Sunday, 24 October 2010

SEMUA MELAYU, FIKIRKAN : DATO NOOR AZAM !!!!!



Angka 13 Bawa Bencana Politik?
SATURDAY, 23 OCTOBER 2010 08:48 MARHAEN


DATUK NOOR AZAM ialah bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad

TIADA lagi esok untuk kita! Kuasa politik kita yang dominan yang diwarisi sejak zaman Melaka dan dipegang kuat selama 54 tahun akan hilang. Berdasarkan realiti dan sentimen politik pengundi sekarang, bencana politik ini akan terjadi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Paling lama, dua tahun saja lagi! Ada orang percaya dan hampir percaya, angka 13 membawa bencana.

Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching, ketika melawat pejabat Harakah mengatakan, beliau "yakin dan percaya UMNO tidak akan mendapat undi masyarakat Cina pada PRU ke-13." Beliau diundang berceramah dan beri bantuan di dalam surau. Banyak benar kita bercakap tentang Islam tetapi bantuan untuk surau pun, kita minta daripada orang bukan Islam. Di mana maruah kita?

Mungkin Teo terlupa memberitahu Harakah, "Penyokong Pas akan tetap mengundi DAP, kerana mereka percaya DAP lebih baik daripada UMNO. Mereka lebih percaya orang Cina daripada orang Melayu." Pemimpin DAP sudah diundang memberi ceramah dan bantuan dalam surau dan masjid.

Orang Pas sangat bangga. "Tengoklah, Pas berjaya bawa Cina masuk ke dalam surau. Bagi duit pula".

Pemimpin dan penyokong Pas megah kerana pemimpin DAP baca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya. Beri sumbangan untuk majlis berkhatan. DAP tak sokong negara Islam, tetapi menyokong Pas, sebab Pas sekarang bukan lagi 'Parti Islam', tetapi 'Parti untuk Semua'.
Teo mungkin terlupa, "Majlis Syura Pas telah bersetuju dan membenarkan orang bukan Islam bertanding di bawah lambang Pas. Zaman dulu, Pas tuduh UMNO kafir kerana berpakat dengan MCA untuk memerintah, tetapi sekarang 'Pas baru' pimpinan Tok Guru Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz boleh ikut memerintah dengan DAP. Di Pulau Pinang, khatib pun mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat. Banyak lagi alasan mengapa pengundi Cina tak akan undi UMNO, tetapi pasti akan undi DAP.

Maka kehilangan kuasa Melayu ini bukan suatu dongeng. Ia telah terjadi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Petaling Jaya sekarang. Hal ini terjadi disebabkan majoriti pengundi bukan Melayu berada di kawasan bandar.

Kita boleh kira berapa kerusi yang akan dimenangi DAP dan Pas. Seperti yang pernah berlaku di Perak, Pas pun boleh duduk dengan megahnya di bawah bayangan kuasa DAP. Fakta ini, semua tahu. Lebih daripada tahu! Tak payah diulang-ulang. Tak payah diperingatkan oleh Teo Nie Ching "Orang Cina tidak akan undi UMNO."
Akan tetapi masih ramai orang Melayu, termasuk pemimpin politik dan generasi muda, tidak menganggap perubahan ini suatu kecelakaan besar. Orang seperti Datuk Nazri Aziz mungkin tak kisah, sebab beliau "rakyat Malaysia terlebih dulu, barulah orang Melayu". Tok Guru Nik Aziz pun "tak bangga jadi Melayu".

Bagi orang yang sama sikap dengan mereka ini, siapa perintah negara dan jadi Perdana Menteri pun sama saja. Akan tetapi bukankah Datuk Nazri seorang menteri dan Ketua Bahagian serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO? Beliau tak wajar lagi memegang semua jawatan itu mewakili parti kebangsaan Melayu. Betullah ramai pemimpin kita yang bercelaru, lantas Melayu pun bercelaru.
Kata Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin, umat Islam di negara ini sudah "tenggelam punca". Tun Mahathir telah banyak kali sangat memberi amaran.
Beliau memerintah negara dan menjadi Pengerusi BN selama 22 tahun. Mengepalai BN bertarung dalam lima pilihan raya. Ada pilhan raya yang BN menang besar dan ada yang hampir hilang kuasa. Beliau kalah di Kelantan, Terengganu dan Sabah. Mengalami dua krisis UMNO yang sangat besar. Pada zamannya, UMNO pecah dua dan diharamkan di mahkamah.

Beliau turut berhadapan dengan raja-raja kerana meminda Perlembagaan. Ada orang Melayu menggelar beliau "Maha Firaun" dan ada orang UMNO kata, dia "diktator". Beliau menangani krisis kewangan yang gawat. Dan macam-macam krisis dan cabaran lagi. Dihadapi dan diselesaikan satu persatu.

