Friday, 29 October 2010

PERJANJIAN SYAITAN DAP, PAS DENGAN PKR !!!!!




KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen Bebas pada Khamis mendakwa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Zulkifli Nordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) berkata hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut.

"Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika PKR menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.

"Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah rupa perjanjian syaitan. PG percaya ia memang ada. Perjanjian ini memang ada dibuat antara PKR dengan PAS dan DAP.

2. IKtulah sebabnya DAP danb PAS seperti lembu dicucuk hidung. Mengikut buta aje apa yang PKR buat. Semua betul dan halal.

3. Sedegil-degil DAP ini kita lihat, patah tengkok dengan DSAI dan PKR. Karpal Singh yang dulunya meminta DSAI bertaubat tiba-tiba korner baring. Boleh menjadi sekutu yang amat akrab. Sebabnya ialah DSAI dan PKR memang cekap dalam mengujudkan perjanjian-perjanjian syaitan tersebut.

4. Kepada pengundi muda, hati-hati dan fikirkanm dengan serius apa yang YB Zul katakan diatas. Bukan orang lain, bekas pemimpin mereka juga.

5. Puak-puak ini , khususnya PKR apatah lagi DSAI, mereka akan buat apa sahaja, asalkan hajat mereka sampai. Mereka ini bukan ada prinsip perjuangan. Yang mereka ada cuma nak lepaskan tengkok masing-masing dan ingin menjadi PM . Itu aje. Hal lain tolak tepi dan difikirkan kemudian.

6. PKR dan DSAI ini, dia buat dulu, baru dia fikir. Inilah parti dan individu yang telah begitu banyak merosakkan negara dan bangsa.

7. Pengundi muda: Hati-hati dengan perjanjian syaitan ini. Hati-hati dengan pelacur politik ini. Hati-hati dan fikirkan. !!!!

22 comments:

  1. Assalammualaikum PG,

    Sudah lama Tok Guru membolehkan ahli-ahli PAS bersahabat dengan Syaitan.

    Doa mereka telah dimakbulkan oleh Allah taala. Sekarang mereka terimalah sahabat-sahabat dari kalangan syaitan.

    Ada satu lagi perkara yang saya ingin utarakan.ia mengenai lambang bulan yang digunakan.

    Hampir semua negara Islam menggunakan bulan sabit sebagai melambangkan Islam. Mengapakah PAS menggunakan bulan penuh?

    Pelik juga! Kala dilihat bendera PAS, seakan-akan lambang 'mata satu'

    ReplyDelete
  2. Salam,

    1 Prjnjian adlh iktn ksepakatn/prstujuan antra dua [atu lbih] pihak utk bkerjasma. Krjasama & prstujuan tkd akn trealissi jika ada trma2nya yg tdak diprstujui. Mislnya, Tanh Mlayu tidak akn mndapat kmerdekaan klu salah satu antra UMNO, MCA, MIC mnolak trma2 dlm prlembagaan Lord Ried.

    2 Dmikian juga, BN tdak akn wujud klau terma2/ syart2 utk brskutu dlm BN tdak dispakati olh mana2 parti yg mahu brgabung dgnya. Hal ini tlah lbih dulu & sudh lbih lama brlaku dlm BN, jauh sblum trbntuknya PR.

    3 Maka, jika ada krugian2 yg Mlayu-Muslim trpksa alami apabla PKR & PAS mahu brskutu dlm PR, sama jugalah dgn krugian2 yg pasti ditrima olh Malayu-lslm [UMNO] dlm BN, krana dlm kspakatn2 spt itu tdak bolh ada, & tidak akn ditrima satu2 pihk mngungguli yg lain. Jika brlaku dmikian, mka ksepaktn itu pasti roboh.

