Monday, 11 October 2010

BAS PUAKA / BAS BERPUAKA !!!




12 insan mati katak sahaja. Beberapa penumpang lain masih tenat. PG doakan semuanya akan selamat. Kematiannya atas banyak sebab. Sebahagain bas ekspres di Malaysia ini adalah bas ekspres puaka. Bukan bas tu yang puaka tetapi mungkin dipandu puaka-puaka yang dahagakan darah penumpang dan pengguna lebuh raya .

2. Bas ekspres di Malaysia ini ( yang kemalangan semalam belum tahu atas sebab apa ) pada pengalaman PG memang dipandu oleh puaka-puaka yang berupa manusia. Yang utamanya kerana bas ekspres ini dipandu oleh puaka-puaka yang berupa manusia. Memandu lebih 100 km sejam dan memandu di lorong tengah serta memandu di lorong paling kanan adalah perkara biasa bagi pemandu puaka ini. Lihat ajelah di lebuh raya utara selatan. Ia pemandangan yang biasa. Setiap minggu PG melalui jalan ini dengan kereta PG dan boleh dikatakan tiap minggu PG akan memberi isyarat serta menahan puaka-puaka ini kerana memandu di lorong tengah dan kanan sambil memotong dengan laju. PG tahan walaupun tak ada kuasa menahan. tetapi kerana sakit hati dengan pemanduan yang membahayakan ini, PG akan memaki hamun puaka-puaka bas ini. Kadangkala bergaduh besar. tapi PG tak peduli. Itu tanggungjawab sebagai warga negara untuk mengajar pemandu puaka ini.

3. Biasalah. Lihat aje bas-bas ekspres ini. Baik Delima, Durian Burung, Five Star ( boleh dikatakan bas ekspress yang ke Singapura ) semuanya memandu melebihi 120 km sejam dan kerana berapa di lorong tengah dan kanan. Juga bas KKKL, Cepat Ekspres ( ini pun bas paling berpuaka ), dan berbagai bas ekspres lain. Semuanya sama. Memandu tak mengira pengguna jalanraya lain.

4. Kepada JPJ, Polis, JKJR, cukuplah dengan saman ekor. Buatlah penguatkuasaan setiap hari dan serta merta. Tahan saman. Kempen-kempen buat perabihkan duit aje. Tiru macam Singapura. Tahan saman. Tahan saman.

5. Ini asyik perkenal berbagai alat yang kononya boleh menghalang pemandu memandu dengan laju. Kotak hitam lah, lampu amaran lah, loceng amaran, ops pacaklah, ops sikaplah. habok pun tak ada. Menara tinjau pun, jadi seperti besi burok . Tak ada pengguna. Sebulan sekali pun nak lihat penguatkuasa bertugas pun tak nampak. Harga berpuloh ribu ringgit tiap satu.

6. Kereta penuatkuasa jangan kiralah dengan kecanggihannya. Dengan kanggaroo barnya, dengan lampu birunya, JPJ dengan 4 wheel drivenya yang canggih, siap dengan komputer ribanya, tapi apa hasilnya? Hampas. Nak tengok penguatkuasa di atas lebuh raya pun susah. Kalau nak tengok dan pandang penguatkuasa pun, bila berlaku kemalangan besar seperti di atas cepatlah. Kalau kemalangan kecil atau kerosakan, nak panggil pengutakuasa dan PLUS pun separuhnya nyawa nak boleh kesampai ke tempat kita. Pecah peluh 5 ke 6 kali baru sampai. Bukan apa, kerana mereka ini bersubahat dengan kereta tunda.

7. Kalau kita komplen dalam akhbar atau TV jawapan lain tak ada. Yang ada jawapan dari big bos ialah tak cukup anggota, tak cukup latihan, tak cukup peralatan. Persoalannya berapa jumpah keanggotaan yang dikatakan cukup? Adakah kita sudah gunakan semaksimum mungkin sumber manusia yang ada?

