Sunday, 2 October 2011

HUDUD PAS : BOLEH PAS BERLAKU ADIL KE ?




Dipetik dari blog : YB Zulkifli Nordin









Salam 2 all.

..............................................................Tetapi bagaimana keadaan dimana ada segelintir umat Islam yang tidak melaksanakan keadilan Islam, tetapi melabel diri mereka, dan perbuatan mereka sebagai Islamik, dan lebih teruk mengkafirkan orang lain?

Apabila timbul isu hudud baru ini, YAB PM menyatakan bahawa "kita akui hukum hudud adalah hukum ALLAH, tetapi melaksanakannya perlu dilihat realiti masakini". Maka melalaklah segelintir mereka menyerang YAB PM, habis YAB PM dimaki-hamun sebagai menolak hudud, dan sampai keperingkat ada yang mengkafirkan beliau!

Tetapi bila YAB Datuk Seri Azizan menyatakan, "Kerajaan PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan" kerana realitinya "Kerajaan PAS Kedah berkongsi kuasa dengan biaDAP dan PKR", dan realitinya Kedah, saperti juga Malaysia, mengandungi komposisi pelbagai kaum dan agama; maka kaum ini berkata "ini adalah siasah syara'iyyah, strategi politik". Bila mereka menyatakan secara realitinya "PAS tidak akan laksanakan hudud melainkan mendapat persetujuan biaDAP dan PKR" kerana realitinya PAS tidak mungkin boleh membentuk Kerajaan sendiri, kenyataan ini dikatakan "tahalluf syara'iyyah".

Persoalannya, apa beza kenyataan YAB PM dengan mereka? Langsung tiada. Malah kalau dilihat kenyataan YAB PM lebih mencerminkan seorang Muslim yang realistik. Tetapi jelas daripada sikap mereka bahawa mereka tidak mampu bersikap 'adil. YAB PM dikatakan kafir menolak hudud, tetapi bila kaum mereka sendiri melakukannya itu disebut "strategi politik", "siasah syara'iyyah", "tahalluf syari'e"! Dan bila YAB Tan Sri Khalid kata "Selangor tidak akan laksanakan hudud", langsung kaum ini menjadi syaitan bisu! Mengapa? Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau kelak nanti mereka yang akan menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!

Begitu juga bila Saiful Bukhori Azlan mengadu dirogol dan diliwat majikannya Anwar Ibrahim, tanpa mendengar keterangan Saiful, tanpa memberi peluang kepada Saiful memperjelaskan keadaan, tanpa memanggil Saiful untuk mendengar aduannya, terus kaum ini menghukum dan memaki-hamun Saiful Bukhori! Belum pun Mahkamah mulakan perbicaraan, mereka sudahpun menjatuhkan hukuman qazaf keatas Saiful. Malah mereka mendoakan moga Saiful dila'nat ALLAH. Sedangkan Saiful tetap istiqomah dengan keterangannya, dan sampai boleh berdiri dihadapan Ka'bah, dan berdoa memohon kebenaran dan keadilan disisi Gua Hira' di Jabbal Nur sambil mengadap Masjidil Haram. Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau adakah mereka sebenarnya yang menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!

Begitu juga apabila Datuk Eskay mendedahkan sebuah videoklip untuk membuktikan bahawa "rakan baik dia Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin"!". Tidak pernah pada bila-bila masa Datuk Eskay menuduh Anwar berzina. Namun tanpa mendengar penjelasan Datuk Eskay, tanpa memanggil Datuk Eskay memberikan penerangan, malah tanpa tengok pun lagi videoklip itu, kaum ini terus memaki-hamun Datuk Eskay. Belumpun Mahkamah mulakan perbicaraan, mereka sudahpun menjatuhkan hukuman qazaf keatas Datuk Eskay. Habis segala surau masjid, segala ceramah, kuliah, tazkirah, sampai ke tangga mimbar Jumaat mereka panjat dan mereka serang Datuk Eskay habis-habisan. Malah mereka mendoakan supaya Datuk Eskay dila'nat ALLAH. Sedangkan Datuk Eskay masih tetap istiqomah dengan perjuangannya untuk mendedahkan kebenaran. Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau adakah mereka sebenarnya yang menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!

Begitu juga bila YB Datuk Hasan Ali, Exco Kerajaan Selangor dan pemimpin PAS mempertahankan tindakan JAIS menyiasat kegiatan dakyah Gereja Methodist Damansara Utama untuk memurtadkan umat Islam, terus kaum ini memaki hamun dan menyerang Datuk Hasan Ali. Belumpun sempat Datuk Hasan Ali memberi penjelasan, belumpun sempat JAIS menyediakan lapuran, mereka dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, dan pihak gereja pula dibela dipertahankan. Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau adakah mereka sebenarnya yang menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!

