Monday, 27 December 2010

NOTA-NOTA LAMA PERLEMBAGAAN : HABEAS CORPUS !!!!


Perlembagaan 8


1. Hebeas Corpus.

Penahanan salah seseorang tanpa mengikut undang-undang. Undang-undang berkaitan dengan Habeas Corpus di Malaysia adalah mengikut artikel 5(2) yang berbunyi seperti berikut :

5. Liberty of the person

(2) Where complaint is made to a High Court or any judge thereof that a person is being unlawfully detained the court shall inquire into the complaint and, unless satisfied that the detention is lawful, shall order him to be produced before the court and release him.

Permohonan hebeas corpus selalu dibuat berikutan kegagalan untuk mematuhi artikel 5(3) Perlembagaan.

Aduan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi . Mahkamah yang menerima aduan mestilah (shall) menyiasat aduan tersebut dan mengarahkannya dibawa kehadapannya dan membebaskan orang yang berkenaan kecuali mahkamah berpuas hati tahanannya adalah sah.

Peruntukan yang sama juga terdapat di bawah seksen 365 Kanun Acara Jenayah.

365. Power of High Court to make certain orders
The High Court may whenever it thinks fit direct-
(a) that any person who:
(i) is detained in any prison within the limits of Malaysia on a warrant of extradition whether under the Extradition Act 1992; or
(ii) is alleged to be illegally or improperly detained in public or private custody within the limits of Malaysia,
be set at liberty;
(b) that any defendant in custody under a writ of attachment be brought before the Court to be dealt with according to law.

Peruntukan lain undang-undang dapat di lihat di bawah seksen 25(2) Akta Mahkamah Kehakiman yang baca bersama dengan peruntukan jadual akta tersebut.

25. Powers of the High Court

(2) Without prejudice to the generality of subsection (1) the High Court shall have the additional powers set out in the Schedule:

SCHEDULE
(Section 25 (2))
ADDITIONAL POWERS OF HIGH COURT

1. Prerogative writs.

Power to issue to any person or authority directions, orders or writs, including writs of the nature of habeas corpus, mandamus, prohibition, quo warranto and certiorari, or any others, for the enforcement of the rights conferred by Part II of the Constitution, or any of them, or for any purpose.

Beban bukti untuk membuktikan tahanan adalah tidak mengikut undang-undang adalah terletak pada orang yang ditahan . Keputusan dibuat dalam kes Re Tan Sri Raja Khalid Raja Harun [1987] 2 CLJ 470. Orang dibebaskan juga boleh membuat tuntutan sivil semasa tahanan salah di lakukan.

Siapa yang boleh membuat Hebeas Corpus adalah longgar (lenient). Ianya boleh dari orang ditahan, peguam atau sesiapa yang bertindak bagi pihaknya. Kuasa sesiapa untuk muncul di Mahkamah dipanggil Local standi .Keputusan ini dapat dilihat dalam kes Theresa Lim Chin V IGP [1998] 1 MLJ 293.

Hebeas Corpus juga boleh digunakan untuk mendapatkan jamin dan pembicaraan yang cepat. Di Malaysia ianya juga diguna pakai bagi orang yang ditahan dengan jumlah jaminan yang begitu tinggi. Di Singgapura orang yang dibebaskan dengan jamin tidak mempunyai hak membuat permohonan habeas corpus.

Di dalam kes Ketua Polis Negara V Abdul Ghani Haroon [2001] 4 MLJ 11 anggota polis tidak perlu membawa orang yang ditahan ke Mahkamah untuk pembicaraan Hebeas Corpus . Ini disebabkan peruntukan perlembagaan artikel 5(2) menyatakan jika sekiranya Mahkamah Berpuas hati tahanan adalah tidak sah.

2. Isu dalam Hebeas Corpus.

Isu dalam membenarkan Hebeas Corpus adalah samada kehidupan dan kebebasan diri telah di sekat mengikut undang-undang. Istilah kehidupan bukan bermakna hanya bernyawa tetapi juga kemuliaan hidup dalam kehidupan (dignity of life). Seseorang yang mengalami penindasan semasa ditahan atau layanan yang tidak berperikemanusiaan boleh mendakwa kehidupan mereka telah di sekat mengikut perlembagaan.

3. Ciri-ciri atau alasan yang digunakan untuk membuat Hebeas Corpus.

i. Ilegality of Substance (kandungan salah) atau boleh dinyatakan juga tahanan yang melampau kuasa (ultra vires) / tanpa kuasa yang sah.

Contohnya dapat dilihat pada kes The Cheng Poh V PP [1979] 1 MLJ 50. di mana sabjek tahan di bawah undang-undang pencegahan di Serawak dan selepas itu dibawa dan ditahan di Semenanjung Malaysia di mana undang-undang tersebut tidak mempunyai kuasa.

ii. Ilegality of puspose (Tujuan salah) atau dengan niat jahat (mala fide) atau menyalah kuasa (abuse of power)/tidak munsabah.

Contoh dapat dilihat dalam kes Lui Ah Yong [1977] 2 MLJ 226 di mana sabjek telah ditahan salaam 8 tahun menunggu ianya dihantar ke negara asal.

Pada kebiasanya tidak pernah mempersoalkan tujuan tahanan samada berniat baik atau tidak. Ianya adalah kuasa menteri untuk memutuskannya. Dalam kebanyakan permohonan berbentuk ini adalah gagal.

iii. Ilegality of procedure (tidak mengikut peraturan )/ ultra vires of procedure.

Contohnya dalam kes Puvaneswaran [1991] 3 MLJ 28 sabjek hanya dibekalkan satu salinan alasan tahanan di mana mengikut undang-undang adalah dua salinan.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dalam memahami perlembagaan Malaysia . Tq

4 comments:

  1. Bahasa undang-undang mungkin tidak dapat difahami oleh orang biasa yang tidak terlibat dengan kerjaya guaman dan kehakiman.

    ReplyDelete
  2. Anon 12:26,

    Undang2 itu penting difahami. Sekurang2nya kita tahu hak kita. Berusaha la untuk faham.

    Salam PG,

    Apakah istilah undang2 dlm keadaan 'tahanan itu sah krn majistret yg benarkan tetapi semasa dlm tahanan tiada apa2 yg dilakukan'. Maksudnya seseorang itu ditahan kemudian dibebaskan mengikut tempoh tahan. Kalau perintah itu 7 hari 7 hari la orang itu ditahan.

    Ingin Tahu

    ReplyDelete
  3. habeas corpus. tak melibatkan mgrt

    ReplyDelete
  4. Salam PG,

    Maksud saya kes jenayah. Terima kasih.

    Ingin Tahu

    ReplyDelete