Apabila mengundurkan diri tanpa terpaksa atau dipaksa, dan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; BN, UMNO dan negara berada dalam keadaan yang kukuh dan stabil. Bukan dalam masa kekalahan! Maka pemerhatian politiknya tajam dan berdasarkan pengalaman dan fakta yang nyata. Amarannya bukanlah wayang politik dan suka-suka.
Tan Sri Harussani, Mufti Perak, seorang ulama dan bukan orang politik yang telah cuba memperkukuh politik Melayu, akhir-akhir ini ikut prihatin dan mengingatkan: "Jika UMNO dan Pas tidak bersatu, Melayu akan hilang kuasa pada PRU ke-13" dan "Akan berlaku satu bentuk penjajahan baru." Lebih daripada itu, dalam masa dua tahun terakhir ini, beberapa orang Raja Melayu pun, sudah berkali-kali memberi nasihat dan amaran. Tidak pernah Raja-Raja Melayu bercakap politik seperti sekarang. Tidakkah ini alamat keruntuhan kedaulatan institusi Raja Melayu sudah bermula?

Raja Dr. Nazrin bimbang masa depan umat Islam di negara ini yang katanya berada "dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca". Katanya lagi, "Penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iran, bermula daripada pemesongan di kalangan pemimpin yang rela membuka laluan kepada orang bukan Islam untuk melakukan pencerobohan serta kemusnahan terhadap bumi dan umat Islam sendiri."

Justeru baginda mengingatkan: "Pencerobohan besar bermula daripada perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari surau, madrasah, masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula daripada satu ungkapan, ucapan, khutbah, tazkirah atau doa.

"Ia bermula daripada pencerobohan kecil, ketika orang Islam masih belum insaf, berdegil dan sombong mempertahankan ego serta memilih untuk bertelagah. Mereka sebenarnya memberi petanda yang salah, seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat dan institusi Islam."

Antara perubahan utama yang akan dilakukan apabila pakatan Pas-DAP-PKR memerintah adalah meminda Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, mengubah pengagihan jawatan menteri, ketua-ketua jabatan kerajaan, polis dan tentera dan ketua eksekutif GLC, PNB, TNB, dan Telekom Malaysia. Menambah kawasan pilihan raya di kawasan bandar. Mereka juga akan mengadakan semula pilihan raya untuk Dewan Bandar Raya, Majlis Bandaran dan Kerajaan Tempatan. DBKL pasti akan berubah wajah. Maka bermulalah "penjajahan baru" yang disebut Tan Sri Harussani.

PRU ke-12 adalah tsunami politik dan amaran Allah. Malangnya pemimpin politik Melayu-Islam masih terus bertelagah merebut kuasa, jawatan, pangkat dan kekayaan. Sejarah kejatuhan Empayar Rom, Empayar Islam dan kemusnahan kuasa kerajaan-kerajaan Melayu, nampaknya tidak mampu mengajar kita.

Justeru, kecelakaan politik yang akan menimpa kita bukanlah kerana 'nasib' tetapi kerana perbuatan kita sendiri. Maka janganlah kita selalu sedih 'mengenangkan nasib' kerana ini sikap orang yang mengaku tewas sebelum berjuang.

Hakikatnya, asas dan kunci kekuatan Melayu berada di tangan Melayu. Jangan kita lupa bahawa pertubuhan-pertubuhan Melayulah yang menubuhkan UMNO dan sepanjang perjuangan UMNO, di belakangnya bergerak secara konsistan pelbagai macam pertubuhan Melayu, termasuk pertubuhan pegawai kerajaan, penghulu, penulis, wartawan dan guru.

Meskipun adakala mereka tidak sekata dengan UMNO, tetapi mereka tetap setia bersama UMNO. Di situlah kekuatan UMNO. Kekuatan sebenar yang telah terbukti selama setengah abad, bukan kekuatan dalam pesta makan minum berbaju batik aneka warna.

Penghuni Gua : Fikirkan . Melayu semua kena fikirkan. Pengundi muda perlu serius untuk fikirkan pandangan Dato Noor Azam ini.

2. Jangan kita jadi pandir. Ayam terlepas , tangan bau tahi. Untuk membangunkan sesuatu bangsa dan negara ia memerlukan masa bertahun-tahun. Jika nak rosakkan ia hanya boleh berlaku tak sampai sehari. Fikirkan.

3. Semua pihak boleh berjanji syurga dunia dan akhirat . Terutama senang berjanji jika kita tak memegang kuasa. Boleh bercakap apa sahaja. Jadi jangan harapkan janji manis atau cahaya dihujung terowong yang belum tentu akan bersinar terang. Bernegara ini bukan bahan ujikaji. Yang ada perlu dikekalkan. Ia boleh diperbaiki jika ada kekurangan. Bukan merobohkan apa yang telah terpasak kukuh.

4. Fikirkan!!!!

44 comments:

  1. ASSALAMMUALAIKUM PG,
    puak Melayu yang satu ni, hati dah hitam.....
    Tak tahulah bagaimana nak ubati lagi!!!!!!!
    Mungkin, kena bagi minum dettol banyak-banyak kot boleh memutihkan semula hati mereka.......

    ReplyDelete
  2. Angka 13 itu suatu hikmah. Mereka-mereka yang suka pecah belahtulah mereka-mereka yang "good for nothing".

    Tidak bangga kepada bangsa sendiri dan tidak pandai memelihara warisan perjuangan nenek moyangnya yang susah payah mempertahankan wilayah dari Kerajaan Thai dan Burma, Portugis dan sebgainya itulah bencananya.

