Thursday, 30 December 2010

NOTA-NOTA LAMA PERLEMBAGAAN : KES-KES YANG BERKAITAN KEUNGGULAN PERLEMBAGAAN !!!!!


Ringkasan kes di bawah keunggulan perlembagaan.


1. AH THIAN v GOVERNMENT OF Malaysia [1976] 2 MLJ 112

Sabjek dituduh melakukan rompakan di bawah seksen 392/397 Kanun Keseksaan tetapi boleh dihukum di bawah seksen 5 Akta Senjaapi (penalti lebih berat). Sepatutnya beliau hanya boleh boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan sahaja.

Atas sebab ini peguam mendakwa peruntukan demikian di bawah akta senjata api adalah ultra vires dan melanggar peruntukan artikel 8 perlembagaan iaitu hak sama rata perlindungan di bawah undang-undang.

Mahkamah telah menggunakan kuasa judicial review di bawah artikel 128 dan 4(4) bahawa pertuntukan demikian adalah tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan.

Cabutan penghakiman penting oleh hakim Suffian LP

`The doctrine of the supremacy of Parliament does not apply in Malaysia. Here we have a written constitution. The power of Parliament and of State legislatures in Malaysia is limited by the Constitution, and they cannot make any law they please.`

2. AMINAH v SUPERINTENDENT OF PRISON, PENGKALAN CHEPA, Kelantan [1968] 1 MLJ 92.

Sabjek membuat permohonan Habeas Corpus terhadap suaminya yang ditahan di bawah RR dengan alasan:

i. Suaminya tidak diberitahu alasan tangkapan seberapa cepat mungkin (as soon as possible) mengikut artikel 5(3).

ii. Enekmen kediaman terhad tidak mempunyai peruntukan artikel 5(3).

iii. Penahanan dibuat dengan niat jahat mala fide

Keputusan mahkamah.

i. Terdapat kenyataan penyerah waran tangkapan bahawa alasan tangkapan telah diberitahu. Suaminya telah dibenarkan berjumpa beberapa jam kemudiaan sudah mencukupi kehendak artikel 5(3).

ii. Peruntukan 5(3) tidak perlu di dalam RRE oleh kerana peruntukan artikel 162(6) menyatakan mana-mana undang yang ujud sebelum hari merdeka hendak disesuaikan dengan perlembagaan.

iii. Sama ada penahanan dibuat mempunyai niat jahat atau tidak mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk masuk campur.

3. ASSA SINGH v MENTRI BESAR, JOHORE [1968] 2 MLJ 30.

Sabjek ditahan di bawah RRE Johor dan mendakwa tahanan tersebut tidak sah oleh kerana enekmen tersebut tidak mempunyai peruntukan sebab tangkapaan diberitahu dan di bawah ke hadapan magistrate di bawah artikel 5 dan oleh itu bertentangan juga dengan haknya untuk bergerak dengan bebas sebagaimaa artikel 9.

Keputusan Mahkamah.

Tahanan sah oleh kerana walaupun tidak ada peruntukan demikian,di bawah artikel 162 menyatakan mana-mana enekmen yang tidak selaras dengan perlembagaan hendaklah di sesuaikan. Oleh kerana ianya tahanan pencegahan maka ia tidak bercanggah dengan artikel 9.

Penghuni Gua : Semuga kes-kes di atas dapat membantu dalam kita memahami serba sedikit mengenai keunggulan perlembagaan. Tq

1 comment:

  1. Kalau dah berani merompak, beranilah mati ditembak polis atau ke penjara.

    ReplyDelete