Tuesday, 30 November 2010

DAH PENYAMUN !!!! TERIMA AJELAH AKIBATNYA !!!



"Adakah anak saya rayu untuk nyawanya?"

Aidila Razak
Nov 29, 10
1:16pm




Tiada apa yang lebih penting bagi seorang ibu daripada memastikan beliau mendapat keadilan daripada mereka yang terbabit dalam pembunuhan anak lelaki remajanya.

Bagi, Norhafizah Mad Razali saat-saat terakhir sebelum anaknya ditembak mati oleh polis sentiasa menghantui dirinya.

"Saya sentiasa tertanya-tanya apa yang berada di fikirannya, bagaimana perasaannya sebelum ditembak mati. Adakah dia merayu supaya dibiarkan hidup?

"Adakah dia menanggis dalam kesakitan?” soal Nohafizah lagi dengan berlinangan air mata meskipun suaminya, Shapiei Zainal Abidin yang juga menitiskan air mata cuba menenangkannya. Berita lanjut : KLIK.

Penghuni Gua : Dah sah mereka penyamun. Samun stesyen minyak. Serang polis. Kena tembak biasalah. Takkan nak tunggu polis kena tetak dulu baru nak tembak ke ? Pakai akallah. Terimalah kegagalan kita mendisiplinkan anak kita.

2. Berdoa ajelah kepada Allah agar remaja ini diampunkan dosa remaja ini dan ditempatkan di kalangan mereka yang terbaik hendaknya.

3. Banyak sebab remaja ini jadi begini. Jangan nak kambing hitamkan pihak lain / polis pulak atas kesilapan pihak lain dalam mendisiplinkan remaja ini. Terimalah takdir ini!!!!

4. Dah banyak dah anggota polis tumbang ditangan penyamun dan perompak!!! Ada mereka kisah? Ada puak pendokong hak asasi ini kisah? Hak asasi ini bukan untuk penjenayah sahaja tetapi hak asasi ini untuk polis juga. Juga hak asasi awam untuk hidup aman damai dari penyamun dan penyangak juga perlu diberi perhatian. Buka mata dan fikiran kita dalam sudut 360' agar nampak hak semua. Bukan hak seseuatu pihak sahaja.

5. Kadangkala tu , menyampah juga melihat kes-kes begini. Asyik nak salahkan dan nak kambing hitamkan PDRM aje. Cuba nilaikan diri sendiri.!!! Kan lebih baik!!! Tak gitu ? Cuba lihat kes terdahulu begitu juga. Akhirnya hari ini dalam mahkamah, saksi menjelaskan si mati telah melanggar 2 pengguna jalanraya lain. Nasib baik tak bungkus dua pengguna jalanraya itu. Dan nasib baik polis berjaya menembak mati pemandu nya , jika tidak ada lagilah malam itu mangsa lain yang dilanggar. Dan mungkin mati kot !!! KLIK

Nota : Ibu budak ini kata " Tiada apa yang lebih penting bagi seorang ibu daripada memastikan beliau mendapat keadilan daripada mereka yang terbabit dalam pembunuhan anak lelaki remajanya." . .. Pada PG, ibu ini kena cermat sikit dalam berbahasa. Ini bukan pembunuhan anaknya tetapi anaknya ditembak mati oleh polis dalam percubaan merompak dan menyerang polis. Polis suci hati mengambil tindakan menembak. Bukan niat membunuh tetapi menembak mati kerana polis berhak berbuat demikian bagi mempertahankan nyawa, harta diri sendiri dan nyawa serta harta orang lain. Itu undang-undang katalah !!!

HAB HIBURAN MALAM DI PULAU PINANG !!! MANA SUARA PAS DAN MELAYU PKR ????

Dipetik dari blog : Media Permatang Pauh




Penghuni Gua : Di bawah pentadbiran Lim Guan Eng kini, P.Pinang sudah menjadi setanding dengan Thailand didalam bab hiburan malamnya. Tak percaya?? Lihatlah sendiri video di atas yang dirakamkan di Mois Bristro P.Pinang.

2. Inilah contoh cara pentadbiran gaya Khalifah Lim Guan Eng. Nak juga dengar komen Ustat Idris Ahmad dan Mahfuz dan si Tantawi serban tu. Selama ini lantang sangat mengecam kerajaan bila nak dibuat hab hiburan malam. Yang bodohnya , bukan hab serupa di Pulau Pinang ini. Tetapi bukan main lagi 3 makhluk itu mengecamnya. Jadi PG nak juga mendengar apa komen dan kecaman dari 3 makhluk ini.

3. Nak harapkan kecaman dari exco agama dan Tim Ketua Menteri Mansor tu hapah pun tak ada. Dia telah dibisukan oleh Lim Guan Eng. Dibisu dan telah dilembukan. Melayu , bila dah dilembukan jadilah seperti 3 ke 4 ekor di atas. Senyap tak berkokok . Sebab itu PKR dan PAS nak buang nama Melayu dan ketuanan melayu. Dia nak melayu yang jadi lembu seperti 3 ekor di atas tu le.

4. Apa komen Pok Nik dan TGHH agaknya bila melihat vedeo ini ??? Meleleh air lior kot? Tak gitu ?

Nota : Mana exco agama Malik Kassim, Salleh Man dan juga Mujahid Rawa...Tolong komen sikit....

MALAYAN LAW JOURNAL : KES NELAYAN ASING / JAMINAN !!!!!


[1994] 1 MLJ 201
Ment & Ors v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CRIMINAL REVISION NO 43–23–93

Judges VINCENT NG JC

Date 3 DECEMBER 1993

Citation [1994] 1 MLJ 201


Catchwords:

Criminal Procedure — Trial — Applicants acquitted by lower court — Magistrate made an order under s 311 of the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) for all the applicants to be released on bail or in default, to be committed to prison pending disposal of appeal to High Court — Whether such order illegal — Whether magistrate functus officio — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 311

Criminal Procedure — Appeal against acquittal — Court’s discretion to exercise power under s 323(i) of the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) to commit accused to prison or admit to bail pending disposal of appeal — Factors to bear in mind whem exercising discretion
Statutory Interpretation — Construction of statutes — Penal statutes — Strict construction — Principles applicable

Bahasa Malaysia Summary:
Pemohon, sembilan orang rakyat Thai, yang telah dituduh dan dibebaskan kerana menangkap ikan di perairan malaysia tanpa permit, suatu kesalahan di bawah s 15(1)(a) Akta Perikanan 1985. Selepas membebaskan pemohon, majistret telah membuat suatu perintah di bawah s 311 Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’) supaya semua pemohon dilepaskan atas jaminan RM6,000 setiap orang dengan seorang penjamin tempatan atau, jika ingkar, mereka akan dipenjarakan sementara menunggu penyelesaian rayuan ke Mahkamah Tinggi. Pemohon telah memohon di bawah s 323(i) Kanun itu keputusan majistret dikaji semula.

Diputuskan:

Diputuskan, mengetepikan perintah majistret berkaitan dengan ikatan jaminan keatas pemohon tetapi membenarkan permohonan pihak pendakwa raya supaya mahkamah mengeluarkan suatu waran memerintahkan supaya pemohon dipenjarakan atau diikat jamin sementara menunggu penyelesaian rayuan itu:

(1) Suatu perintah supaya pemohon diikat jamin mempunyai kesan memenjarakan mereka sementara menunggu penyelesaian rayuan itu, sekiranya mereka gagal mendapat wang jaminan itu. Perintah sedemikian oleh majistret itu jelas menyalahi undang-undang melainkan jika terdapat suatu pemberian bidangkuasa yang jelas di bawah s 311 Kanun itu atau di dalam peruntukan yang lain. Di dalam kes ini, tidak terdapat peruntukan yang jelas di bawah s 311 atau di dalam sebarang peruntukan di dalam Kanun itu yang mengenakan penalti yang sedemikian ke atas pemohon. Tidak boleh dipersoalkan lagi bahawa suatu perintah pembebesan tidak mengenakan sebarang obligasi atau memperuntukkan sebarang hukuman Oleh itu, mahkamah memerintahkan supaya perintah majistret itu berkaitan dengan ikatan jaminan ke atas pemohon diketepikan kerana beliau bukan functus officio.

(2) Permohonan pihak pendakwa raya di bawah s 315 Kanun itu, supaya mahkamah mengeluarkan suatu waran yang memerintahkan supaya pemohon dipenjarakan atau diikat jamin sementara menunggu penyelesaian rayuan itu, dibenarkan dan mahkamah memerintahkan supaya pemohon diikat jamin sebanyak RM1,500 setiap orang dengan dua penjamin tempatan dan jika ingkar, suatu waran akan dikeluarkan untuk memenjarakan pemohon sehingga rayuan terhadap keputusan majistret untuk membebaskan pemohon diselesaikan.