    4 Utk kekal dlm ksepakatn spt itu, Melayu, baik dlm BN [UMNO] atau PR [PAS & PKR], msti mrelakan krugian2 trsebut. Jadi, pndirian mreka sama, 2x5..

    abu faiq

    ReplyDelete
  3. Baca Surat TGNA ini dulu.... wahai Semua Pengundi. Khas buat PG... sudi2kan & faham2kan!

    Part 1 of 3

    Bismillahir-Rahmanir-Rahim: Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden Umno ketika berkempen di Galas, semalam (27 Oktober) yang disiarkan (Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, ms 3) dengan tajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS.”

    Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut : ''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA."

    Nampaknya pilihan raya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan pemimpin Umno menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat melibatkan DAP. Nampak sangat kemarahan Umno apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar Umno apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina berikut orang Cina sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.
    Sukacita saya jelaskan, ada bezanya kerjasama antara Umno dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama antara PAS dan DAP mahu pun KeAdilan di dalam Pakatan Rakyat. Ia bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin Umno sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.
    Beberapa hari lepas, pemimpin yang sama telah mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib untuk peperiksaan SPM bermula tahun 2013. Menunjukkan di sini Sejarah amat penting. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu. Makaa, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.
    Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional tidak lebih sebagai perangkap bagi PAS. PAS bersama Umno membentuk Barisan Nasional demi perpaduan. Namun hasilnya PAS di Kelantan telah berpecah kepada empat, iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Malangnya selepas Umno kembali kuat, PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan Umno? Tangan Umno yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat dan diselamatkan oleh PAS. Apabila, terselamat lalu PAS ketika sarat dengan masalah terus ditendang ke laut, lemas keseorangan.

    ReplyDelete
  4. Sambungan Surat TGNA kpd PM UMNgOk...

    Part 2 of 3

    Di sini sukacita dinyatakan, hubungan PAS dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, ia tiada unsur khianat dan PAS tidak dikhianati. Jika pemimpin Umno bertanya, apa bezanya kerjasama dalam Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Awal-awal PAS sudah nyatakan, jika mahu teruskan kerjasama dengan PAS, kita tak akan buang dasar Islam, jika dibuang maka tiadalah PAS, kerana adanya PAS adalah untuk berjuang Islam. Dan PAS masih tetap dengan agenda Islam. Kerana kita yakin, perjuangan Islam sedia memberi keadilan untuk semua.
    Seketika dulu, DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Tetapi mereka mula faham dengan keadilan prinsip Islam yang berjaya ditunjukkan setelah 20 tahun PAS mentadbir Kelantan. Di sini kita lihat, pemimpin DAP tidak anti Islam kerana mereka secara beransur-ansur kini mula mengenali Islam. Malah di Pulau Pinang kini yang diperintah DAP, kita dapati ketua menterinya banyak menerima pakai prinsip pentadbiran Islam. Malah ada pemimpin DAP yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin Umno pula semakin menjauhi al-Quran. Justeru kita lihat, pengalaman PAS bersama DAP itu, hasilnya menunjukkan sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim. Inilah beza besar kerjasama PAS dengan DAP dibandingkan kerjasama Umno dengan MCA. Ingin saya bertanya, apa ruginya orang Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?
    Sayang sekali, Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Umno sudah buat silap sekian lama dalam mentafsirkan Islam. Lihat sahaja, cara pentadbiran kerajaan Umno yang bercadang menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Apakah cara itu cara yang Islamik dan adakah ia serasi dengan budaya Melayu? Di manakah pula disangkut agenda Melayu yang kononya berteraskan Islam yang diperjuangkan Umno? Ini pendekatan silap Umno sekian lama sehingga menyebabkan pemimpoin MCA terus takut dengan Islam. Akhirnya non muslim terus dirundung Islamofobia.
    Hakikatnya, Umno yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden Umno sendiri sewaktu Perhimpunan Agung Umno yang lepas mencadangkan supaya Umno menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkah prinsip Umno selama ini, politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit Umno sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya sendiri dihentam begitu teruk oleh pemimpin Umno dan media suara Umno dengan menuduh saya berpolitik atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan Umno di Kota Bharu sudah terjual, Umno sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

    ReplyDelete
  5. Sambungan Surat TGNA kpd PM UMNgOk...