    Ada pula yang tidak bangga jadi Melayu kononya tidak adil kerana seseorang tidak diberi pilihan samada untuk jadi Melayu atau sebaliknya. Sebagai bangsa Melayu, hendaklah kita mencari jalan dan berusaha agar bangsa Melayu menjadi bangsa mulia dan dihormati bukan bangsa yang bangsat.

    Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa tentu adanya hikmah supaya kita bertolak ansur dan bersaing sihat pada masa yang sama menghormati daulat dan hak orang lain. Adakah orang-orang Melayu persoalkan hak orang-orang Putih di tanah nenek moyang mereka? Tapi kalau mereka kata Tanah Melayu itu nenek moyang mereka punya - itu mengundang peperangan namanya. Kalau adil, bukalah pemilikan tanah negeri Kelantan kepada orang luar!

    Mudahkan, hormati Rukun Negara dan fahami Perlembagaan dan sejarah Tanah Melayu.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    1 Genersi Mlayu baru kena lbih tajm mata fikir politk mreka...Mreka kena bnar2 fahm politk pcah-blah Mlayu mnggasak Mlayu spt skarng ini politk yg sngt fatal, yg mmusnahkn ukhuwwah, mahabbah [kash-sayng]& ksatuan umat lslm, skaligus mlemahkan umat lslm di dpan mata kafir. lni BUKAN politk acuan lslm. lslm mngajar umatnya; "Brpgang tguhlh kamu smua dgn tali Allah [agama lslam] dlm satu jamaah, & jnganlh skali2 kamu brpcah-blah" [maksd al-Quran]..."Ssunguhnya orng2 yg briman [umat
    lslm] itu brsaudara" {makdud al-Qurn].

    2 Ertinya, HARAM umt lslsm brpcah-blah & brmusuhn. Klu prpchan itu keji [haram], psti faktor kpd prpcahn itu juga keji [haram].

    3 Mlayu dlm Umno, Pas, Pkr sama2 baca ayat2 ini, tapi tdak diyakni dgn bnar2 iman. Klu yakin akn pringatn ayt2 ini, politk prpcahan ini tntu tlah lama mreka tingglkn.

    4 Jadi, gnerasi baru Mlayu kna sgera tropong smula politk prpecahn ini dgn tropong akidah, bukn mnfaat & rugi smata2. Kna bnar2 ykin dgn iman, bahwa dlm lslm, apa pun prbuatn, trmasuk dlm politk, WAJIB diikatkn kpd nlai2 ibadah, iatu dmi mnepati printah2 & lrangan2 Allah. lni prinsp asas apbla brakidh dgn akidh lslm. Apkh politk trkluar drp ibadah sehngga bolh mlakukan keharamn [pcah-blah]?

    5 Yg jlas, politk umat lslm yg ada skrang, baik Umno, Pas, Pkr tdak ikatkn politk mreka dgn asas ini [akidh & ibadh]] apbla mreka mrelakn aktiviti politk mreka dlm krja2 keji mmecah-blah ukhuwwah & ksatuan umat..Btapa malng & hina, politk yg Nabi saw conth-tladankn dtinggglkn olh umat bginda sndiri, lalu mreka lbih rela & slesa trsusup-sasp dlm kubang politk di atas ideologi kufur tinggaln pnjajh kafir.

    6 Mari renungkn ini, wahai sdra2 selslm smua..

    abu faiq

    ReplyDelete
  4. Salam.Pemimpin UMNO juga yang bersalah.Kenapa masih memilih pemimpin pemimpin yang rakyat tak suka.Seolah oleh menidakkan hak rakyat.Selain itu tidak nampak kesungguhan UMNO membendung rasuah walaupun rakyat telah pun membuat protes di PRU 12 dulu.Pemimpin UMNO sudah buta hati kah tidak mendengar suara rakyat?

    ReplyDelete
  5. Dulu mungkin UMNO tidak begitu mengendahkan PAS untuk berkuasa diKelantan. Apa salahnya kongsi-berkongsi. Tapi bila PAS sudah mula nak sabotaj UMNO dengan musuh UMNO melalui pakatan PKR dan DAP - ini macam melampaukot. Mana mungkin UMNO berdiam diri. Kata pepatah Melayu, bagi betis nakkan peha pula.

    Sekarang boleh pula sepakat dengan bukan Islam, hudud dah tak penting, judi dan arak tak perlu diharamkan - apa nak jadi ni? Boleh pula sepakat dengan PKR tapi dengan UMNO tak boleh!

    Biar betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan masalah berkongsi-kongsi. dah memang rakyat kelantan tak nak UMNO. cara bercakap macamlah UMNO bagi saja2 Kelantan pada PAS. so, pepatah bagi betis nak peha. Tak releven dalam soal ni.

      Ada sebablah dengan UMNO tak boleh. tak kaji dengan lebih mendalam ke??

      Delete
  6. Abu Faiq pun boleh pening lalat memikirkan gelagat PAS.

    ReplyDelete
  7. Perlembagaan Negara tidak akan sekali-kali dapat diubah atau dipinda sembarangan... Kuasa mutlak bagi meluluskannya terletak pada Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertuan Agong. Tidak semudah itu... Jadi usahlah pihak tuan n gerombolan yang lain hendak menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan hujah dangkal itu demi survival UMNO-BeEND yang tidak boleh diharap itu... sekian terima kasih...

