Tuesday, 19 October 2010

SETUJU BENAR MAJLIS PEGUAM DIBUBAR !!!!!






KUALA LUMPUR 18 Okt. - Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan serta ahli-ahli Exconya didesak agar meletak jawatan sekali gus membubarkan badan tersebut kerana didakwa gagal menjaga kredibiliti dan profesionalisme dalam menegakkan keadilan.

Desakan itu disuarakan oleh Majlis Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Islam hari ini, yang terdiri daripada 10 NGO bernaung di bawahnya.

Antara NGO terbabit adalah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIB).

Selain itu, Majlis gabungan NGO itu juga tidak bersetuju di atas hukuman penjara tujuh tahun terhadap dua suspek yang bersubahat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Sementara itu, Timbalan Presiden majlis NGO terbabit, Rahimuddin Md. Harun berkata, mereka mendesak Ragunath dan Exconya meletak jawatan kerana Majlis Peguam didapati gagal untuk memantau aktiviti ahli-ahli mereka termasuk menyenaraihitamkan peguam bermasalah.

Katanya, lebih dikesalkan, majlis tersebut tidak memperjuangkan nasib mangsa kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

"Ia tidak seperti mana perjuangan mereka apabila melibatkan kematian tahanan polis, A. Kugan dan Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir kira-kira 30 orang yang mewakili NGO-NGO masing-masing.

Menurut Rahimuddin, sebagai sebuah badan profesional, Majlis Peguam sepatutnya berperanan proaktif dengan mengasingkan mana-mana peguam yang bermasalah melalui kenyataan secara terbuka di dalam media massa.

Sementara itu, Ketua Wira Perkasa Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah pula berkata, Majlis Peguam seharusnya berdiri di atas satu landasan yang bebas.

"Bagaimanapun apa yang kami lihat mereka cenderung ke arah parti politik dan ini langsung tidak menunjukkan ia sebuah badan memegang integriti.

"Kami tidak mahu Majlis Peguam berlandaskan parti politik tetapi kami mahukan mereka berdiri atas integriti, bersikap adil dalam apa jua isu," katanya.

Penghuni Gua : Setuju benar dengan cadangan di atas. Majlis ini bersifat dua muka. Dalam kes bunuh Sosilawati, Majlis mengatakan ia tidak berkuasa mengawal ahlinya . Juga Majlis mengatakan ia disebabkan salah polis yang lambat menyiasat kes 2 peguam / sapek berkenaan.

2. Tetapi dalam hal lain majlis boleh pula campurtangan dan bertindak melebihi kuasanya. Malah kadangkala mendahului mahkamah. Lihat aje dalam kes KPL Jenain, Kugan dan isu anak yang bapanya memeluk islam . Majlis mendahului mahkamah , seolah polis sudah bersalah.

3. Tetapi dalam kes 2 saspek bunuh Sosilawati Majlis sesekali aje bersuara itupun sekadar nak melepaskan batuk ditangga. Jika tidak Majlislah juara dalamm segala hal dan mengetahui dalam semua perkara. Nerekalah bijak dan sebagainya.

4. Bila dalam kes Sosilawati , baru kita tahu belang dan kebodohan Majlis ini. Langsung tidak boleh buat apa-apa. Nak cadang tubuh Suruhanjaya Di Raja ke pun tak berani bagi menyiasat dan mengkaji adakah Majlis ini masih relevan dalam sistem perundangan negara.

5. Hobok pun tak ada. Kalau kena pada kerajaan dan kesilapan pihak berkuasa, sikit-sikit cadang tubuh Suruhanjaya Di Raja, Jawatan Kuasa Siasatan dan sebagainya. Majlis ini mungkin kurang sedikit dari sampah aje atau dalam kata lain, tak ubah seperti pelacur undang-undang aje.

6. Menyampah. Tak gitu? Si Jubah hitam ini kelihatan seperti hantu berkeliaran dengan jubah hitamnya ke hulu ke hilir. Hanya menakutkan orang , tetapi satu pun tak membahayakan manusia. Cuma buat semak aje adalah. Tak gitu ?