    Part 2 of 3

    Di sini sukacita dinyatakan, hubungan PAS dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, ia tiada unsur khianat dan PAS tidak dikhianati. Jika pemimpin Umno bertanya, apa bezanya kerjasama dalam Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Awal-awal PAS sudah nyatakan, jika mahu teruskan kerjasama dengan PAS, kita tak akan buang dasar Islam, jika dibuang maka tiadalah PAS, kerana adanya PAS adalah untuk berjuang Islam. Dan PAS masih tetap dengan agenda Islam. Kerana kita yakin, perjuangan Islam sedia memberi keadilan untuk semua.
    Seketika dulu, DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Tetapi mereka mula faham dengan keadilan prinsip Islam yang berjaya ditunjukkan setelah 20 tahun PAS mentadbir Kelantan. Di sini kita lihat, pemimpin DAP tidak anti Islam kerana mereka secara beransur-ansur kini mula mengenali Islam. Malah di Pulau Pinang kini yang diperintah DAP, kita dapati ketua menterinya banyak menerima pakai prinsip pentadbiran Islam. Malah ada pemimpin DAP yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin Umno pula semakin menjauhi al-Quran. Justeru kita lihat, pengalaman PAS bersama DAP itu, hasilnya menunjukkan sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim. Inilah beza besar kerjasama PAS dengan DAP dibandingkan kerjasama Umno dengan MCA. Ingin saya bertanya, apa ruginya orang Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?
    Sayang sekali, Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Umno sudah buat silap sekian lama dalam mentafsirkan Islam. Lihat sahaja, cara pentadbiran kerajaan Umno yang bercadang menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Apakah cara itu cara yang Islamik dan adakah ia serasi dengan budaya Melayu? Di manakah pula disangkut agenda Melayu yang kononya berteraskan Islam yang diperjuangkan Umno? Ini pendekatan silap Umno sekian lama sehingga menyebabkan pemimpoin MCA terus takut dengan Islam. Akhirnya non muslim terus dirundung Islamofobia.
    Hakikatnya, Umno yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden Umno sendiri sewaktu Perhimpunan Agung Umno yang lepas mencadangkan supaya Umno menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkah prinsip Umno selama ini, politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit Umno sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya sendiri dihentam begitu teruk oleh pemimpin Umno dan media suara Umno dengan menuduh saya berpolitik atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan Umno di Kota Bharu sudah terjual, Umno sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

    ReplyDelete
  6. Sambungan surat TGNA kpd PM UMNgOk

    Part 3 of 3

    Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang mukmin melihat jauh ke akhirat, sedangkan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu, pemikirannya berkisar kepentingan sekeluarga. Maka si ibu berfikir, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan sewsi rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, seumpama seorang anak kecil yang berfikir setakat alatan permainannya semata-mata.
    Justeru peringatan untuk semua pencinta perjuangan sekular. Dunia belum kiamat, dan ada masa untuk kembali ke pangkal jalan. Firman Allah SWT (Surah Yunus 10:84):
    “Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).”
    Maka seruan saya, kembalilah kepada perjuangan Islam, kerana Islam itu ajaran yang menyelamat dan mensejahterakan seluruh umat di dunia ini.
    Sekian.
    Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat,
    Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
    Kota Bharu: 20 Zulkaedah 1431/28 Oktober 2010.

    Faham-fahamkan Semua Pengundi....BERTUKAR!
    Peluagnya di PRU13... kita mulakan di GALAS dan BATU SAPI

    ReplyDelete
  7. mengapa UMNO mendang PAS. lihat perangai pas masa itu. janga beri penaranga sebel;ah pihak aje. perangai pas pun macam, syaitan. cucuk BN dari belakang

    katak puru

    ReplyDelete
  8. Katak puru... yg bertelinga satu, mata satu dan otak satu...semua kat UMNgOk Be-eNd!

