Tuesday, 6 September 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : DARIHAL JAMINAN !!!!



[1995] 3 MLJ 461
Moh Ting King v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CRIMINAL APPLICATION NO
44–03–95–III

Judges ELIZABETH CHAPMAN JC

Date 19 JUNE 1995
Citation [1995] 3 MLJ 461



Catchwords:


Criminal Procedure — Bail — Granting of bail — Pending trial — Interference by appellate court — Principles applicable

Bahasa Malaysia Summary:


Pemohon telah memohon untuk jaminan sementara menunggu perbicaraannya atas tuduhan merogol di bawah s 376 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45). Pihak pendakwa telah membantah terhadap jaminan itu atas alasan bahawa kesalahan itu tak boleh jamin, tertuduh menghadapi satu lagi tuduhan merogol di bawah s 376 yang telah ditetapkan untuk pembicaraan pada 26 Jun 1995 dan seterusnya terdapat bahaya bahawa beliau mungkin mengintimidasi pengadu. Mahkamah sesyen pada 20 Mei 1995 telah menolak permohonan beliau dan beliau telah membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi.
Diputuskan:

Diputuskan, menolak permohonan itu:

(1) Adalah mantap bahawa Mahkamah Tinggi tidak akan bercampur tangan dengan penjalanan budi bicara mahkamah bawahan dengan begitu sahaja dan di mana hakim mahkamah sesyen telah menolak permohonan untuk jaminan selepas mempertimbangkan semua keadaan kes itu, Mahkamah Tinggi tidak akan bercampur tangan kecuali jika ia boleh ditunjukkan bahawa penjalanan budi bicara itu adalah salah.

(2) Adalah jelas bahawa keengganan untuk membenarkan jaminan itu berpunca daripada tertuduh dituduh atas suatu kesalahan merogol yang lain semasa beliau dilepaskan atas jaminan sementara menunggu perbicaraan pada 26 Jun 1995. Apabila membuat keputusan sama ada untuk membenarkan atau menolak jaminan, mahkamah akan mempertimbangkan, antara lain, sifat dan keseriusan kesalahan yang dituduh itu, kekerasan dan darjah hukuman yang dijatuhkan atas sabitan, bahaya bahawa kesalahan itu akan diulangi, bahaya bahawa saksi atau keterangan pihak pendakwa akan diusik atau diubah, peluang tertuduh untuk menyediakan pembelaannya dan tempoh tahannya. Jaminan tidak akan ditolak semata-matanya sebagai suatu hukuman dan keperluan untuk jaminan adalah untuk memastikan kehadiran seseorang tertuduh di perbicaraan.

(3) Keengganan mahkamah sesyen untuk membenarkan jaminan boleh dijustifikasikan di dalam keadaan kes ini. Terdapat kemungkinan bahawa tertuduh akan mengusik pengadu dan itu dengan sendirinya merupakan suatu alasan yang meyakinkan untuk menolak jaminan. Lagipun, tidak terdapat apa-apa untuk menunjukkan bahawa tertuduh akan dihambat dalam penyediaan pembelaannya semasa di bawah tahanan dan mahkamah sesyen telah menetapkan tarikh perbicaraan paling awal yang mungkin, iaitu 26 Julai 1995, dan oleh itu tempoh tahanan tidak boleh dikatakan terlalu lama.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pelajar dan pembaca. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

4 comments:

  1. PG Hindu anak Omar...

    Tolong betulkan fakta Prof. Kho Kang Kung ni... Mat Indera bukan lahir kat seberang, dia orang msia lahir kat Johor.

    Betul ke... British tak jajah Malaysia/Tanah Melayu!
    Kalau tak dijajah kenape pulak declare kemerdekaan pada 1957... siap turunkan bendera Union Jack dan naikkan bendera Malaysia!?

    Nape plak Tunku dok teriak MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Baik teriak mase Jepun serah diri....

    Kenape plak siap bergolok-bergadai menghadap Queen kononnya menuntut kemerdekaan. Kalo tak dijajah tak perlu la ke England tuntut kemerdekaan.... Tak perlu lah dok teriak merdeka...merdeka...
    Mahathirka?

    Prof Kho Kang Kung aka Kho Koo Kang! Jgn lupa suruh Ass-so-chirit Pro-PISSer Shame-r-yu plak bagi komen kat sini!

    ReplyDelete
  2. Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera

    Berita Harian
    2010/12/13
    NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

    Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.
    Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.
    Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

    Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

    Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

    Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
    Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

    Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

    Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

    Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

    “Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

    “Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

    ReplyDelete
  3. Lansi bodoh bagai nak mampos. Merdeka bukla perkara semudah seperti anuwai sontot jubu dan memantat puki cina dol. Kena ada perkiraan, orang Melayu ketika itu nak dijajah bukan kita nak berlawan kapak dengan mesin gun. Jangan bodoh melantun, hanya guna otak dengan bijaksana. Kalau bang hang tu bolehlah jual bontot dan puki tergadailah negara........

    ReplyDelete