Friday, 1 October 2010

HINA ISLAM : TERIMA KASEH MAJLIS PEGUAM !!!!


KUALA LUMPUR 29 Sept. – Majlis Peguam menggesa pihak berkuasa menyiasat segera kes seorang paderi yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Presidennya, Ragunath Kesavan berkata, jika siasatan terhadap kes tersebut dilengah-lengahkan, ia bakal menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan umat Islam.

Jelas beliau, pendakwaan di mahkamah juga perlu disegerakan sekiranya terbukti paderi terbabit bersalah agar semua berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan pihak berkuasa.

‘‘Dalam kes tersebut, Majlis Peguam berpendapat bahawa penggunaan Akta Hasutan adalah tidak relevan kerana akta berkenaan dilihat tidak objektif.

‘‘Justeru, tindakan harus dilakukan dengan mengguna pakai peruntukan Kanun Keseksaan Seksyen 298 iaitu mengeluarkan perkataan dengan sengaja untuk mengguris hati orang dalam sesuatu agama.

‘‘Seksyen 298A iaitu menyebabkan rasa tidak damai, perpecahan dan rasa tidak senang hati, prejudis kerana alasan agama juga boleh dikenakan. Kedua-dua seksyen itu lebih spesifik berbanding Akta Hasutan. Oleh itu, pihak berkuasa perlu melakukan siasatan dengan segera,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Terima kaseh Majlis Peguam. Ini kerana pendiriannya yang mendesak agar paderi ini dikenakan tindakan sedemikian.

2. PG bukan nak lebih-lebih dan mengecam Majlis Peguam selama ini pun bukan apa. Majlis Peguam sepatutnya seperti ini. Cakap apa yang patut cakap dan desak apa yang patut. Barulah Majlis akan dipandang tinggi dan berada di pihak yang benar. Kami pun bukan nak lebih. Kami cuma pertahankan hak kami.

3. Kami bukan nak ganggu hak orang lain.

4. Terima kaseh Majlis Peguam. Terima kaseh Regavan. PG amat setuju dengan saranan Majlis Peguam. Paderi ini bukan disiasat di bawah Akta Hasutan tetapi wajib di siasat di bawah seksyen 298 kanun keseksaan. sumbat paderi ini di penjara. Itu aje tempat yang sesuai untuk paderi ini.

Nota : Tarbiyah PAS selama ini masih tak berkesan. Atau semua ini kerana PAS dan sebahagian pemimpin Melayu islam dalam PKR yang terlalu memberi muka dan membuka ruang yang luas sangat serta terlalu liberal dalam semua perkara agama. Khalid Gereja mungkin ada jawapannya. DSAI jangan cakap lah. Semua boleh. Semua ini kerana merekalah sebab sebahagian ini terjadi !!!!!


15 comments:

  1. AIKK..TETIBA JEK MAJILIS PEGUAM NAK AMIK PORT PLAKK PSL KES NI APE HAL?..BTUL KATE BRO AL JUBOREE "SEMUA BOLEH". KNP MAJLIS TAK AMIK TINDAKAN SAMA KE ATAS DIA DAN YG SMA WAKTU DGNNYA YG TERANG2 LEBIH BERSIFAT PERKAUMAN. OPSS LUPE!..SAPELAA ALJUBOREE TANPA MAJLIS PEGUAM KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Seksyen 298A tu hukumannya penjara 2 hingga 5 tahun. apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan akta hasutan. lagipun provosion under section 298A agak panjang & lagi senang diputarbelitkan.

    ReplyDelete
  3. nik aziz tak komen apa2 sbb nama allah pun nik aziz kata boleh kongsi. lagi pun nik aziz dah terhutang body dgn paderi dap ni sbb menolong kempen di sibu tempohari.

    ReplyDelete
  4. Anon 10:02,
    nanti N.ajis akan berikan "fatwa"...oooop, "petua".
    Lambat sikit la, otak dah tua ni....
    harap maaf!!

    ReplyDelete
  5. habis la, nanti bila ustaz ceramah keburukuan pasal yahudi dan nasrani, Majlis Peguam pun suruh Gomen siasat atas dasar mengguris hati orang ramai.

    dasat puak2 ni...

    ReplyDelete
  6. Salam PG
    Aku tetap rasa 'ada udang disebalik batu' sebab tetiba aje dia cepat2 beri nasihat. Selalu tu tak angkat pot pun. Dengan dia orang ni tak guna bersangka baik...'telunjuk lurus, kelingking berkait'.

    ReplyDelete
  7. Majlis Peguam pun nak main politik gak. Sekarang ni sebut aja nama Peguam ramai yang rasa loya tekak dan meluat.