Per curiam

Sebarang undang-undang yang mempunyai kesan keatas kebebasan seseorang individu, sama ada beliau seorang rakyat negara itu atau sebaliknya, mestilah jelas dan nyata sebelum dapat melucutkan hak kebebasannya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

Monday, 29 November 2010

DYMM SULTAN SELANGOR DUKACITA MELAYU GADAI BANGSA SENDIRI !




Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan bangsa sendiri.

Baginda mendedahkan, matlamat golongan berkenaan adalah agar sistem Raja Berperlembagaan disemak dan dikaji semula.

"Sehingga ada suara yang lantang daripada orang Melayu sendiri yang meminta perkataan 'Melayu' yang ada pada ungkapan 'Raja-raja Melayu' hendaklah dihapuskan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Segelintir Melayu memang seperti titah tuanku. Ada melayu seperti Kak Jah isteri DSAI tak megah pun tentang bangsanya. Beliau minta hapuskan ketuanan melayu apatah lagi membanggakannya.

2. Suaminya , kelmarin dulu, telah menawarkan Lim Kit Siang ( dia antara makhluk yang mencetuskan ISA ) menjadi Timbalan Perdana Menteri jaka PR menawan Putra Jaya. Melayu ini jangan kiralah. Semua perkara akan diliwatnya. Asal sedap, maka akan ada alasan untuk menghalalkannya.

3. Semalam pun , Pok Nik juga memperlekehkan Melayu Islam di Malaysia. Memang le, Pok Nik pun bukan melayu tulin tetapi keturunan siam. Pok Nik minta banggakan islam. Tetapi Pok Nik lupa Melayu di Malaysia ini jika dirujuk maka ia merujuk ia melayu islam.

4. Tetapi hairan juga, bila dekat pilihanraya pandai pulak Pok Nik minta orang Melayu memangkah PAS. Banyak kali , bila tiba PRU , isu Melayu pun Pok Nik dan PAS mainkan.

5. PAS pun menipu duit Melayu melalui Kohilal. Cuma bila dah menipu pencarum / pemegang saham, atau bila rugi, baru nak kaitkan dengan islam. Begitulah PAS. Bila semput baru nak guna melayu. Nak lepas tengkok guna islam. PAS !!! Bukan tak kenal, jenis makan kiri kanan.

6. Nak kata islam tak juga PAS ni. Nak war-warkan hudud pun takut. TGHH dan Mustafa Ali pun sekarang kata hududd hanya 1 juzuk aje dalam quran. Tak pentinglah maknannya. PAS dah korner baring. Pok Nik aje mimpi.

7. Pada PG, PG bangga sebagai Melayu. Apa lagi Melayu Islam. Tak ada pun nak usik hak orang lain. Cuma nak pertahankan hak sendiri. Nak pertahankan agama orang melayu, hak orang melayu dalam perlembagaan, bahasa Melayu, Tanah Melayu dan juga semua yang berkaitan Melayu. Salah ke ?

8. Kepada orang Melayu dan pengundi muda melayu !!! Berhati-hati dengan pelacur politik begini. Mereka akan menjual bangsa dan agama dan apa sahaja bagi mencapai matlamat politik mereka. Bila menang melayu dilupakan. Bila kalah, terhegeh-hegeh meminta pertolongan Melayu. Ada ke selama ini orang melayu di Malaysia nak ganggu kaum lain . Jangan ambil pot le dengan DSAI dan PKR tu, dia boleh semuanya! Jawatan TPM pun ditawarnya kepada bapa perkauman Lim Kit Siang!!!

VEDEO PEMILIHAN PARTI GANSTER !!!!

Dipetik dari Blog : House PK

Penghuni Gua : Wajah PKR. Demokerusi PKR di Sabak Bernam. Nak memerintah Putra Jaya. Jahanamlah negara. Memperlekeh polis separuh nyawa. Tetapi sekarang terhegeh-hegeh minta bantuan polis. Tak ada muka ke? Mengapa suroh polis bantu dan siasat. Kata polis tak pandai siasat, berpihak dan tak adil. Dalam kes ini tak takut ke nanti polis berat sebelah, tak adil dan lambat?

2. Itulah wajah PKR. Takkan ini pun konspirasi UMNO atau BN kot ? Keh keh keh keh keh !!! Parti gangster biasalah guna cara ini. Pemilihan cara gangster!!!! Biasalah !!!!

GELI-GELI PAGI : KISAH DSAI !!!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com


Penghuni Gua : Keh keh keh keh keh !!!!! Diri sendiri pun nak baiki tak lepas. Nak baiki parti!!! Boleh jalanlah. Keh keh keh keh keh keh !!!!!

Sunday, 28 November 2010

DSAI ANUGERAH ALLAH ? BIAR BETUL KAK JAH !!!!

Alahai !!! Tersipu malunya DSAI ini !!! Kih kih kih kih ...

Penghuni Gua : Awuuuuwww!!!! Tersipu-sipu malu si DSAI. Mahu tidaknya. Kak Jah telah menyatakan bahawa manusia DSAI ini adalah satu anugerah Tuhan ( bukan Allah ) kepada rakyat Malaysia.

2. Nak termuntah hamba mendengarnya. Memanglah anugerah " Tuhan " kepada rakyat Malaysia. tetapi Allah mahu rakyat Malaysia mengambil ikhtibar tentang perangai keji makhluk ini. Perangainya secara peribadi dan perangainya dalam politik yang boleh apa sahaja asal menguntungkannya dan partinya.

3. Anugerah Tuhan !!! Keh keh keh keh keh !!!! Memang le anugerah Allah untuk dijadikan sempadan. Bukan mengikutinya. Kesian juga kak Jah ini. Mungkin dia bercakap ni pun kerana dipaksa oleh DSAI. Dia hanya kumat-kamit mulut aje. Selama ini kecoh bagai nak rak pemilihan PKR tetapi Kak Jah diam seribu bahasa. Alih-alih semalam boleh pulak promote DSAI anugerah Tuhan!!! Lawak, lawak !!! Keh keh keh keh keh !!!!

KEBEBASAN MEDIA GANGTERS PKR !!!! APA KATA HATTA NUJ ?

Dipetik dari : KLIK

Penghuni Gua : Inilah kebebasan mengikut acuan PKR. Kebebasan nenek mereka kot. Cuma PG nak minta satu aje!!! Apa komen Hatta Presiden NUJ yang bercakap berdegar-degar mengenai kebebasan media dan menghentam kerajaan dengan teruk sekali. Apa agaknya Hatta nak komen mengenai kebebasan akhbar ala PKR ini. Ala-ala samseng lah dengan bahasa mudahnya!!!

2. Minta Hatta beri komen sikit!!! Atau mulut Hatta dah naik kurap kot ? Tak gitu ?

Saturday, 27 November 2010

PANAS, PANAS !!!! SHAMSUL AMK MEMINTA BANTUAN ADI PUTRA MENGIRA UNDI PKR / AMK !!!!



Penghuni Gua : Hishamuddin Rais ( Jenglot bontot DSAI ) di blog Tukar Tiub mengelar Shamsul AMK sebangai pemimpin bangang kerana membawa Adi Putra ke Kongres AMK semalam. Menurut Jenglot ini , inilah jadinya jika pemuda AMK memilih pemimpin yang menipu. Maka dapatlah seorang pemimpin bangang.

2. Pada PG pun, memang si Shamsul ini bangang dan tak pernah cerdik pun. Cuma lebihnya kerana dia muka tak tahu malu dan muka sardin saja serta bodoh sombong. Apa ke jadah bawa budak Adi ini ke Kongres AMK. Tak ada kaitan langsung. Nak politik pun cari cara lainlah. Takkkan nak guna budak semuda ini untuk mendapat kredit politik. Lihat apa ulasan Agenda Daily dalam isu ini. KLIK

3. Inilah contoh kebodohan dan kebangangan seorang pemimpin yang mendapat kemenangan melalui penipuan dan tanpa mandat ( hanya 9 % undi ). Kesian AMK mendapat pemimpin sebodoh ini. Mungkin Shamsul AMK bawa Adi Putra ke pentas ini adalah bagi membantu AMK dan PKR bagi mengira undi pemilihan PKR. Sebab orang PKR tak seorang pun mempunyai kepandaian metematik. Sebab itu kejap menang, kejap kalah, kejap kalah, kejap menang. Jadi Adi Putra yang genius matematik boleh membantu AMK dan PKR di masa depan bagi membuat pengiraan. Terutama pengiraan pemilihan AMK yang menang semput aje.

