleh Nabi SAW dan para salaf.

Memang benar Nabi SAW pernah memberi ucapan 'Assalamualaikum' di dalam majlis yang dihadiri juga oleh orang bukan Islam. Hakikat ini bukanlah boleh dijadikan satu dalil dalam membolehkan untuk berdoa kepada bukan Islam di dalam khutbah Jumaat.

Bahkan ucapan salam Nabi SAW tersebut adalah umum, mungkin kita juga boleh berhujah bahawa ucapan salam Nabi SAW itu adalah khusus kepada orang Islam manakala yang bukan Islam tidaklah bermanfaat ucapan tersebut kepada mereka.

Kalau kita meneliti dengan mendalam, kita akan mendapati tidak pernah Nabi SAW mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada orang kafir dan musyrik dengan mengkhususkan ucapan salam dan doa rahmat kepada nama-nama tertentu di kalangan orang musyrik.

Bahkan kata Syeikh Ismail bin Marsyud ar-Rumaih di dalam kitabnya Jahalatun Nas Fid Du'a (Kesalahan Dalam Berdoa), beliau berkata: "Mendoakan orang kafir agar diberikan rahmat dan pengampunan adalah diharamkan, dan barang siapa yang melakukannya maka dia telah berdosa dan tidak akan dikabulkan doanya."

Nabi SAW pernah berdoa kepada Allah SWT agar diberikan hidayah kepada orang kafir dan musyrik sama ada secara umum mahupun secara khusus dengan menyebutkan nama-nama tertentu, seperti mendoakan hidayah terhadap penduduk Thaif, berdoa agar salah satu orang Umar memeluk Islam dan mendoakan hidayah untuk kabilah Daus (Sahih al-Bukhari, ad-Da'waat)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata: "Sesekali Rasulullah SAW berdoa kepada Allah agar mereka dihancurkan dan kadang kala beliau berdoa kepada Allah agar mereka diberi hidayah, saat Rasulullah mendapat tekanan yang sangat dahsyat maka beliau menempuh cara yang pertama dan apabila banyak beriman dan yang lainya diharapkan masuk Islam maka beliau berdoa kepada Allah agar mereka mendapat hidayat." (fathul bari 6/126)

Ada juga golongan agama yang berhujah dengan kisah yang sahih bahawa ada sahabat Nabi SAW pernah meruqyah/jampi kepada orang yang bukan Islam yang terkena penyakit gila dengan al-Fatihah sehingga sembuh dan diberikan kepada sahabat 100 ekor kambing sebagai balasan. Kisah ini dijadikan dalil dalam bolehnya mendoakan kesejahteraan kepada mereka.

Perlu diberikan perhatian, kadang kala ada segelintir ahli agama yang menggunakan dalil umum sebagai hujah untuk membela perkara yang khusus. Seperti ingin memaksa-maksakan dalil tersebut agar sesuai dijadikan hujah bagi membela isu agama yang ingin ia dipertahankan.
Hakikatnya seperti dalam isu mendoakan orang bukan Islam di dalam khutbah Jumaat ini, di mana untuk membolehkan perkara ini maka pelbagai dalil dan kisah yang tidak ada kaitan dalam isu yang dibincangkan ini pun diguna pakai agar sesuai dengan selera dan pemahaman sendiri.
Misalnya menggunakan kisah ruqyah/jampi Nabi SAW sebagai dalil dan hujah untuk membolehkan doa kesejahteraan dan rahmat kepada bukan Islam. Sedangkan ternyata berbeza perbuatan dan maksudnya di antara ruqyah/jampi dan doakan kesejahteraan dan rahmat kepada bukan Islam. Di mana ruqyah dan jampi adalah permintaan kesembuhan penyakit fizikal manakala doa kesejahteraan dan rahmat bersifat agama dan tauqifiah.

Maka sekiranya teringin juga untuk mendoakan orang bukan Islam, carilah orang yang sakit di kalangan mereka lalu ruqyahkan dan jampilah agar meraka sembuh, bukannya dengan menaiki di atas mimbar di hari Jumaat yang khusus, di dalam khutbah yang khusus dan doa yang khusus pula untuk mereka.
Jika benar ada pendapat ulama yang membolehkan mendoakan rahmat kepada bukan Islam, selagi mereka tidak mati dan tidak memusuhi Islam. Maka saya ingin membawa sebuah kisah di mana pernah ada seorang Yahudi yang ingin bersin lalu dia menghampiri Nabi SAW dengan harapan sesudah ia bersin Nabi SAW akan mendoakannya dengan doa 'yarhamukallah' ( semoga Allah merahmatimu).