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya, Majlis Peguam kalau tak cakap lagi baik, dan profesion peguam akan dipandang mulia.

    Bab siasatan, tahulah Ketua Polis Negara apa nak buat, pandai-pandailah beliau suruh anak buahnya bertindak. Bab pendakwaan, itu hal Peguam Negara pula samada nak dakwa atau tidak atau dakwa untuk kesalahan apa. Mereka ini berpengalaman dan veteran bukan kecik anak untuk kita ajar dan suruh untuk siasat atau untuk dakwa.

    Bila ada yang kita suruh pihak berkuasa bertindak dan ada tidak, dan ada tak cakappun - apa benda ini semua seolahnya kita pula yang rupanya Ketua Polis Negara/Peguam Negara dan sebagainya? Macam ambil kuasa Tuanku pula nak memerintah seorang Ketua Penjawat Awam.

    Elok,jagalah dulu baik-baik ahli-ahlinya supaya bersih, cekap dan amanah. Tengok-tengoklah juga Lembaga Tatatertib itu, buat kerja atau tidak, jangan terhegeh-hegeh dan buat siasatan atau aduan sambil lewa.

    Lawyer-lawyer ini tak kan tidak wajib hadir satu ada dua kursus setahun baru boleh renew sijil amalan mereka? Macam tak seriouslah!

    ReplyDelete
  9. Salam,

    1 Ada cerita mengatakan si Benjamin yg fotonya ada di atas ini [katanya asal asal KL atau Shah Alam], Melayu-Muslim yg murtad; menukar agama, dari lslam masuk Kristianiti.

    2 Bagaimana lslam menyelesaikan isu murtad? lni sbenarnya prkara ma'lum min ad-deen bi adh-dharurah [sdah diketahui dlm agama yg tdak ada asalan utk tdak mngetahuinya], yg smua orang lslam sudah sangat tahu, iaitu: dakwahi si murtad [dgn diberi tempoh waktu tertentu] utk dibawa balik ke lslam. Jika engkar juga, pancung.

    3 Tapi penghukuman [uqubat] ini hanya brlaku kalau ada Khalifah, satu2nya pmimpin umat lslam dlm Daulah Khilafah lslamiyyah yg mlaksanakan hukum2 lslam scara kaffah. Mustahil penghukuman mngikut syara' ini dapat ditegakkan dlm negara Demokrasi, sebab Demokrasi itu dilahirkan utk menghancurkan sistem lslam. Betapa banyak hukum2 lslam yg terlontar, tidak terlaksana, akibat sistem busuk ini dijunjung di negeri2 umat lslam...!

    4 Dmikian juga, kalau lslam kuat & menguasai/ mendominasi [& ini hanya dapat ditentukan oleh penguasa lslam serta umatnya], apakah ada yang berani mnghina lslam? Sayangnya, parti2 politik umat lslam [baik apa pun namanya] yg ada skrang bukan mahu mnguatkan lslam & umatnya, sbaliknya membelakangi lslam dan sama2 kuat memecah-belah kesatuan umat lslam.

    5 Apabila kafir menang, walau sebenar zarah, lslam mereka hina & umatnya tidak ada nilai apa2 di mata mereka..

    abu faiq

    ReplyDelete
  10. Salam, banyak komen negatif baik sudut politik baik kepada majlis Peguam tetapi adanya kita meletakkan asas pandangan bahawa yang baik harus dijadikan teladan dan sebarang kekurangan haruslah diberikan satu pandangan dan teguran.

    Merujuk kepada komen negatif kebanyakan "anonymous", saya ingin perbetulkan bahawa situasi kini banyak merujuk kepada kes pembunuhan sosilawati yang melibatkan peguam sebagai suspek utama tetapi rasanya tidak adil untuk mempekecilkan Majlis Peguam Malaysia memandangkan Pertama; fakta kes tersebut melibatkan kes broker tanah, bukan kerja profesional peguam maka kapasiti suspek adalah bukan peguam.(wlaupun masih tidak dikenalpasti elemen pertama Seksyen 302 Kanun Keseksaan). Kedua: Majlis Peguam agak efesien dalam mentadbir badan profesional berbanding badan profesional lain di Malaysia malah suspek juga dibuang daftarai daripada menggunakan status peguamcara peguambela tetapi kenapa tidak mengheret Mahkamah dan sistem kerajaan dalam keadilan telah memihak kepada keadaan suspek untuk mengabaikan tindakan majlis Peguam melalui Lembaga Tatatertib.

