Sunday, 3 October 2010

MEMAHAMI ISU RASIS DI SEBALIK FASAL 153 : DATO ADAM KADIR !!!!



23 OKT 2010




MENARIK sekali apabila kita mengenangkan begitu banyak pihak yang merujuk Fasal 153 Perlembagaan ketika memperkatakan hal-hal hak keistimewaan orang Melayu dan Pribumi di Sabah dan Sarawak. Sebelum berganjak daripada hakikat ini, elok juga disebutkan bahawa Fasal 153 juga menjamin hak bukan Melayu/Pribumi menghayati apa yang telah mereka hayati selama ini.

Fasal 153 juga boleh diibaratkan seperti serampang dua mata atau pisau yang tajam dua belah. Disamping menjamin hak-hak Melayu/Pribumi secara langsung, ia mempastikan bahawa tiada undang-undang yang boleh dibuat bagi menjejas atau menghakiskan apa yang sudah dihayati oleh bukan Melayu/Pribumi dalam semua lapangan.

Premis ini mencerminkan kesimpulan yang dicapai setelah berlakunya proses tawar menawar dan tolak ansur antara kedua-dua pihak sebelum ianya dimasukkan sebagai satu peruntukan perlembagaan sebelum Tanah Melayu atau Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 ataupun dalam proses melalui tempoh kemerdekaan sehinggalah penubuhan Malaysia dan seterusnya.

Mengkaji Fasal ini membawa kita kepada realiti kehidupan masyarakat majmuk dan segala permasaalahannya dalam sinario sebuah negara. Di suatu peringkat, soal-soal berkenaan kuota peratusan Melayu/Pribumi dalam universiti diperuntukkan, dan di peringkat lain pula kuota dan jumlah permit/lesen Melayu/Pribumi, berbanding dengan etnik lain, dalam pelbagai aspek perniagaan, diberikan jaminan.

Suatu yang menarik dalam Fasal 153 ini ialah ia memberikan hak kepada pihak negeri membuat peruntukan yang sama dalam perlembagaan masing-masing. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah hendak menguatkan lagi maksud dan penguatkuasaan Fasal 153 ini takut kalau-kalau terdapat sebarang lacuna atau halangan kecil dan besar di peringkat negeri atau setempat, baik berbentuk undang-undang atau sebagainya, yang boleh mengakibatkan maksud Fasal 153 ini menghadapi masalah pelaksanaan dan penguatkuasaan.

Peruntukan perlembagaan atau mana-mana undang-undang di seantero dunia kini diberikan interpretasi menurut pertama, bahasa dan pengertian biasa bagaimana sesuatu undang-undang ditulis, dan kedua, sekiranya yang pertama itu masih lagi tidak jelas, konsep teleological dipakai. Teleological atau sinominnya purposive ialah pendekatan yang menekankan apakah maksud asal disebalik sesuatu undang-undang itu dibuat.

Ini dengan sendirinya membawa kita kepada suatu masa dan sinario, mungkin berdekad dan berpuloh tahun dulu, ketika berlakunya sesuatu perkembangan sosial-budaya, ekonomi dan politik yang memungkinkan sesuatu peruntukan undang-undang digubalkan. Undang-undang, seperti juga dalam hal-hal lain, tidak wujud dalam kekosongan. Ia terangkum dalam hukum sebab-akibat yang lebih luas.

Bercakap tentang perlembagaan, adalah relevan disebut bahawa Perlembagaan British sentiasa dirujuk zaman berzaman sebagai tidak bertulis. Sebenarnya ianya bertulis, tetapi bukan dalam bentuk sebuah buku genap seperti Perlembagaan Malaysia.

Mendekati

Sesiapa yang memahami kaedah bahasa Inggeris sedar bahawa pemeriannya, atau expressionnya, sering abstrak untuk menarik naluri ingin tahu agar kita mendekatinya lebih mendalam. Ketika mendekati perlembagaan British, kita akan dapati ianya satu pengumpulan keputusan para hakim atau pemimpin masyarakat, di buat dalam mahkamah atau institusi adat istiadat dari satu masa ke satu masa.

Jelaslah keputusan-keputusan itu mencerminkan percubaan menyelesaikan masalah hidup dari peringkat istana ke peringkat rakyat biasa, dari peringkat hubungan antarabangsa hingga hubungan keluarga dan individu dalam serbi serbi kepelbagaian. Ianya dihimpunkan begitu tebal, jelas sekali ianya tidak dibuat menurut satu inisiatif khas dalam satu jangkawaktu yang ditetapkan.

Justeru itu, wujudlah pemikiran di kalangan pengamal undang-undang, terutama hakim-hakim dan peguam-peguam yang berwibawa di Britain, iaitu membuat interpretasi undang-undang harus jangan lari daripada memahami latar belakang maksud sesebuah undang-undang itu dibuat.

Maka sejarah dan peringkat-peringkat peradaban menjadi faktor rujukan. Memandangkan Britain menjadi negara industri pertama mencapai tahap negara maju melalui Revolusi Industrinya dari abad 18 hingga abad 19, maka banyak peruntukan perlembagaannya mencerminkan masalah dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan kerenah kehidupan dan perdagangan dalam proses penerusan revolusi itu yang memakan masa amat lama.