    Cube nko ceritakan sejarah kenape UMNgOk tendang PAS... versi UMNgOk nko plak, bio semua bleh tau. Bagi pengundi muda dpt dengar guna 2 telinga, 2 mata dan 2 otak!

    Dengar dan fahamkan pengundi2... timbang2kan tapi jgn guna dacing yg dah 52 tahun berkarat! Sebelah kiri berat dgn RASUAH... sebelah kanan sarat dgn SALAHGUNA KUASA! Rakyat diHULUkan, pencapaian pemimpin UMNgOk, u-tamak-kan.

    ReplyDelete
  9. Salam tuan PG & Sema2...,

    PERJANJIAN SYAITAN DAP, PAS DENGAN PKR !!!!!

    Salah ka tuan PG, xbacaa pon xpa pa, xtaw xtaw xtaw. Sbb depa pon xbacaa... Itu sumaa crighta dah lamaa. Ini adaa crghita baru pulaak nak habaq maih..., crighta lbih kughang mcam nih. Kitaa dah pon baghi peluang banyak kat depa, macam nih nanti kita pon xdan nok pulun jadi celakaa badann. Kita dah tsilap mou prjanjian safahamann, ostat wolly triumph dok habaq pi tazkirah ataih masjid sapaa2 pon pun bulih, tina ka jantan ka...!!!. Nama Yang Maha Kosa, “Allah” pon kita bulih pederghas kapada sapaa2 tak salahh. Xbapa lama lagi kita naq dengaq kalifaqah omarak ostat alim wan baca khutbah smayang Jumat, sbb kita nak kosa politik jah. Islam tu letak pi nomboq brapha lantak pi hang lah. Wanauzubillah... Yang pentiing, kita bulih langkah stapak demi stapak ka putrajaya... Pasai krusi, kalu kita xcukup kita bulih beli manaa2 kedai prabut... dapat bagi sama rataa. Kita pon taw, parti pakeraq pon tak ramai calon Melayu, parti dapikiaq habok pon tarak Melayu. Parti kita pon manaa adaa ktrunann Melayu...

    Pang5 Beliung sangat bimbang Melayu hilang dibumi sendiri.

    ReplyDelete
  10. kalau semuanya dah 2 kali 5, takpayah lagi ada parti-parti politik. Biar Raja memerintah terus sudah dengan Temenggong, Bendahara, Laksmana Pemancha, Penghulu2,Ketua-ketua kampung dan desa. Bayar mereka itu gaji lebih dan elaun lebih.

    Apa gunanya diadakan demokrasi, jika rakyat dipecah belahkan? Jangan sampai Sultan-sultan naik angin sudahlah, kot diharamkan pula semua parti politik.

    Apa pandangan Abu Faiq dan Pang5 Beliung?

    ReplyDelete
  11. Salam,

    1 Bagi stiap Muslm, bnar-bathil, sah atu batal ssuatu prkara stndard [tolk-ukrnya]nya bukn apa yg akal kita tntukan, tapi apa yg hukum syara' tlah ttapkan.

    2 lslm mngajarkan kita: "Brpegng tguhlah kmu skalian dgn tali Allah [agama lslm] dlm satu jmaah, & jngn skali-skali kamu brpcah-blah". Mknanya HARAM bgi umat lslm brpcah-blah krana Allah mlarangnya. Jika prcahan itu Allah keji [haram], mka faktor kpd prpchan itu juga keji [haram]. Kaedh fiqh mnyatakn: ssuatu yg mnjurus kpd kharaman, maka ssustu itu haram.

