Thursday, 18 November 2010

KASTAM NI, ASYIK RAMPAS BARANG SELUDUP AJE, MANA PENYELUDUPNYA ???





PETALING JAYA 18 Nov. -Jabatan Kastam berjaya mematahkan kegiatan satu sindiket menyimpan dan mengedar rokok putih seludup yang berselindung di sebalik aktiviti kilang membuat batu bata di Jalan Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Datuk Saadon Mohd Dros berkata, dalam serbuan pukul 2 petang Isnin lepas, sebanyak 29.081 juta batang rokok putih dan kretek bernilai lebih RM4.8 juta dirampas melibatkan cukai tidak berbayar hampir RM14.4 juta, rampasan terbesar tahun ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sejak PG hidup ini, saban hari PG akan membaca tangkapan dan rampasan yang dilakukan oleh pihak Kastam Malaysia. Tak pernah terlepaslah. PG berminat rampasan Kastam terhadap minuman keras, dan rokok. Baik di darat, atau laut.

2. Bukan apa. Cuma PG hairan dan ajaib, 99% tak ada tangkapan terhadap orang / penyeludup berkenaan. Asyik rampas barang aje. Ada apa-apa ke?

3. Kalau kes dadah tu, PG lihat ada juga sesekali atau kadang-kadang , Kastam ada merampas serta menangkap pengedarnya sekali. tapi kalau bab arak / minuman keras dan rokok boleh dikatakan tak pernah le ada tangkapan terhadap penyeludup 2 barang ini.

4. SPRM , kalau boleh tengok-tengok sikit operasi Kastam ini. Macam-macam cerita di luarni dengar. Satunya ialah kalau dapat rampasan barang aje, tanpa tangkapan orang , maka sumber ( dan lain-lain le ..... kih kih kih ) akan mendapat duit ganjaran dengan cepat. Kalau ada tangkapan, kata mereka lambat sikit. Sehingga habis bicara lah baru wang hadiah / ganjaran dapat kepada pemberi maklumat ) dan ......... Tahu , tahu aje le !!!!

5. Jadi kepada ketua di jabatan Kastam ini, lihat le sikit anak buah bekerja dan buat operasi ini. Jangan bekerja di karpet merah aje. Sesekali buatlah spot check. Bukannya salah. Takkan bodoh sangat pegawai kastam nak fikir dan rancang operasi mereka bagi merampas dan menangkap penyeleudupnya sekali. Kalau rampas juga tanpa tangkapan maknanya pegawai perancangnya kira bodohlah . Tak gitu?

6. SPRM, tolong lah jenguk-jenguk sikit. Sakit hati kami di luar ini. Kami bayar cukai. jadi biar kerja tu , berpadanan dengan gaji hasil dari cukai pendapatan kami tu. Jangan makan kedarah gaji haram . Suroh kerja tapi buat main-main. tak sepenuhnya !!!

Nota : Bukan semuanya pegawai dan anggota kastam begitu, cuma isunya itulah. Mengapa 99 % rampasan dua barang ini tak ada tangkapan orang. Kes dadah boleh pulak rampas dadah dan tangkap orang nya sekali. Itu isunya !!!

Nota 2 : Alasan yang diberi oleh Kastam bahawa penyeludup berjaya melarikan diri tiap kali operasi dibuat adalah alasan bodoh belaka. Segala bot, kereta, peralatan, latihan semuanya canggih kastam ini. Jadi patut ke rampasan tanpa tangkapan. Banyak sangat peratusan gagalnya. ... Itu isu keduanya !!!!

29 comments:

  1. Betul. Rakyat sebenarnya bijak,kerana itu jugalah BN hampir tumbang di PRU12 gara2 sakit hati mungkin dgn birokrasi dan aktiviti memperbodoh2kan mereka berterusan. Walaupun, harga dari undi protes tersebut cukup mahal sehingga menjadikan pembangkang kononnya NAMPAK mcm kuat,walhal hanya menumpang Toiii....