Sebaliknya di Malaysia, perjalanan negara amat berbeza daripada di Britain. Kita tiada revolusi industri dan revolusi lain. Sebaliknya di sana masalah ras dan hubugan ras amat kecil berbanding dengan apa yang dihadapi Malaysia. Rakyat imigrannya hanya dua peratus daripada jumlah rakyatnya. Maka masalah 'rasisme' tidaklah seberapa. Itupun sebahagian besar imigran hanya terdiri daripada orang India dan Pakistan, ekoran pemisahan dan kemerdekaan India dan Pakistan lebih 60 tahun dulu. Mereka yang bekerja rapat dengan penjajah British diberikan keutamaan berhijrah ke sana.

Disebabkan kecilnya peratusan rakyat imigran, maka perlembagaan Britain tidak begitu genap bagi menampung masalah yang ditimbulkan oleh rakyat imigran. Baru sekarang undang-undang dan perlembagaan hendak dikemaskinikan, tetapi bukan tanpa masalah besar memandangkan semua pihak amat termaklum dan berpendidikan.

Walaupun British mengenakan syarat dan kuota amat ketat, 1 hingga 2 peratus, untuk menerima rakyat imigran, namun untuk Tanah Melayu atau Malaya, British bersikap amat liberal. Ia mengenakan kuota 25 hingga 30 peratus untuk kemasukan imigran dari negara China dan 5 hingga 10 peratus dari India. Semuanya demi sumbangan kepada ekonomi British. Mereka berfungsi di ladang kopi, lombong bijih timah, ladang getah serta cetusannya.

Jika negara-negara jiran yang mempunyai rakyat yang rata-rata satu ras, atau homogenous, menghadapi masalah hubungan kemanusiaan, maka Malaysia yang mempunyai rakyat yang heterogenous (pelbagai ras/etnik) sewajarnya tidak kurang masalahnya. Maka Fasal 153 adalah satu percubaan untuk mengurangkan masalah itu, walaupun mustahil menghapuskannya.

6 comments:

  1. KLU KT BRITAIN TU NMPK SGT RASISNYA WLUPUN KELOMPOK IMIGRAN (TERUTAMA UMAT ISLAM) SLALU JADI MANGSA PERKAUMAN. KT SNI PULAK SEBALIKNYA. WLUPUN HAK MEREKA DH TERMAKTUB DAN TAK PERNAH DI PERTIKAIKAN TP WARGA MINORITI CUBA MENGGANGGU GUGAT HAK KITA SEBAGAI WARGA PERIBUMI. DASAR TAMAK HALOBA! HARKKKK PTUIHHH!!! >:[

    ReplyDelete
  2. Salam,

    i] Apbla brlaku pertambahan kaum imigran ke Britain di sekitar 1980-an hingga sekarang, trutamanya yg datang dari negara2 Timur Tengah, Pakistan dan Asia [majoritinya Muslim] & mnjadi rakyat di sana, pihak krajaan British, dari parti apa sekalipun, telah mngemukakan brbagai2 pendekatan & dasar yg dapat mngekang kebebasan dlm pelbagai aspek, khussnya ke ats imigran Muslim, yg kbanyakannya ilmuwan, profesional & pemodal.

    ii] Dlm era John Major, the iron woman, & Tony Blair, dasar mendiskriminasi ke atas Muslim itu smakin diperkukuh. Pandekatan Tony Blair yg menyokong 'war on terrirosm' [baca: perang ke atas lslam] tjaan George W Bush tlah melahirkan suasana kebencian & ketakutan kpd lslam - lslmophobia - dlm erti kata mengindentitikan lslam sbg agama keganasan. lni semakin menebal di sana & di Eropah skarang dgn umat Muslim diintai2.

    iii] Brbagai2 semakan kpd prlembagaan & tindakn
    tlah & sntiasa mereka lakukan utk tujuan
    menjaga ktuanan mreka & menindas kaum imigran, khususnya Muslim, & mreka laksanakannya dengan tegas. Demikianlah tegasnya mreka mnjaga hak2 mreka - tetegasan yg tidak usahlah dibandingkan dgn kita di sini yg terus terkial-kial & terkulat2 dlm bayang2 hantu utk bertindak tegas kerana takut kehilangan sokongan mereka.

    iv] Setakat ini, skalipun berbagai cemuhan & kecamukan telah dirasai oleh Mlayu, kita cuma mnghurai & mngupas benda2 lama, tanpa ada usaha scara konstitusional & approach yg tegas spt yg Britain, Denmark, Belanda, & Sweden lakukan utk mnjaga diri2.... Demi 1 Malaysia ....