Nota : Dalam isu akuan bersumpah Rashid dan Rahimi , apa peranan majlis dan pendirian majlis dalam isu ini? Bisu seribu bahasa. Mengapa? Kerana mereka hanya padai bercakap dan nak salahkan orang lain sahaja. Punggung sendiri penuh dengan tahi yang tak pernah dicuci.

32 comments:

  1. FULLAMAK...SAMPAI BEGITU SEKALI? DESAK BUBAR BAR COUNCIL (BC)? BUKAN KERJA BC NAK MENJAGA PEGUAM2 YG RAMAI YG BERNAUNG DI BWH BC..BILA DAH ADA KES POLIS, MAKA PIHAK BERKUASA LAH YG SEPATUTNYA BERTINDAK...

    SERUPA LAH DGN JIKA ADA AHLI UMNO/BN BERMSLH LBH BAIK DIBUBARKAN SAJA UMNO/BN, BEGITU GAK PARTI2 POLITIK LAIN...BUKAN?

    BILA BC TDK MEMIHAK PD UMNO/BN INI LAH JADINYA...DI MAALYSIA NI, SESIAPA YG MENENTANG ARUS, PADAH JAWBNYA!!!

    MENGARUT!!

    ReplyDelete
  2. Salam PG,
    ...."punggung sendiri penuh dengan tahi yang tak pernah dicuci".......
    Saya tertarik dengan petikan di atas....
    ..... kot ada kena-mengena dengan Al-juburi kot!!!
    cerita mengenai punggung ni macam pernah dengar.....

    ReplyDelete
  3. bubar BC adalah kata-kata yang sering di keluarkan oleh BC bila menyentuh hal orang lain. jadi makan lah kata-kata sendiri pulak. pulang paku buah keraslah anon 1127. itu pun susah nak fikir?

    kalau BC boleh cadang tubuh itu ini, letak jawatan orang itun morang ini: jadi cadangan ini patut BC telah baliklah !!!

    itu isunya

    katak puru

    ReplyDelete
  4. DAN..KALAU UMNO/BN DAH TAK MAMPU NAK URUS TADBIR NEGARA DGN BAIK, BAIK SERAH JER KE PIHAK YANG BOLEH MENGURUS NEGARA DGN BAIK...NI KIRA SERUPA LAH DGN CADANGAN NAK BUBAR BC DGN PERKARA2 LAIN...
    ISUNYA KETIDAKMAMPUAN MENJALANKAN TUGAS!!!

    PULANG PAKU BUAH KERAS BALIK KPD KATAK PURU 11:38

    ReplyDelete
  5. Dewasa ini, Majlis Peguam dalam minatnya untuk berganding bahu dengan pihak pembangkang, nampaknya telah bertukar sifat menjadi seolah-olah Majlis Perampok & Pembunuh

    ReplyDelete
  6. Anon 11:46,
    Kalaulah UMNO dah tak mampu mengurus tadbir negara, bolehkah kau tolong sebutkan pihak yang dapat menguruskannya dengan baik? Tolong jelaskan sejelas-jelasnya! Aku pun memang berminat juga untuk mengetahuinya!

    ReplyDelete
  7. Anon 11:46,
    Amboi sampai hati hang tak jawab no?
    tapi aku taulah, pihak yang yang maksudkan tu tentulah kerajaan 16 September! Kalau itulah jawapannya, aku nak tergelak berguling-guling. tapi taklah sampai berguling atas jalanraya. Takut...... la ni bas ekspress dipandu terlalu laju.
    Hang pernah tak baca cerita lawak zaman tok nadoq dulu-dulu tu? Cerita tentang Mat Jenin,
    tentu hang pun akan tergelak berguling-guling kalau hang baca!!!

    ReplyDelete
  8. anom 1207.. jgn dok melayan anom 1146. dia tu mmg ahli dap atau PKR xpun PAS. dia suka menjilat jerk.... kita kalau nak runtuh pemerintahan yg sedia ada mesti nyatakan pihak mana yg boleh urustadbir negara. jgn hentam suh BN letak jawatan atau apa. ckp biar terang anom 1207. tu pun sebab menang ihsan coz org menyampah PM yang sebelum ni n menantu dia jerk. kalau tidak.. xde la PKR ke perikatan ke nak menang cam tu..