    Rata2 pegawai kjaan adalah melayu islam, jagalah amanah yg diberi....jgnlah kita sendiri yg pelingkup bumi bertuah ini. 'Orang lain',depa tak kisah, apa2 hal....depa blah negara lain.

    ReplyDelete
  2. sokong sangat artikel ni, aku memang sakit hati lama dah dgn puak kastam..............

    ReplyDelete
  3. kerana hal beginilah yang menyebabkan masyarakat membenci kerajaan . kerajaan yang dipersalahkan. tetapi hal sebenarnya , pegawai yang diamanahkan hanya tidor.

    ReplyDelete
  4. saya setuju sangat dengan semua anon. kemalasan pegawai seperti inilah yang menyebabkan masyarakat membenci kerajaan . kerajaan dipersalahkan . wal hal kerana kebodohan pegawai sebegini.

    ReplyDelete
  5. Salam tuan PG & Sema2...,

    KASTAM NI, ASYIK RAMPAS BARANG SELUDUP AJE, MANA PENYELUDUPNYA ???

    Banyak2..., Jaghang...,Jaghang..., kadangg2, sedikit2 dan tak bunyi langsung...!!!

    Pang5 Beliung, pihak berkuasa hanya berbengkel cakap dalam surat khabar je, jangan tak bunyi langsung...

    ReplyDelete
  6. salam...

    sok sek sok sek belakang...kalau polis.. tembak mati tutup kes...kalau kastam rampas barang..
    penyeludup terlepas tutup kes? kerja mudah
    hasil mendapat...yer ke?

    apa-apapun kita tau lah...sepandai tupai melompat,
    jatuh ketanah jua...tak hari nie..esok lusa tumpas jua pengkhianat negara!

    ReplyDelete
  7. Orng cuma tak nak cakap terus-terang sabab nanti dikata memfitnah..tapi semua dah maklum bahawa di sebalik hal itu memang ada kospirasi yg membuatkan ada pihak2 dalaman tertntu yg mendapat keuntungan...janganlah dianggap kami ni bodoh sangat sampai tak tau membaca yg tersirat tapi mudah dimengerti...cukup2lah makan dan menyuap keluarga, anak bini, dengan rezeki haram jadah...balanya kpd kerajaan tu lantaklah... tapi bala yg akan didapat di akhirat nanti tentu lebih besar, lebih pedih, lebih siksa..! kita semua ini bukan nak tongkat langit...usia dunia ni pendek saja, bang...!

    ReplyDelete
  8. Inilah antara sebab pendapatan negara berkurangan bilamana Pegawai Tadbir Awam dan Pegawai Tadbir Diplomatik kurang peka hal-hal orang yang mengelak dari cukai. Ada yang bawa bas 13 tahun tak perlu ambil lesen (pendapatan negara merudum). Mereka-meraka yang berniaga tanpa berdaftar (contohnya jual DVD ciplak), mereka-mereka ini tidak bayar cukai, socso dan EPF perkerja-perkerja. Bagi mereka takpelah, tapi kita ni yang dah dua tahun tidak dapat bonus sebulan atau dua bulan gaji - apa kejadah. Bukankah sudah serious?

    ReplyDelete
  9. Salam
    Saya pun berminat mengikutu perkembangan AAMPASAN yang telah dibuat oleh pihak KASTAM ni,Samada melalui akhbar atau pun media masa lain.
    Yang peliknya.... barang2 dapat.Tuan punya dapat lari.
    Kalau dah selalu sangat dapat lari,tentu ada gunting dalam lipatan.
    Pelik tapi benar.
    Atau pun......
    "I Help u , U help Me !"

    ReplyDelete
  10. ...jangan kutuk kastam kerana mereka ni sebenarnya pegawai2 yang cerdik dan kreatif dalam menjalankan tugas..tangkap barang ke, tangkap lembu ke, tak kesah sangat tapi yang penting SKT ( Sasaran Kerja Tahunan )Jabatan mereka tercapai..kalau tangkap penyeludup, siapa nak bayar wang RASUAH bulan2 kepada mereka..