    3 Apkh yg mmacah-blahkan umat lslm skarang? Politk. Jadi, harmkah politk? Tidk jika politk yg brtujuan utk mnaytukan umat. Apa adakah politk spt itu? Jwabnya: Bukankh Rasulullah saw soerng ahli politk..bahkan ktua negara. Bgaimana politk bginda? Politk bginda mnyatukan umat lslm; 2/3 umat mnusia di muka bumi brsatu di bawah ideologi lslm slama lbih 1300 thun - smenjak era Nabi saw di Madinah, hngga akhr Daulah Uthmaniyah, 1924M. ltulh politk di ats jln knabian, di ats rel ideolgi lslm. ltulh politk yg WAJIB umat lslm tegakkn, krana itu sunnah Rasul, skaligus sumber hukum - rujkn bgi umat lslsm dlm brpolitk.

    4 Bgaimna politk yg umat lslm sukung skarang?
    Apa sumbrnya? Apa nash/ dalilnya mreka mndukung politk yg mmech-blahkan umat? Tanyakn ini kpd Pas, Umno, Pkr..apa nash syari'i yg mreka pegang apbla mgambil politk di ats ideologi sekular-Demokrasi yg mmcah-blahkan umat lslam..?

    abu faiq

    ReplyDelete
  12. rasuah haji jadi sponsor. itulah kealiman pas. kepalA HOTAK DEPA

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Aku sokong abu faiq!!!!!!! Politik Rasulullah ialah menyatukan umat Islam!!!!

    Minta tolong Abu Faiq nasihatkan puak-puak yang cuba memecah-belahkan umat Islam ini supaya berhenti daripada tindakan mereka ini.....

    Sanggupkah Abu Faiq?????????????

    ReplyDelete
  14. Panglima Puting Beliung, apa pandangannya pula? Di Perlis, kerja puting Beliung atau Panglima Beliung?

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Sdra Din aka Anon 20:49,

    1 Saya prnah brmuzakarah dgn ahli Dewan Ulama' Pas tntang prkara ini. Dia skeptikal antara politk Nabi saw dgn politk sekular-Demokrasi-thaghut yg brjalan di negra kita skarang, ttapi tidak pula mnafikan bahawa ia tidak sejln dgan politk yg diconth-tladankan olh Rasulullah saw. Nyata bukan, dia tak jelas apa itu ideologi, yg ada tiga jenisnya, iaitu: i]ideolgi Sosialisme-Kmunisme, ii] ideologi Demokrasi-Kapitalisme & iii] ldeologi lslam. Baru slepas itu nmpak mcm dia jlas apa itu ideolgi.

    2 Saya katakn kpdnya bahwa ideolgi Sosialsme- Komunisme mnolak agama [Tuhan]. Dmokrasi-Kapitlisme tdak mnolak agama, tapi tdak mngakui fungsi agama [Tuhan]dlm urusan kehidupn, krana ia mmberikan hak mmbuat hukum kpd mnusia. Dngan sndirinya dua2 ideolgi ini ideolgi kufur. Sosilsme-Komunisme kufur krana mngingkri kewujudan Allah; Demokrsai-Kapitalis pula kufur krana mnolak kdaulatn Allah sbgai Zat Yg Maha Pmbuat Hukum. Lebih drp itu, kedua2 ideologi ini tdak brsumber drp wahyu, al-Quran. Jadi, ideologi yg bnar hanya idoelgi lslm krana ada sumbernya yg bnar - al-Quran - yg dtangnya drp Zat Yg Maha Benar. Saya kata, sampai ini kpd sahabt2 dlm Dewan Ulama'. Dia cuma diam.

    2 Saya pun ada sahabt2, wkil rakyat drp Umno, slain orng2 brjawatn dalm parti itu. Tntang hal ini, bukan saja mreka tidak minat utk tahu, bahkan mnolak pnjlasan. Kata mreka, apa yg ada skarng inilh yg bnar, tapi tdak pula dsokong prnytaan mreka itu dgn hujah syari'i.