    ReplyDelete
  8. Kalau begitu,tak payahlah nak susah-susah payah buat Pakatan Keadilan Rakyat kononnya memperjuangkan keadilan. Bukankah sudah ada agreement? Bukankah Islampun sudah agama rasmi negara?

    Haramkan semua parti-parti politik dengan kuasa diserahkan semula kepada ketua-ketua kampung, penghulu, pemancha dan sebgainya.

    ReplyDelete
  9. Kepada Kuda Kepang (Kuda Perang kononnya)

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

    Henti bahas hak Melayu – PM

    Oleh RAMLI ABDUL KARIM dan ZULKIFLI JALIL
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 23 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya berhenti mempersoal dan membahaskan mengenai hak istimewa Melayu serta pada masa sama mengulangi bahawa ia dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

    .....Dalam pada itu, Najib menyelar parti pembangkang yang memusingkan ucapan dasarnya berkaitan hak istimewa orang Melayu itu dengan kenyataan bahawa UMNO tidak perlu berkuasa kerana kononnya pihak lain pun boleh mempertahankan keistimewaan itu disebabkan ia sudah ada dalam Perlembagaan.

    Menurutnya, pandangan pembangkang itu tidak benar sama sekali kerana walaupun ia sudah terkunci kemas, namun kuasa politik perlu berada di tangan UMNO untuk menterjemah prinsip semangat peruntukan Perlembagaan itu.

    “Kumpulan yang di sebelah sana, dia pakar pusing, orang putih kata spinning. Dia very good at spinning. Dalam ucapan saya (ucapan dasar), saya tutup dengan mengatakan dalam apa juga keadaan, mesti kita pertahankan (hak istimewa Melayu).

    “Inilah masalah kita berdepan dengan pembangkang yang selalu memutar sesuatu kepalsuan untuk mengelirukan rakyat jelata.

    “Kita beritahu bahawa UMNO akan menyelamatkan masa depan Melayu dan negara kita yang tercinta. Tak ada orang lain (hendak pertahankan), nak kata dia (pembangkang) boleh... dulu sibuk reformasi, sekarang ini sibuk baling kerusi,” tegasnya.
    ...........

    ReplyDelete
  10. Di Malaysia, Melayu mesti Islam tapi Islam tidal semestinya Melayu. Di negara Arab, bukan semua orang Arab berugama Islam. Di Malaysia, mempertahankan Melayu seiring dengan mempertahankan Islam.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Anon 25 Okt 2010 @ 00:05,

    1 Bukan saja saya, bahkn kita smua umat lslm, tak kira dlm Pas, Umno atu Pkr; kitalh smua yg seWAJIBnya brasa sdih & ksal dgn politk Mlayu yg hnya mmecah-blahkn ksatuan & mahabbah [kasih-syang]umat lslm. Sudah brapa lama kita bgini? Kita smua mngaku briman kpd Nabi Muhammad saw, tapi ajran bginda supya politk digunakn utk mnaytu-padukan umat dlm ikatn syahadh yg sama, tapi sbaliknya digunakn utk brtlagh & brmusuhn. lni krja yg agama kita HARAMkn. Prkara hram sinonim dgn dosa. Dosa trus brpanjngn slagi kharamn itu blum ditingglkn. Cntoh: sgala fitnah [kburukn] brupa tohmhn, claan, makian, cera-mncerca yg abadi dlm blog spt ini, ttap brtrusan. Skalipn pada katika kita tidur, makan, kerja, solat, dsbnya cacatn dosanya juga brtrusan. Kita tak sdar kan? Tapi kita tak lepas dari dosa atas apa saja amaln 'buruk' slagi krja2 itu blum dtingglkan. Lain halnya dgn orng yg minum arak.. dasonya ktika dia mimun saja [wlaupun kkal ksannya sehnggalah dia brtaubat], tapi ktika tak minum, tak adalah dosa krana arak dicatat.. Harap2 smua admin blog politk peka akan hal ini.. krana slain mrugikan dirinya, juga tutut mrugikn ssiapa saja yg ikut mlakukn fitnah..Lbih drp itu, krja2 spt ini hanya dapt celaan Allah. Bukankh kita smua tau itu? wa Allhu a'lam.

    abu faiq

    ReplyDelete
  12. Betul apa kata Anon 25 Okt 2010 08:44.

    ReplyDelete
  13. salam,

    izinkan saya berkata sepatah dua.

    apa yang dinyatakan di atas oleh penulis mmg tidak disangkal. perubahan kuasa disebabkan oleh polemik politik dangkal pembangkang telah menjadikan kuasa melayu lemah. perpecahan sokongan melayu diantara Umno, Pas, dan PKR menjadikan ia satu kuasa yang bukan dominan.

    Namun begitu, rakyat tidak kira bangsa (cina tu lain lah, dah tau perangai kiasu dan kiasi)tahu akan hak mengundi. Sentimen Umno yang kononnya memperjuangkan hak melayu hanyalah pada nama untuk mereka.

    apa yang rakyat perlukan sekarang ialah ketelusan pemimpin. Walk the talk kata orang putih. bukannya kata kata retorik dan menakut nakutkan melayu seperti di atas.