    ReplyDelete
  9. Anon 12:07,

    Ada berapa pihak yg ada kat M'sia ini dlm arus politik kekuasaan & pemerintahan? Ada sepuluh? Lima belas? Tak ada bukan? Cuma ada dua saja. Macam tangan, cuma ada tangan kanan & tangan kiri. Kalau tangan kanan dah cacat atau kudung, tangan mana yg kena urus hal2 keperluan tubuh badan? Ada tangan yg ketiga ke? Tangan kiri bukan? Bukankah spt itu juga; cuma ada BN dan PR. Kalau dah BN cacat,kudung, PR sajalah alternatifnya. Tak kan PPP dari S'pore...
    Matematik kacang macam tu pun engko dlm Umngok tau nak selesaikan...

    ReplyDelete
  10. alaah, anon 11.46 tuu.. semua blog di masuk dan komen, tapi isinyer takder.. ni jenis budak belum akhil baligh tapi nak menyampok cakap orang tua2. satu bendapun tak reti konon nak tunjuk terer.. kalau dah bijak sangat, kenapa tak bagi saranan kamu? kalau setakat nak komplen, budak tadika pun pandai komplen. memang kau mentaliti budak belum sekolah.

    ReplyDelete
  11. 19 okt 2010 12:31: Ralat: "...tu pun engko dlm Umngok TAK tau nak selesaikan.

    ReplyDelete
  12. Anom 12:31,
    Tolong baca tulisan anom 12:07, mengapa tak berani nyatakan terang-terang? Dia hanya nak tengok keberanian anda menyatakannya secara terang-terangan!!
    (terimakasih anon 12:27)

    ReplyDelete
  13. Salam PG,
    Anon 12:31, tak perlu perturunkan formula matematik kacang,
    Kalau kau baca komen anon 12:07 yang ditulisnya pada pukul 12:24, memang dia tau. dia bukan bodoh macam kamu.
    aku pun teringin juga nak tahu macam anon 12:07 tu.........
    Ada berani ke?

    ReplyDelete
  14. Tidak ada wakil rakyatpun negara boleh ditadbir terus oleh YDPA melalui JPM dan seterusnya kebawah melalui, Pemancha,penghulu, ketua kampung/ ketua desa bersamaan dengan imam masjid dan surau dan mereka boleh bertindak selaku ADUN. Apa-apa pembangunan hendaklah mendapat restu Penghulu dan Ketua kampung barulah bajet boleh disalurkan ketempat tersebut. Maka bajet baru-baru ini nampaknya seolah sudah memberikan kuasa semula kepada imam, pemancha, penghulu dan seumpamanya bilamana elaun mereka ditambah. Jika demikian, mereka-mereka (ahli-ahli parti politik)YB-YB takdelah dapat kerja dan takde lah dapat peluang jadi YB-YB- itupun tak bagus. Duit negara kan banyak -perlulah diagih-agihkan.

    Wakil rakyat pula bincang hal rakyat di Dewan Rakyat dalam persoalan dasar dan dibayar upah - kiranya adalah kerja.

    Yang tadbir pun tidak semestinya UMNO kerana tidak semua penjawat awam dan tadbir awam ahli-ahli atau penyokong UMNO. UMNO (Akta Pertubuhan)sekadar satu organisasi yang diberikan mandat oleh YDPA untuk tadbir bagi pihak YDPA kerana popularitinya dikalangan rakyat jelata Tuanku, dan kepercayaan rakyat kepada organisasi itu (UMNO)dan sekutu mereka (BN: MCA & MIC etc) - itu sahaja. Jadi Tuankupun dengan senang dan besar hati tanpa perlu fikir banyak berikan UMNO dan sekutunya dalam BN mandat mentadbir (bukan memerintah)bagi pihak Tuanku dan mereka dikehendaki bersumpah (akujanji)depan Tuanku pula supaya buat kerja biar betul-betul.