Begitu juga apabila didedahkan sikap Anwar Ibrahim yang membuat ucapan di London School of Economics pada 18.03.2008 yang jelas menunjukkan beliau menganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama, fahaman yang ulama' menegaskan sebagai sesat dan boleh merosakkan aqidah sehingga murtad, kita melihat kaum ini langsung tidak mempersoalkan fahaman Anwar ini; malah terus mengidola dan mengagongkan manusia yang mempunyai ciri-ciri sudah sesat aqidahnya. Dan lebih parah, kaum ini mengisytiharkan mereka bersedia menobatkan Anwar sebagai kalipah mereka dan menjadi Perdana Menteri mereka! Persoalannya, mampukah kaum saperti ini melaksanakan keadilan Islam? Atau adakah mereka sebenarnya yang menghina Islam dengan akhlak dan perlakuan mereka!

Sebenarnya Islam adalah agama yang menekankan kepada keadilan, bukan sahaja kepada hukuman. Terlalu banyak kisah yang kita sudah dengar tentang keadilan Rasulullah saw dalam melaksanakan perintah ALLAH. Kita acapkali mendengar keadilan Rasulullah saw dalam satu kes zina oleh seorang wanita sehingga Rasulullah saw menyuruh beliau pulang beberapa kali, mengambil masa bertahun sehingga anak yang dikandung dilahirkan dan disusukan.

Kita pernah dengar kisah bagaimana Rasulullah saw tidak menyukai seorang sahabat yang mahu melaksanakan qisas terhadap pembunuh adiknya! Sebaik sahabat itu pergi membawa pergi sahabat yang mahu diqisas, Rasulullah saw bersabda: dia dan si-polan yang nak dihukumnya adalah sama! Perkataan itu disampaikan kepada sahabat itu. Terus sahabat itu kembali dan menyerahkan sahabat yang hendak diqisaskan sambil berkata, "aku serahkan si-polan ini kepada mu Ya Rasulullah untuk kau perbuat apa yang selayaknya bagimu".

Malah Rasulullah saw pernah diriwayatkan bersabda, "aku lebih suka kalau mereka (ya'ni orang yang melakukan kesalahan) memohon pengampunan terus kepada ALLAH dan bertaubat!".

Mesej Islam ialah keadilan dan rahmat kasih sayang ALLAH. Apakah kita benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab itu? Kita lihat bagaimana ramai lelaki diluar sana yang begitu ghairah konon nak menurut hukum untuk berkahwin lebih daripada satu. Bab hukum kahwin lebih satu kita sembang bukan main gah dan hebat, tapi bab sifat keadilan yang dipikulkan untuk berkahwin lebih daripada satu gagal dilaksanakan!

Moga ALLAH memberikan keampunan, serta petunjuk yang benar kepada kita semua. Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Sekiranya apa yang teman sampaikan disini bercanggah dengan Islam, itu adalah kerana kelemahan dan kejahilan teman sendiri, dan teman mohon keampunan daripada ALLAH. Moga ALLAH memperbetulkan apa jua kesilapan yang dilakukan (jika ada), dan semoga ALLAH menetapkan aqidah dan keimanan kita semua, ameen.

ASTAGHFIRULLAH HAL 'ADHEEM!
AAMANTU BILLAH SUMMASTAQEEM!!!

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
02 Zul Qaedah 1432
30 Sept 2011

Penghuni Gua
: PAS nak laksanakan keadilan mengenai hudud PAS ? Tak usah cakaplah. Bel;um siasat vedeo zina lelaki Y dah bantai Dato Eskay. Keterangan Eskay tak didengar langsung. Keterangan saiful langsung tak di dengar. Mat Sabu bercinta tak siasat. Pendedahan Hasan Ali mengenai pemurtadban orang Islam di gereja di hina oleh PAS. Adil ke PAS?

2. Macam tu nak laksana hudud? Vedeo di katakan pekak dan bisu. Apa cerita. Cerdik ke PAS ini untuk laksanakan hudud Islam sebenar? Kalau lihat dari kejadian yang disebut oleh YB Zul Nordin tu.................haram. Semua otak kosong . Atau tak berotak semua pemimpin PAS ini.

3. Hudud PAS? Untuk halua telingan dan untuk undi PRU boleh lah. Semua kenyataan mengenai hudud dari mulut pemimpin PAS ini hanyalah AUTA aje ( Temberang ). Saya sokong kenyataan YB Zul di atas.

