Wednesday, 20 October 2010

PAS AJAIB : ADA 21 DALIL (*&^%$%^&*(*&^ !!!!!



21 Dalil PAS Termasuk Dalam Perkara Ajaib Di Dunia
WEDNESDAY, 20 OCTOBER 2010 00:17 MARHAEN


Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid;

PADA MULANYA...

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

PADA MULANYA...

2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

PADA MULANYA...

3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

PADA MULANYA...

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

PADA MULANYA...

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

PADA MULANYA...

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

PADA MULANYA...

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

PADA MULANYA...

8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

PADA MULANYA...

9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA...

10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

PADA MULANYA...

11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

PADA MULANYA...

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

PADA MULANYA...

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

PADA MULANYA...

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

PADA MULANYA...

15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

PADA MULANYA...

16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PADA MULANYA...

17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

PADA MULANYA...

18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

PADA MULANYA...

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

PADA MULANYA...

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

PADA MULANYA...

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

Penghuni Gua : Fikirkan pengundi muda. Itulah dan begitulah wajah dan lida PAS. Pelbagai wajah dan begitu banyak cabang lidahnya.

2. Fikirkan. PG nak tambah satu lagi dalil. Kalau kerajaan dikatanya makan kedarah rasuah. Jika Pok Nik dan menantunya dikatakan sponsor haji. Tak gitu ?

3. Fikirkan.!!!! Satu lagi ajaib PAS ialah ia memiliki seorang makhluk yang bernama Mahfuz. Tak ada pelajaran tetapi tahu semua perkara ( pandai komplen ajelah ) termasuk " mahir" dalam ekonomi terutama FDI.

4. Kah kah kah kah kah . Ajaibkan?

Nota : Ada lagi rupanya dalil ajaib PAS ini. Dulu hudud. Sekarang TGHH dan Mustafa Ali kata dalam Quran banyak juzuk. Hudud tu satu juzuk aje dalam islam. Jadi tumpu pada juzuk lain yang penting dululah. Tak ke ajaib!!!!!

Kawan-kawan-kawan semua , minta tambah sikit lagi mengenai keajaiban PAS ini kalau ingat. PG sibok ni, nak ambil anak sekolah. Kah kah kah kah kah !!!!! Ajaib, Ajaib. !!!!

27 comments:

  1. Salam PG,
    Bravo!!!!!!!!
    Syabas!!!!!!!
    Tahniah!!!!!!
    Makhluk-makhluk penganutnya juga tersangat ajaib!!!!
    Kita tunggu tengok kelentong depa pula untuk menafikan hujah saudara!!!!

    ReplyDelete
  2. bikin tak serupa cakap - PAS ni macam bagus.

    ReplyDelete
  3. aku nak dengq Lord reid kata apa...

    tokawe

    ReplyDelete
  4. HAHAHAHA
    X CUKUP TU PG SI BUTA KAYU
    BUAT LA SAMPAI 50 DALIL MCM KHALID JEFRI (DAH JADI BANGKAI)TULIS KT JUBURI
    BARU THRILL!!
    HAHAHAHA

    ReplyDelete
  5. Salam PG,
    Tu dia makhluk ajaib (anon 21:00) dah mula bagi komen!!!!
    Tapi heran sungguh no? Ajaib sungguh komennya!!!
    Tak ada UUUUUMMMMMPH langsung.

    ReplyDelete
  6. 20 bab pun tak terjawab, nak lebih2 plak. dah la klentong ke lain. memang sah dasar pencacai jahil! tak pernah nak jawab persoalan yg ada. sebijik mcm aljub. asyik tempelak orang balik. sedap panggil orang buta kayu. dia sendiri buta perut. buta hati.

    ReplyDelete
  7. ya PG Pas memang pelek dan aneh patutlah iktiraf taraf dunia tu. Blog PG dah lama dilink ke http://melayurayadaily.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Bak kata lagu S.M salim la...

    Dulu Lain sekarang lain,
    dulu tak boleh sekarang dah boleh...
    Dulu Lain sekarang dah lain...

    dituju untuk ahli2 pas....kekekke

    ReplyDelete
  9. Dulu pandai main depan aje, sekarang belakangpun bole henjut.

    ReplyDelete
  10. Malas nak komen...le! Bro. Kalau komen pun juak-juak PAS (Parti Angkatan Syaitan) ni bukan reti pun.

    ReplyDelete
  11. DAH DILINKKAN MELAYU RAYA DAILY. TQ

    ReplyDelete
  12. TAK ADA PUN YANG AJAIBNYA PG!!
    BENDA YANG DIULANG CETAK HARI2 BUKAN AJAIB LAGI LAH..

    CUMA YANG MENJADI AJAIB KERNA UMNO MENGAJAIBKANNYA PADAHAL IANYA BUKAN LAH AJAIB PUN...HAK..HAK..HAK..HAK..

    ....UMNO OH UMNO, MAKIN TOLOL!!