4.Untuk lebih ummmmphhhhhhhh sila baca sajak Jenglot Tukar Tiub ( Jenglot Hishamuddin ini pun sama bangang nya dengan Shamsul AMK. Dulu dialah raja memburukkan kerajaan di luar negeri. Kini menjilat balik kahaknya. ) mengenai kebangangan Shamsul AMK di bawah :


..................................................................................................
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… INI KERANA MENANG DENGAN MENIPU… INILAH HASILNYA… kah kah kah..

kah kah kah… INI LAH BUKTI MENANG MENIPU…kah kah kah..

kah kah kah… INI BUKTI MENIPU PALING MUTLAK…. kah kah kah…

kah kah kah… HASILNYA...YANG PALING BODOH DILANTIK…. kah kah kah

kah kah kah…. HARI PERTAMA NAK TUNJUK BANGANG … kah kah kah..

kah kah kah…. NAK TUNJUK BANGANG… BUAT LAH DALAM BILIK SORANG DIRI …kah kah kah..

woit… MACAM MANA ANAK MUDA BOLEH LANTIK PEMIMPIM MACAM INI…. kah kah kah..

kah kah kah… HABIS LAAA ANAK ANAK MUDA JADI BANGANG… kah kah kah..

kah kah kah… INI BETUL BETUL SETARAF DENGAN PEMIKIR PEMUDA GEROMBOLAN LOKMAN ADAM… kah kah ka…

kah kah kah… CIIIT… POOORAH…. BODOH PUNYA ORANG… kah kah kah…

nota:
tentang anak kecil bijak ini
biar saya surahkan satu sejarah
pada tahun 1973 ada seorang anak muda
dari utara berumur empat tahun
anak kecil ini boleh membaca akhbar utusan

maka di persidangan gerombolan anak muda ini diarak ke hulu ke hilir
ketika itu persidangan gerombolan diadakan di dewn bahasa dan petaka

kemudian anak muda ini di heret ke univeristi malaya
anak kecil ini dibawa ke fakulti ekonomi dan di perlihatkan
kebolehan dia membaca

heboh seluruh negara
lebih heboh dari jom heboh
inilah tanda bijaknya anak melayu.

para kang kong pun heboh sama
saya ketika itu menjawat setiausaha pmum
saya menolak kerja bodoh ini
untuk saya anak kecil biarkan mereka bermain sepuas hati
anak kecil ada dunianya sendiri

15 tahun kemudian apa jadi dengan anak bijak ini ?
tak sekolah dan keluar masuk serenti

tak caya tanya unku aziz
kerana dia terlibat dalam kerja bodoh ini

nota:
nasib baik bodoh dan bangang ini
bukan penyakit berjangkit
kalau tidak hancur amk kah kah kah

nota:
amk perlu mencari ubat
agar kebangangan ini tidak merebak kah kah kah

nota:
anak kecil pakar metemetik ini dalam bahaya
kalau azmin padang tembaga tahu
anak kecil ini akan menjadi sama seperti hang nadim

kenapa?

bila besar dia menjadi pakar ilmu hisab dan kira-kira
pasti boleh mengira undi dengan betul kah kah kah

KESULTANAN KELANTAN : DAULAT TUANKU !!!!





PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini, semalam memutuskan bahawa Tengku Mahkota Kelantan berkuasa penuh sebagai Sultan apabila Sultan negeri itu mengalami ketidakupayaan seperti yang peruntukan oleh Perlembagaan Negeri Kelantan.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata Perlembagaan Negeri Kelantan juga memperuntukkan bahawa Tengku Mahkota boleh melaksanakan tugas Sultan walaupun Sultan tidak mengalami ketidakupayaan.

“Kami berpendapat hanya seorang individu patut menguruskan hal ehwal Negeri Kelantan pada satu-satu masa,” katanya dalam penghakiman setebal 33 muka surat itu.
Oleh itu, kata, Zulkefli, Tuanku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra, tidak mempunyai kedudukan dari segi undang-undang untuk meminta Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai persoalan berkaitan kuasa dan kewibawaan Tengku Mahkota itu ketika Sultan mengalami ketidakupayaan.

Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Md Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, sebulat suara menolak petisyen Tuanku Ismail Petra selepas membenarkan bantahan awal peguam Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili responden, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra), bahawa ayahanda baginda tidak ada bidang kuasa merujuk persoalan itu kepada mahkamah berkenaan.

Tuanku Ismail Petra, yang memfailkan petisyen berkenaan pada 5 Mei dan 22 Jun tahun ini, menamakan Sultan Muhammad V dan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden. Dalam petisyen itu, Tuanku Ismail Petra memohon Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai beberapa persoalan undang-undang sama ada Sultan Muhammad V, yang memangku jawatan Tengku Mahkota ketika itu, mempunyai kuasa memecat atau melantik anggota Majlis Perajaan.

Sultan Muhammad V dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 24 Mei tahun lalu oleh Majlis Perajaan atas alasan ayahanda baginda gering.
Pada 13 September lalu, Sultan Muhammad V dilantik sebagai Sultan Kelantan oleh Majlis Perajaan. Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei tahun lepas.

Zulkefli berkata, Tuanku Ismail Petra tidak boleh melaksanakan kuasa sebagai Sultan mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan, selagi Tengku Mahkota menyandang jawatan ketika baginda mengalami ketidakupayaan.

“Ini kerana, disebabkan ketidakupayaan pempetisyen (Tuanku Ismail Petra) sebagai Sultan Kelantan ketika itu, Tengku Mahkota Kelantanlah dan hanya Tengku Mahkota Kelantan saja yang akan melaksanakan kuasa yang diberi kepada ‘Sultan’ mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan,” katanya.

Katanya, Tuanku Ismail Petra hanya boleh melaksanakan kuasa itu setelah kembali semula ke Kelantan dan menyandang jawatan sebagai Sultan Kelantan.

“Mengikut fakta yang ada di hadapan kami, pempetisyen tidak berbuat demikian sebaik saja pulang ke Kelantan pada atau kira-kira pada Mac 2010. Malah, pempetisyen terus berada dalam keadaan tidak berupaya, manakala responden pertama (Sultan Muhammad V) terus menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

“Berlandaskan alasan di atas, pempetisyen tidak boleh melaksanakan sebarang kuasa yang diperuntukkan kepada ‘Sultan’ selagi ada Tengku Mahkota.

“Pempetisyen, yang mengalami ketidakupayaan, tidak boleh melaksanakan kuasa itu, melainkan beliau pulih daripada ketidakupayaan yang dialaminya,” katanya.

Zulkefli berkata, tiada bezanya antara kuasa yang dilaksanakan Sultan Muhammad V ketika baginda menjadi Tengku Mahkota Kelantan dan kuasa yang dilaksanakan seorang Sultan yang memerintah, tanpa mengira sama ada Sultan Muhammad V dilantik oleh Majlis Perajaan atau oleh Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Ismail Petra. – BERNAMA

Penghuni Gua : daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Banyak pihak berkepentingan dalam hal ini. Banyak pihak cuba memanjangkan krisis ini dengan menggunkan berbagai cara. Ia tidak lain , hanya untuk melemahkan Institusi Kesultanan Melayu secara perlahan-lahan dalam jangka panjang. Kita semua perlu melihat ke arah itu. Hati-hati dengan perkara ini.

2. Tiga perkara utama yang akan melemahkan kerajaan dan orang melayu, Institusi Kesultanan, Pasukan keselamatan dan Kehakiman. Tiga institusi inilah tulang belakang orang melayu dan negara ini. Sebab itu , ketiga nya diserang kiri kanan sejak dahulu lagi bagi melemahkannnya dalam jangka panjang.

3. Hati-hati semua. daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. PG doakan semuga Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Ismail Petra segera sembuh dari kegeringan. Juga semua Allah memberikan perlindungan kepada Sultan Mohamad Ke V menduduki tahta Kerajaan Kelantan. Daulat Tuanku.

Friday, 26 November 2010

MENYAMPAH TERHADAP SHAMSUL AMK KOT ? KEH KEH KEH !!!

Dipetik dari : Agenda Daily

Penghuni Gua : Kosong !!! Kosong apabila tiba masa Shamsul AMK berucap di kongres AMK pagi tadi. Apa maksud ruang kosong ini? Mungkin penyokong PKR dah naik meluat dengan PKR dan pemimpinya. Menyampah dengan perangai penjenayah pemimpinnya atau menyampah dan meluat melihat Shamsul AMK yang menang Ketua AMK tanpa mandat. Hanya tak sampai 9 % undi yang diperolehinya. Ketua AMK tanpa mandat. Jadi lepas ini , jangan dok sembang banyak sangatlah Shamsul. Cukuplah apa yang dah anda kencing selama ini!!!! Penyokong anda pun tak rela dikencing lagi.!!!