4. Tak lebih dari auta sahaja. Tak gitu ?

11 comments:

  1. Adil kah UMNO itu?
    knp persoalan Najib=Kerajaan Pusat yg LANGSUNG TIDAK ADA USAHA MAHU LAKSANAKAN HUDUD TIDAK mahu di bangkitkan?
    tlg komen atau post psal bnda ini bleh?nk tgok apa kata tuan blogger.Hudud PAS? lam al-quran , hadis ada ka bnda tu? ckap hentam sebelah pihak jaa,pihak 1 lg yg tolak terus xmahu hentamkah?


    -budak mentah-

    ReplyDelete
  2. tidak hairanlah DAP yg bukan ISLAM tu bantah hudud sbb mereka BUKAN ISLAM dan xphm apa yg ada dlm ISLAM.
    TETAPI yg UMNO=MELAYU ISLAM ini terang-terangan MEMBANTAH,MENUTUP TERUS JALAN HUDUD DAN TIDAK MAHU LAKSANAKAN HUDUD macam mana pula ? ISLAM PADA NAMA SAHAJA KAH MEREKA INI?

    ReplyDelete
  3. RAMAI ULARMAK2 PASRAEL YG SEBAT BINI ORG TAPI DPY SYAFAAT DR WALLY SLIPAU BROO..DASATT TUHHH KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  4. apa komen anon 1913 dan anon 1930

    mengenai kata azizan mb kedah yang tak akan laksana hudud. sama aje dengan kenyataan PM. kafir juga ke azizan MB kedah tu. mengapa Pok Nik tak kafirkan azizan tu. kalau dah hudud tu ikhlas pas nak laksanakan, mengapa azizan cakap lain? hudud hanyalah gimik politik. auta sahaja. aku sokong zul nordin dan PG. auta

    ReplyDelete
  5. apa banyak cakap la... bikin je la hudud kat kelantan tu.. tak ada minat nak stop korang pasal hudud tu... ini takde kait berkait dgn umno.. lu berani, lu bikin la.. apa2 hal, lu tanggung la.. jangan lak nak tanya dan pendapat orang lain la.. apa, kecut ka bila masa dah tiba nak lak sana hudud.. mau jugak kait dan selit umno dalam hal ni.. jangan cerita banyak la, temberang dah tak jalan lagi la ni.. bikin je hudud kat kelantan kalo pas ada bola.. pas jangan jadi dayus.. sekarang korang dah dayus dgn dap, mungkin kini dan selamanya..

    lu pikir sendiri la..

    ReplyDelete
  6. Bro , lu buiang masa tulis panjang panjang

    HUDUD agama PAS adalah hudud undi pilihanraya , tak lebih tak kurang !!!

    HUDUD agama PAS hanyalah modal politik, tak lebih tak kurang , PAS tunggu sahaja kita salah cakap, itulah peluang keemasan ,,

    Pengikut agama PAS hanya tukang sorak ...

    celako celako celako

    ReplyDelete
  7. buat je hudud kat kelantan,aku sokong 100%,kurang sikit pengidap hiv kt kelantan.klu berzina ngan bini org,hukumnya pancung,algojonya TGNA,tngok le, ade berani ke dia,

    ReplyDelete
  8. tak caya apa yang pok nik dan pas tak ada telur nak laksana hudud? memnang hanya temberang. laksanakan di kelantanlah. apa nak salahkan orang buatlah kalau berani. saya tak percaya langsung pas nak laksana hudud. tak percaya tanya sama itu hud hud. Pok nik jadi algojo dululah. berani ke pok nik nak jadi algojo seperti cadangan anon di atas. cakap aje boleh !!!!!! Auta aje merekA NI

    ReplyDelete
  9. memaki2 hanyalah puak2 UMNO itu saja mereka tau,saya yg lemah ini bkn nk menuduh yg lain atau berbelit2,kalaulah sungguh UMNO=Islam knp x wat hudud di malaysia? tlg jwab,jgn dok kalih kot len...

    ReplyDelete
  10. tanya mustafa ali. negara islam tak ada dalam quran, anon 0012 oii. tanya mustafa ali. Hudud hanya 1 juzuzk aje dalam quran. yang lain l;ebih mustahak. jadi tanya Hadi dan mustafa alilah. mereka lebih mahir mengenai hudud. betul tak anon 0012

    ReplyDelete
  11. Penyangak pakatan nih tak gheti bahasa!...cuba sesekali PG tulis bahasa Jerman pulak!

    Apa pun artikel Zul nordin ni memang bagus.
    terimakasih PG!

    ReplyDelete