    Sentimen dan populariti adalah permainan politik. tapi itu untuk zaman dahulu. dengan bantuan internet, rakyat mendapat 'first hand' information dan bijak menilai sama ada itu benar atau tidak.

    Jika inginkan melayu terus berkuasa, buang dinosaur politik yang dah lapuk. mengancam orang demi menunjukkan kuasa adalah bodoh. bangkitkan pejuang yang ingin membantu rakyat.

    Ramai yang berkaliber namun wang mengatasi segala galanya.

    Saya tak terkejut jika melayu hilang kuasa. ia adalah salah sendiri.

    ReplyDelete
  14. Salam,

    1 Pndngn itu 'betul' klu dnilai dari segi pndukungan lslm dlm sstem sekular yg mmisahkan hukum2 lslm dari urusn kehidupn. ltulh realiti yg djadikn cara pndukungan lslm di sini & di mana2 negari umat lslm sekrang, waima di Arb Saudi skalipun, iaitu undang2 lslm dlaksanakan [tapi tak ksluruhnnya], & skaligus dilaknsakn juga undang2 lain yg bukan drp lslm [kalu di sini undang2 sivil-sekular]. Sdangkan kerja spt ini tlah mnyirikkan hukum2 Allah dgn hukum2 buatn manusia. Umat Mlayu di sini pakai sstem yg ini; hukm2 lslm dguna [sbahagiannya saja], dicampur-aduk dgn hukum sivil-sekular.

    2 Kita blum mlihat & laksanakn lslm scara syumul [komprehensif/kaffah]. Prlu diingat, dlm lslam ada ibadah lslm spt; solat, puasa, zikir, doa, zakat, haji dsb. Tapi ada satu aspek lagi, iaitu kehidpn dgn sstem hukum lslm. Yg ini kita blum buat, tapi printah WAJIB mlaksanakannya datng drp Allah. Jadi, mana justifikasi nak mngabsahkan bahwa Mlayu-Muslm tlah mmperthankn lslm, sdangkn sstem syariat lslm masih trbuang jauh drp mnjadi paraturan kehidupn sbenar [scara kaffah], malahn sbagai gantinya kita [Malayu-Muslm] ttap mmperthnkn sstem sivil-sekular-Demokrasi-kapitalis yg brjalan skrang, bahkn di Kelantan..?

    abu faiq

    ReplyDelete
  15. Cakap tu boleh la di dengar tapi nak pakai kena timbang byk kali...

    Ridwan

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Anon 10:16,

    Tepat. Sebab itulah al-Quran dimulakan dgn "Iqra...". Baca, belajar, timbang, dengar. Salh baca, salah dengar, salah timbang, kita pasti mngambil yg salh juga..& yg pasti sivil-sekular-Demokrasi-Kapitalis itu salah, bukan sahaja mnyalahi fitrah manusia, malh labih jauh drp itu salah dari standard lslm sbab ia tdak prnah ada dlm ajaran Mumahhad saw. Tapi krana salah 'timbang', tidak mnjadikan lslam sbagai timbangan [standard/ tolok ukur], orang, trmsauk umat lslm, ambilnya, dukungnya & prtahanknnya smpai brpecah-blah uhkuwwhnya, sampai nak ambil yg drp lslm pun nak timbang2 banyak kali, tanda ragu2, tak yakin...

    abu faiq

    ReplyDelete
  17. okt 10:52, ralat: ejaan:'...ajaran Muhammad saw.'

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum PG,

    Setakat ini, parti komponen terbesar dalam Barisan seperti MCA,MIC dan Gerakan yang sangat-sangat merosot prestasinya dalam PRU12 tidak pun menunjukkan komitmen untuk memperbaiki prestasi mereka.

    Mereka masih terikut-ikut dengan desakan-desakan dan perjuangan DAP.

    Mereka diberikan kawasan-kawasan majoriti Melayu,tetapi tidak ada kesedaran pada diri mereka bahawa kemenangan mereka sebelum ini pun adalah disebabkan ihsan undi Melayu.

    diharap, dapat dibahaskan samada kawasan-kawasan ini diambil semula oleh UMNO kerana penyerahan kawasan-kawasan ini kepada komponan Barisan ini samalah seperti menyarahkannya kepada DAP.

    ReplyDelete
  19. anon 12:31,

    bahaskan: ini hujah simple saya:

    lembu makan pokok padi. lokus [belalang juta] pun makan pokok padi. lembu boleh disemblih & dimakan. belalang juta hanya memusnah. kalau lembu makan pokok padi pun masih ada baiknya. tapi memberi lokus makan pokok padi, sengaja mencari nahas. macam itulah persamaannya apabila umngok berikan kawasan majoriti melayu kad Mca atau Mic, tak ubah memberikannya kpd Dapig atau lndia yg ada semangat hindraf..tapi umngok tak pernah belajar2 dan penyokong-penyokongnya tak pernah sedar-sedar..lnilah yg mmbuatkan kuasa melayu lebih lagi LAYU disebabkan kebodohan umngok..

    dlm pr, kaum calon ditentukan mengikut majoriti kaum pengundi di kawasan itu. inilah keadilan berdasarkan politk yg berasaskan kaum di negara ini. tapi umbgok, konon nak 'adil' dia berikan pisau kpd kawan tapi kawan itu kemudian menikan dia balik. itu pun masih berikan lagi pisau itu...

