Tuesday, 12 October 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PERLANGARAN KONTRAK BIASISWA !


[1992] 1 MLJ 400
Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
03-67 OF 1989

Judges MOHAMED JEMURI(BORNEO) CJ
MOHAMED AZMI SCJ
GUNN CHIT TUAN SCJ

Date 27 JANUARY 1992
Citation [1992] 1 MLJ 400


Catchwords:

Civil Procedure — Summary judgment — Admission of liability — Breach of scholarship agreement — Offer to pay instalments so as to avoid litigation — Whether triable issue raised — Principles applied — Rules of the High Court 1980 O 14

Contract — Breach — Scholarship agreement — Liquidated damages — Application for summary judgment — Admission of liability in correspondence — Whether defence has raised triable issue — Estoppel — Waiver

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu menuntut ganti rugi jumlah tertentu berjumlah $70,000 terpenentang pertama dan penjaminnya kerana kemungkiran perjanjian biasiswa yang diikat oleh penentang pertama dengan perayu. Dalam memungkiri akujanjinya untuk bekerja dengan perayu selama sepuluh tahun selepas pelajarannya tamat, penentang pertama telah meletak jawatan beberapa bulan selepas bermula bekerja dengan mereka.

Dalam menyokong permohonan mereka untuk penghakiman terus, perayu merujuk kepada tiga pucuk surat yang ditulis oleh pepertama. Dua pucuk surat, khasnya, masing-masing menganpengakuan yang sama sekali tidak meragukan akan liabiliti penentang pertama tentang kemungkiran perjanjian. Dalam jawapan, penentang mendakwa bahawa perayu telah melanggar syarat perjanjian untuk memberi penentang pertama satu jawatan yang berdengan kelayakannya dan oleh kerana itu akujanji penentang pertama untuk bekerja dengan perayu telah terhapus.

Telah didakwa bahawa jumlah wang $70,000 adalah suatu penalti dan soal pelepasan dan estopel juga telah didirikan sebagai isu yang boleh dibicarakan. Penolong kanan pendaftar telah berpuashati dengan keterangan afidavit bahawa tiada isu yang boleh dibicarakan dan dengan itu mencatatkan penghakiman terhadap penentang. Atas rayuan, hakim Mahkamah Tinggi telah mengetepikan perintah pendaftar itu dan mengeluarkan perakuan bahawa hujah lanjut tidak diperlukan. Perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, dengan majoriti, membenarkan rayuan itu (Gunn Chit Tuan HMA menentang):

(1) Di dalam suatu permohonan di bawah A 14, mahkamah hendaklah berpuashati dengan keterangan afidavit bahawa pembela telah menimbulkan bukan sahaja suatu isu tetapi suatu isu yang boleh dibicarakan. Keputusan sama ada suatu isu boleh dibicarakan atau tidak bergantung kepada fakta atau undang-undang yang timbul daripada setiap kes seperti yang didedahkan di dalam keterangan afidavit yang dikemukakan di hadapan mahkamah. Pembelaan yang sepenuhnya tidak semestinya dikemukakan. Pembelaan yang didirikan cuma perlu mengemukakan satu isu yang boleh dibicarakan.

(2) Di dalam suatu permohonan di bawah A 14, tugas seseorang hakim tidak tamat selepas sahaja suatu fakta ditegaskan oleh suatu pihak dan dinafikan atau dipertikaikan oleh pihak yang lain dalam suatu afidavit. Apabila penegasan, penafian atau pertikaian sedemikian meragukan, atau kurang tepat atau bercanggah dengan dokumen semasa yang tidak dipertikaikan atau kenyataan lain oleh deponen yang sama, atau adalah jelas tidak mungkin benar dengan sendirinya, maka hakim mempunyai kewajipan menolak penegasan atau penafian tersebut dan dengan itu menjadikan isu itu tidak perlu dibicarakan. Melainkan prinsip ini dipatuhi, seseorang hakim tidak akan berkedudukan untuk menggunakan budi bicaranya secara adil dan bijaksana di dalam permohonan di bawah A 14.

(3) Di mana isu yang timbul adalah hanya persoalan undang-undang tanpa rujukan kepada apa-apa fakta atau di mana fakta adalah jelas dan tidak dipertikaikan, mahkamah patut menjalankan kewajidi bawah A 14. Jika perkara undang-undang itu difahami dan mahkamah yakin yang ia tidak boleh diperdebatkan, mahtidak dilarang daripada memberikan suatu penghakiman terus semata-mata kerana persoalan undang-undang itu pada pandangan pertama adalah agak kompleks dan kerana itu memasa yang lebih sedikit untuk difahami.

(4) Di dalam kes ini hakim yang arif telah tersilap dari segi undang-undang dalam mengambil penegasan penentang pertama mengenai ketidaksesuaian jawatan yang ditawarkan kepadanya oleh perayu sebagai isu yang boleh dibicarakan mengikut keterangan afidavit, memandangkan pengakuan liabiliti penentang pertama yang sama sekali tidak meragukan di bawah perjanjian biasiswa itu untuk membayar $70,000 kerana kemungkiran kontrak. Liabiliti telah diakui tanpa syarat dan hanya cara pembayaran sahaja yang dipertikaikan.

(5) Mengikut fakta dan keadaan kes ini, isu berkenaan estopel dan pelepasan seharusnya ditolak. Jelaslah tidak ada isu yang boleh dibicarakan mengenai estopel atau pelepasan. Hakim yang arif sepatutnya menyelesaikan penegasan mengenai estopel, berdasarfakta yang tidak rumit dan undang-undang, tanpa menghantaruntuk perbicaraan.

(6) Hakim yang arif telah tersilap di sisi undang-undang dengan tidak menggunakan budi bicaranya dengan adil dan bijaksana di bawah A 14 apabila beliau menerima dengan begitu sahaja penegasan penerima biasiswa itu bagi pihak semua penentang, sungguhpun penegasan itu adalah tidak tentu, kurang tepat dan bercanggah dengan dokumen semasa yang tidak dpertikaikan.
(Menurut Gunn Chit Tuan HMA, menentang):

(1) Apabila suatu rayuan di bawah A 14 telah diputuskan oleh mahkamah rendah, mahkamah rayuan tidak harus mengganggu keputusan itu, melainkan keadaan istimewa ditunjukkan. Di dalam kes ini keadaan istimewa tidak ditunjukkan dan hakim yang arif adalah betul dalam memutuskan bahawa isu yang diperlu dibicarakan dan bahawa perayu tidak berhak mendapat penghakiman terus.

(2) Ini bukanlah kes yang tidak dicabar dan ia bukanlah kes yang tidak boleh dicabar. Penentang mempunyai alasan yang munasabah untuk mendirikan pembelaan yang bona fide. Sungguhpun boleh dihujahkan bahawa pembelaan itu tidak mungkin berjaya, petidak harus dicegah daripada mengemukakan pembelaan mereka dan memang ada sebab mengapa perbicaraan perlu diadakan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

No comments:

Post a Comment