    BN berjaya menawan hati rakyat mungkin kerana pakejnya lebih baik berbanding pakej pembangkang. Itu bukan bermakna pakej pembangkang tak boleh dipakai langsung, cuma pakej mereka kurang memikat. Umpamanya seperti pakej Celcom, Maxis, Digi - sikit lebih kurang. Masing-masing ada pengikut masing-masing atas sebab tersendiri. yang mempunyai pakej terbaik lagi menawan semestinya menang. apapun yang dipilih, sama ada Celcom, Maxis, atau Digi - bil tetap perlu dibayar atau talian kena potong.Maka jangan terlalu terpedaya dengan mana-mana janji manis yang tidak masuk akal.

    anggaplah pilihanraya suatu persaingan untuk menawan rakyat Tuanku dan mandat mentadbir bagi pihak Tuanku bukannya permusuhan anatara satu sama lain. Yang tidak menang boleh terus cuba lagi dipilihanraya akan datang, tapi mestilah ada pakej lebih baik dan menawan. Nak suka-suka jadi PM mana bole.

    ReplyDelete
  15. salam PG,
    seburuk-buruk kerajaan Saddam Hussein yag kejam,diktator dan apa-apa lagi, Iraq masih dalam aman jugak, bila Saddam Hussein tumbang baru la nak meratapi penuh kekesalan..so di malaysia ni jangan lah cuba2 nak bereksperimen nak tukar pemerintah...seburuk2 BN, Malaysia aman dan sentosa..TQ
    -Aku-

    ReplyDelete
  16. salam PG,
    BC memang dipenuhi oleh hero-hero tamil yang byk terpengaruh dengan cerita-cerita dalam astro..

    TQ

    ReplyDelete
  17. 12 :31

    BRAVO BRO..INI LAH MASALAH BRO BILA AKAL YG TAJAM DAH TUMPUL, KUDRAT YG SEHAT DAH REPUT, KESIHATAN YG ELOK DAH MULA BATUK2, KEMAKMURAN DIHARAP, BALA BENCANA MENDATANG, USIA MUDA DAH NAIK SEMPUT, CUMA NAFSU SERAKAH SAHAJA YANG TIDAK BISA TUNDUK-TUNDUK..

    TAPI ORG MENYEDARI BHW SEMUA KEPUNYAAN DAN KEKUASAAN UMNO/BN MAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA..INGATLAH, BAHAWA DUNIA INI TUHAN JADIKAN BERPASANGAN/BERLAWANAN, MULA PASTI AKAN BERAKHIR (HARAP2 PUAK2 NI FAHAM LAH)...KAMU WAHAI UMNO/BN MESTI MENERIMA HAKIKAT BHW KEDUDUKAN KAN KAMU KINI TDK SEGAGAH DAHULU, MAKIN BYK RAKYAT NAIK MELUAT DGN KEPINCANGAN DAN KEBURUKAN KAMU...OLEH ITU BERSEDIALAH UNTUK KAMU DITUKARKAN, PASTINYA KPD YG LBH BAIK.

    TAK USAHLAN BERERTORIK KATA PEMBANGKANG MEMERINTAH HANCUR MALAYSIA..ITU KATA2 ORG YG SAKIT JIWA DAN MELAWAN KETENTUAN TUHAN...YG HANCUR BUKAN MELAYU,, MELAYSIA ATAU SBGNYA..TAPI YG HANCUR ADALAH UMNO/BN...BERSEDIALAH ANDA UTK DITUKAR GANTI AKIBAT KELEMAHAN ANDA, SPT MANA YG ANDA CADANGKAN KPD BC UTK DIBUBARKAN KERANA DAKWAAN KELEMAHAN BC...BERSEDIALAH...

    ReplyDelete
  18. Salam PG
    BC ni pun macam pertubuhan lain yang memerlukan lesen dan sokongan ahli untuk beroperasi. Kalau penubuhan dah lari dari tujuan asal, ahli berhak untuk bersuara.

    Untuk penyokong pembangkang - tengok diri dalam cermin dulu baru nak tukar kerajaan!

    ReplyDelete
  19. SALAM PG,
    AKU INGIN MERAKAMKAN RASA SYABAS KEPADA "AKU"!!!!
    WALAUPUN PENDEK TETAPI TEPAT DAN PADAT....
    jangan jadi macam anon 12:31 yang NYANYUK LAGI MENYANYUKKAN.