    ReplyDelete
  20. Assalamaualaikum PG,

    Terima kasih anon 12:31, aku boleh terima apa yang telah kau nyatakan di atas!!

    Tapi, aku nak minta tolong kau ulaskan tiga perkara lagi!

    1. Mengapakah bila adun DAP di Kedah mengugut nak keluar pakatan, PAS dah kecut telur?

    2. Mengapakah Hassan Ali terdiam sampai sekarang dalam soal arak di Selangor bila digertak oleh DAP?

    3. Di manakah pejuang-pejuang PAS dan Melayu PKR bila tanah-tanah Melayu diambil di P.Pinan?

    Anon 13:50 pisau yang kau sebutkan di atas tu kepunyaan siapa pula????

    ReplyDelete
  21. Anon 13:50, Puak-puak ini yang berada di dalam Barisan, menikam dari belakang, sementara puak-puak ini yang berada di dalam pakatan terus-terang menikam dari hadapan!!!
    Jadi, sama-samalah kita renungkan!!!!
    Letaklah calun yang mewakili kaum kita di kawasan majoriti kaum kita!!!!
    Puak-puak ini telah dengan jelas menunjukkan mereka TIDAK MAHU DIWAKILI OLEH BUMIPUTERA walaupun DAP itu pandai bersandiwara dan PAS serta PKR pura-pura tidak faham kerana goblokkan kuasa!!!

    ReplyDelete
  22. masalah nya PG, ....bdak2 muda skrg ni la yg tak dak hala tuju....

    kita yg tua2 ni memang sah la sokong umno. masalahnya dgn bdak2 muda skrg ni....

    tak tau la dimana silapnya, aku dulu pun penah muda jugak, penah melalui umur 20thn dsbnya tapi org muda dulu cukup bersemangat sokong umno...tak mcm skrg.

    dulu yg main politik tak bertepi ni org tua2 sajaaa... org muda dok perati sajaaa....

    tapi skrg org muda sanggup jual apa saja dibadan utk dapat pengaruh dan harta benda. dengan angkuh sokong komunis.

    kita dulu dengaq komunis cukup benci....

    tapi bdak2 skrg buat main2 dgn kominis..... pelik sungguh...

    abg. aziz

    ReplyDelete
  23. Salam,

    1 Brdasrkn pndangn2 di ats, apakh & siapkh kita pda pandangn 'mreka' itu, slain umat lslm yg brtlagah, brpcah-blah, brsaing, jatuh-mnjatuhkn, lemh-mlemahkn & bnci-mmbenci ssama kita. Sungguh sangat gmbira & menang mreka atas kjahilan kita juga.

    2 Sbab itu saya rumuskn segla 'keclekaan' yg sngaja kita temph sndiri ini dlm respons saya pada 22:18, 09:27,& 10:52.

    3 Smoga kita sma2 sedari dgn sbnar2 keinsafn sbagai Muslm, baik drp Umno, Pas, Pkr, apakh yg sbanrnya sdang kita lakukan skarng ini utk generasi kita d masa dpan..

    abu faiq

    ReplyDelete
  24. Anon 14:23,

    Budak2 muda sekarang halatuju nya ialah pusat serenti. Elok juga kalo yg diatas sarankan agar buka cawangan UMNO di situ...

    Ridwan

    ReplyDelete
  25. Anon 14:33,
    Aku setuju! Kumpulan kita terus-menerus bercakaran sesama sendiri. Aku setuju bahawa 'kecelakaan' itu sengaja kita tempah sendiri!
    sementara puak-puak sebelah sana samada secara terang-terangan atau tersembunyi sedang cuba menghancurkan penguasaan yang telah kita kecapi!!
    Aku BUKANLAH ahli UMNO tetapi aku MENYOKONG KERAJAAN kerana aku sedar sekiranya kerajaan yang ada sekarang hancur, maka aku dan bangsa yang sama denganku akan menjadi pengemis di bumi sendiri!!!!!!!
    Minta maaf, aku katakan, aku tak dapat mengharapkan Melayu dalam Pakatan kerana kau lihatlah sendiri apa yang telah mereka buat di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang!! sejarah tidak berbohong.

    ReplyDelete
  26. Kepada anon 14:33 - kalau tahu tak pe. yang lain tu macam mana? Ada macam tak tahu dan buat tak tahupun ada. Ada tak ambil tahu dan ada juga tak tahupun. Ada sekadar makan tahu.

    ReplyDelete
  27. Semuanya telah berlaku dan akan berlaku sekarang baru tergadah. belum terlambat lagi kepada orang melayu Islam yang masih berpecah 3. bersatu lah demi ISLAM. Insya Allah kita semua terhindar dari binasa.Kembali lah kepada ajaran Al Quraan dan Hadith.Islam itu bersaudara.Cubit paha kiri pasti kanan merasa.Ambil lah yang jernih buang yang keruh.bukan senang nak senang tapi senang nak susah fikirkan lah dengan akal dan Iman.