    ReplyDelete
  13. ajaib kerana lidah bercabang pas. makin banyak cabang

    jeebond

    ReplyDelete
  14. JANGAN BYK CAKAP LAH UMNO...PERGI SEGERA JAGA BYK KERUSI PARLIMEN YG NYAWA2 IKAN JER NAK MENANG DR ASYIK MENGUTUK ORG JER, DGR2 BYK GAK KERUSI PARLIMEN YG KJ SEBUT, GERUN GAK DENGAR 000!!..(KATA KJ)

    ReplyDelete
  15. Anon 08:11,
    memang ada ajaibnya,
    manusia yang tolol macam engkau tu semakin hari semakin tolol!! ITULAH YANG AJAINYA!!!!!!

    ReplyDelete
  16. hahaha..budak2 pas or pr xnk sanggah satu pon dalil2 tu..mknenye sumenye btul belako...mari kite ikut komen dr pok nik
    wartawan : ape pendapat pok nik mngenai dalil2 ini
    pok nik : no komen..cume sayo nk gyoyak..CELAKO 3x.
    HAHAHAH

    ReplyDelete
  17. ITU BKN AJAIB NAMANYA
    BUKA KAMUS DEWAN TGK APA MAKNA AJAIB YG SEBETULNYA
    BENDA DH LAPUK NAK SEBUT2 LG
    SMUA ORG DH TAU LA PG
    X PAYAH NAK ULANG2..BOSAN ORG TGK

    ReplyDelete
  18. Anon 10:55,
    Hang kata hang bukan makhluk ajaib?
    Hang kata hang ni benda yang dah lapuk?
    kaaahhhh kahhhhh kaaahhh kaaahhh kaahhhhh!!!
    nak tergelak aku.........

    ReplyDelete
  19. YA..BENDA LAPUK TU UMNO MASIH RASA AJAIB!! HE..HE..HE..

    PATUT LAH UMNO PENUH DGN MIMPI UMPAMA SAUDAGR MIMPI!!!

    ReplyDelete
  20. Salam PG,
    21 Dalil yang saudara perturunkan telah diakui oleh anon 10:55 sebagai sudah lapuk!!
    Yang menghairankan, sampai sekarang hamPAS masih tidak berubah, masih berterusan berperangai seperti 21 Dalil tersebut!!!
    Adakah hamPAS ni sebuah parti yang telah lapuk, dan tak dapat diperbaiki lagi?
    Aku sangat kasihan dengan Anon 10:55 ni, penganut parti politik lapuk!!!!!!!

    ReplyDelete
  21. Salam...,

    Apa yang selalu didengari;

    Asslammualikum...,

    Bla!!!, bla!!!, bla!!!,

    "Umnu, umnu ni, sejak ddulu lagi sapai koloning tolok Islae, jadinyo dokla dale kafir sokmo, nak masok syurga mari dok pejuange samo nge Pas,kerano pas tu isle, isle tu pas" slogan baru pemimpin, fahamilah ungkapan ini...

    Walaikum...

    ReplyDelete
  22. anon 1055

    kena ke kau lapuk. kena ke orang, wah bukan main lagi kau nak rak. pemerintahan tun mahathir pun kau dok ungkit sampai sekarang tak lapuk ke?

    biasalah kumpulan lidah bercabang.

    kah kah kah kah

    ReplyDelete
  23. Pas jadi ajaib sebab mereka ada bela jin dalam teko iaitu Pok Nik Ajis mereka juga ajaib sebab ada YB taraf Mr. Bean iaitu Mahfuz Bean.

    ReplyDelete
  24. LOSER.mmg mcm tu.cakap berapi.nak tegakkn lagi bnde yg x btl asalkan dapat ape yg dy nak.nak fire orang diri sndri x betul.bangkang keputusan org tp sumbangan xd.blah la wehh.putih hijau xyh bnyk ckp la.

    ReplyDelete
  25. hahahaha...
    pas pis pus...
    menyampah aku ngan parti perosak nih..
    bukan nak bersame2 membangunkan negara..
    bg la pendapat yg bernas kepada pembangunan negara
    ni tak..asyik mengondem jek..
    tp sebok nak ngutok2..
    ludah ke langit last2 terkena muka sendiri..
    terima la hakikat wey!

    ReplyDelete
  26. DEMI ALLAH SEMUA ITU ADA KEBENARANNYA, AKU ORANG KELANTAN DAH SUDAH TAHU PERANGAI JAHAT DAN CELAKA PARTI PAS DAN SELURUH PEMIMPINNYA....PARTI YANG AKAN DILAKNAT ALLAH SUATU MASA NANTI....KITA TUNGGULAH SAAT DAN KETIKANYA....WAHAI NIK AZIZ SI WALI SELIPAR JEPUN TOLONG JAWAB DALIL INI......AKU SEDIKIT TAK RESPET ULAMA SAPERTI MU KERANA MU ULAMA POLITIK DAN BUKAN ULAMA SEBENAR.....TOLONG LAH JAWAB POK NIK DALIL TERSEBUT DENGAN TERANG,JELAS SERTA BERHIKMAH...JANGAN PULA MENYEBUT CELAKA SEBAGAIMANA SELALU.....JAGALAH TUTUR SEBAGAI ULAMA DUNIA,ULAMA TERSOHOR YANG DIKASIHI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT....DAN JANGAN PULA AMBO NI, DIDOAKAN DOA PECAH PERUT KASIHANLAH HAMBA NI..........TOLONGLAH TOK...TOLONG LAH TOK ...AMBO TAKUUUUUUUUUUT

    ReplyDelete