Friday, 24 September 2010

GEREJA ORANG ASLI : MENGAPA PAS NAK HALANG ?






Pembinaan gereja untuk orang Asli di Pos Pasik, 70 km dari Gua Musang sepatutnya tidak menjadi masalah jika ia dibuat melalui saluran yang betul dan bukannya secara 'bina dulu dan memohon kebenaran kemudian', lapor Harakahdaily.

"Isu utama saya nampak ialah pembinaan tanpa izin pihak berkuasa Jheoa (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) dan pejabat tanah Gua Musang,” kata Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Yusof Wan Ngah. Berita lanjut : KLIK.

Penghuni Gua : Hairan juga mengapa PAS dan PAS Kelantan bising dan marah-marah serta menghalang pembinaan gereja orang asli di Gua Musang. ? Hairan dan pelik juga.

2. Alasannya gereja ini dibina dahulu , barulah nak buat permohonan. PAS cakap tak ikut prosedur dan undang-undang.

3. Mengapa PAS menghalang dan kata tak ikut prosedur dan undang-undang? Kah mereka ini kawan rapat untuk tidor bersama dalam politik. Lihat ajelah, bukan main Tan Sri Pakiam berpeluk-peluk bila jumpa TGNA. Dalam isu Allah walaupun menyalahi undang-undang negara, PAS kata boleh sebab kata PAS , Allah untuk semua. Ia boleh dekatkan mereka dengan islam.

4. Masa bila pulak PAS mengikut undang-undang. Sejak dulu PAS dan pengikutnya buat demo sepanjang masa secara haram atas dasar kebebasan. Jadi biar le gereja di bina atas alasan kebebasan agama. Biar gereja di bina diseluruh Kelantan. Dulu bila kerajaan merobohkan kuil haram India, bukan main PAS menjadi juaranya. Kata ia kejam dan sebagainya. Apa beza dengan isu ini?

5. Apa pulak PAS sibuk kata pembinaan ini tidak ikut undang-undang? Kan PAS tak iktiraf undang negara ini yang di katakan undang-undang kafir. Pakai le undang-undang islam PAS yang halalkan semua perkara bila ada keuntungan politik.

6. Begitu juga dengan isu eli Telanjang, bukan main PAS menghalalkan si Eli tu. Siap bagi fatwa lagi katakan ini hal peribadi Eli.

7. Bila kena batang hidung sendiri dan di negeri pemerintahan sendiri, baru lah terasa panasnya dan pandai pulak nak ikut undang-undang yang di katakan sekular dan kafir tu!!!!!

8. Jadi kepada pengundi muda ! LIhat dan fikirkanlah. Inilah lidah bercabang PAS. Jangan dengar apa lagi percaya kepada janji, fatwa dan ayat suci yang dijaja oleh pemimpin parti ini. Semuanya bohong dan hanya halal bila ada keuntungan politik.

9 Kepada Tan sri Pakiam, padan dengan muka anda. Inilah rupanya rakan baik anda . Dulunya siap pihak gereja beri arahan kepada penganutnya agar semasa PRU12 , pengikutnya perlu pangkah Pakatan. Sekarang rasakanlah. Cakap banyak sangat dan menikam rakan dan kerajaan dari belakang. Sekarang kamu rasakan pulak penangan dann tabiat buruk rakan kesayangan kamun ini.

10. Mereka ini terutama PAS, tak lebih hanya untuk keuntungan politkk . Dulu PAS dan Pakatan juga katakan semua halal atas alasan hak asasi dan kebebasan beragama. Sekarang bagaimana? Mengapa nak halang. Sepatutnya alasan yang sama di beri bagi pembinaan gereja ini? Jadi sudah lah !!!!! Orang ramai selalu cakapa, mulut pemimpin PAS ini mulut " rabek ( koyak ) ". Tak gitu ?

15 comments:

  1. Pelik juga, bila pulak puak2 PAS ni tahu peraturan.

    ReplyDelete
  2. KALAU CAM TU PG BIAR JER ORANG RAMAI, NGO, PERSATUAN2, MAJLIS2, ORG AWAM DAN INDIVIDU BUAT BANGUNAN TAK KIRA DI MANA TEMPAT TANPA KELULUSAN MAJLIS DAERAH ATAU MAJLIS TEMPATAN...HATTA RUMAH IBADAH PUN...

    TERINGAT DI SELANGOR DULU, TOYO MEROBOHKAN KUIL HINDU DAN RUMAH2 SETINGGAN KERANA IANYA DIBUAT TANPA KELULUSAN MAJLIS DAERAH DAN ATAS TANAH KERAJAAN ...CAM NER PULAK TU YER?...

    DBKL PUN BYK MEROBOHKAN BANGNAN DAN PREMIS NIAGA ORG AWAM KUNUNNYA TAK IKUT PERATURAN.... CAM NER PLAK TU HAAA!!!