    3 Saya kta, ideolgi Sosialsime-Komunisme sudah 3/4 mati dgn robhnya Sovt Union. ldeologi lslam pula sdah tdak brjaln wlaupun di Dunia lslm. Yg ddikung olh kbanykn ngara dunia skarng, trmasuk M'sia, adalh ideolgi kufur sekulr-Demokrsi-Kapitlis.

    ReplyDelete
  16. [smbungan]

    4 Di dunia lslam, yg mndukng ideolgi sekular-Dmokrasi-Kapitals adalh orng lslm. Mreka tidak kafir, tapi mndukung sstem ideologi kufur. Bukankh rosak. Orng lslm, tapi hidup dgn sstem kufur.

    5 Dlm satu majls pmnubuhn cabng Pkr, Dato' Nik Aziz yg mnjadi ttamu undngn, saya ajukn prtanyaan; knapa Pas brskongkl dgn parti politk bukan lslm sdangkan ada ayt al-Quran yg mlarangnya [Ali lmran (3):28] & Ali lmran (3):118], sehngga krananya, Pas snggup mnngugurkn matlmt asalnya prjuangn pnubuhan Negara lslm. Bliau mnemplak dgn mnagatak saya blum lagi habis mngaji. Tak taulh saya apa kata ahli2 Pas yg lain tntang prskngkoln yg Allah larang ini.. Dgn pihk Pkr saya blum prnah brbncang hal ini. lnsya Allah akn saya lakukn.

    6 Kalau DS Najib, DS Wan Azizah, & DS Haji Hadi sanggup mnerima hakikat btapa trpesongnya politk yg ddukung olh parti2 mreka skrang dari jln politk Rasulullah saw, lalu skapat sbulat kata mneropng kmbali politk mreka dgn tropong akidah utk mngmbil kmbali politk yg dcontoh-tladankan olh Nabi saw, lalu brgrak mmprjuangkn politk 'ala minhaj an-nubuwaah itu, umat Mlayu-lslm PASTI brsatu - brsatu dlm politk yg diikat olh ikatan akidah lslmiyah, politk yg mnumbuh-suburkan ukhuwwah lslamiyyah, mahabbah [kasih-sayang]& politk yg psti mndapt redha & prtolongan Allah...wa Allhu a'lam.

    abu faiq

    ReplyDelete
  17. Tahniah Parti PAS yang terus diperbodoh-bodohkan oleh PKR dan DAP. Sedar atau tidak, pemimpin PAS terus juga mengamalkan ilmu politik DAP dan PKR dengan memperbodoh-bodohkan pengikut-pengikutnya demi kepentingan politik mereka.
    Tidak hairan jika Allah s.w.t akan menurunkan bala Tsunami melanda umat Melayu Islam di Malaysia.
    Kerana politik PAS dan UMNO sanggup menghalalkan cara walaupun ianya bertentangan dengan kehendak Islam.
    PKR tak perlu diulas kerana pengasasnya adalah seorang yang munafik dan sanggup buat apa saja demi kepeningan individu.

    ReplyDelete
  18. Kah Kah.. Kah Kah.. UMNO buat perjanjian dengan tauke cerita Blue, Pelakon Lucah Chua Soi lek... itu kategori Syaitan jugak...

    kah kah kah...

    Itu dah memang terbukti,... ade rakaman Video Cua Soi LEk kongkek Bini Org.. tapi bagi Ulama Umno itu bukan Syaitan.. It suci.. lagi menyucikan.. kah kah kah,,,

    Eloknya edar video Chua Soi LEk pada ahli Umno masa perhimunan Agung hari tu... kah kah... kira kiab suci UMNo.. kah kah kah,,,

    ReplyDelete
  19. Salam tuan PG & Sema2...,

    PERJANJIAN SYAITAN DAP, PAS DENGAN PKR !!!!!

    Maaflah Pang5 Beliung tak ada ilmu sangat ttng politik apatah lagi, ilmu agama, tapi faham apa maksud dan ungkapan sesorang, semua dengan izin Allah...

