Monday, 8 November 2010

BAHASA INGGERIS BAHASA KEDUA DI PULAU PINANG !!! AWAS MELAYU !!!! AWAS !!!!







Kerajaan Pulau Pinang hari ini diminta mempertimbangkan cadangan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua Pulau Pinang selaras dengan hasrat menjadikan negeri ini sebagai bandar antarabangsa pada masa hadapan.

Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) berkata, Bahasa Inggeris penting kerana ia lingua franca (bahasa antarabangsa) yang digunakan oleh kebanyakan negara di dunia.

"Saya tidak menolak Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, tetapi Bahasa Inggeris juga penting dan mohon kerajaan negeri pertimbangkan cadangan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Pulau Pinang," katanya ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Georgetown hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lihat pengundi Muda. Lihat dan fikirkan apa yang dicadangkan oleh Jagdeep Singh Deo. Fikirkan dalam-dalam apa yang tersirat.

2. Itu baru perintah Pulau Pinang. Dan baru perintah tak sampai 5 tahun pun. Dah berbagai perancangan halus dan sedikit demi sedikit perancangan mereka nak mengikis susur galur budaya dan menghakis sedikit demi sedikit apa yang telah wujud di negara ini.

3. Bahasa Inggeris nak di jadikan bahasa kedua. Alasan bodoh diberi. Untuk jadikan Pulau Pinang sebagai bahasa antarabangsa. Di China dan India, ada ke kerajaan dua negara ini menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua. Tak ada pun. Tetapi New Delhi, Beijing, Shanghai jadi bandaraya antara bangsa juga. Pulau Pinang selama ini pun menjadi bandaraya antarabangsa juga. KL juga bandaraya antarabangsa juga. Melaka, Johor Baru juga menjadi bandaraya antarabangsa juga. Tak ada pun Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua pun di bandar-bandar ini.

4. Itali, Peranchis tak ada pun dijadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetapi seluruh negara berkenaan pun menjadi antarabangsa juga.

5. Apa sebab barua ini membuat cadangan sedemikian? Tak lain, ia adalah rancangan halus untuk menghakis dan sebahagian dari perancangan untuk mengubah apa yang telah termaktub dalam perlembagaan. Walaupun mereka bercakap berlapik, perancangan jangka panjang mereka jelas.

6. Cuba lihat yang siapa yang mencadangkan perkara ini. Bagus ke Bahasa Melayu yang dipakainya? Berapa kerap dia pakai dan gunakan hari-hari? Dahlah semua nama jalan telah diubah dengan ditambah tulisan Cina di Pulau Pinang setelah baru seminggu berkuasa. Masuk ke Pulau Pinang kita pun tak tahu bandar ini berada di mana!!

7. Pengundi muda!!! Ingat !! Ini semuanya perancangan halus mereka dengan menggunkan alasan untuk halalkan tindakan mereka. Bahasa Melayu !!! Ada pernah mereka hormati? Tak pernah pun. Nak ajar pelajaran sejarah pun ditentang. Inikan pulak nak utamakan Bahasa Melayu.

8. Itu baru perintah Pulau Pinang. Kepala mereka nampak sangat dah mengembang besarnya. Lihat ajelah parti GERAKAN pun. Menjadi gunting dalam lipatan kepada BN.( Parti pelacur GERAKAN ini bukan main marah bila ada tunjuk perasaan di depan DUN Pulau Pinag. Tetapi masa DAP dan PKR berpiket di depan parlimen tak pulak GERAKAN bising. Ada apa-apa ke ini? Macam, nak pertahankan DAP je ). Parti ini pun, PG tetap tak percaya akan setia dalam BN. Mereka hanya menunggu masa untuk bersama DAP sebelum PRU 13. Mereka tetap akan pastikan kerajaan DAP ini kekal berkuasa di Pulau Pinang. Siapa perintah mereka tak peduli.

9. Jadi kepada pengundi muda, nak berpolitik, politik juga. Tetapi biar politik kita bijak. Jangan menggadaikan apa yang telah kita ada. Kita perlu pertahankan apa yang telah menjadi milik kita. Kita perlu pertahankan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan.

10. Ingat!!!!! Mereka ini semua, jari lurus , kelingking berkait. Cukuplah DAP dah memperbodohkan beberapa kerat melayu di Malaysia dan di Pulau Pinang selama ini. Jangan lagi ada Melayu lain lagi yang diperbodohkan. Sedar sebelum terlambat!!!!

23 comments:

  1. Salam,
    Saya selalu ke PP dgn keluarga utk bercuti.Apa yg saya lihat di PP sekarang jauh berbeza dr dahulu.Cuba bercuti pd bulan puasa utk merasa suasana bulan ramadan tapi hampa.Kini jika berada di PP seolah-olah berada Singapore(tempat orang kaya-kaya) ,Vietnam ( tempat golongan pendapatan rendah).Di sekeliling pulau terdapat banyak projek mewah
    yang ramai orang2 melayu tidak mampu membelinya.Adakah pembelian rumah2 ini oleh orang2 bukan melayu akan mengurang peratus majoriti orang2 melayu di kampung2 melayu.wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Apa kata Juak Pas Tunggal DUN dan 2 exco melayu tunggul kayu ?. Angguk kepala jer jawabnya, janji elaun masuk, peduli apa kat org melayu P.P.