    TAPI TOYO SKANG NI KERJA DIA MENYAPU SAMPAH JER KAN SEBAB BADI PENYAPU!!! HEH..HEH..HEH..

    ReplyDelete
  3. tak faham maksud tulisan pg anon 1434 ini.

    tulisannya ialah pulang paku buah keras kepada pas. bacalah perabih. baru komen.

    ReplyDelete
  4. Kalau kerajaan pas bodo buat tak apa kalau kerajaan BN buat tanah sekakang kera pun tak bolih pergi lah roboh gereja tu kalau berani aku jamin pas bodo tak berani roboh.

    ReplyDelete
  5. ANON 14:39

    FAHAM..CUKUP FAHAM..PERSOAALNNYA BUKAN AKU NAK PERLEKEH UMNO/BN TAPI UMNO SERING PERLEKEH MUSUHNYA TETAPI PERKARA YG UMNO PERLEKEH ITU SEBENARNYA PULANG PAKU BUAH KERAS BALIK KPD UMNO BALIK..PENDEK KATA LAH, GINI LAH BRO, APA YG YG UMNO PERLEKEH MUSUH DIA, SEBENARNYA DIA PUN LG TERUK BUAT BENDA YG SAMA...BAHKAN LBH BURUK LG!!!

    (AKU BUKAN NAK SOKONG MANA2 PUN, AKU TAK MINAT SOKONG MANA2 POLITIK DI MSIA NI, SEMUANYA BAHLOL!!! CUMANYA AKU PERKATAKAN APA YG UMNO KATA ORG, SEBENRNYA DIA PUN BUAT BENDA YG SAMA BAHKAN LBH BURUK LAGI, POLITIK DI MSIA NI BUKAN NAK MEMPERLIHAT KEHEBATAN TAPI LBH KPD POLITIK MEMUSNAHKAN!! ITU YG AKU MENYAMPAH!!!)

    ReplyDelete
  6. Anon 15:11

    SEMUA YANG SAUDARA KATAKAN ITU MACAM BUNYI POLITIK PAS JE.

    ReplyDelete
  7. ANON 15:40

    KO PUNYA PASAL LAH NAK KATA APA YG AKU KATA TU SUME MACAM POLITIK PAS JER...PEDULI APA AKU...AKU BUKAN SOKONG MANA2 PUN...BAIK UMNO ATAU PAS, PKR, MIC, MCA KE APA KE...TAPI BAIK UMNO, PAS, PKR, MIC, MCA DLL TU SUME NYA SAMA....PENDEK KATA ASAL POLITIK, ORG POLITIK, PARTI POLITIK SUME SAMA IAITU : KUASA, PERUT DAN NAFSU...

    ReplyDelete
  8. berpolitik bolih semua org berminat dengan politik tapi biar lah ada cara nya yg susah nya kebanyakkan yg berpolitik sekarang bukan dari kalangan yg berjuang untuk bangsa melalui politik kalau siapa tak berminat dengan politik dia tak tahu apa kan jadi pada negara kalau kuasa politik bertukar tangan contoh sudah ada tidak jauh singapura kerana politik lah bangsa melayu disingapura sudah hampir lenyap sekarang tak guna bersuara lagi dan jangan salahkan org terdahulu itu lah kalau kita tidak peka dengan politik masa depan kita akan hancur kita akan merempat ditanah sendiri tidak akan dilayan dari itu kita harus pertahan apa yg ada sekarang.

    ReplyDelete
  9. BUKAN TAK NAK AMBIK TAHU HAL POLITIK...PLITIK ITU AMAT PENTING DAN PERLU...NAMUN GELAGAT ORG POLITIK TERUTAMA PIHAK YG BERKUASA AMAT TIDAK BERETIKA SEKALI DLM MEMUSNAHKAN SEBANGSA DAN SEDARAH YG BERLAINAN ALIRAN....LIHAT SHAJA DLM MEDIA YG DIKATAKAN DIKONGKONG SEBELAH PIHAK (AKHBAR DAN ELEKTRONIK- ITU TDK TERMASUK BLOG INTERNET), PEMBERITAAN, ULASAN, RENCANA DAN SEGALANYA BERKAIT DGN POLITIK LBH2 LG KPD PIHAK LAWAN (MELAYU) AMAT2 MENDUKACITAKAN DGN FITNAH, CELAAN, HINAAN, KEJIAN, CACIAN, MAKIAN, LAGA MELAGAKAN, DLL.PENDEK KATA MEDIA INI BUKAN UTK MENYEMAI UMAT MELAYU CINTAKAN BANGSA DAN AGAMANYA TAPI LBH KPD MENJAMIN LAGASI KUASA PIHAK YG MENJADI "TUAN" KPD MEDIA TERSEBUT WALAUPUN TINDAKAN "TUAN" NYA INI TERNYATA SALAH DAN SONGSANG....AMAT MEMBOSAKAN MEMBACA DAN MENDENGAR MEDIA2 INI YG SEOLAH2 BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN "TUAN" WALAU PUN TDK BENAR!!!