    ReplyDelete
  28. SEBENARNYA YANG MENJADIKAN MELAYU PORAK PORANDA ADALAH BEKAS TANGAN MAHATHIR SEBAB BYK KES YG MELUKAKAN HATI MELAYU...PADA HUJUNG ZAMAN MAHATHIR LAGI ORG MELAYU/RAKYAT SUDAH TDK SUKA KPD MAHATHIR/UMNO/BN, DAN JIKA MAHATHIR TERUS BERKUASA DIBIMBANGI UMNO/BN LBH TERUK KALAH NANTI, DLM TERPAKSA, SEBAB ITU MAHATHIR MELANTIK MR CLEAN IAITU PAK LAH SBG PM...PAK LAH MENANG BESAR DLM T 2004 BUKAN UMNO/BN KUAT TETAPI DISEBABKAN :
    1. PERSEMPADANAN KERUSI PLHANRAYA YG BYK MENGUNTUNGKAN UMNO/BN
    2. MASA TAMBAHAN 2 JAM WAKTU PILIHANRAYA
    3. RAKYAT KHUSUSNYA MELAYU MENGANGGAP PAK LAH LBH BAIK DR MAHATHIR DGN PENONJOLAN IMEJ KESEDERHANAANNYA, IMEJ ISLAMIK, LEMAH LEMBUTNYA...DLL

    TAPI BILA DAH MENANG BESAR..TENGO DIA LANYAK RAKYAT...!! SEKALI LAGI RAKYAT, MELAYU BENCI PAK LAH/UMNO/BN DGN "MENTSUNAMIKAN" UMNO/BN 2008...

    JGN TIPU LAH UMNO...BHW KEROSAKAN INI BYK BERPUNCA DR MAHATHIR LAGI...DAN SKRG NI MEMANG DAH TAK LEH NAK BETULKAN LAGI...NAK ATAU TIDAK UMNO PASTI AKAN DIKEJUTKAN SEKALI LAGI NANTI PRU 13!!! TUNGGU LAH!!!

    ReplyDelete
  29. Anon 15:10,

    Makan tahu masih bole lagi. Jgn makan taik sudah la...

    ReplyDelete
  30. MONDAY, OCTOBER 25, 2010

    KES LIWAT II :KARPAL MENG"GERUDI" HABIS...BERSEPAI-SEPAI KELUAR....OOPPPSSS MALUNYA...TERLONDEH SUDAH!!!

    Karpal Singh telah meng'gerudi' pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim.
    Hasil daripada 'gerudi'nya itu ber'sepai-sepai' keluar berbagai-bagai 'rahsia' serta 'misteri' yang telah berlaku sebelum ini.

    'Misteri' 1

    Dr Razali Ibrahim mengesahkan bahawa doktor-doktor pakar HKL ada memeriksa Saiful antara 28 Jun sehingga 13 Julai 2008 selama 3 jam dan sepanjang pemeriksaan itu pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.

    Beliau juga berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku.

    Dr.Razali juga mengesahkan memang wujud sebuah laporan pemeriksaan awal malah laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun ketiga-tiga berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing.

    Apabila Karpal Singh menyoal sama ada laporan pemeriksaan awal itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab “ya”.

    'Misteri' 2

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkejut dengan pendedahan Dr. Razali bahawa ada wujud sebuah laporan pemeriksaan awal terhadap pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi laporan itu tidak dibentangkan di mahkamah.

    'Misteri' 3

    Ketua pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak tahu menahu mengenai laporan pemeriksaan awal terhadap Saiful yang dimaksudkan oleh Dr Razali, malah inilah kali pertama beliau mendengarnya.

    Perbicaraan kes liwat ini kemudiannya ditangguhkan sehingga esok bagi membolehkan pihak pendakwaan mengesan laporan perubatan awal berkenaan.

    ReplyDelete
  31. SAMBUNGAN ATAS...


    HA..HA..HA..HA...HARI INI PENDAKWA PULAK YANG MINTAK TANGGUH BICARA...APA DAH JADI YOP!!!

    GELABAH GELABAN.....

    ReplyDelete
  32. Apahalnya tuduh Tun Mahathir! Masa Tun,orang Melayu mana boleh dipijak. Selepas beliau turun dan hingga sekarang inilah Pakatan Keadilan sudah tak lagi hiraukan warisan nenek moyang mereka kononnya "Malaysia dulu melayu kemudian",ada tak pula bangga jadi Melayu. Dato Seri Najib sampai menggelabah dan akhirnya terpaksa henjut habis bahawa Melayu sememangnya istimewa apatahlagi tanah Malaysia adalah warisan dari nenek moyang mereka.jangan omong-omong lagi, tutup buku.

    Makan tahu belum gerenti tahu.

    ReplyDelete
  33. Anon 16:59,
    Haaaaaaa? Betul ke Anwar Tak bersalah? Anwar dibebaskan?????
    Barua hang!!! Aku ingat sungguh!!!!
    Celaka!!!! Terkejut aku!!!
    Ih.....ihh....iiihhh......
    Aku ingat betul, bila hang seronok tak tersangga!!!!

    ReplyDelete
  34. hah..apa hal plak nih? bumiputra islam Batu Sapi boikot calon BN...? apa hal plak? teruk cam nih bro!!