2. Kah kah kah kah kah !!!!!

Wednesday, 24 November 2010

DSAI BUNGKUIH LAGI !!!! TERBALIK KOT !!!!




Salhan K Ahmad
Nov 24, 10



Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan penghakiman yang ditulis dalam bahasa Inggeris adalah sah dan memutuskan hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.

Dalam keputusannya, mahkamah juga menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Namun penghakiman mahkamah rayuan juga dibuat dalam bahasa Inggeris.

Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri.

Beliau bagaiamanpun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.

Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikkeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang mana beliau berkata sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Sehubungan dengan penghakiman hari ini, Anwar juga diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000, meskipun peguam Mahathir - VK Lingam memohon RM100,000. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bungkuih lagi DSAI. Hari-hari malang dan kelam makin menghampirinya. RM 70 K terpaksa dibayar kepada Tun Mahathir. Harapkan RM 100 juta tetapi yang berlaku sebaliknya.

2. Lihat gambar di atas. Itulah gambaran keadaan keuzuran DSAI di masa depan. Mungkin bermula awal tahun depan. Maka berkelana dan bergelandanganlah dia.

3. Dalam kes liwatnya , hari ini dia berjaya dapat nota profoma. Tetapi kes liwat ini tetap akan menghimpitnya. Istana Sungai Buloh tak sabar menanti ketibaan pemimpin agung PKR ini. Lagi bagus semasa dia ke Sg Buloh nanti, mintalah kalau dapat Si Shamsul AMK atau Che Bard iringinya. Mungkin DSAI ada nak berikan pesanan sebelum pintu istana Sg Buloh ditutp dan dimanggakan.

4. Apa pun, Tahniah Tun Mahathir. Kepada DSAI, kau lupakanlah kalau nak kenakan Tun M. Kau silap orang. Sebab itu kau terus tunggang langgang sehingga kini. Yang benar dan ikhlas dalam perjuangannnya tetap dilindungi Allah sentiasa. Itul;ah Tun M.

Tuesday, 23 November 2010

BICARA HARI INI PUN DILIWATKAN JUGA !!!








Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Ini merupakan kali kedua Anwar memohon untuk hakim itu menarik diri. Permohonan pertama beliau telah ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin serta di Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan.

Sehubungan itu, peguamnya akan mengemukakan permohonan melucutkan Mohamad Zabidin daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : YAA Hakim pulak dipersalahkan. Bolerh pulak tertuduh bergaduh dengan pegawai pendakwa.

2. YAA Hakim nak digugurkan. Dulu semua saksi nak digugurkan. Kemudian semua pegawai pendakwa nak di gugurkan. Keterangan saksi pun semua nak dibuang.

3. PG cadangkan agar DSAI buat mahkamah sendirilah. Biar dia jadi peguam, dia jadi DPP, dia jadi saksi dan dia sendiri jadi ahli kimia , biar dia sendiri jadi doktor. Kan senang. Jadi semua lapuran akan ikut skrip yang dihendakinya.

4. Lawak bodoh kes liwat ini akan berterusan untuk beratus tahun lagi. Inilah kes liwat yang akan memecahkan rekod Guiness. Pecah rekod , penangguhan paling banyak, tangguhan paling lama, bantahan paling banyak, repot sakit peguam paling banyak. Rekod jumlah peguam yang bisu paling banyak setelah karpal sakit. dan lain-lain yang tak larat nak disenaraikan.

5. Itulah liwat. Memang sukar semuanya. Benda dan perkara yang paling sedap dan haram ini memang sukar segalanya. Banyak perliwatan berlaku sepanjang kes dibicarakan. Itulah perliwatan!!!!

6. Minggu depan , mungkin tangguh lagi kerana ada pula peguam akan jatuh sakit. Tak percaya , lihatlah nanti. Liwat, oh liwat !!! Dia ajelah yang betul !!!!! Biarkan si luncai dengan labunya !!!

SPM DAN STPM : ADIK-ADIK , JAWAB DENGAN HATI-HATI !!!


Adik-adik pelajar semua. Bacalah soalan dengan hati-hati dan fahami kehendaknya. Jawab dengan betul. Semuga adik-adik semua berjaya dengan cemerlang . Selamat menjalani peperiksaan. Amin !!!

MALAYAN LAW JOURNAL : MENGENAI JAMINAN / AMAUN JAMINAN / ASAS JAMINAN / BUDI BICARA MAHKAMAH !!!


1995] 2 MLJ 385
Ramlah bte Selamat & Satu Yang Lain lwn Pendakwa Raya
Case Details:

Malaysia MAHKAMAH TINGGI (IPOH) — PERMOHONAN JENAYAH NO
54–6–95

Judges ABDUL HAMID EMBONG PK

Date 21 APRIL 1995

Citation [1995] 2 MLJ 385


Catchwords:

Acara Jenayah — Jaminan — Permohonan untuk mengurangkan jaminan — Sama ada terlalu tinggi sehingga menjadi suatu hukuman — Prinsip penentuan amaun jaminan — Amaun jaminan 21Ú2 kali denda maksimum — Sama ada boleh mengambilkira sentimen masyarakat umum dalam penentuan amaun

Facts:

Sepasang suami isteri (‘tertuduh tersebut’) telah didakwa di mahkamah majistret dengan tuduhan berniat bersama untuk menganiayai seorang kanak-kanak dengan cara yang menyebabkan dia mengalami kecederaan fizikal. Kesalahan tersebut boleh dihukum di bawah s 26(1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan/atau penjara maksimum lima tahun. Tertuduh tersebut telah mengaku tidak bersalah, dan majistret telah mengenakan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, sementara menunggu perbicaraan.

Tertuduh tersebut telah memohon ke Mahkamah Tinggi untuk mengurangkan jaminan tersebut, atas alasan bahawa: (i) amaun jaminan yang terlampau tinggi itu tidak mampu dibayar oleh tertuduh tersebut, dan oleh itu membawa kesan yang sama seperti mereka tidak dibenarkan jaminan; (ii) tiada bukti yang menunjukkan bahawa mereka akan melarikan diri; dan (iii) penahanan mereka akibat jaminan yang melampau tinggi adalah bertentangan dengan prinsip bahawa seseorang tertuduh dianggap sebagai tidak bersalah sehingga dibuktikan sebagai bersalah di sisi undang-undang. Timbalan pendakwa raya pula berhujah bahawa amaun jaminan tersebut harus dikekalkan kerana kes ini membangkitkan perasaan kecewa dan marah di kalangan masyarakat umum, dan kanak-kanak yang didera itu telahpun meninggal dunia.

Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Menurut s 389 Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) (‘KAJ’), tujuan pengenaan jaminan ke atas tertuduh ialah untuk memastikan bahawa tertuduh itu hadir di mahkamah pada hari perbicaraan. Jika keseluruhan Bab XXXVIII KAJ yang berkaitan dengan jaminan ditelitikan, dapat dilihat bahawa pendekatan yang diambil adalah berdasarkan prinsip bahawa seseorang tidak bersalah di sisi undang-undang sehingga terbukti demikian. Berpandukan prinsip yang sama, s 389 KAJ juga menyatakan bahawa amaun jaminan yang dikenakan itu tidak haruslah keterlaluan. Oleh itu, mahkamah perlu meneliti sama ada amaun jaminan yang dikenakan itu tidak keterlaluan sehingga menjadi satu bentuk hukuman ke atas tertuduh tersebut.
(2) Seksyen 389 KAJ telah memberikan budi bicara yang luas kepada mahkamah untuk menentukan amaun jaminan dengan mempertimbangkan perihal yang khusus dan faktor peribadi tertuduh tersebut, misalnya pendapatan keluarganya dan kehadiran seorang bayi yang masih memerlukan jagaan mereka.

(3) Walaupun kes ini membangkitkan perasaan marah dan kecewa di kalangan masyarakat umum, mahkamah tidak dapat menerima sentimen itu sebagai suatu faktor yang boleh dipertimbangkan, dan perlu menegakkan keadilan berlandaskan prinsip undang-undang.

(4) Dalam kes sini, mahkamah membuat kesimpulan bahawa amaun yang dikenakan sebagai jaminan tersebut adalah terlalu tinggi dan mendatangkan kesan sebagai suatu hukuman. Mahkamah juga tidak nampak asas bagi menetapkan amaun jaminan yang 21Ú2 kali melebihi denda maksimum. Lantaran itu, mahkamah menurunkan amaun jaminan kepada RM7,500 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan memerintahkan supaya Jabatan Imigresen Malaysia tidak meluluskan sebarang bentuk pas perjalanan kepada tertuduh tersebut.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

EMAIL PESANAN PEMIMPIN CABANG PKR : PKR PERLU HENTIKAN LAWAK BODOH MEREKA !!!!