    ReplyDelete
  20. salam PG,

    UMNO/orang Melayu kalau lemah, kita akan perbetulkan,tegur..mana2 pemimpin yang tak berkaliber,minta berundur..takkan disebabkan segelintir..semua nak ditendang habis..itu cuma cakap2 orang yang cuba nak dapat kuasa...kalau ikhlas, guna saluran betul..bukan terjerit terpekik terlolong2 cakap BN/UMNO tak betul..ingat..yang tak betul hanya segelintir, bukan keseluruhan...DAN YANG PALING PENTING..BUKAN SENANG NAK TADBIR MALAYSIA YG BERBILANG KAUM...byk aspek yang perlu dipertimbangkan...TQ

    ReplyDelete
  21. Anon 12:58,

    Apakah Celcom, Maxis atau Digi menganiaya orang2 yg tidak melanggan mereka spt mana BN menganiaya, menganak-tirikan & menzalimi rakyat di konstituensi2 yg tidak memilih BN memalui pelbagai potongan & penyisihan peruntukan? Apakah mereka tidak membayar cukai yg dipaksakan oleh kerajaan pusat ke atas mereka? So, siapa yg memusuhi siapa? lni hal nyata yg semua orang dah tahu sangat. Buatlah analogi yg bijak sikit..!

    Satu lagi; kamu pun ada menyebut bahawa dasar dibuat di Dewan Rakyat. Jadi yang segala pemancha, penghulu, ketua kampung & imam2 buat itu bolehkah ikut suka2 mereka atau sebaliknya mesti mematuhi dasar yang telah ditetapkan oleh Dewan Rakyat [kerajaan]? Contoh yg paling mudah ialah; kenapa imam2 tidak dibenarklan membuat khutbah sendiri yg sangat sesuai dgn persoalan di tempatnya, tapi sebaliknya mesti membaca khutbah yg disediakan oleh kerajan pusat atau negeri walaupun isinya tak revelan langsung dgn permasalahan di satu2 tempat. Kalau tengok dari segi syara', cara yang mana lebih afdhal..!

    "Tuanku dengan senang hati dan besar hati tanpa perlu fikir banyak..."..Memanglah, itu semuanya cuma satu formaliti, sebab tuanku pun tidak ada kuasa eksekutif. Buat apa perlu fikir banyak2...

    ReplyDelete
  22. Anon 13:09,

    Masalah dlm Umngok dan selurh parti komponen BN ini, yang busuk2 & tak betul dan tak pernah betul2 itu berada di basrisan depan sekali..dan merekalah pembentuk dasar parti, sekaligus mempengaruhi corak pentadbiran negara..Contoh: kalau menteri kewangan betul cara berfikirnya, cukai import barang keperluan rakyat banyak, spt tepung, gula, susu, bahan2 binaan dsb yg dikurangkan..bukan barang2 kesukaan oranga kaya spt minyak wangi, seluar & baju dlm buatan ltali, beg tangan buatan perancis, penyembur ketiak, penyembur & dye rambut import. ltu utk golongan glamour puak2 bik mama dan yg selagu dgnnya. Apa faedah yg rakyat umum di kampung dapat?. Rakyat banyak tak pakai pun benda2 itu semua..

    ReplyDelete
  23. Anon 13:29,
    Apabila khutbah dibacakan oleh orang lain (bukan imam yang dilantik), kau tahukah apa yang dibacanya?
    politik, politik, politik....
    maki, maki, maki.......
    puak dia semua betul, betul, betul....
    puak lawan semuanya salah, salah, salah......
    Inikah kandungan khutbah yang engkau maukan?

    ReplyDelete
  24. Tempat saya pun kerajaan PAS hanya layan penyokong dia saja . Imbuhan ladang rakyat hanya hadiah kepada penyokong setia sahaja, bukannya kepada orang miskin bagi juga bantuan lain. Tok Wakil pas hanya melawat kumpulannya sahaja. Makna adil adalah memberi sesuatu kepada tempatnya bukanlah sama rata , bukankah bagitu!