    TIADANYA LAPORAN SEIMBANG DAN SETARA ANTARA KEDUA BELAH PIHAK MELAYU "BERSETERU" INI.....APA NAK JADI DGN MELAYU?

    SEBAB ITU JGN SALAHKAN ORG MELAYU YG KINI SUDAH DAN MAKIN BOSAN DAN MENYAMPAH DGN "PERSETERUAN KOSONG" MENJIJIKAN ANTARA SESAMA BANGSA SEAGAMA DLM MEDIA...

    PENDEK KATA " NAIK MENYAMPAH DAN MEMBOSANKAN" CARA2 MELAYU BERPOLITIK!!!! NAK MENGUNDI MCMANA JIKA SEMUA PARTI MELAYU MEMPUNYAI PEMIKIRAN SONGSANG YG SAMA...APA GUNA MENGUNDI?....NAK PILIH SIAPA? SEMUA SAMA MENELANJANGKAN KELEMAHAN MELAYU DAN MENJATUHKAN NILAI2 AKHLAK MELAYU SENDIRI? KERANA SATU SAJA IAITU : DEMI MEREBUT SATU UNDI DAN SOKONGAN UTK MENGEKALKAN KUASA PARTI2 MELAYU HILANG PERTIMBANGAN AKHLAK DAN NILAI AGAMA....APALAH NASIB MELAYU 10 TH AKAN DATANG, BELUM LAGI 100 TAHUN AKAN DATANG MAHUPUN 1000 TAHUN AKAN DTG...

    PADA MASA ITU WARIS2 ANAK BANGSA MELAYU YG DITINGGALKAN AKAN MENGUTUK DAN MENCERCA NENEK MOYANG MEREKA DI DLM KUBUR KERANA PD MASA ITU ORG MELAYU TIADA APA2 LAGI YG TINGGAL KECUALI DUDUK PINGGIR HUTAN DAN TINGGAL DI PULAU2, KERANA NENEK MOYANG MEREKA DAHULU YG BERJANJI MENGURUSKAN HAL EHWAL MEREKA HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI BERTELAGAH SEPANJANG MASA DEMI KUASA DAN KEUNTUNGAN DIRI SENDIRI....

    AKHIRNYA MELAYU HANYA MAMPU MELOPONG SAHAJA MELIHAT TANAH NENEK MOYANG YG DIWARISI DR NENEK MOYANG MEREKA DAHULU KINI RAKUS DILAHAP OLH BANGSA LAIN....(KINI SUDAH NYATA KELIHATAN, NAMUN TIADA PUN YG MAHU SEDAR, KRN ASYIK SERONOK BERCEMPERA "BERPERANG DAN BERBUNUHAN" SESAMA SENDIRI)

    ....DAN MELAYU PASTI AKAN MEREMPAT DI TANAH AIR MEREKA SENDIRI AKIBAT 2 NAGA YG ASYIK NAK "MEMBUNUH" SESAMA SENDIRI...PASTI!!!

    ReplyDelete
  10. anon 1540

    setuju benar

    ReplyDelete
  11. Salam tuan PG & Sema2...,

    GEREJA ORANG ASLI : MENGAPA PAS NAK HALANG ?

    Gua Musang tak supo dengan Jubakar Darat di Tumpat tu tuan PG dari segi politiknya...!!!

    P5B..

    ReplyDelete
  12. Puak-puak PAS sebenarnya malu lepas Meludah Nak Jilat Semula! Banyak benda yang dibuat, diperkata kena batang hidung sendiri..macam-macam dalih dan jaja dalam ceramah ke pelusuk negeri untuk perbetulkan perbuatan yang salah..Tak hairan apabila Nik Aziz nak berkawan dengan syaitan.. tak pelik rapat benor dengan orang kafir untuk kepentingan politik!Nizar pegang lilin mengikuti upacara pengembumian TBH pun betul..nama Allah diguna oleh Gereja pun OK (Ustz Harun Din tak setuju!)

    ReplyDelete
  13. betul tu anon 2034

    sekarang termakan ludah semula hasil ajaran mereka . padan muka mereka ini

    ReplyDelete
  14. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

    Melayu hilang kuasa

    Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
    syahrir.bakar@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 23 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

    Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.

    ..............

    ReplyDelete
  15. yang masalahnya JHEOA sendiri yang x luluskan cadangan... apa la... bukannya kerajaan PAS... tue mungkuk ke... JHEOA bawah sape????

    ReplyDelete