Inilah doa yang Nabi SAW ajarkan kepada kita untuk mendoakan kepada orang Islam yang bersin. Tetapi Nabi SAW tidak mendoakan dengan doa ini, bahkan Nabi mendoakan kepada Yahudi tersebut dengan doa 'yahdikumullah wa yuslihu balakum' (semoga Allah memberi hidayah kepada kamu dan membaiki hati kamu) Hadis riwayat al-Bukhari.

Kisah ini membuktikan bahawa mendoakan rahmat kepoada orang bukan Islam tidak pernah dilakukan oleh Nabi saw secara khusus, kerana Nabi SAW menggantikan doa 'yarhamukallah' kepada 'yahdikumullah wa yuslihu balakum'. Kalaulah boleh mendoakan rahmat kepada mereka tentu Nabi SAW tidak akan menggantikan doa tersebut.

Kisah ini juga membuktikan bahawa tidak ada masalah untuk mendoakan hidayah kepada orang bukan Islam sama ada ia memusuhi Islam atau tidak. Mudahan-mudahan doa tersebut menjadi sebab Allah memberi hidayah Islam kepada mereka, pun begitu tidaklah juga Nabi SAW mendoakan hidayah kepada bukan Islam secara khusus di dalam khutbah Jumaat, melainkan ia hanya berlaku di luar khutbah Jumaat.
Berhubung dengan doa Nabi SAW agar dikuatkan Islam dengan salah seorang Umar, perkara ini juga perlu diambil perhatian kerana dalam doa ini Nabi SAW secara terang-terangan memohon kepada Allah agar diberi hidayah kepada salah seorang Umar dengan disebutkan nama agar keislaman salah seorang dari mereka akan menjadikan Islam itu kuat.

Secara peribadi, penulis bersetuju agar setiap Muslim mendoakan hidayah kepada orang bukan Islam yang boleh memberi manfaat kepada kekuatan Islam. Tetapi yang perlu diluruskan adalah janganlah memilih bulu untuk mendoakan hidayah individu bukan Islam dengan hanya beberapa orang sahaja, yang kelihatannya seperti ada agenda yang 'bias' kepada ideologi politik tertentu.

Sekiranya ikhlas, kenapa tidak didoakan hidayah kepada pemimpin bukan Islam yang memimpin sebelum ini. Bahkan doakan juga sekali hidayah kepada pemimpin-pemimpin dan orang-orang kaya yang bukan Islam dengan disebutkan nama-nama mereka secara khusus. Jika Allah memakbulkan insya-Allah, Islam akan kuat dengan ramainya orang bukan Islam menganut Islam. Malangnya, sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku disebabkan fahaman sempit ideologi politik sendiri.

Bagi penulis, yang terbaik bukanlah mendoakan kebaikan kepada pemimpin bukan Islam seperti memerintah dengan adil, kesejahteraan kesihatan atau keamanan harta tetapi yang sebaik-baiknya ialah kita berdoa mohon perlindungan kepada Allah agar dilindungi daripada kezaliman dalam pemerintahan, perlindungan agar tidak ditimpakan bala akibat kesyirikan pemimpin dan perlindungan agar nikmat keamanan diri dan harta tidak ditarik akibat tidak dapat memilih pemimpin Islam.

Beginilah Islam mengajar umatnya agar sentiasa memohon perlindungan kepada Allah dalam semua keadaan sebagai bukti pergantungan harapan dan bukti kebenaran Islam itu adalah agama rahmat kepada sekalian alam.
Kepada ustaz yang mempertahankan isu tentang bolehnya mendoakan kesejahteraan dan rahmat kepada bukan Islam, diharap dapat merenung kembali isu ini dengan seadil-adilnya, supaya kita tidak tersalah dalam mempertahankan kebenaran.


AHMAD TAJUDDIN IDRIS AL-MANHAJI

Penghuni Gua : Bagus artikel ini untuk renungan kita bersama. Itulah yang kerap terjadi dan dilakukan oleh mereka yang mengaku alim dalam agama. Mereka mengambil dalil / hadith umum bagi membincangkan perkara khusus dan mengambil dalil khusus untuk bincang perkara umum.

2. Yang awam seperti kita pulak mudah percaya bulat-bulat sebab mulut alim ini berbuih dengan bacaan ayat dengan jubah membalut badan tetapi sebenarnya hanyalah tak lebih adalah alim politik. Untung politik mereka di halalkan, rugi politik mereka diharamkan.

3. Dibongkar segala hadis / dalil umum untuk mengesahkan dan membela rakan politik mereka agar halal dipersepsi penyokong mereka. Sebenarnya , semuanya adalah pembohongan dan penipuan oleh si alim / ulama politik ini.