    ReplyDelete
  25. Anon 13:49,

    Yg baca khutbah drp pejabat agama negeri2 atau drp jakim itu imam2 yg dilantik oleh kerajaan..
    yg tak dilantik sudah diancam akan didakwa atau dijel. puak2 ni dah tak ada peluang, ditutup segala lubang mereka utk baca khutbah lagi dah, termasuk mereka yg hafiz & lebih 'beragama' drp imam2 klasik lantikan Umngok; imam2 para pengangguk Umngok...

    Anon 13:51,

    kalau kerajaan kelantan anak, dan kerajaan pusat bapak, dia buat begitu sebab bapaknya, kerajan pusat yang ajar begitu..cuba kamu pindah ke johor, pahang, ns, melaka, trengganu, perlis, sabah, sarawak. lihat apa yg BN buat selama 53 tahun di konstituensi2 yg dlm aura pembangkang...! ditindas mereka. Sebab itu, kalau tak mau ini terus berlaku, pada PRU 13 ni kita overhaul semua..buang BN..berikan kuasa pusat kpd PR, nak tengok apa pula yang berlaku... kalau rakyat tak suka, rewamp balik PRU di 14.. ada berani?

    ReplyDelete
  26. salam PG,

    mana2 yang suka nampak yang buruk/keburukan orang lain...amat malang hidupnya seolah2 Tuhan sukar untuk memberi hidayah..hati yang jernih diselubungi perasaan hasad/dengki..segala kebaikan yang BN/kerajaan buat, semuanya ditolak tepi...perlu cerminkan diri kita yang suka mencari keburukan/kesalahan pihak lain...muhasabah diri dengan menanyakan apa sumbangan kita kepada masyarakat dan negara..sebusuk2 'UMNGOK' ada orang melayu hidup merempat..cuma yg malas berusaha dan asyik mengharapkan bantuan sahaja memilih cara untuk hidup susah..TQ

    ReplyDelete
  27. Anon 14:16,

    Bodohlah kalau ada orang yg menolak kebaikan, tak kira kebaikan drp kerajaan atau pembangkang. Tapi selema 53 thn BN memerintah, yang sangat merosakkan negara ini ialah apa yg mereka 'tolak masuk' ke dalam kocek2 dan tembolok2 mereka, kroni2 mereka, bini2 mereka, suku-sakat mereka, dan anak-pinak mereka..Dan bodohlah sesiapa yg mengatakan benda2 busuk ini tak dilakukan oleh Umngok...

    ReplyDelete
  28. anon 14:13,
    ....kalau rakyat tak suka, rewamp balik PRU di 14.. ada berani?......
    ihhhh iihhhh iiiiihhhh
    Ada berani? takutlah aku...
    lingkup negara ni....
    minta dijauhkan oleh Allah Taala........

    ReplyDelete
  29. anon 1430

    apa kurang kerajaan pokm nik dabn menangtunya . apa kurang kerajaan khalid di selangior. makan kedarah hasil bumi juga. ape cite

    ReplyDelete
  30. takebeer mana slogan membangun bersama Isle kenapa takut pada Dapig cakap saja lebih teloq bagi sama cina Dap

    ReplyDelete
  31. Celcom, atau maxis etc, bank apapun, penghujungnya kena bayar, mana ada free. Bila tak bayar mesti kena henjut depan belakang. Jani-janji seperti memberikan percuma ini, dan percuma itu, ini mengarut dan macam bagus dan biar betul.

    Terpulanglah kepada pengundi memilih mana yang boleh memberikan pakej yang menawan. Parti-parti yang tidak dapat memerintah, faham-faham sajalah dan akan sentiasa cari silap sajalah. Malahan tidak ada yang akan dikatakan betul. Bab nak puji yang baik yang dilakaukan pihak lawan memang takde dalam buku.

    Kita pengundi pun bukannya tak kurang faham.

    ReplyDelete
  32. ANON 15:47
    HAHAHAHA KESIAN KT ANON BODOH SORG NI
    SPELLING BM PUN HANCUR ADA HATI NK BAGI KOMEN
    LU PUNYA BAPAK TARAK AJAR KA WOI?

    TO ANJING2 UMNGOK-JGN TUNJUKKAN KEBODOHAN ANDA YG SUDAH TERSEDIA BODO....

    ReplyDelete