Dalam dunia politik Malaysia sifirnya mudah. Samada rakyat memperguna orang politik atau orang politik memperkuda rakyat. Samada kita sebagai rakyat memperguna Anwar Ibrahim untuk mencapai cita-cita perubahan atau Anwar Ibrahim memperguna kita untuk cita-cita beliau menjadi PM semata-mata, atau beliau memang ikhlas memimpin perubahan.

PKR telah berjaya mengakhiri sebuah pemilihan paling demokratik di Malaysia apabila membuka proses memilih pemimpin kepada semua anggota parti. Walau apa pun yang diperkutukkan, PKR harus diberi pujian atas usaha mengembangkan demokrasi. Pemilihan parti 2010 akan termaktub dalam lipatan sejarah politik tanah air sebagai usaha baik yang gagal. Kisah kegagalan ini harus kita terima dengan berlapang dada dan ikhlas. Jangan sekali-kali kita gusar dengan sesuatu yang memalukan kita.

Kata orang “sendiri buat sendiri tanggung”. Pemilihan parti jelas gagal menarik penyertaan 400,000 anggota parti. Puratanya peratus anggota yang keluar mengundi kurang daripada 10%. Bermakna 90% anggota parti tidak endah untuk terlibat memilih kepimpinan. Setiausaha Agung harus menelan alasan yang beliau beri kepada kita semua bahawa faktor final Piala Malaysia dan 2 pilihan raya kecil menjadi punca peratusan keluar mengundi begitu teruk.

Menjawab kepada ketermaluan ini, pembesar-pembesar parti juga seperti YB Ketua Umum, juga YB Senator Timbalan Presiden, juga YB Setiausaha Agung, juga Yang Belum Ketua AMK tetap mengatakan bahawa kita lebih baik daripada UMNO sebab pemimpin kita dipilih oleh 20,000 anggota berbanding UMNO yang hanya melihat sekitar 2,000 perwakilan terlibat memilih pemimpin.

Kata orang “Jangan ditegak benang yang basah, akibat nanti tertonjol kemaluan sendiri”. Latar proses pemilihan UMNO, PAS dan DAP berbeza dengan latar pemilihan parti kita. UMNO anjur kejohanan futsal 5 sepasukan, dan kita anjur kejohanan bola sepak padang 55 orang sepasukan. Acara kita gagal apabila hanya 7 orang yang menyertai pasukan yang asalnya diriuh-rendahkan 55 orang sepasukan. Selepas acara kita gagal, janganlah kita beritahu orang kata kita lebih baik sebab kita main 7 orang, sedangkan UMNO hanya main 5 orang.

Kata orang “pakai baju ikut saiz”, “bertelur sebiji jangan riuh satu negeri”. Pembesar parti janganlah berterusan buat lawak-lawak seumpama ini. Apa saya nak jawab tatkala pulang ke kampung, ibu-bapa saya bertanya, saudara-mara menyindir, teman-teman PAS mengutuk, kawan-kawan UMNO mengeji. Apa saya perlu jawab kalau 7 orang sahaja keluar mengundi MPP dan 3 orang keluar untuk memilih Ketua dan Exco AMK di Pekan, Pahang yang mempunyai 645 anggota.

Henti buat lawak, bina semula parti, biarlah kemaluan terdedah tetapi jangan sekali-kali nampak bodoh.

Khairul Pahang


Penghuni Gua :Di atas adalah email dari seorang penyokong / pemimpin PKR peringkat cabang PKR yang meluahkan perasaan dan pesanan agar PKR serta pemimpinya menghentikan segala lawak bodoh mereka selama ini.

2. Memang lawak bodoh pun pemilihan PKR yang penuh dengan demokerusi itu. Pemenang yang tidak bermandat. Hanya tak sampai 20, 000 undi dari sejumlah 400,000 ahli. Sah ke pemilihan tersebut? Mandat mencukupi ke kalau ikut amalan demokrasi.

3. Pemenang tanpa sebarang mandat. 10 % , mandat ke apanya !!!Demokrasi tahi kucing ade le !!!!!!

4. Pengundi muda : Fikirkan. Adakah parti sampah ini layak mentadbir negara kalau dilihat cara ia menguruskan proses pemilihan parti mereka sendiri? Jahanam negara jika mereka memerintah. Keadaan proses pemilihan PKR adalah gambaran wajah dan standard pentadbiran mereka nanti jika memerintah negara. PKR dan PR ini biasalah. Mereka akan buat dulu kemudian baru fikir bagaimana nak selesaikannya. Mereka nak menang dalam keadaan apa pun dalam PRU. Kemudian baru fikirkan bagaimana nak mentadbir negara. " Blue print " nya tak ada. Simpan kat otak bodoh mereka ajelah. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan!!!!

Nota : Ingat semua pembaca , selepas ini kalau ada pemimpin PKR yang bercakap banyak lagi, katakan kepada mereka, baik mereka diam dari bercakap. Ini kerana mereka adalah pemimpin politik yang tak bermandat. Percakapan mereka bukan percakapan ahli PKR. Mereka bercakap hanya untuk 10% dari jumlah keseluruhan ahli mereka. Jadi mereka tak layak pun untuk bercakap. DSAI tu pulak jangan cakap le. Si peliwat ini, apa pun diliwatnya. Buykan ada muka pun

Monday, 22 November 2010

KES LIWAT DSAI : MALAYSIAKINI MENGHINA MAHKAMAH !!!!







Perbicaraan kes sodomi melibatkan Datuk Seri Anwar bersambung hari ini selepas ditangguhkan selama sebulan dengan satu keputusan oleh hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Mohamad Zabidin memutuskan hari ini untuk tidak memberikan nota klinikal oleh tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada pembelaan.

Mohamad Zabidin berkata beliau memutuskan demikian memandangkan pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Permohonan yang dikemukakan pembelaan itu hanya berdasarkan gerak hati untuk menonjolkan percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful, saksi utama dalam kes berkenaan, katanya.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan daripada doktor HKL itu diterima sebagai bahan bukti walaupun menerima bantahan daripada peguam Karpal Singh.

Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan dan memohon penangguhan kerana perlu mengemukakan satu usul di Dewan Rakyat hari ini.

Permohonan berkenaan dibenarkan Mohamad Zabidin yang menangguhkan perbicaraan sehingga jam 12.30 petang.

Penghuni Gua : Lihat lapuran Malaysiakini ini. Tajuknya " Mahkamah halang Anwar dapatkan lapuran perubatan. PG ambil berita ini jam 7 petang tadi. Jam 8 malam PG dapati tajuknya telah diubah kepada " Pakar: Air mani boleh kekal 72 jam dalam rektum" . KLIK.

Inilah cara pemberitaan Malaysiakini. Yang sebenarnya mahkamah bukan halang DSAI mendapatkan lapuran perubatan tetapi mahkamah menolak permohonan DSAI untuk dapatkan lapuran tersebut dengan alasan " memandangkan pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Permohonan yang dikemukakan pembelaan itu hanya berdasarkan gerak hati untuk menonjolkan kontradiksi dalam keterangan Mohd Saiful, katanya ".

3. Beginilah Malaysiakini memanipulasiakan beritanya. Mungkin wartawan ini kemudiannya sedar dengann tajuk itu beliau dan Malaysiakini boleh didakwa menghina mahkamah. Jadi kemudianya tajuk itu ditukar kepada " Pakar : Air mani boleh kekal 72 jam dalam rektum ".

4. Walau tajuk berita telah ditukar kemudiannya tetapi isinya masih sama iaitu mahkamah menghalang DSAI mendapatkan lapuran perubatan ( lihat keratan berita tersebut seperti disertakan di atas ). Ini semua pada pandangan PG adalah usaha secara halus dan jangka panjang Malaysiakini dan mereka yang mempunyai agenda jangka panjang bagi melemahkan sistem kehakiman negara secara sedikit demi sedikit dan secara halus.

5. Seolah mahkamah menghalang atau mahkamah adalah berpihak untuk mengenakan DSAI dalam kes liwatnya. Dalam keadaan sebenarnya ialah mahkamah menolak permohonnannya itu kerana tidak memenuhi keperluan perundangan dan hanya dibuat berdasar gerak hati sahaja.

6. Inilah lapuran pemberitaan kurang ajar Malaysiakini. Tujuannya tak ada lain selain dari cuba melemahkan sistem kehakiman negara. Lapuran Malaysiakini pada pandangan PG adalah menghina mahkamah. Perkataan " Mahkamah menghalang Anwar dapat lapuran perubatan tersebut sudah cukup sebagai buktinya untuk Malaysiakini dikenakan tindakan menghina mahkamah.