    ReplyDelete
  3. Bahasa. Resmi India adalah bahasa inggeris. Walau bagaimanapun, ini bukan alasan untuk menjadikan bahasa itu sebagai bahasa rasmi kerana Di India , beribu bahasa tempatan jadi untuk mengelakkan
    Konflik maka bahasa England di rasmikan.
    Tidaklah mustahil sekiranya lagu kebangsaan di tukar ke "majulah pulau pinang". Taktik ini adakah untuk menepikan bahasa Melayu. Ini semua positioning. NeXT action is to declare state of penang to be autonomous state.

    ReplyDelete
  4. AKU BEGITU CURIGA DENGAN GERAKAN. INILAH HANTU YANG SECARA SENYAP TELAH DAN AKAN BANTU DAP UNTUK KEKALKAN DAP DI PP. LIHATLAH DENGAN MATA HATI. KITA AKAN NAMPAK.

    ReplyDelete
  5. orang melayu pulau pinang nak kan perubahan kan...terima ajee lee mangkok hayun niee punya kerja..yang si mangkok hayun niee pulak kalu nak cakap bahasa inggeris dari pagi ke malam ckp aje le siapa pun x marah...nie pulak nak resmi2 pulak tuu..(suka tgk tulis banggali kat nama2 jln kat pulau pinang tuu)

    ReplyDelete
  6. Apa nak buat kalau sudah ada orang Melayu bersikap Malaysia dulu Melayu kemudian.Apa jenis orang kalau bahasa bangsa sendiripun dibangsatkan.Sia-sia saja nenek moyang kita mempertahankan tanah Melayu dari penjajah.

    ReplyDelete
  7. dengar cerita di kelantan pun nak ikut langkah p.pinang...tapi yg niee lain sikit b.inggeris bahasa resmi yg no.1..lagi advance..

    ReplyDelete
  8. stupid people... what the hell happen if u all learn english... like frog in the shell...

    ReplyDelete
  9. apa nak di heran kan...nama pun GERAKKAN..makna nya bergerak laa..kedepan bolih..ke kiri bolih..ke kanan pun bolih..belakang pusing pun bolih..

    ReplyDelete
  10. Dasar kaum pendatang tak sedar diri. Rasakan Melayu PP yang terlalu inginkan perubahan pucuk pimpinan. PRU 13 UMNO jangan jadi bodoh beri peluang pada GERAKAN musuh BN dalam selimut. Pergi jahanam dengan GERAKAN.

    Hidup PERKASA

    ReplyDelete
  11. belajar la..x salah
    lantak la nk boh bahasa no berapa pun
    dh terang2 melayu2 ni memang bangang english
    nak goyang pasal ape plak
    open la wahai melayu2 bangang & umngok2 sekalian
    market skrg smua nak speaking
    setakat melayu org x pandang la..nama pun dh melayu
    lu sekolah tinggi pun kerja syarikat korporat mampos hidup blk pun org xkan hire lu kalu bangang bi
    open la beb..

    ReplyDelete
  12. memang sah bangang puak umNO ni!!! yang kerajaan Barisan nak mampos jadikan bahasa utama negara sampai semua guna bahasa inggeris hang tak nampak??

    yang menteri hangpa duk pakai bahasa inggeris buat statement dalam negara tu apa mekananya... memang buta kayu betull la... tengok realiti bukan retorik..

    kalau menteri hangpa cakap dalam bahasa Inggeris nak daulatkan bahasa melayu pun hang pa percaya...sah bangang kategori gaban...

    jangan tak siar komen aku ni kalau hang berani..

    ReplyDelete
  13. aku pun nak join, nak ucap tahniah gak kat BN/ umno yang mengantikan tulisan jawi dgn rumi atas pengaruh barat, kesannya rame orang Islam tak tau baca Quran, Student aku kat IPT ni pun belambak tak tau ngaji, aku yg terpaksa buat ot tanpa gaji, sebab taknak orang islam bertambah buta huruf alQuran dan menyebabkan maksiat kat bumi Malaysia yg aku cintai ni.