    Baik Majlis Peguam, politik dan individu, semua perlukan teguran. Jangan memandangkan satu perkara darti sudut tepi.

    ReplyDelete
  11. Tahi dari punggung hampir nak keluar, tu pasal buat kenyataan tersebut... gali lubang nak timbus tahi .

    Bukan boleh pakai apa yang di katakan. Sandiwara klasik abad ini.

    ReplyDelete
  12. Kepada Shams,

    siapa makan cili dialah akan merasa pedasnya. Bagi peguam-peguam yang bersih cekap dan amanah, anon-anon disini tiada masaalah, tapi jangan pula gunakan atau berselindung dibawah Majlis Peguam bagi tujuan politik atau memburukkan negara dan seumpamanya.

    Nak berpolitik masuklah parti politik, dan nak bersuara tubuh lah Persatuan Peguam dibawah Akta Pertubuhan. Seperti UMNO sebuah parti politik memperjuangkan hak-hak orang Melayu, begitu juga Perkasa, bezanya Perkasa adalah sebuah NGO bukannya parti politik. Maka laungan Perkasa tidak semestinya melambangkan pendirian UMNO atau dikaitkan dengan UMNO. Begitu juga suara Presiden Majlis Peguam tidak semestinya dan sememangnya bukan suara ahli-ahlinya. EXCO Majlis Peguam hendaklah bersuara berkenaan dengan profesion itu sendiri bagi martabatkan profesion dikalangan ahli-ahli mereka. Selain dari itu, tidak boleh guna platform Majlis Peguam. Kalau mahu, buatlah Persatuan Peguam dibawah Akta Pertubuhan (macam NGO). Maka tidaklah timbul Majlis Peguam itu pro atau anti kerajaan. Justru kenyataan Persatuan Peguam tidak semestinya pendirian Majlis Peguam. Dengan demikian Majlis Peguam akan dihormati sebagai sebuah badan yang professional.

    Pepatah orang melayu, kerana nila setitik, susu satu belanga akan rusak. Maka Majlis Peguam perlu hati-hati dengan kenyataanya samada itu membabitkan profesion ahli-ahlinya atau hal-hal lain yang tiada kena mengena dengan profesionnya. Hak bersuara tetap ada tetapi dibawah mana-mana persatuan. Bukankah Perlembagaan sudah menjamin hak berpersatuan? Majlis Peguam bukan suatu persatuan tetapi sebuah badan berkanun. Itulah yang ramai tidak faham sehinggakan ada pensyarah berselindung dibawah IPTA bagi tujuan politik peribadinya kononya itu adalah hak bersuara sedangkan IPPTA bukannya parti politik tetapi adalah badan berkanun.Nak menyanyi-nyanyilah tapi dirumah sendiri atau di tempat karaoke,nak pergi masjid menyanyi kononnya itu hak bersuara,itu memang nak kena lepuk.

    Sama-samalah kita tegur-menegur. Yang cakap ini pun adalah seorang advocate & solicitor (Malaya).

    ReplyDelete
  13. tq kpd anon 03:49... baru tau beza fungsi majlis peguam dgn persatuan peguam. rupa2ya selama ini mereka bising2 dgn mencuri-pakai baju orang lain. pembelit...dibohonginya kita semua.

    ReplyDelete
  14. seorang peguam diterima masuk sebagai peguam atas perintah hakim (malaya) atau hakim (Sabah & Sarawak)bukan atas perintah Majlis Peguam. Bagi tujuan beramal, mereka dikehendaki daftar atau memperolehi lesen dengan membayar wang tahunan bagi mendapat sijil amalan kepada Majlis Peguam suatu Badan Profesional bagi mengawal selia profesion itu. Itu tidak bermaksud mereka adalah ahli-ahli badan itu dari artikata sebenarnya dan bagaimanapun Majlis Peguam hendaklah mengawal selia tingkah laku dan disiplin ahli-ahlinya supaya berhemah, bersih, cekap dan amanah.
    Logikkah, lawyer-lawyer dari negeri-negeri lain nak datang ke Kuala Lumpur untuk mengundi siapa yang akan jadi Presiden Majlis Peguam? Yang mengundi sekadar mereka-mereka yang beramal di KL dari Selangor. Buat e-voting (atau undi pos)kalau berani dan kalau betul mendokong demokrasi dan ketelusan bukannya ke-telur-san. dok cakap pasal demokrasi dan dok cakap pasal adil, dok cakap pasal ketelusan - cek dulu diri sendiri.

    ketelusan atau ke-telur-san?

    Berbeza dengan persatuan, mereka yang masuk sememangnya adalah ahli-ahlinya.

    ReplyDelete