8. Yang selalu kelihatan ialah mereka ini makan kedarah aje di kedai kopi ( bukan semua tetapi kebanyakkannyalah ). Tak payah jauh. Cuba kita jalan di laluan KL ke Melaka sudahlah!!! Nak lihat satu kenderaan penguatkuasa pun tak ada. Lihat aje hari jumaat petang hingga ke malam dari KL ke Melaka. Berapa penguatkuasa yang kita jumpa sepanjang lebuhraya tersebut semasa kenderaan sesak?

9. Kemudian hari ahad , Melaka ke KL. Jalan juga amat sesak antara jam 1600 hingga 2200 malam. Adakah kita lihat sebuah kenderaan penguatkuasa berada di jalan raya pada waktu ini untuk memberi amaran dan menguatkuasakan undang-undang dan memberi perkhitmatan kepad pengguna. Kosong.

10. Ini semua bukan salah kerajaa, tetapi salah mereka yang diberi amanah untuk ini, tidak memenuhi KPI yang ditetapkan. Ketua memanaskan punggung di pejabat sahaja.

11. Memang banyak sebab kemalangan sebegini terjadi dan berbagai kaedah untuk mengurang dan mengelakkan kemalangan. tetapi PG berpendapat, untuk jangka pendek, penguatkuasaan yang setegas mungkin adalah jawapannya. Bukan hangat-hangat tahi ayam.

12. Yang pastinya, esok kita boleh lihat berbagai silat dan kuntau oleh mereka yang diberi amanah ini memulakan langkahnya. Mungkin baru terkejut dari tidur. Kemudian kita akan lihat kisah bangau, oh bangau memulakan cerita !!!!!

13. Lepas sebulan , maka balik kepada keadaan asal. Bila berlaku lagi kemalangan sebegini, maka mula kembali lagi lama!!!!!

14. Kemudian@#$%^&*()_)(*&^%$#$%^&*()(*&^%$#%^&Hampas pun tak ada. !!!!! Yang ada dan wajib ada, pemandu puaka ini masih bermaharajalela di jalan raya di Malaysia. Sebabnya yang diberi tanggungjawab mungkin juga mereka yang disampuk puaka. Barangkali kot !!!

18 comments:

  1. xtaw la PG ape nak jadi dorg ni..dorg pikul amanah yg besar,duit gaji mereka makan tp tggjwb x dilaksanakan..mereke khianat pada amanah yg diberikan

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan PG.
    Pihak berkuasa akan pong pang pong pang sekejap jek dalam masa seminggu or sebulan..
    pastu semua akan kembali lupa...
    tunggu sehingga ada kemalangan berikutnye pulak akan terjaga kejap dari tidur yg lena..
    pastu pong pang pong pang balik..
    then kembali tidur..
    begitulah seterusnya sampai kiamat..

    ReplyDelete
  3. Dah muak dengan kes kemalangan bas ni. Penguatkuasaan PDRM terutama JPJ panas kejap aja..lepas tu tin kosong. Cuba lihat waktu Operasi Sikap yang sudah-sudah. PDRM hanya letak kun di tempat-tempat tertentu dan lebih malang lagi JPJ letak kenderaan mereka buat Gajah Putih tepi jalan kononnya nak takutkan pemandu-pemandu yang memandu laju dan tidak ikut peraturan, sedangkan tiada seorang pun petugas disitu.
    Apa-apa pun setiap kempen keselamatan jalanraya yang dianjurkan oleh Kerajaan memang gagal dan menghabiskan duit rakyat. Bukan pengguna jalanraya yang mengaggalkan kempen tersebut tetapi Penguatkuasa sendiri yang mengaggalkannya. Biasanya JPJ rajin beroperasi bila diluar waktu pejabat sebabnya elaun lebih masa. PDRM entah ada elaun lebih masa atau tidak itu saya tak pasti.
    Dalam hal ini sepatutnya Big Bos mereka yang perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya kerana mereka ni pun menghabiskan duit rakyat dengan main golf aja.
    Apa-apa pun sama-samalah kita tanam sifat dan sikap "BERHATI-HATI DIJALANRAYA" Jangan harapkan Penguatkuasa JPJ dan PDRM.