    ...kalau nak kaya raya jadilah pegawai Kastam..kerja mudah, wang manyak..tangkap barang seludup dapat bayaran reward dari kerajaan..lepas penyeludup dapat lagi wang rasuah..buat kerja waktu pejabat dapat gaji..kerja luar waktu pejabat dapat elaun kerja lebih masa..rampas barang kemudian jual dapat lagi wang..wang wang wang keliling pinggang..tapi bagi pegawai kastam yang jujur mereka hanya dapat gaji dan elaun sahaja tetapi berkat...

    ReplyDelete
  11. Salam tuan PG & Sema2...,

    KASTAM NI, ASYIK RAMPAS BARANG SELUDUP AJE, MANA PENYELUDUPNYA ???

    -Tak taw, tak taw...,

    Sebab kenderaan kuasa kuda tinggi, cermin gelap, risikan dan pemantauan tak perlu, pelupusan tidak diperlukan, kawalan juga tidak diperlukan, terus operasi je. Rampas barang, simpan dalam store...awal, tengah, ujung tawun or bila2, lepas bajet, bajet rampasan baru, boleh buat bila2 masa...!!!. Satu aje depa nih hujan panas tak pernah kena...

    Pang5 Beliung, hang apa taw...

    ReplyDelete
  12. nak komen banyak nanti dikatakan fitnah pula..
    tapi...apa yang anon2 semua komen ada kebenaran.
    petang tu aku nampak bertimbun barang rampasan di punggah dalam kawasan komplek kastam di kelana jaya.
    aku nampak ada beberapa buah kontena dalam kawasan tu..isinya ntah la..apa kebenda.
    ada anggota kastam yg tinggal dikomplek kastam wilayah tersebut bukan main mewah aku nampak.
    umor baru dalam linkungan 20an..
    banyak duit mereka aku rasa kerana kerap sangat pasang macam2 eksesori kereta di kedai eksesori sebelah bank islam klana jaya.
    lagi satu..aku perati perangai anggota kastam ini kurang mesra dengan orang ramai.
    masa minum di restoran sesama mereka,payah nak lihat mereka senyum atau tegur kita sedangkan meja kita hanya bersebelahan saja.
    mereka ini terlalu ego dengan pakaian seragam dibadan.
    kawan aku yang pernah berurusan dengan kastam pernah disergah dengan kata2..
    NAK SURUH SAIN BORANG NI KENAPA TAK BAWA PEN..KALAU TAK ADA PEN MACAMANA NAK SAIN DAN LULUSKAN DENGAN CEPAT.
    betulkah kastam tak ada pen?????
    atau pun pen apa yang perlu dibawa?????
    apa kerajaan selama ini tak pernah bekalkan pen ke kepada jabatanya???
    setiap yang nak berurusan kena bawa pen untuk diberi pada pegawai2 kerajaan ke?????
    sebenarnya..bukan pen yang disuruh bawa...maksudnya ada benda lain..

    ReplyDelete
  13. Samalah juga bila pendatang tanpa izin ditangkap di hotel-hotel dan tempat-tempat hiburan, yang peliknya, pemilik premis dan mereka-meraka yang bawa mereka masuk macam tidak ada berita mereka juga didakwa. Macam begitu,mudah saja, bila mereka sudah expire, minta saja mereka diserbu dan dan sebaik tangkap kerajaan malaysia akan hantar mereka balik percuma.
    Perkara macam ini lah sebab kakitangan kerajaan tidak dapat bonus. Bab masuk duit ke kantung negara punyalah payah,kantung sendiri didahulukan rakyat dikemudiankan, bila bab keluarkan duit keluar negara mudah.

