Friday, 31 December 2010

MENTERI PENGAJIAN TINGGI !!! LIHAT SIKIT PERANGAI TIMBALAN ANDA INI !!!!!!







Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullahmengalu-alukan penganjuran Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia yang berlangsung esok dan berharap ia berjaya menjadi pemangkin bagi memperkasakan gerakan mahasiswa negara dalam seluruh spektrum kehidupan termasuk politik.

Saifuddin berkata seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap remaja sebagai 'rakan kongsi' kerajaan dilihat sebagai amat bersesuaian dengan dua keperluan besar dalam gerakan pembangunan mahasiswa.

"Pertama, keperluan untuk memenuhi tiga permintaan asas mahasiswa iaitu: mahasiswa mahu suaranya didengar, mahasiswa mahu peranannya diiktiraf dan mahasiswa mahu isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasikan mahasiswa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hai Saifuddin ini buat hal lagi. Tak habis-habis nak popularkan diri di kalangan mahasiswa. Dialah raja segala mahasiswa. Kononnya nak perkasakan mahasiswa. Apa ini YB. Jangan dok memandai nak mengubah apa yang telah Tun Mahathir betulkan .

2. Nak lahirkan ramai lagi ke orang macam DSAI dan Hishamuddin Rais penarik beca tu ke? Apa faedahnya kepada negara.

3. PG lihat Saifuddin ini lebih sudu dari pada kuah. Lebih besar kuah dari kualinya. Dulu dah kena sergah oleh Menteri Pengajian Tinggi YB Khalid.Sibok nak mengubah dan menghapuskan AUKU. Muhyiddin pun sergahnya mengenai ini bebarapa bulan lepas. Senyap sekejap. Sekarang ni berbunyi balik.

4. Mungkin Saifuddin ini berasa kepalanya semakin besar sehingga tak mendengar nasihat Bosnya iaitu Menteri Pengajian Tinggi dan TPM sendiri. Mungkin kepalanya bertambah besar kerana ia mendakwa rapat dengan PM. Ini kes jual nama aje. Biasalah. Saifuddin. Siapa tak kenal sejak di UM 1980-1984 dulu. Berlakon aje lebih.

5. Konon dengan galakkan mahasiswa berhimpun sempena 1.1.11 untuk perkasakan mahasiswa. Tempel nama PM sekali dalam hujahnya untuk halalkan perhimpunan haram ini. Saifuddin nak ajar mahasiswa ini untuk tidak mematuhi undang-undang. Carilah isu lain YB. Asyik nak bantai AUKU dan asyik nak galakkan mahasiswa buat demo haram. Tak ada idea lain lagi ke YB bagi perkasakan mahasiswa.

6. Dengan berdemo haram aje ke mahasiswa boleh perkasa. Berapa markah purata mahasiswa yang dok berdemo tu. Hanya cukup-cukup makan kedarah aje. Tak lebih dari 2.5. Itu ke yang perkasa sangat mahasisiwa pendemo haram ini? Nak bercakap macam-macam dan nak komplen itu ini, tetapi belajar, hampas. Markah asyik ciput aje. Tapi kalau dengar cakap mahasiswa didikan Saifuddin yang kaki demo ini, mereka ini seolah ada PHD. Tapi bila teliti balik, macam cakap standard 5 aje.

7. Dato Khalid!!!! Kawal sikit Timbalan anda ini. Kecilkan sikit kepala dia. Asyik nak berdemo dan AUKU aje. Dah banyak kali dah , YB ni lawan bosnya. YB Saifuddin ini , Timbalan Menteri AUKU dan demo haram ke? Asyik itu aje yang dia tuturkan tiap hari.

8. TPM, sergah sikit Timbalan Menteri yang besar kepala ini. Baru tak sampai 3 tahun jadi Tim Menteri dan nak memandai nak lawan taukeh.

9. Kadang-kadang suara dan tindakan nya seperti DSAI aje. Apa tidaknya. 16 sep dulu pun namanya ada dalam senarai nak keseberang. Juga siapa tak tahu, pak sheikh Saifuddin ini juga adalah pemuja DSAI. Mengekor DSAI sepanjang malam . Dimulutnya kalau bercakap semasa belajar di UM tu, selang sepatah, sebut " Brother Anuar." Dua tiga patah cakap sebut DSAI.

10. Kepada PM , lihat sikit si Saifuddin ini. Dia ni asyik jual nama PM aje. Nyah aje sebelum PRU ini. Ada pun buat semak aje. Nak memandai nak ubah itu ini dalam perkara yang begitu mantap.

11. Menyampah melihat wakil rakyat yang hipokrit ini. Meluat. Carilah idea lain , untuk perkasakan mahasiswa ini. Tok sahlah nak popularkan idea bodoh ini. Cuba tanya diri sendirilah, berapa ramai dari mahasiswa pendemo haram ini sejak zaman DSAI dulu yang pernah menulis journal setelah membuat kajian? Tak ada. Semuanya cakap kosong dan bodoh sombong aje. Kritik dan perlekehkan idea orang bolehlah. Tetapi idea sendri tak ada. Pemalas semuanya. Sebab itu satu journal pun tak ada. Takat mahasiswa nak melalak dan kritik sengkek tu , budah darjah 5 pun boleh. Lihat ajelah si Mahfuz tu, itulah aje standardnya !!!!!!!!!!!

2 comments:

  1. ALHAMDULILLAH..ADA JUGA MENTERI UMNO DAN ORG KUAT UMNO YG TAK TERBUKA MATA HATI TERHADAP TUNTUTAN HAK KEMANUSIAAN..

    TAPI SEMUANYA , KEBANYAKKANNYA MASIH BUTA MATA HATI DI ATAS HAK DAN KEPERLUAN MANUSIA DI MALAYA..

    MEREKA HANYA MAHU MELETAKKAN MANUSIA DI ALAM MALAYA INI DI BWH TAPAK KAKI MEREKA DGN MULUT PERLU DISUMBAT!!!

    BRAVO DATUK SAIFUDIN...

    ReplyDelete