ALOR GAJAH 26 Mei - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yakin mampu mencapai sasaran pungutan hasil RM30 bilion yang ditetapkan kerajaan untuk tahun ini berbanding RM28.3 bilion pada tahun lalu.
Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Md. Yusop Mansor (gambar) berkata, agensi itu mengatur pelbagai program jangka panjang bagi mencapai sasaran tersebut.
Menurutnya, ia termasuk pemantauan berterusan dalam aspek kutipan cukai, langkah perancangan operasi dan menjalin hubungan kerjasama dengan komuniti perniagaan yang berpotensi. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Bukan takat 30 billion. Lebih pun boleh jika tiada " ting tong ".
2. Cuba pegawai atasan Kastam kerap membuat lawatan mengejut ke kilang. Lihat pengeluaran TV ke apa ke. Betul ke pengistiharan yang dibuat oleh kilang tu. Pegawai kastam memang ada di tempatkan di situ. Tetapi itulah msalahnya. Keluar TV 1000 unit sehari tetapi istihar 500 aje. Memang ada pegawai kastam di kilang tu. Tapi bila dah lama berada dan ditempatkan di kilang tu, mata mereka dah mula " rabun ".
3. Lihat juga kes-kes tangkapan yang dibuat oleh kastam seperti arak dan rokok. Asyik dapat arak dan rokok je tetapi penjenayah terlepas. Alasan biasa yang dibuat ialah penjenayah / penyeludup berjaya melepaskkan diri. Takkan bodoh sangat operasi kastam sehingga banyak penyeludup yang terlepas berbanding yang ditangkap.
4. Dengar ceritanya, kalau buat rampasan rokok dan arak jika tiada tangkapan, duit " reward " cepat dapat dan senang dapat. Berjuta. Jadi di luar ni kami dengar macam-macam seperti rampasan yang dirancang hanya nak memenuhkan " reten " untuk dihantar ke ibu pejabat. Juga wayang bagi nak bahagikan duit " reward " antara pemberi maklumat dengan pegawai kastam.
5. Dah banyak kes seperti pegawai kastam membahagikan dan terlibat dalam pembahagian kes duit " reward ini. Contohnya sehingga menjadi kes SPRM di Sg Petani pada 1994 dulu di mana seorang kerani wanita yang bekerja di kilang telah beri maklumat di mana kilang membuat pengistiharan palsu . Kerani ini beri maklumat dan dapat " reward " RM 180.000.00. Pegawai nak " pau " separuh . Kenai ini buat report SPRM. Kantoi pegawai kastam ini dan dipenjara 5 tahun.
6. Jadi kepada pegawai atasan Kastam di KL tu : rajin-rajinlah menjenguk pegawai di bawah ini. Jangan main percaya buta aje. Sebenarnya jauh lebih besar dari RM 30 billion jika tiada " ting tong ".
7. Cuba lah kalau tak percaya. Jangan berjuang di permaidani merah aje. Jenguk sikit di bawah. Kereta dah canggih-canggih, alat pengintipan dah canggih. Takkan nak tangkap penyeludup pun terhegeh-hegeh. Bodoh sangat ke ? Juga wajibkan semua pegawai kastam istihar harta mereka. Wajib. Dan periksa balik, pengistiharan mereka ini. Kalau kita biasa bercakap dan mendengar perbualan sesama pegawai kastam ini bukan main gah mereka memberitahu itunini mengenai rumah dan kereta mereka. Cuba sesekali pegawai atasan periksa akuan bank peribadi mereka. Adik beradik dan sebagainya.
8. Cuba periksa juga dengan " money Changer " mengenai penghantaran duit ke India atau ke Indonesia. Banyak juga orang-orang besar dan penjenayah yang terdiri dari pegaai kerajaan yang buat macam ini. Mereka tiru cara seludup wang keluar dengan cara ini dan selamat. Kalau tiap tahun pergi India dan Indonesia tu, maka, bolehlah periksa . Adalah yang tak kena. Bukan apa, mereka ke sana untuk kemaskini akaun le !!!!! Ini bukan menohmah pegawai kastam. Cara ini ada digunakan oelh penjenayah dan penjawat awam lain sejak dulu. Dan inilah cara paling selamat. Ke London pun boleh !!!!! Itulah pun cara korperat menyeludup wang bagi mengelak cukai dan sebagainya.