    ReplyDelete
  14. btl tu..anon2 di atas
    org punya taik sibok,sendri punya taik tarak nampak ka?lantoi punya umngok
    PG ko x payah sembang la..btlkan diri sendri dulu b4 kluar statement condemn org
    mak bapak ko x ajar ke?
    sibok baca salah org.sendri punya tutp rapat
    ape punya melayu la lu ni
    apa punya spesis la mak bapak lu ni

    ReplyDelete
  15. setakat bahasa pun ko nak jadikan isu apela sgt
    ko risau bahasa melayu hilang kt bumi malaya ni?
    anak2 melayu islam yg hancur kt kelab2 mlm tu ko x risau ke?sembang pejuang bangsa agama konon!
    klu brani p la gegar kelab2 mlm, disco2 tu
    kluarkan statement kt jabatan agama supaya ambil tindakan!jgn keje tdo mkn gaji buta!
    mahai lu
    maksiat lu tutup mata!
    salah org lu susah2 cari n hebahkan!
    ape cer???
    goyang ke?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum PG

    Anon 13:53

    Jangan cuba hilangkan topik ye, kita cite pasal bahasa melayu yang cuba dihakiskan di P.P, yang ko pi melalut lak kat benda lain..tu lah ko ni pi belaja tinggi tinggi tapi hampeh.(Kalau dalam periksa ko dah keluar tajuk tau tak)dapat markah 0.

    PG kita mmg perasan benda tu berlaku, saye rasekan presiden Gerakan tu lembik, mcm bapok je, jadi ramai yang talam dua muka,dalam perhimpunan hidup Kho Su Koon, belakang hidup lim guan eng.

    ReplyDelete
  17. sy rase kiter ni toksah dok pi gduh2 sama kite..ca ya nun alif baca senyum n tepuk tangan tgk kiter gduh cmni..da nama politik, mmg sume x tol..kiter yg dikurniakan akal ni lbh baik berfikir ngan matang..utamakan agama,bangsa dan negara..ikut turutan tu..kiter dok pi maki org sana, maki org sini, last2 gduh..bangsa len dok tpuk tangan..muafakat la bentuk bangsa yg maju dan beriman ye..skdar berkongsi pendapat..saya sy umat Islam berbangsa Melayu..

    ReplyDelete
  18. Salam,

    1 Utk apa gaduh pasal bhasa..? Stlah 53 tahuh bhasa Mlayu jadi bahasa rasmi negara, yg konon diktaknnya bahasa perpaduan, pun gaduh juga: Mlayu vs Mlayu, Cina vs Cina, lndia vs lndia, atu kaum VS kaum2. So, apa lebihnya kuat2 mnagku mnjunjg ksucian bahasa?. Gah hanya pada sruan & slogan, tapi tak ada pada rupa. Siapa skarang dlm parti politk pmrintah yg benar2 'beriman' kpd bahasa Mlayu. Klau lihat drp mgahnya mreka brcakap d mana2 forum antrabngsa, trang2 sah mreka 'murtad' trhadap bahasa rasmi ngaranya. Pmimpin Jepun, walau blajar di AS spanjng tmpoh study mreka fasih dlm bah lnggers ttap mngguna jurubahasa Jepun. Bgitu juga pmimpin2 negra Cina. ltu contoh klau nak junjng bahasa bangsanya.

    2 Satu hal lagi yg pelik juga: bahasa jika tdak djnjung2, jadi hina satu bangsa, satu ngara. Tapi hukum2 Allah yg dipijak2, tidak dijadikan dasar nagara, siapa pun tdak kisah. Klau tdak taat kpd hukum2 sivil-sekular yg brjalan skrang itulh yg dglar derhaka. Malah sesiapa yg mahu mnegakkn sstem hukum syariah sbagai undang2 negara, dmusuhi & dkjar2 sb. HT [Hizbut Tahrir] yg brgerak utk mndaultkan sstem syariah mlalui sgala gangguan ini d M'sia yg agama lslam jadi agama rasmi negara.

    abu faiq

    ReplyDelete
  19. sembang blh la puppy azman
    jap lagi sakit dapat malu pun dpt

    ReplyDelete
  20. yang sokong kpd simanggok hayun..faham ke x fahamm...isu yang dibangkitkan niee..kan aku dah cakap kalau korang nak ckp B.I dari pagi hingga ke malam lantak lee..cakap le selagi bolih ckp bodohhhh...nak ckp kat mana2 ckp le siapa pun x marah bahlol.. soal nya kenapa simangkok hayun tuu nak diresmi kan bahasa tuu bahasa kedua..tu persoalan nya..kalau x payah di resmikan x bolih ke..kalau x gak faham isu yg dibangkitkan simangkok hayun niee..memang otak lembu betul....

    ReplyDelete
  21. Lu olang-olang Melayu jangan gadoh-gadoh ma!! Satu hali (hari) nanti itu bahasa Mandrin akan tukar tempat no. 1 di Malaysia ma!!
    Sampai itu masa, lu semua olang-olang Melayu balu (baru) tau!! ma!!
    Sekalang pun olang Melayu mau keleja sama kedai Cina pun mesti tau bahasa Mandrin ma!!
    Itu bahasa olang putih kacang aja.

    ReplyDelete
  22. niee satu lagi spesis sama dgn simangkok hayun..lantoy la luu..

    ReplyDelete