Monday, 20 June 2011

MEMANG YA PUN !!!!!!










MAKIN ramai yang bersuara mengecam tindakan Bersih yang cuba mencipta persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dan memihak kepada kerajaan.

NGO yang ahlinya semua penyokong pembangkang ini memang terkenal sebagai 'kaki pusing' dengan mencipta berbagai gambaran negetif kepada SPR.

Mungkin sebab itulah SPR sendiri pada Isnin minta Bersih yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan badan pengurus pilihan raya itu sebagai kambing hitam.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihak SPR bersedia mengadakan pertemuan dengan kumpulan Bersih dengan syarat perhimpunan haram itu tidak diadakan.

"Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

"Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak.

Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Abdul Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.

"Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.

"Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama," katanya.

Pengerusi SPR itu menjelaskan pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasandan dan ahli-ahlinya pada penghujung tahun lalu dan mereka menerima dengan baik penjelasan SPR berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan.

Katanya lapan perkara itu juga telah diperjelaskan oleh beliau di media sebelum ini yang antaranya memerlukan pindaan undang-undang dilakukan terlebih dahulu.

"Mereka (Bersih) mahu berjumpa saya sekali lagi pada Mac atau April lalu, tapi pada masa itu, kita (SPR) sibuk dengan beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.

"Jadi, saya kata tak boleh kerana saya sibuk sangat, dan mencadangkan mungkin lain kali. Lepas itu, senyap dan tiba-tiba dengar nak buat perhimpunan," katanya.

Abdul Aziz berkata beliau berpendapat kumpulan itu mempunyai agenda lain dan bukan hanya membabitkan isu ketelusan SPR.

"Saya fikir kumpulan ini bukan bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan yang sepatutnya, saya fikir kumpulan itu telah dipengaruhi oleh parti politik (tertentu).

"Mereka tidak lagi berkecuali, tidak lagi bebas, ia dipengaruhi oleh sesuatu kumpulan, tanpa sokongan kumpulan-kumpulan itu, Bersih tidak ada apa-apa," katanya.-20/6/2011


Penghuni Gua
: Memang ya pun. Hanya nak kambing hitamkan SPR aje. Basuh berak sendirilah lagi baik.

2. Diri sendiri dan parti sendiri pun cacamarba cara pemilihannya. Kepada Pihak keselamatan : Bantai aje secara kekerasan mereka yang membuat kacau dan mengganggu ketenteraman awam ini. Hak asasi awam jauh lebih penting dari hak asasi kelompok samseng ini yang setelah gagal dalam segenap sudut, maka mereka membuat onar lain.

3. Semua nak alih isu dan SPR nak dijadikan mangsanya. Menang bersih dan adil. Kalau kalau, tak bersih dan zalim. Pemikiran mereka jadi begini kerana minum terlalu banyak kencing lelaki Y ini.

4. Pengundi muda : Fikirkan !!!!! Fikirkan tentang niat jahat dan kecewa pakatan haram ini. Kerja mereka tak lain hanya untuk merosakkan apa yang dah kita semua miliki. Bila dah rosak padfa apa yang telah dicapai, mereka hanya lepas tangan dan hanya pandai munding jari. !!!! Itulah wajah mereka .

5 comments:

  1. Senang cerita..Undang-Undang Negara ada (ISA). Cekup aja anak perempuan Keling (Suku Paria) tu. Pihak yang berkenaan jangan asyik pandai beri AMARAN! AMARAN! AMARAN! tak sudah-sudah, muak dah dengar.
    Kalau berani teruskan aja demo BERSIH 2.0 tu!!! Nak tau gak apa kesudahannya.

    ReplyDelete
  2. buka mata... memegang jawatan tanpa pemilihan. buatlah tauladan yang baik untuk diikuti tapi ..... malangnya bikin tak serupa cakap

    ReplyDelete
  3. P akar K elentong R akyat

    ReplyDelete
  4. ANUWAR CUBA NAK LETAK NILA DLM SUSU SEBELANGA LA TUU. DIA MAIN SANDIWARA LAGI. AMBIGAU CUMA ALAT JEK BROO KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  5. This is the job of 'Menteri Amaran'...!!

    ReplyDelete