Saturday, 22 October 2011

UIAM ATAU UNISEL YANG LEBIH ZALIM !!!!!

MStar

sabtu Oktober 22, 2011

Jika Hendak Sokong Janganlah Bersikap Double Standard

KOMENTAR mStar Oleh ROZAID A. RAHMAN


PETALING JAYA: Nampaknya isu berkaitan tindakan penggantungan tugas buat sementara waktu oleh pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), ke atas pensyarah undang-undang mereka, Prof Dr Abdul Aziz Bari telah mengundang reaksi yang merentasi pelbagai spektrum dan lapisan organisasi.

Dari persatuan kakitangan akademik universiti lain, rakan-rakan pensyarah seperti Dr Asri Zainul Abidin sehinggalah kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik tidak terlepas daripada turut mengambil bahagian melontarkan kritikan dan pandangan mereka ke atas tindakan penggantungan Dr Aziz Bari itu.

Malah Dr Asri mengatakan tindakan UIAM itu sebagai sesuatu yang tidak bertamadun dan memalukan dunia akademik.

Malah kalangan pelajar UIA sendiri telah mengadakan tunjuk perasaan di luar pekarangan masjid universiti sejuru selepas solat Jumaat dengan menyatakan tidak setuju dengan tindakan yang dikenakan ke atas cikgu mereka itu.

Dari kalangan pemimpin-pemimpin parti politik pula, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Md Akin dan ramai lagi turut mengecam tindakan yang diambil oleh UIAM ke atas Dr Aziz Bari.

Rektor UIA Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin tidak duduk diam. Beliau dengan segera pada tengah hari Jumaat memanggil satu sidang akhbar bagi membetulkan persepsi dunia luar ke atas apa yang berlaku.

Katanya, tindakan penggantungan yang dikenakan ke atas Dr Aziz Bari sebenarnya bukanlah satu bentuk hukuman tetapi ia adalah sekadar tempoh untuk memberi tunjuk sebab berhubung kenyataan Aziz berkaitan titah Sultan Selangor, Sultan SharafuddinIdris Shah baru-baru ini.

Dr Zaleha juga menjelaskan, penggantungan khidmat Abdul Aziz berkuat kuasa dari 19 sehingga 25 Oktober ini adalah merupakan penggantungan bergaji penuh.

"Penggantungan itu dibuat bagi melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu secepat mungkin," kata Dr Zaleha sambil menegaskan tindakan yang dibuat ketika ini (penggantungan dan penyiasatan) adalah urusan UIA dan tidak mahu campur tangan pihak luar.

Dr Zaleha juga menjelaskan, Peraturan Tatatertib UIA tidak menetapkan apa-apatempoh untuk penggantungan “tetapi apabila beliau (Dr Aziz) sudah menjawab surat tunjuk sebab itu, barulah kita akan memastikan sama ada wujud atau tidak alasan-alasan untuk meneruskan tindakan tatatertib kepada beliau.” (sekiranya ada).

"Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib Kakitangan UIA memperjelaskanbahawa kebebasan ahli akademik membuat sebarang kenyataan umumhendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti," katanya.

Beliau menambah, siasatan dan surat tunjuk sebab Abdul Aziz selepasitu akan diperbincangkan dalam Tribunal Universiti.

Jadi kesimpulannya ialah, sementara pihak- pihak tertentu apatah lagi golongan akademik menegaskan bahawa ahli akademik atas sifat semulajadi kerjaya mereka harus dan wajar diberi ruang untuk menyatakan pendapat dan pandangan tetapi pada masa yang sama, pihak pengurusan UIAM berpendapat apa juga tindak-tanduk kakitangan mereka sama ada dari segi pendapat dan juga perbuatan sementara dibenarkan berbuat demikian pada masa yang sama adalah juga tertakluk kepada peraturan dan aspirasi universiti.

Pandangan ini juga sebenarnya tidak salah. Dalam mana-mana pertubuhan pun sama ada politik , bukan politik, kebajikan mahupun kesukarelawan, tetap ada peraturan dan undang-undang lebih-lebih lagi jika sesuatu perbuatan yang dilakukan itu dilihat bercanggah dengan kepentingan badan itu sendiri.