    ReplyDelete
  4. Salam PG
    Pada saya lah PG asas yang sebenarnya ialah DISPLIN dan TANGGUNGJAWAB. Buatlah apa2 pun tapi kalau takde dua tu memang tak jadi apa. Di negara yg saya tinggal ni PG, dahlah bas jalan ikut jadual betul2, tak seminit lebih tak seminit kurang. Pemandu pulak memang ikut had laju sebab kalau dia tak ikut had laju tu memang lesen memandu dia kena tarik. Takde kesian punya. Satu report dah cukup. Sebab tu pemandu kat sini bila dia buat kesalahan sikit pun, cepat2 dia minta maaf dengan penumpang.

    Saya rasalah PG, kerajaan kena beri 'kuasa' pada penumpang bas. Hidup mati mereka terletak pada pemandu.

    ReplyDelete
  5. PERGHH XCIDEN PALING BURUK TAUN NI SEYHH. KLU LA PONTIANAK TERSEREMPAK DGN PEMANDU PUAKA TU, GERENTI DIA LETAK JAWATAN SBG PENGHISAP DARAH TERKENAL DI M'SIA!

    ReplyDelete
  6. SEKARANG PEMBUNUH UTAMA RAKYAT MALAYSIA ADALAH JALANRAYA DAN KENDERAAN, BUKAN LAGI DADAH ATAU SEBAGAINYA. SEBAB APA, HAMPIR SEMUA RAKYAT MALAYSIA SANGAT SUKA MENGIKUT PERASAAN DLM APA SAHAJA SITUASI. MEREKA TAK KIRA KESAN APAKAH YG AKAN DIDAPATI AKIBAT MENGIKUT PERASAAN TERSEBUT HATTA MEMBAWA MAUT. CONTOH UTAMA ADALAH, KELAKUAN PEMANDU KENDERAAN DI JALANRAYA...SESETENGAH MEREKA TIADA DISIPLIN DAN MENGHORMATI PENGGUNA LAIN, HANYA KERANA KESESAKAN LALU LINTAS, NAK CEPAT, NAK TUNJUK HERO, NAK BERLAGAK...
    MEMANDU TERUTAMA DILEBUHRAYA SESAK DAN PANJANG UMPAMA MEMANDU ARAH JALAN KE KUBUR DENGAN MEMBAWA ANAK ISTERI/KAUM KELUARGA SENDIRI KE ARAH PERKUBURAN...

    AKU SGT SETUJU DAN BANGGA DGN MB N.S (YG DATO MOHD HASSAN: MB NEGORI DEN LAH)BELIAU KATA DLM TV.."PEMANDU DIMALAYSIA GANAS SEUMPAMA PEMBUNUH.."(LBH KURANG LAH BNYINYA)..MEMANG BOTO DATO" SERI...

    INILAH HAKIKAT BHW MUNGKIN KERAJAAN YG ADA SKRG KURANG INISIATIF UTK MENDIDIK DAN MENDISIPLIN MANUSIA DI MALAYA INI....

    ReplyDelete
  7. haah..dulu masa sibuk pasal saman ekor...
    aku ada sebut pasal pemandu2 nih...
    yg kalo xde penguatkuasa..jalan raya ni.. macam bapak dia yg punya..

    ReplyDelete
  8. Sorrylah.....kalau setakat rakyat biasa saja yang mati akibat kemalangan bas ekspress, sampai bilapun tak kan ada tindakan. Cubalah kalau kena sekor anak Dato' ke, Tan Sri ke, menteri ke, Raja ke barulah nanti ada tindakan.

    ReplyDelete
  9. Pihak Penguatkuasa perlu ambil tindakan kepada pemandu-pemandu kenderaan yang tidak mengikut peraturan. Dan jangan lupa kepada pemandu pelahan konon berhemah juga banyak menyumbang kepada kemalangan jalanraya.
    Contohnya kawasan had laju 60km/j tapi dia memandu dengan kelajuan tak sampai 25km/j terutamanya yang berpasangan lelaki dan perempuan. Kepada pemandu yang begini, jika nak bercinta pun carilah tempat yang sesuai bukan didalam kereta yang sedang bergerak/dipandu dijalanraya.