    ReplyDelete
  14. Kalau kantung negara tidak meningkat sebab ada yang masukkan kekantung sendiri bermaknan pendapatan negara akan susut dan jika demikian mana ada bonus. Sebabitulah diadakan juga suruhanjaya pencegah rasuah. Kalau semua buat kerja, kaya negara. Kaya negara, kayalah rakyat terutamanya kaitangan awam dan penjawat awam dan bonus insyaAllah dapat bukan sebulan tapi berbulan-bulan.
    Apa nak buat bila rata-rata kita sendiri berfikiran sempit dan mementingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  15. Biasa la bang. Kita orang bawah ni memang nak cekup si penyeludup ni tapi bos tak bagi nak buat macamana. Silap haribulan dapor kami tak berasap. Nak cari keje lain buan senang...

    ReplyDelete
  16. Nak cerita sikit tentang bonus kakitangan awam ni. Aku pernah pergi Bhg. Pinjaman Perumahan konon nya nak settle pinjaman. Mohon kat kakitangan disitu penyata terbaru nak tengok baki. Dia suruh isi borang. Dah isi dan serah kononnya bole la dapat penyata. Dia kata kena tunggu sebulan. MasyaAllah zaman komputer kena tunggu sebulan. Aku bagitau kat mamat tu "Encik, skrg zaman komputer. Masuk aje no. k/p atau akaun sekejap aje keluar penyata." Mmg betul pun apa yg aku cakap, kejap aje keluar penyata. Mamat ni sebenarnya nak duit kopi. Aku dapat penyata terus aku balik Johor tak jadi nak settle krn meluat dgn k/tangan awam ni. Mcm ni kerajaan nak bayar bonus kat k/tangan kerajaan. Pemalas. Bulan2 kerajaan bayar gaji dah patut bersyukur. Ni nak bonus lagi... Puiih...

    Sialan...

    ReplyDelete
  17. Malam tu pi cari orang tu kat Karaoke mana-mana, mesti duk melalak menyanyi beramai2, ditemani PATI2 gedik.

    Malboro

    ReplyDelete
  18. Tengok baru cakap, dah ada kes,nak penyata bagi bayar pinjaman rumah kena sebulan tunggu. Bukan nak pinjampun tapi nak bayarpun depa tak begitu beriya-iya nak pungut hutang untuk negara. Bila takde bonus, melenting sampai tujuh petala langit, kononnya kerajaan tidak prihatin. Perkara yang sama juga mungkin berlaku dengan PTPTN.

    Bagi pinjam bukan main pandai sampai memandai-mandai, bab mendapatkan balik, sebab bukan duit sendiri - slow and steady cukuplah. Tapi bab mengutuk orang tak buat kerja bukan main lagi.

    IPTA bagaimana pula. Duit hutang terkumpul dikutip ke tidak?

    Penjawat awam dan kakitangan awam bagaimanapun ada hati pula nak bonus - tak kena tendang dari kerja pun sudah kira bagus.

    ReplyDelete
  19. Mamat tu nak kelentong orang Johor - kalau orang dari pendalaman bolehlah.

    "MasyaAllah zaman komputer kena tunggu sebulan. Aku bagitau kat mamat tu "Encik, skrg zaman komputer. Masuk aje no. k/p atau akaun sekejap aje keluar penyata." Mmg betul pun apa yg aku cakap, kejap aje keluar penyata. Mamat ni sebenarnya nak duit kopi. Aku dapat penyata terus aku balik Johor tak jadi nak settle krn meluat dgn k/tangan awam ni....Bulan2 kerajaan bayar gaji dah patut bersyukur. Ni nak bonus lagi... Puiih...
    "

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum PG

    Kepada penjawat awam tidakkah anda anda semua berase malu?.
    Duit upah yang ada semua terima setiap bulan itu adelah dari hasil pembayar cukai.

    ReplyDelete
  21. pembayar-pembayar cukai yang lari dari cukai tidakkah anda juga merasa malu?

    ReplyDelete
  22. Salah dasar Kerajaan gak! Contoh harga barang terus naik contoh rokok. Bila harga mahal..apa lagi barang seludup terus meningkat. Yang untung percuma Kastam. Dari zaman Tok Nadok (Kastam) dapat rampas barang tapi Penyeludup tak dapat (lari). Alasan biasalah Bro senang kerja dan mudah. Budak Kedet Sekolah pun boleh buat macam tu.

