Sunday, 7 August 2011

PANAU DAN KURAP PAS MAKIN BERTAMBAH 2 !!!!!!!!!!!!







Sabtu, 06 Ogos 2011 05:20 HELME HANAFI . .





Apa pendirian rasmi PAS dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Rabu malam ?

Kalau kita ikuti isu ini, pemimpin PAS macam berbalah sesama sendiri, ada yang sokong, ada yang marah habis macam Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

Dan tidak kurang menarik juga adalah kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menggunakan bahasa kiasan macam takut-takut hendak ambil sikap.

Hinggakan kalau kita baca kenyataannya sampai sudah, kita tertanya-tanya, apa sebenarnya pendirian PAS pusat, sokong atau tidak tindakan JAIS buat pemeriksaan pada gereja itu setelah dapat maklumat ada aktiviti sebar agama lain kepada orang Islam.

Mungkin PAS terperangkap antara hendak undi golongan bukan Islam di negara ini serta dasar parti yang sudah berakar umbi di kalangan penyokong-penyokongnya.

Fakta kes kalau ikut kenyataan akhbar Exco agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali, mudah, Jais dapat laporan terdapat pengucapan awam di gereja itu dan ada orang Islam di dalamnya.

Kata Hasan Ali, “di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.”

Dan juga “Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.”

Jika itu benar, maka terang-terang perbuatan tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menghalang agama lain disebarkan kepada penganut Islam di negara ini.

Jadi PAS yang sepatutnya memperjuangkan Islam seperti nama partinya, jadi gabra pula dalam bab ini.

Hendak sokong tindakan JAIS pun takut, tak sokong pun takut...semuanya demi undi.

Sebab itu kalau kita baca Harakahdaily yang menjadi media tradisional penyokong PAS, kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad pagi Jumaat yang belasah kaw-kaw Hasan Ali tidak disiarkan.

Khalid terang-terang marah berikutan pemeriksaan ke atas gereja itu antara lain kata, tindakan “masuk tanpa waran dan tanpa kebenaran” ke tempat suci tersebut haruslah dielakkan,”

Kenyataan Khalid itu disiarkan dengan meriah sekali oleh media pro pembangkang kecuali Harakah.

Mungkin takut backfire di kalangan penyokong sendiri kot.

Begitu juga kenyataan Lim Kit Siang yang dakwa Hasan Ali sudah ‘ menyimpang’ dari kerajaan negeri.

Sebab makin ramai yang perasan, sejak PAS bersama Pakatan mentadbir beberapa negeri ini, parti itu jadi malu-malu hendak perjuangankan hal-hal yang berkaitan kesucian agama Islam.

Tengok saja kenyataan Tuan Ibrahim dalam isu JAIS buat pemeriksaan ke atas gereja ini, “Janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu dan janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah,”

Jadi apanya? Bagi kita yang faham sekali lalu maksudnya, pemeriksaan JAIS itu barangkali pada PAS “mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu,”.

Kalau itulah hujahnya, maknanya selepas ini jika ada ‘ tipoff ‘ aduan terhadap aktiviti jenayah di sebuah rumah, jadi logiknya, polis jangan percaya dulu, anggap itu fitnah dan siasat lanjut dan jangan serbu dulu… begitu?

Sementara hendak siasat segala macam sempatlah penjenayah ‘ raya sakan’ dan lari dulu.

Menurut Hasan Ali, JAIS kena tunggu sejam, baru boleh masuk ke gereja, kerana penganjur utama tidak benarkan.

Kalau ikut ceritanya nampaknya bukannya JAIS main serbu rempuh saja, ikut peraturan juga tu, hinggalah ada yang hendak lari ikut pintu belakang, tapi berjaya ditahan oleh JAIS.

Soalnya kalau tidak buat salah kenapa hendak lari?

Kesimpulan kedua Tuan Ibrahim pula, “janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah,”

Maksudnya dalam bahasa mudah ikut kes ini adalah, orang Islam jangan buat aktiviti di gereja, sebab boleh undang fitnah.

Kata Tuan Ibrahim, “keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campurtangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan,”

Mana satu yang betul ini, hendak cegah ke tidak?

Rasa-rasanya sementara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim suruh semua exconya jangan bercakap soal ini kepada media, penyokong PAS kena duduk muhasabah balik.

Betul ke sokongan mereka kepada PAS membawa makna menaikkan syiar agama, atau sebab kuasa dan lebih takut hilang undi.-5/8/2011-OLEH HELME HANAFI

Penghuni Gua
: Panau dan kurap PAS makin bertambah. Seluroh badan PAS dan pemimpinnya dan naik gatal dan geli geleman. PAS dan pemimpinnya sedang dok cari ayat mana dalam Quran untuk layan isu ini.

2. Sehingga kini masih belum jumpa fatwa terbaru. Dr Hasan menambahkan kurap dan panau PAS yang sudah sedia banyak.

3. Keh keh keh keh keh !!!!! Tak gitu ?

1 comment:

  1. parti politik termasuk gereja dan kuil tertakluk kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan

    ReplyDelete