7. Inilah portal berita yang amat kurang ajar dan beragenda. Ia cuba melemahkan sistem kehakiman kita dan melemahkan negara dalam jangka panjang. Kerajaan patut bertindak dari sudut ini.

FORUM ISA DI PENANG : PEMBOHONGAN MALAYSIAKINI !!!

Dipetik dari blog : Media Permatang Pauh







MalaysiaKini dalam laporannya hari ini nyata telah berbohong. Kononnya kumpulan pro ISA takut untuk berhujah mengenai pendirian mereka tentang sokongan terhadap ISA.

Lihat sendiri gambar-gambar yang disertakan disini sewaktu wakil kumpulan Pro ISA mengemukakan hujah tentang perlunya ISA diatas pentas Forum tersebut.

Saya ada di Forum tersebut dan melihat sendiri wakil dari kumpulan Pro ISA, Naib Presiden Persatuan Peniaga Komtar saudara Abdul Ghani Mohammad Jiman berhujah di atas pentas mengenai sokongannya terhadap ISA.

Hishamudin Rais sendiri terpaksa memberikan laluan untuk Abdul Ghani berhujah setelah didesak oleh para penyokong Pro ISA diatas nama kebebasan hak bersuara. Dan Hishamudin sendiri telah menyokong hujah yang dikemukakan oleh Ghani.

Jadi, apa perlunya MalaysiaKini berbohong hanya semata-mata untuk membela DAP? Apakah wartawan mereka di upah oleh kerajaan negeri P.Pinang bagi memutarbelitkan cerita?

Penghuni Gua : Ape cite ? Malaysiakini kata Pro ISA takut berhujah apabila di cabar oleh Hishamuddin. Keadaan sebaliknya berlaku.

2. Hidup ISA. Kami tiada masalah langsung hidup bersama ISA dah puluhan tahun. Mereka yang takut dengan ISA adalah mereka yang mempunyai agenda tersembunyi jangka panjang. Itu pun ramai melayu islam masih tak sedar. Ramai lagi melayu islam di kencing otak mereka yang kebanyakkan oelh kencingan pemimpin melayu sendiri.

3. Sedarlah Melaytu Islam. Sedarlah rakyat Malaysia. Tiada salanya ISA. Hanya yang berkepentingan sahaja yang takut kepadanya.

GELI-GELI PETANG : KISAH MB KEDAH LAGI !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com

Kena sumpah dik air atau rakyat Kedah kot !!!! Sebab banyak sangat bohongnya. Tidak pun Allah nak uji PAS sebab pemimpin mereka ini pandai sangat bercakap ....................................

ISA DI PENANG : PPPEEERRRGGGHHHHH RAMAINYA !!!!

Dipetik dari blog : GAP


Penghuni Gua : Inilah jumlah penyokong hapuskan ISA yang ditaja oleh SUARAM dan Hishamuddin Rais si Jenglot tu. Berpuloh ribu yang datang.

2. Mungkin dia ingat ini tahun 70an dulu di mana masa itu dia senang perbodohkan orang ramai di Malaysia mahupun pelajar kita di Australia. Ramai pelajar di Australia masa itu memakai topeng kertas pembungkus warna coklat dan membuat lobang di kawasan mata . Mereka membaling telor ayam ke arah Perdana Menteri Malaysia pada masa itu iaitu Tun Abd Razak. Ini lah kepala pengatnya.

3. Dia lupa ini sudah zaman melillinium. Zaman yang terlalu sukar seseorang itu boleh memperbodohkan orang lain.

4. PG cadangkan juga Suaram atau Hishammuddin buat juga forum hapuskan ISA di Selangor dan Kelantan. Nak juga tengok berapa kerat yang datang. Yang datang tu pun bukan apa, Sekadar nak mendengar badut-badut politik berlakon. Lakunan mereka hebat-hebat.

5. Pengundi muda !!!! Fikirkan perangai badut-badut politik inji yang saban hari tidak pernah senang dengan limpahan rahmat yang diberikan oleh Allah kepada kita semua. Mereka ini cuba memusnahkan semuanya. Fikirkan masa depan anda dan bangsa anda, juga agama anda. Katakan " Ya untuk ISA ".

Sunday, 21 November 2010

PKR INI PARTI DI PENUHI SAMSENG !!!!





Proses pemilihan PKR yang memasuki minggu terakhir kini kembali 'kecoh' apabila beberapa insiden didakwa berlaku, antaranya pertikaian dalam proses pengiraan undi.

Sekurang-kurangnya terdapat dua kekecohan berlaku semalam yang melibatkan cabang di Puchong dan Hulu Selangor - kedua-duanya di Selangor.

Menurut seorang wakil calon, di Puchong malam tadi berlakunya "drama" merampas kertas undi apabila seorang calon naib presiden dikatakan tidak berpuas hati dengan proses pengiraan undi bagi jawatan itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Itulah demokrasi di dalam PKR. Pemilihan yang amat telus dan cemerlang. Keh keh keh keh !!!!

2. Tiap hari pemimpin PKR cakap demokrasi. Demokrasi PKR lah yang paling demokrasi. PKR lah segalanya mengenai demokrasi.

3. Amalannya ialah DEMOKERUSI. Itulah yang berlaku sekarang. Kertas undi boleh di dapati di mana-mana. Mungkiun di pasar malam kot. Peras ugut dan paling kerusi hari-hari. Mengira undi pun boleh silap. kejap menang, kejap kalah.

4. Pemenang ditentukan dari awal iaitu dari wahyu yang diperturunkan oleh ketua umumnya.

5. Itulah demokrasi di dalam PKR. Ia sebenarnya DEMOKERUSI. Di dalam PKR ini memang penuh dengan samseng tahi kucing. Tak gitu?

6. Ada hati nak berangan ke Putra Jaya . Metematik pun tak lepas. Kira undi boleh silap. Tapi kalau komplen kepada SPR bukan main. Tak ada yang betullah apa yang SPR buat. Kena diri sendiri. ......................Jom kita pakat gelak ramai-ramai....Kah kah kah kah kah kah kah !!!!

7. Di ulang sekali lagi !!! PKR ini memang parti yang dipenuhi samseng. Sebab itu bergaduh setiap masa. Juga dah memang di ajar begitu semasa demo dan reformasi dulu. Jadi kalau dah bos kencing berdiri, maka anak pun kencing berlari. Dah , itu yang diajar oleh pemimpin PKR kepada ahlinya. Sekarang mereka sendiri mendapat habuannya. Padan muka!!!

8. Pengundi muda !!! Nilaikan. Inikah parti yang nak kita amanahkan untuk menjaga negara dan kita semua. Kepada PG, maaf lah........Menyebutnya pun, PG dah nak termuntah....................

MALAYAN LAW JOURNAL : KES MENGENAI PERCERAIAN !!!


[1994] 2 MLJ 139
Soo Lina v Ngu Chu Chiong (Chong Oi Khium Irene, co-respondent)
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — DIVORCE PETITION NO KG9 OF
1991

Judges ABDUL KADIR SULAIMAN J

Date 28 MARCH 1994
Citation [1994] 2 MLJ 139


Catchwords:

Family Law — Divorce — Marriage irretrievably broken down — Petitioner and respondent allege different facts to establish marriage had broken down irretrievably — Petitioner’s reply to respondent’s answer did not contain denial or admission on allegation of respondent that their marriage had irretrievably broken down as they had lived apart for a continuous period of at least two years immediately preceding presentation of the petition by petitioner — Whether so-called admission by petitioner entitled respondent to a decree — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 s 54(1)

Family Law — Divorce — Marriage irretrievably broken down — Petitioner and respondent allege different facts to establish marriage had broken down irretrievably — Petitioner to satisfy court at the trial of those facts presented in her petition — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 ss 53 & 54

Family Law — Divorce — Marriage irretrievably broken down — Petitioner and respondent allege different facts to establish marriage had broken down irretrievably — Respondent applied for order that proceedings be stayed and that he be at liberty to proceed on the prayer of the answer as an undefended suit — Petitioner had counterclaimed against co-respondent — Whether respondent may succeed in application — Whether court should hear evidence in a trial

Bahasa Malaysia Summary:

Pempetisyen dan responden telah berpisah secara kehakiman mengikut suatu perintah mahkamah. Petisyen isteri yang telah difailkan pada 25 Januari 1991, mengatakan tiga fakta yang dinyatakan di dalam s 54(1)(a)–(c) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (‘Akta itu’) dan termasuk suatu permohonan untuk ganti rugi terhadap responden bersama kerana melakukan zina dengan responden.