    Umat termasuk umat Islam tidak dilarang berpolitik. Apatah untuk kemajuan, kebajikan, meyatupadukan dengan landasan yang adil. Untuk menyatupadukan sekalian umat, memang amat sukar disebbkan bangsa dan keturunan fahaman agama dan fahaman masing2…Jadi pemimpin yang diangkat dan yang ingin menjadi pemimpin jauh berbeza. Tapi kalau terlalu lama memimpin, suatu perasaan akan timbul dihati dan pemikiran. Sepatutnya kekuatan kepimpinan bukan diukur dari jawatan yang disandang, namun jawatan itu ia boleh menjadi kuat atau kemegahan. Apabila ada jawatan seseorang itu akan lemah, walaupun bergelar ulama, pemimpin agong dan hebat, cacian makian sudah menjadi lumrah atau pun dipuji sehingga membawa kejatuhannya, lupa diri.

    Contoh mudah saya nak ambil disini, sabda Nabi S.a.w ... yang bermaksud “Tiada suatu anugerah yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya yang lebih utama daripada tunjuk ajar serta budi pekerti yang baik” – Riwayat At – Tarmizi.

    Pang5 Beliung tidak terniat untuk menunjuk2 sekadar berkongsi pandangan dan ilmiah.

    ReplyDelete
  20. salam

    belia mcm saya ni pikir..lebih baik tak payah ade sistem demokrasi..biar raja yg memerintah negara..sye kadang2 usha2[melihat] page ini [fb]..mereka[indo]kutuk PM RAZAK,raja,sultan...mcm mane lah mereka tahu tentang hal yg berlaku kat dlm malaysia ni..ade yg org indo ambil kesempatan 'ko sokong bn..ke pembangkang'pastu saye jawab lah..sye ni masih plajar skolah mne lah berminat hal politik ni" dia kate kalau ko sokong pembangkang m'sia ngn indo'sia akan damai nanti tak ade lah lgi ganyang ma'sia"..kalau boley saye tak nak undi mne2 politik..sbb org islam bermusuh ngn org islam jugak..ade org indon yang ckp org malaysia anak org britain ikot je ckp britain..pastu mereka kate britain yg kasi kemerdekaan kpd org malaysia.. tak punya harga diri..then org indon ada yg kate "patutnye negara m'sia jadi sebahagian indo'sia raya nape korang ikot ckp kerajaan dan org inggeris"..PM abd rahman -pm Najib mereka kutuk..sultan mizan zainal juga..MEREKA KATE LAGI..nape org m'sia tak Ikot [PKMM]..IKOT kerajaan .."saye jwb lah [pkm] tu parti komunis malaysia..sye blaja dlm mate pelajaran sejarah kat m'sia"..sejarah memang sangat penting..kalau belia macam saye ni faham tentang sejarah m'sia..jadi org luar tidak akan dapat memutarbelitkan fakta..keburukan cerita kat m'sia semua mereka tahu..tapi..saya dalam page berkenaan[fb] memberi komen secara matang bukan mengutuk mana2 pihak.

    belia tak suka pemimpin org islam berpecah

    ReplyDelete
  21. HAHHAAHA
    APA PUNYA ISLAM
    SINANG-SINANG BLH CKP SAMA LU SAUDARA SETAN
    CEH!MAHAI LU MALAYU

    ReplyDelete
  22. anon 14:08,

    adik belia yg tak suka org islam brpecah,

    sudahlah melayu-lslam ini dilaga-lagakan oleh pemimpin2 lslam sendiri, ia tambah diburukkan lagi oleh blob-blog macam blog PG ini...blog yang tidak membawa manfaat untuk perpaduan orng lslam...dia mprovokasi orang2 yang tak matang untuk semakin memecah-belah sesama orng islam...
    kalau boleh kita jangan mengikutinya, tapi kena baca juga supaya kita dapat menimbang hati budi dan fikiran orang melayu yang macam ini...untuk jadikan iktibar dan sempadan...

    ReplyDelete