Tuesday, 14 September 2010

MYcONSTITUTION : GERAKAN DAH MULA MASUK JARUM !!!!



Kempen 'MyConstitution' bukan ancam Melayu
Humayun Kabir
Sep 13, 10
3:12pm


Hak dan keistimewaan orang Melayu termaktub dan dilindungi dalam perlembagaan dan sehubungan dengan itu timbalan presiden Gerakan, Chang Ko Youn berkata mereka tidak perlu berasa terancam oleh tindakan sesetengah pihak yang cuba mengeksploitasikan isu itu untuk kepentingan politik mereka. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lihat!!! Timbalan Presiden GERAKAN dah mula nak coverline dan nak halalkan usaha pihak tertentu untuk mengubah perlembagaan. Beliau begitu mempertahankan tindakan Majlis Peguam .

2. Alasan nak halalkan gerakan untuk meminda perlembagaan ialah dengan mengatakan ia hanya satu gerakan untuk membolehkan rakyat lebih memahami perlembagaan. Inilah agenda gulongan ini. Jika perkasa mempertahankan hak Melayu dan bumiputra Sabah Serawak dikatakan rasis. Jika mereka di katakan untuk membuat rakyat memahami perlembagaan.

3. Inilah cara parti rasis dan parti pelacur ini bertindak. Mereka cuba menutup mulut NGO Melayu seperti PERKASA untuk pertahankan perlembagaan, tetapi dalam masa yang sama menjalankan jarum mereka untuk meminda perlembagaan dengan cara yang begitu halus!!!

4. Kepada pihak berkuasa, kenakan mereka ini di bawah akta hasutan. Jangan beri muka lagi. Ini semua putar belit parti ini. Yang baiknya ISA kan aje mereka ini.

5. Hidup PERKASA. Kepada Majlis Peguam, adalah lebih baik didik ahli anda yang saban hari kerjanya menipu orang ramai . Banyak kes. Terlalu banyak kes. Apalagi termasuklah kes bunuh baru-baru ini. Ini yang patut menjadi keutamaan Majlis Peguam.

6. Hidup PERKASA!!! Kepada UMNO, adalah lebih baik jauhkan diri dari GERAKAN daripada usaha UMNO nak pencilkan PERKASA. Jangan jadi bodoh dan dibodohkan oleh parti rasis ini.

2 comments:

  1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

    Jauhkan diri dari Perkasa rugikan UMNO - Dr. M
    ............ Dr. Mahathir berkata, satu perkara yang perlu diambil kira iaitu Perkasa selama ini tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana perjuangannya masih tertakluk kepada hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    ''Perjuangannya masih berasaskan Perlembagaan dan kita juga harus sedar bahawa Perkasa adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukan sebuah parti politik. Perkasa tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

    ''Sebagai NGO, Perkasa berperanan menegur mana-mana pihak jika berlaku sesuatu yang tidak baik termasuk parti-parti politik. Perkasa boleh tegur Pas, DAP atau UMNO. Saya kadangkala pun kena tegur juga,'' katanya.
    ............... Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, apabila ada pihak mula mempersoalkan sesuatu hak yang telah termaktub di dalam Perlembagaan sudah tentu ia akan mengundang reaksi daripada pihak lain.

    ''Kewujudan Perkasa adalah salah satu contoh. Pada zaman pemerintahan saya tidak ada NGO seperti Perkasa kerana tiada pihak yang berani mempersoalkan hak-hak yang telah termaktub dan diamalkan selama ini.

    ''Berbanding sekarang yang mana sudah ada pihak atau kumpulan yang sengaja membangkitkan atau mempersoalkan hak-hak tersebut antaranya persetujuan mengenai kontrak sosial. Bila terjadi demikian pasti akan muncul satu pihak untuk mempertahankannya,'' katanya lagi.

    ReplyDelete
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

    Bukti ada pemimpin 'syok sendiri'

    Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
    pengarang@utusan.com.my

    IPOH 13 Sept. - Keputusan menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunjukkan masih ada pemimpin UMNO yang 'syok sendiri' dan tidak memikirkan masa depan parti.

    Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, tindakan tersebut juga seolah-olah memperlihatkan UMNO masih meletakkan garis pemisah antara orang Melayu yang mempunyai sentimen tinggi terhadap bangsa dan orang Melayu yang hanya pentingkan diri.

    ............... Sambil menyokong kenyataan dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Hamdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu berharap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak terus membuat kenyataan yang hanya akan menjauhkan orang Melayu daripada semangat asal penubuhan UMNO.

    "Jangan letak garisan pemisah antara orang Melayu dalam UMNO dan dalam Perkasa. Jangan sebab nak jaga hati kaum lain, kita ketepikan golongan Melayu yang ada sentimen tinggi sayangkan bangsa sendiri.

    ................... "UMNO merupakan sebuah parti Melayu, jika sebagai sebuah parti Melayu, UMNO tidak mendapat sokongan di kalangan orang Melayu sendiri adalah sukar untuk kita mempertahankan kerusi yang ada," katanya.

    ReplyDelete