    ReplyDelete
  3. salam,

    izinkan saya follow blog saudara.dan minta jasa baik tuan untuk promote blog saya,

    terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Artikel 153 Perlembagaan dengan jelas satu persatu menyebut Sea Dyaks, Land Dyaks,dusun, kadasan etc dan Melayu dan seterusnya menyatakan kaum lain tanpa menyebut Cina, India atau orang putih. Bermaksud, cina, India, atau omputih etc tergolong dalam satu golongan iaitu "kaum lain". Bagi kaum lain, mereka ada hak legitimate. Apakah hak legitimate dan hak inheren (hak semulajdi tempat asal nenek moyang) suatu hal yang sama?

    Maka adalah kewajipan negara meyediakan sekolah untuk pribumi dan orang melayu, dan sebab itu tidak dikenakan bayaran. Orang india dan cina boleh membuat sekolahnya sendiri, tapi kena tanggung sendiri, tidak ada kewajipan bagi memberikan dana kepada sekolah tersebut. Perkara sama juga dalam hal IPTA-IPTA yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. "Kaum lain" bagaimanapun masih boleh buka IPTS mereka dengan dana mereka sendiri.

    Mungkin ramai lupa kenapa ada Mahkamah syariah dan Mahkamah Bumiputera diSarawak. Adanya Masjid Negara dan Masjid Negeri. Kenapa wujudnya Tanah Simpanan Melayu, Tanah Adat Natif. Tanah Adat Perpatih.

    Bolehkah diadakan Tanah Adat Cina atau Tanah Adat India? Hak legitimate kaum lain dan hak inheren (hak semulajadi) orang melayu dan natif-natif ada bezanya.

    ReplyDelete
  5. Anon 21:08,

    Memang betullah tafsirn anda tentang hak2 yg dipruntrukkan di dlm perlembagaan utk golngan Bemiputera ini sangat lumayan. Tetapi, wakil2 rakyat drp Bumiputera [termasuk Melayu lslam] sendirilh yg tdak mampu & tdak brani mnerangkan hak2 inheren [smula jadi] ini kpd rakyat Bmiputera yg mereka wakili secara terus terang. Saya yakin ramai drp mereka ini pun tidak jelas berkenaan peruntukan2 ini, sebab wakil2 rakyat drp jenis yg 'tangkap muat' itu bukan tahu sangat undang2. Kebnyakan mereka cuma lebih suka & seronok berkroni2, termasuklah berkroni dgn taukey2. lnilah antara sebab mengapa banyak hak2 inheren itu masuk ke kocek taukey2 itu melalui kroni2 mereka drp kalangan Bumiputera spt ini. Akhirnya rakyat ditipu apabila hak2 inheren mereka disembunyikan drp pengetahuan mereka. Rakyat dibohongi oleh wakil2 mereka kerana banyak hak2 tidak ditafsirkan & tidak direalisasikan ke dlm bentuk tindakan. Malahan, melalui projek 1Malaysia sekarang ini, banyak hak2 inheren ini yg diragut2 & diberikan kpd yg tidak berhak. Sebagai contoh, lihat saja kuota biasiswa & kemasukan ke IPT. Tatapi di pihak mereka pula, anak2 kita dikehenaki mahir bercakap & menulis dlm Mandarin.

    Mereka sangat vokal, sedangkan wakil2 kita, dari yg serendah2 wakil riayat biasa sampai ke peringkat penguasa paling atas, bungkem..

    ReplyDelete
  6. kalau tak ada perkara 153, melayu malaysia tak capai macam sekarang awaupun masih ketinggalan dari kaum Cina dan India.Dan Cina dan India malaysia tak boleh capai macam sekarang. Dan tentunya malaysia tak jadi macam hari ini!
    Kita jangan lupa perjanjian murni datuk nenek kita dulu2 untuk Malaysia. Melayu sanggup menerima sahabt kaum lain menjadi warganegara Malaysia, dengan syarat menerima hak2 istimewa orang Melayu. Itu datuk nenek kita terima.. jadilah Malaysia hari ini dengan pelbagai kaum dan agama...kalau tak terima itu, bangsa lain tak jadi rakyat Malaysia!
    Dah lama kita hidup bagai aur dengan tebing.. cuma apabila politik ambil kredit dari kepelbagaian kaum dan agama, keadaan dah mula keruh! Janganlah kerana kepentingan politik dan ingin menjadi hebat di kalangan penyokong kita korbankan keamanan dan keharmonian yang kita kecapi... sebab kalau nak sebut miskin, semua kaum ada yang miskin..jahat, semua kaum ada jahat..jadi penjenayah.. kaya, semua kaum ada kaya. berjaya dalam akademik, semua kaum ada, masjid, kuil, tokong, gereja..semua ada! kedai Cina, india ada melayu minum, kedai Melayu lagilah! Melayu cina India kahwin..adaa!!! Cuma bilangan saja berbeza.
    Jadi cukuplah ungkit perkara 153 nak dihapuskan atau diubah. Itulah titik tolak sejarah Malaysia hari ini.. Melayu sanggup bagi negara ini kepada kaum lain menjadi rakyatnya. Perkara ini sensitf sangat bagi umat Melayu. Walaupun ada pemimpin parti politik tak mengakui ini semua untuk kredit politik! ataupun mereka ini sudah terlalu kaya... fikrlah rata-rata lagi untk mereka yang miskin!

    ReplyDelete