    ReplyDelete
  35. ye ke di batu sapi begitu.? temberang kot. keh keh keh

    ReplyDelete
  36. Salam,

    Anon 21:53,

    1 Mjoriti Bumiputra di Batu Sapi itu Muslm. Klu itu pndirian mreka, mmang sangt mnepati pringatn Allah, mksdnya.."Jnganlh orng2 yg briman mngambil orng kafir mnjadi aulia' pmimpin dgn mningglkn orng2 yg briman. Ssiapa yg mlakukn [lrangan] yg dmikian, maka tdaklah dia mndapt [prlndungn/prtlongn] drp Allah dlm ssuatu apa pun...]. Sila rjuk ini dlm surah Ali lmran, ayt 28. Juga hadis Nabi saw, mksdunya, "Jngnlah mminta api [kpimpinhn/pnerangn] kaum muysrikin" [Hadis riwayat Ahmad & Nasa'i].

    2 Wlau apapn alasn Bmiputra ini, pndirian mreka yg sdmkian nyata brtepatn dgn printh2 & larngn2 Allah.

    3 Smoga kita juga sntiasa istiqomah [tekal] & tguh pndirian dlm mntaati & mnjunjng printah2 Allah brbanding yg lain2 krna pasti dituntut prtnggngjawaban kita di alam barzah & juga di yaumul Mahsyar klak. ltulh prinsip asas apbla brakidah dgn akidh lslam.

    abu faiq

    ReplyDelete
  37. DI BATU SAPI, POPULASI MELAYU/BUMIPUTRA/ISLAM BUKANKAH MELEBIHI 60% DR KAUM2 LAIN...KENAPA UMNO/BN TDK MELETAKKAN CALON YG LBH MAJORITI? KENAPA LETAK CALON YG MINORITI?

    ALASAN : INI LAH TOLAK ANSUR UMNO/BN...KEPALA HOTAK LA...!!!SANGGUP TOLAK MAJORITI DEMI MEMENANGI HATI MINORITI!!

    KALAU MENGATA ORG BUKAN MAIN LAGI...

    ReplyDelete
  38. Anon 08:08,

    1 Lebih buruk lagi, demi mmenangi hati minoriti, prbuatan itu telah "menyakiti hati Allah.." apbla dirujukkan kpd ayat-Nya & hadis Rasul-Nya saw yg saya nukilkan dlm respons saya pada 08:00 di atas.

    2 Sungguh "berani" & nekadnya mreka itu demi 'kmenagan' [klu bolh dikata kmenangan, krana sbenarnya kekalahn] d dunia yg smentara ini brbanding ni'mat syurga atau pedih-azabnya siksa neraka - yg brkekaln...

    abu faiq

    ReplyDelete
  39. 08:42
    YA...TOIYIB..ABU FAIQ...NAMUN PUAK2 ITU MANA ADA ROH MUSLIHAT SPT ITU ...

    ReplyDelete
  40. Anon 08:54,
    1 ltulah sayangnya, yg sangat diksali..

    2 Maka, mnjadi sangt pnting & mnjadi tuntutn yg paling utama dlm agenda "transformasi"nya agar sblum dbuat yg lain2nya, kena dlakukn dulu prubahan pmikiran & pmbuggaran smula akidah lslamiyahnya ktika brpolitk, iaitu mngikatkan & mnsenyawakan aktiviti politk dgn ikatan akidah lslamiyah; dgn mngikatknnya kpd hukum2 hahal-haram, dosa-pahala, haq-bathil, utk mraih syrga atau nraka; tdak boleh mmbuta-tuli dlm brfikir & brtindak sehngga tdak brbeza dgn politknya kaum kafir, krana mreka memng sah2 KAFIR, sdangkan kita Muslim yg diWAJIBkn brpegang tguh kpd hukum2 Allah dlm sgala hal, trmasuk dlm brpolitk...

    3 Klau mau yakin dgn sbnar2 yakin kpd akidah lslam, maka imanilah bahawa stiap prbuatan sseorng Muslim, trmasuk dlam brpolitik, ttap di dlm pmerhatian-Nya, & trcatat sama ada trmasuk amar ma'ruf nahi munkar atu sbaliknya, iaitu sama ada jadi ibadah atau maksiat kpd Allah. lni yg swajrnya mnjadi pgangan stiap politikus Muslim, baik drp parti pun dia..Namun, jika sbaliknya, dia jadi poliTIKUS..yg mau mmbaiki labu, tapi sbnarnya smakin mmesongkn pmikiran & kyakinan umat dari ideologi lslam...

    4 Satu fahamn yg sngat trpesong dari pndangan lslm jika mngirakan politk trkeluar drp ibadah, sehngga krana politk maka printah2 & larangn2 Allah pun bolh suka2 dilnggar, ditndang ke tepi.. ltu BUKAN politk acuan lslam. ltu pakej politk orng2 yg mnolak hakikat sbnar lslam..

    abu faiq

    ReplyDelete
  41. BRAVO ABU FAIQ...

    UMNO MANA? JAWAB LAH!!

    ReplyDelete
  42. Anon 15:05,
    Tolong suruh Abu Faiq komen sedikit tentang petua-petua (fatwa?) yang perturunkan oleh N.ajis!!

    Adalah ia menepati apa yang disarankan oleh Abu Faiq????????

    ReplyDelete