    Entahlah nak salah siapa agaknya?? Dasar Kerajaan atau Kastam??

    ReplyDelete
  23. PG pun apa kurangnya dengan masalah yang dikemukakan. Biasalah kata orang paku serpih, kata orang dia yang lebih.

    Dasar kakitangan awam

    ReplyDelete
  24. tahun depan jika semua kakitangan kerajaan bersih cekap dan amanah, dan pendapatan negara meningkat, insyaAllah boleh dapat bonus - tak perlupun cuepac. Kalau pendapatan negara tidak meningkat, cuepacpun tak dapat nak buat apa.

    ReplyDelete
  25. CUEPAC oh CUEPAC tak ada acara lain asyik-asyik nak bonus tak ada perkara lain. Biar bertukar ganti pemimpin CUEPAC mesti memperjuangkan bonus. Tengok dulu penjawat awam yang menjalankan tugas apakah semuanya bersih, telus dan jujur? Contoh Jabatan Kastam, Immegerisen, Polis dan lain-lain jabatan yang bersangkut paut dengan orang awam?

    Bonus, bonus tak ada lain, harga barang naik bila kerajaan beri bonus CUEPAC tau ke? Masalah orang yang tidak kerja dengan Kerajaan yang menanggung musibahnya kerana bonus. Cuba beri idea untuk Kerajaan mendidik kakitangan awam lebih jujur, ikhlas dan berdaya maju.

    ReplyDelete
  26. Kastam... brg rampasan dapat, penyeludup lari!

    Biasa la tu... mcm kes2 yg melibatkan puak2 UMNgOk. Bila libatkan pemimpin UMNgOk Be-eNd je... kes ade tapi selalu lepas. Polis, Mak-kak-Mah, SPRM... mcm pegawai kastam tu jugak, dok terima arahan dari org atasan dan juga org politik!

    Idak gitu PG ooooiiiiii...........

    ReplyDelete
  27. hahahaa mmg mcm tu langsi oi
    adat la kalu x bkn UMNGOK namanyer
    barang dpt!org x dpt!hahaha lawak jgk!
    acctually bkn x dpt..tp pejam mata
    for example:
    bwk masuk kontena 10 biji
    bg kt kastam 2 biji(konon2 rampasan la tu)
    yg lg 8 kasi lepas la
    nanti kastam kluar la statement dpt rampas 2 kontena seludup!baru la nampak buat keja!hahahaha
    hebat x mainan politik UMNGOK!

    -lantoi-

    ReplyDelete
  28. TENGOK SENDIRI KAT PERAIRAN BANTING TU.... DAPAT LAH TAHU... SELUDUP ROKOK..... JAM 12 MLM HINGGA 3 PAGI... BOT KASTAM BALIK KE PORT KLANG.... PENYELUDUP MASUK.... HA..HA...

    ReplyDelete
  29. BOY FRIEND SAYA YANG BEKERJA DAN MENETAP LAMA DI CHINA ADA MENGIRIMKAN SAYA HADIAH YANG SAYA SENDDIRI PINTA,MALANGNYA BUNGKUSAN HADIAH TERSEBUT YG DIKIRIM MELALUI DSL DIRAMPAS KASTAM.MEREKA KATA KALAU NAK BARANG TU SEMULA PENGIRIM KENA DATANG AMBIL SENDIRI DI KLIA,MASAALAHNYA KALAU AMBIL SENDIRI ,TAK PAYAH POS LAH . SAYA PUN TAK ARIF LAH TTG BARANG2 YG DIHARAMKAN MASUK MELALUI LUAR NEGARA
    SAYA PUN TAK FAHAM ADAKAH SATU JENIS ITEM SAJA PUN DIRAMPAS BUKAN UNT BERNIAGA

    ReplyDelete