Di dalam afidavitnya yang menyokong petition itu, pempetisyen telah mendepos bahawa kedua-dua beliau dan responden telah berpisah sejak 7 Disember 1986 atas alasan kelakuan responden yang tidak munasabah. Menjawab kepada petisyen si isteri itu, responden telah menafikan kesemua pengataan fakta yang telah dikemukakan oleh si isteri di dalam petisyennya dan melalui jawapannya telah membuat pli bahawa perkahwinan mereka telah berpecah belah dengan tidak dapat lagi dipulihkan kerana mereka telah tinggal berasingan selama tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum sahaja penyerahan petisyen si isteri itu, iaitu sejak 7 Disember 1986.

Oleh itu, responden telah memohon supaya petisyen itu ditolak, prosiding petisyen pempetisyen digantung dan supaya perkahwinan itu dibubarkan berdasarkan jawapannya.

Pempetisyen telah memfailkan jawapannya terhadap jawapan itu atas perkara lain yang telah dinyatakan di dalam jawapan itu tetapi ia tidak mengandungi sebarang penafian atau pengakuan atas pengataan bahawa mereka telah tinggal berasingan selama tempoh yang telah dikatakan oleh si suami. Responden mengatakan bahawa pempetisyen telah mengakui fakta itu apabila beliau tidak mengatakan apa-apa mengenainya. Reponden telah memohon untuk suatu perintah supaya prosiding yang timbul akibat permohonan untuk pembubaran perkahwinan yang terkandung di dalam petisyen itu digantung dan supaya responden bebas bertindak atas permohonan di dalam jawapan itu sebagai suatu tindakan yang tidak dibela.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

(1) Hanya terdapat suatu alasan untuk perceraian di bawah Akta itu, iaitu atas alasan bahawa perkahwinan itu telah berpecah belah dengan tidak dapat lagi dipulihkan. Pada pendengaran petisyen untuk perceraian itu, mahkamah dikehendaki bertanya mengenai fakta-fakta yang dikatakan di dalam petisyen itu, sebagai mengakibatkan atau menyebabkan perkahwinan itu berpecah belah dan jika berpuas hati bahawa keadaan membuatnya adil dan munasabah supaya berbuat demikian, mahkamah semestinya membuat suatu dekri supaya perkahwinan itu dibubarkan. Tetapi ini tidak bermakna bahawa mahkamah yang mendengar petisyen perceraian itu tidak patut memutuskan bahawa perkahwinan itu telah berpecah belah dengan tidak dapat lagi dipulihkan sehingga pempetisyen memuaskan mahkamah mengenai satu atau lebih daripada empat fakta yang telah disenaraikan.

(2) Di dalam kes ini, pempetisyen dan responden mengatakan fakta yang berlainan untuk menyatakan bahawa perkahwinan mereka telah berpecah belah dengan tidak dapat lagi dipulihkan. Responden menafikan kesemua fakta yang telah dikatakan oleh pempetisyen. Oleh itu, jika pempetisyen inginkan mahkamah membuat suatu dekri supaya perkahwinan itu dibubarkan berdasarkan fakta yang telah dikemukakan di dalam petisyennya, beliau perlulah memuaskan mahkamah, pada perbicaraan, bahawa keadaan membuatnya adil dan munasabah supaya suatu dekri yang sedemikian dibuat memandangkan kesemua fakta yang dikatakan seperti yang diperuntukkan di dalam ss 53 and 54 Akta itu.
(3) Oleh kerana pempetisyen tidak membuat penafian atau pengakuan di dalam jawapannya kepada jawapan responden yang menyatakan bahawa mereka telah tinggal berasingan selama tempoh itu, responden berhujah bahawa pempetisyen telah membuat pengakuan mengenai fakta itu. Di dalam keadaan sedemikian, responden memikul beban untuk memuaskan mahkamah atas prinsip yang sama. Oleh itu, pengakuan yang dikatakan dibuat oleh pempetisyen itu bahawa mereka telah tinggal berasingan selama tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum sahaja penyerahan petisyen itu tidak akan menjadikan responden berhak mendapat dekri itu. Kesan memberi perintah yang dipohon oleh responden sama seperti memberi dekri itu secara sementara tertakluk kepada responden membuktikan fakta itu pada perbicaraan. Ianya juga akan menghalang pempetisyen daripada mengemukakan keterangan untuk memuaskan mahkamah bahawa keadaan membuatnya adil dan munasabah supaya beliau diberi dekri yang diminta berdasarkan fakta yang dikatakan olehnya di dalam petisyennya.

(4) Supaya dapat mencapai keputusan yang betul, mahkamah perlu mendengar keterangan di dalam suatu perbicaraan untuk memuaska dirinnya sendiri mengenai bukti bahawa perkahwinan itu telah berpecah belah dengan tidak dapat lagi dipulihkan dan ini membolehkan suatu dekri dibuat untuk membubarkan perkahwinan itu sama ada atas keterangan pempetisyen atau responden. Terdapat isu yang boleh dibicarakan di dalam petisyen yang dibawa oleh pempetisyen itu yang melibatkan tuntutan untuk ganti rugi daripada responden bersama.

Obiter:

(1) Hakikat semata-mata bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju mengenai satu atau lebih daripada fakta itu tidak memberi mahkamah kuasa untuk membuat dekri untuk pembubaran itu. Mahkamah perlu mengambil kira keadaan lain yang dinyatakan di dalam s 54(2) Akta itu sebelum ia boleh menggunakan kuasanya untuk memberi dekri itu.

(2) Responden tidak perlu memfailkan suatu petisyen yang berasingan di dalam suatu petisyen perceraian untuk memulakan prosiding itu. Jawapan kepada petisyen pempetisyen dianggap sebagai petisyen responden untuk tujuan mendapat relif di bawah Akta itu. Oleh itu, jawapan responden kepada petisyen itu yang mengandungi pengataan mengenai mana-mana satu daripada empat fakta di dalam s 54(1) sebagai menyebabkan atau mengakibatkan perkahwinan itu berpecah belah merupakan suatu perkara untuk pertimbangan mahkamah apabila menentukan relif yang dituntut oleh responden seolah-olah jawapannya kepada petisyen itu merupakan suatu petisyen olehnya untuk membubarkan perkahwinannya dengan pempetisyen asal atas alasan bahawa perkahwinan itu telah berpecah belah dengan tidak dapat lagi dipulihkan. Ini akan menghindari daripada kepelbagaian prosiding.] Grenfell v Grenfell [1978] 1 All ER 561 ; [1977] 3 WLR 738 (distd)

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang

Saturday, 20 November 2010

DEMO ANTI ISA : JANGAN LAYAN DESAKAN BODOH INI !!!!!

Lihat blog : Si Hishamuddin kepala demo haram ini untuk butir lanjut !!

SEPERTI YANG DR NOVANDRI NYATAKAN DI BLOG BELIAU, DAP/SUARAM AKAN MENGADAKAN SATU PROGRAM UNTUK MENDESAK KERAJAAN MEMANSUHKAN AKTA KESALAMATAN DALAM NEGERI (ISA) PADA HARI AHAD 21 NOV, 2010, JAM 10.00 PAGI DI KOMTAR WALK .

2. INI SEMUA SEBAHAGIAN USAHA PENGKHIANAT YANG INGIN MENJAHANAMKAN NEGARA SECARA HALUS. MEREKA MEMPUNYAI AGENDA JANGKA PANJANG. SELAM INI, ISALAH YANG MENJADI PENGHALANG KEPADA AGENDA MEREKA.

2. ISA INILAH YANG MENJAGA KETUANAN NEGARA SELAMA INI. SELAMATKAN ISA. PG CADANGKAN KERAJAAN BERTINDAK LEBIH TEGAS DENGAN MENGGUNAKAN ISA BAGI MENJAGA KETENTERAMAN NEGARA INI. JANGAN SESEKALI TAKUT DENGAN DESAKAN BODOH KUMPULAN INI UNTUK HAPUSKAN / PINDA ISA.

3. UTAMAKAN HAK ASASI AWAM DARI HAK ASASI INDIVIDU ATAU KUMPULAN KECIL. AWAM SEPERTI KAMI MASIH MENYOKONG PENUH ISA DI KEKALKAN, MALAH DIKETATKAN LAGI.

4. SELAMATKAN ISA. KITA MENENTANG KUMPULAN INI DENGAN CARA KITA SENDIRI !!! SECARA AMAN !!!!

Nota : PG harapkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka ini. Si Hishamuddin Rais kepala demo haram sejak tahun 1970an pun terlibat sama di dalam majlis ini. Inilah pengacau yang tak pernah insaf. Dulu habis dunia memburokkan negara. Akhirnya merempat di Eropah dan dengan pertolongan DSAI, terhegeh dengan muka tak malu, balik pulak ke Malaysia. Mula-mula reformasi dulu, tiap kali aada demo haram DSAI, maka dia pun ada. Bila kena tangkap maka dia kata dia reporter ( peguam pun bertempiklah marah kerana tangkap wartawan jalankan tugas konon ). Inilah kerja si bodoh tua ini. Tetapi apa nak buat, dia akan buat apa yang tuan nya arah dia buat. Jika tidak nak makan kedarah pun susah. Masa merempat di Eropah dulu, siapa lagi yang menanggung nya kalau tak tuannnya sekarang .......................... Cuba lihat di blog Hishamuddin bodoh ini di KLIK. Bukan main dia promosikan lawak bodoh acara ini.