    ReplyDelete
  10. Kemetotnya JPJ ialah cara penguatkuasaannya adalah dengan roadblock - yang kena adalah yang lurus bendul aje. Yang betul-betul penyangak akan berhenti jauh-jauh atau lencong lain. Sekarang dengan handphone, cara bodoh ini dah tak boleh. Toyota fortuner JPJ yang canggih tu patutnya ronda dan tahan secara random atau jika melihat kesalahan dilakukan. Cara roadblock - yang lurus bendul aje yang kena. Kenderaan canggih tapi kalau caranya ketingggalan - apa gunannya.

    ReplyDelete
  11. Inilah bila kemeneterian pengangkutan beri lesen bas ekpress tanpa pantauan. Macam PG kata, kotak hitamlah dan entah apa lagi kononnya menyelamatkan penumpang.

    ReplyDelete
  12. kementerian biskut sekejap ada sekejap tak ada.bertindak mengikut kejadian .tak ada kejadian senyap ada masing masing melatah.Kotak hitam,GPRS lah semua kemana,bentangkan feedback dahulu masih berjalan atau tidak atau bahasa sekarang retorik saja.bentangkan apakah kajian lalu di buat atau.....

    ReplyDelete
  13. dulu masa ling liong sik, diwajibkan lampu brek ketiga - aksiden meningkat jugaMotosikal pasang lampu depan siang hari - aksiden meningkat juga. Nak salahkan kenderaan dan motosikal,mereka ikut arahan aje.
    Nak tanya PG, bas-bas dan motosika ini adake ABS atau EBDS? Yang penting macam ini, tak reti nak fikir dan wajibkan.

    ReplyDelete
  14. orang dah mati dan ramai kesakitan, baharulah nak pi tengok.

    ReplyDelete
  15. Dah lapan tahun ulang alik kl ke jb dan sebaliknya. kadang naik bas kadang pandu kereta sendiri. bila pandu sendiri hampir semua kenderaan yang saya pandu di potong oleh bas-bas nie,,, menyeramkan...///

    ReplyDelete
  16. Salam tuan PG & Sema2...,

    BAS PUAKA / BAS BERPUAKA !!!

    Apa nak dipersalahkan takdir atau pemandu atau penguatkuasa tuan PG...!!! P5B percaya dan yakin, anon2 ni semua pemandu pembonceng atau pemunya kenderaan paling tidak basikal, motosikal termasuk motokar hatta motor boat. Cuba lihat ketika memandu, paling mudah di lampu isyarat, jika ada cik2 polis bertugas semuanya mencemoh, lambatlah, gangguanlah, menyibuklah... Kalau boleh di lampu isyarat tuh mereka nak kontrol senidiri biar bersesak, asalkan puas. Timbulah hambor maki kamun polis makan gaji butalah dan sebagainya...

    Apabila tragedi menyayat hati berlaku, semua menuding jari, faham2lah bila tuding tu, tiga @ empat jari kembali kepada diri sendiri.

    Pang5 Beliung, bila trafik jam pelahankan kenderaan pemandu belakang mula memekakan horn..

    ReplyDelete
  17. "Pang5 Beliung, bila trafik jam pelahankan kenderaan pemandu belakang mula memekakan horn.."

    KAN GUA DH CKP LU NI MMG BONGOK!LEMBAB NAK MAMPOS!MMG KETURUNAN LU NI LEMBAB!ORG LAIN PUN NAIK PANAS DGN LU!
    NASIB BAIK HON..KALU LANGGAR TRUS KURANG 1 KETURUNAN LU

    ReplyDelete
  18. OI NI SLAH ORG PEMBANGKANG OIIIII...
    JOM KITA POLITIKKAN CITER NI
    SAPE YG SALAAH?

    ReplyDelete