9. Di Sebelah rumah PG di Taman Uda Murni Pengkalan Chepa Kelantan pada tahun 1987 dulu , buat majlis hari jadi anak pun , untuk seorang RM 10 K. Kita dengar pun takut. Tapi jumlah itu mereka yang ceritakan sendiri kepada kita. Kopral aje pangkatnya. Dah pencen pun. Tahniah untuk Kastam kerana takat ini berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam mengutip hasil kerajaan. Hapuskan kambing hitam di jabatan anda. Mereka inilah perosak kepada semua yang lain. Tahniah kastam. Tapi fikirkan apa yang PG cadangkan.
Salam tuan PG & Sema2...,
ReplyDeleteKALAU NAK , LEBIH DARI RM 30 BILLION PUN BOLEH KUTIP !!!!
Tahniah kepada sesubauh jabatan itu yang akan muncul sebagai agensi penguatkuasaan pengutip hasil terbesar negara. Hasil perisikan berterusan semoga banyak lagi hasil benar atau tidak benar berjaya dibenteras dan dikutip jabatan itu. Seperti sedia maklum hasil rampasan dan percukaian melibatkan jutaan ringgit sangat membanggakan negara. Seperti juga maklumat dari tuan PG, adalah elok jika diambil dari pesara2 tentera dan polis untuk tempoh tertentu sebagai pegawai pemantauan sepertimana diberikan kuasa kepada penggawa dan penghulu oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan memantau aktiviti kapal2 dagang dan agensi berkaitan untuk dilaporkan sebarang aktiviti berkaitan salah laku. Jika kurang pemantuan, aktiviti terancanag boleh berlaku. Banyak rampasan sebelum ini berlaku, termasuk dilautan. Namun, adalah malang tiada tangkapan dilakukan kerana penjenayah tersebut berjaya meloloskan diri dari operasi dilautan luas. Sepertimana jabatan kerajaan yang lain, ramai dari kakitangan bawahan suatau hari, mereka akan berjaya menerjaui sesebuah jabatan itu...
P5B, cadangkan ambil tenaga pakar dari mana2 agensi pengkuatkuasaan bagi membenteras anasir2 perosak negara...!!!
Tak fahamlah nape orang islam suka makan duit tak berkat tu. Anak belajar tak jadi, lawan ibubapa, menagih dadah dan macam2 keadaan yg tuhan tarik balik sebab bukan hak sendiri.
ReplyDeleteDuit berkat ni lain, ada sikit pun cukup.
dol?cube lu tanya pandikutty yg buat entri ni
ReplyDeleteape plak hukum org yg gajinya hasil dr memfitnah & mengaibkan sesama islam berkat ke x?
kerja x pernah cuma harapkan duit berblog...
berkat ke dol?mgkin sebab tu la anak sorg pun xda yg success ke ipta..(tp ngaku anak masuk ipta)
wakakaka!line mesti cover rapat dol...
Bukan saja 30 billion tapi 60 billion pu boleh, tapi yalah yg selebihnya tu utk simpanan sendirilah.. bukannya rayt Malaysia tak tahu, kakitangan jabatan mana yg paling kaya di Malaysia. 1 kutipan utk Malaysia, 2 utk @#&%@@.
ReplyDeleteCerita lama dah ni..muak dah aku dengar Kastam rampas barangan seludup dan buat intipan berhari-hari tapi last sekali Penyeludup tidak dapat ditangkap kerana berjaya melarikan diri. Cap Ayam aja KDRM Muak..muak..
ReplyDeleteContohnya Penjual Rokok Seludup Kaki Lima simpan stok tak sampai 100 karton boleh ditangkap tapi Penyeludup beribu kali ganda stok dari Penjual Kaki Lima haram dapat ditangkap...kenapa??? kenapa??? Bukan ke itu ada main tumbuk rusuk namanya???
UHsy telah memberi maklumat kpd kpdnkk sblm dpt dia ckp klu nk biar bnyak,bnyk dpt reward bila dh dpt dia ckp tak ada reward sy pn telah dbuang kerja bagaimana dan kepada siapa sy nk pergi satu lg kes yg sy lapor itu siap masuk dlm tv dan surat khabar.
ReplyDelete