RIADAH KUDA : MELATIH ASHRAF MENUNGGANG UNTUK " ENDURANCE " !!!!



Baru balik dari mengajar anak saudara Ashraf menunggang kuda. dapatlah dalam 12 km pergi balik. PG menunggang sekitar Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka. Anak saudara tu pun kira dah mantap dari segi tunggangannya. Ini kerana PG benarkan dia menunggang kuda bernama Mummyjane yang terkenal dengan sikap agresifnya.

2. PG pula menunggang Apache. Ia kuda PG yang baru. Tukar kuda PG yang lama nama Patritti dengan kuda sekarang bernama Apache. Nama Apache kerana di mukanya ada tanda jalur putih di tengahnya. Pertama kali menunggangnya dan pertama kali menunggangnya keluar dari " paddock. Amat mantap prestasinya. Mungkin kalau latihan cukup, PG bercadang nak masukkannnya bertanding dalam sukan kuda lasak Melaka 2010 pada bulan april nanti.

RIADAH BERKUDA DI AYER KEROH MELAKA !!!




Pagi tadi PG beriadah kuda sejauh 8 km di Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka. PG keluar menunggang kuda bersama anak saudara bernama Ashraf. Pertama kali anak saudara ini keluar menunggang keluar dari " paddock ". Bukan apa untuk melatihnya biasa menunggang di hutan. Mungkin di masa hadapan , jika beliau berhajat nak sertai sukan kuda lasak di mana-mana negeri di Malaysia , mudahlah sebab dah dilatih untuk itu.


2. Beliau ini baru menunggang kuda. Beberapa kali sudah datang ke Melaka waktu cuti sekolah sebelum ini. Jadi baru 2 hari lepas , beliau datang ke Melaka dari Kemaman , Terengganu. Cuti sekolah. Jadi PG ambil kesempatan cuti sekolah ini mengajar beliau menunggang kuda. Setakat ini tunggangannya ok. Petang ini PG akan bawanya menunggang lagi di Hutan Rekreasi Ayer Keroh dan kawasan Tasek utama.

LETUSAN MERAPI : MANA PERGINYA BENDERA, PKR DAN PAS !!!!



Penghuni Gua : Merapi telah meletus berulang kali dalam tahun ini ( bulan ini sahaja ). Hampir 300 orang terkorban. Seluruh dunia memberi dan menyalurkan bantuan dan dana kepada mangsa letusan gunung merapi ini. Malaysia turut sama menyumbang dana dan bantuan bagi meringankan mangsa Merapi ini.

2. Cuma PG hairan , di mana gerangan pemuda-pemuda bodoh sombong kumpulan BENDERA yang dulunya saban hari memijak dan membakar bendera Malaysia dan melemparkan najis di kedutaan Malaysia di Indonensia. Ke mana pemuda gagah ini sekarang dalam membantu mangsa gunung Merapi tersebut. Senyap membisu!!! Mereka ini semuanya manusia tolong yang hanya pandai menunjukkan gagahnya tidak bertempat. Bukan sahaja bodoh tetapi ego dan sombong. Kumpulan BENDERA ini hanyalah keldai tunggangan tuannya.

3. PG juga hairan, DSAP dan PKR mengatakan Indonesia adalah rakan karip beliau dalam menyokong perjuangan reformasi sejak dulu. DSAI ini juga adalah rakan karib BENDERA. Cuba perhatikan. Apa yang telah DSAI dan PKR buat bagi membantu mangsa Merapi yang juga kawan karib beliau ini. Yilek !!!!!

4. Juga PAS. Ada ke setitis air diberi oleh PAS kepada mangsa letupan Merapi ini sehingga kini? Yilek!!! Malas nak cakap banyak lah!! 99 % mangsa ini beragama islam. !!!

5. Sebab itu PG selalu katakan, yang pandai bercakap dan komplen sana, sini setiap hari memang hanya pandai bercakap sahaja tetapi tak tahu nak buat. Tindakan kosong. Yang mereka tahu kritik sahaja apa yang kerajaan buat. Sendiri nak buat, langsung tak ada.

6. Kepada BENDERA, PAS dan PKR, kamu bertiga ni , sama sahaja. Cakap lebih. Kerja tak buat. Sudahlah !!!

Friday, 19 November 2010

PENDIDIKAN SEKS : OTAK BIRU USTAT IDRIS AHMAD !!!




PAS mendakwa rancangan kerajaan melaksanakan pendidikan seks bermula di sekolah rendah pada tahun hadapan lebih sebenarnya lebih berorientasi perniagaan.

Ketua penerangannya Idris Ahmad mendakwa, parti Islam itu menganggap usaha itu lebih kepada "membela kroni Umno-BN" melalui projek percetakan buku dan alat bantu mengajar.

"PAS merasa pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks dalam usia yang begitu muda, iaitu sejak sekolah rendah," katanya.

"Apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian."

.....................................................................Sambil mempertikaikan keprihatinan pemimpin Umno dan BN terhadap isu akhlak, Idris terus menyindir kerajaan yang dalam masa sama bercadang mewujudkan hab hiburan malam.

.....................................................Berita lanjut : KLIK.

Penghuni Gua : Lihat!!! nampak sangat dangkalnya ketua penerangan PAS ini. Yang keduanya otak dia ini biru semuanya.

2. Ada ke usaha kerajaan nak perkenalkan pendidikan seks dikatakan untuk kaayakan kroni. Ada bukti ke Idris. Fitnah tu haram. kalau nak fitnah tu, buang dulu serban dan kopiah di dahi tu. Buat malu aje. Tak padan dengan tanda hitam di dahi. Tanda tu hanya nek menunjukkan keegoan. Tanda sujud ini bukan tanda hitam di dahi seperti kamu tu wahai Idris. Tetapi tanda sujud tu, kita patuh pada perintah Allah dan tak memfitnah orang. Itu tanda sujudnya.

3. Main pakai fitnah aje. Asal lancar projek kata nak kayakan kroni. Habis tu, yang Pok Nik dok kayakan menantu tu mengapa Idrid diam membisu. Rasuah haji menjadi sponsor haji. Apalah dungu sangat otak kamu ni Idris. Tak sekolah kot. Sama lah tu seperti mahfuz tu. Mainredah aje!!!

4. Kemudian Idris mengecam pendidikan seks kerana katanya murid yang masih muda di ajar tentang seks. Tak ke bodoh namanya. Nama aje pendidikan seks. Tetapi ia bukan nak ajar cara bersetubuh atau bercium. Pendidikan seks ini luas. Ia sebahagian dari sains, Biologi, fizik manusia dan anatomi manusia. Pendidikan seks ini bukan seperti yang Idris fikirkan. Biologi yang diajar di sekolah sekarang adalah sebahagian yang akan diajar dalam pendidikan seks. Psikologi pun akan di ajar. cara berkomnunikasi sesama manusia, pergaulan lelaki perempuan juga akan di masukkan dalam pendidikan seks.

5. Selama ini pendidikan seks dah ada di semua peringkat pendidikan. Cuma ia bertebaran dan tidak khusus. Jadi kerajaan akan kumpulkan semua idea dan ilmu ini kedalam satu mata pelajaran yang di namakan pendidikan seks. Tak ada pun pendidikan seks seperti yang Idris Ahmad bayangkan iaitu cara nak bersetubuh dan bercium.

6. Kepada Idris, PG cadangkan pergilah belajaar lagi. Nampak sangat kebodohan anda. Tak ada pun pemimpin PAS lain nak sokong kenyataan bodoh anda ini. Belajar biar tinggi sikit. Kamu tu ketua penerangan. Ia membawa imej parti. Jadi kalau pandangan yang kita lontarkan itu nampak sangat cetek ilmu kita , ia akan membawa bencana kepada parti.

7. Ini semuanya gara-gara otak yang jumud dan tidak berfikir di luar kotak. Mereka ingat pegawai pendidan tu , kelulusan seperti dia aje kot. Mungkin Idris ini meniru aje masa dok belajar dulu. Itu yang menyebabkan nampak benar kebodohannya setiap hari bila dia bersuara. Kesian!!!! Otak dia yang biru , si Idris ni kot !!! Tak gitu ?