4. PG bertambah meluat dengan gulongan sebegini. ..................

6 comments:

  1. Walau bagaimana pun perbincangan sekarang sudah teralih kepada doa untuk kesejahteraan yang banyak takwilnya. Padahal kesah mula timbulnya ialah mengenai doa itu diselit dalam khutbah dengan menggantikan doa kesejahteraan untuk DYMM SPB YDPA. Perkara ini sudah jelas dengan rukun dan adabnya. Dan mereka pun mengalihlah cerita itu sikit kepada keadaan yang boleh dibahaskan. Inilah cara mereka dan kita kenalah selalu tumpu (fokus) supaya tidak kita selalu tertipu dan terperangkap. Inshaallah.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan PG & Sema2…,

    BILA KHATIB LAKUKAN BIDAAH !!!!!

    P5B ada juga mendengar ostat mengatakan apa jua majlis perjumpaan bila membabitkan orang kafir yang kita diutamakan termasuk membacakan doa adalah haram. Bila P5B menghadiri satu ceramah disampaikan oleh seorang tok garu ostat wolly triumphpah dihadapan orang kafir, ostat triumphpah tu sebut kita adalah satu rumpun dari anak Adam kalau buat baik kita masuk syurga tak kira apa bangsa pun. Kalau buat tak jurus spt pemimpin Amanu mereka akan dibicarakan dipadang mahsar kelak. mudahnya orang kafir masuk syurga...!!!

    Sungguh keliru…, PG…, dengan kenyataan puak2 nih.. inilah dikatakan perompak politik

    ReplyDelete
  3. betul tu, saya setuju keduanya

    ReplyDelete
  4. PG... setakat nko sorang meluat kat PAS... tak menjadi kudis pun. Tapi beribu-ribu rakyat dah meluat kat UMNgOk yg memperbodohkan rakyat dan mempermainkan agama!

    Puak2 UMNgOk yg berusaha memanipulasikan isu2 agama bagi menyelamatkan pengaruhnya yg kian menipis sementara Ulamak UMNgOk memberikan ulasan berdasarkan keperluan perut dan tembolok disebabkan makan gaji dan mengharapkan naik pangkat!

    Pak Arif (... yg Ngok sebab tak arif) sia2 je Master Sains Sosial dgn CGPA 3.5 yg nko pegang tu... kalo dah dapat membedakan antara kebaikan dan keburukan! Buang je kat longkang, pensyarah hang pun malu nak ngaku student dia... Kot2 anak hang pun menangis dgn keKOLOTan ayah dia yg TOTOK memBABI BUTA!

    Aku plak malu dgn senior Master yg pemikiran takat tahap ni je....

    ReplyDelete
  5. Setakat ulasan dari Ahmad Tajuddin Idris AL-MainDamHaji... yg memberikan pendapat atas kepentingan perut, tembolok dan NaikPangkat maka takpayah la nak dimasukkan dlm thread nko. Buat perabih beras je!

    Pengundi Muda... lihatlah, dengarlah dan analisa la dengan menggunakan kedua-dua telinga anda, kedua-dua mata anda... perhaluskan pertimbangan (jgn pakai dacing yg dah 53 tahun karat...1) dgn kedua2 otak kiri & kanan anda dan gunakan hati yg satu dgn menanam tekad utk perjuangan yg adil dan ikhlas demi menegak keTUHANan bukannya ketuanan.

    Ayuh Bangkit Anak Muda... Kita Menjana Tranformasi Ke Arah Reformasi! Bersihkan Negara Kita dari RASUAH dan KRONISME KERAjaan Be-eNd!

    ReplyDelete
  6. Setakat ulasan dari Ahmad Tajuddin Idris AL-MainDamHaji... yg memberikan pendapat atas kepentingan perut, tembolok dan NaikPangkat maka takpayah la nak dimasukkan dlm thread nko. Buat perabih beras je!

    Pengundi Muda... lihatlah, dengarlah dan analisa la dengan menggunakan kedua-dua telinga anda, kedua-dua mata anda... perhaluskan pertimbangan (jgn pakai dacing yg dah 53 tahun karat...1) dgn kedua2 otak kiri & kanan anda dan gunakan hati yg satu dgn menanam tekad utk perjuangan yg adil dan ikhlas demi menegak keTUHANan bukannya ketuanan.

    Ayuh Bangkit Anak Muda... Kita Menjana Tranformasi Ke Arah Reformasi! Bersihkan Negara Kita dari RASUAH dan KRONISME KERAjaan Be-eNd!

    ReplyDelete