Dan inilah yang berlaku kepada Universiti Selangor (Unisel) pada tahun 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Ogos tahun ini apabila naib canselornya ditamatkan perkhidmatan (tanpa dinyatakan sebab) dan seorang lagi meletakkan jawatan, khabarnya akibat tekanan politik.

Walaupun pemecatan dan peletakan jawatan mereka tidak jelas dan samar-samar tetapi tindak tanduk mereka dilihat oleh pihak pentadbiran dan pemilik sebagai tidak selari dengan aspirasi universiti itu.

Dalam kes pertama yang berlaku pada Jun 2008, Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus telah ditamatkan perkhidmatannya selaku naib canselor oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga pengerusi Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd iaitu pemilik dan pentadbir Unisel tanpa menyatakan sebarang sebab.

“Surat itu (penamatan khidmat) tiada kepala surat (letter head) kerajaan negeri tetapi ia datang daripada menteri besar Selangor menamatkan perkhidmatan saya dengan memberi notis sebulan. Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya,” kata Prof Dr Razali Agus.

Dalam kes yang kedua pula, Datuk Dr Rosti Saruwono terpaksa melepaskan jawatannya setelah dikatakan menerima tekanan politik daripada kerajaan negeri dan juga pihak dalam Unisel setelah beliau tidak bersetuju dengan surat yang beliau terima daripada pejabat menteri besar memintanya supaya menamatkan perkhidmatan tiga pegawai Unisel tanpa melalui proses tatatertib dan juga peraturan dalaman.

Yang menghairankan, dalam kedua-dua kes melibatkan bekas naib canselor Unisel itu dan juga tiga kakitangan Unisel yang diarahkan dipecat tanpa melalui proses tunjuk sebab atau perbicaraan dalaman, tidak ada pula tunjuk perasaan atau kenyataan protes atau kritikan daripada parti-parti politik sama ada DAP, PKR mahupun PAS.

Tidak ada suara-suara yang mengatakan telah berlaku atau wujud campur tangan politik atau kerajaan negeri dalam urusan akademik di Unisel itu.

Naib-naib canselor dan kakitangan Unisel seolah-olah seperti keseorangan di dalam menghadapi tindakan daripada pihak atasan. Apakah ini kerana yang mengambil tindakan atau yang memberi arahan supaya tindakan diambil adalah menteri besar dari sebuah kerajaan yang didokong oleh DAP, PKR dan PAS?

Tetapi dalam kes Dr Aziz Bari ini pula, apakah beliau mendapat sokongan daripada DAP, PKR dan PAS kerana pensyarah itu sering kali memberi kenyataan atau pandangan yang cenderung menyebelahi mereka?

Tidak salah dan tidak apa jika hendak memihak kerana ia adalah hak demokrasi sesiapa sahaja tetapi jika hendak bermain di gelanggang yang adil sepertimana yang sering dilaung-laungkan oleh mereka yang menyokong Dr Aziz Bari maka eloklah juga sokongan yang sama turut diberikan kepada bekas-bekas naib canselor dan pensyarah Unisel yang ditamatkan perkhidmatan, diberi tekanan supaya melepaskan jawatan dan diarahkan supaya dipecat tanpa melalui proses sepertimana yang sedang dilalui oleh Aziz Bari sekarang.

Jika ini dapat dilakukan barulah adil namanya. Sekurang-kurangnya dalam kes Dr Aziz Bari, beliau diberi peluang untuk menjawab surat tunjuk sebab dan bukannya terus dipecat, ditamatkan perkhidmatan atau dilucutkan jawatan sepertimana yang terjadi di Unisel.

Di sebalik segala kecaman yang dilemparkan ke atas UIAM, mereka telah membuktikan bahawa mereka tidaklah sekejam Unisel yang dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Malah UIAM selaku majikan berhak memberikan surat tunjuk sebab (bukannya surat pemecatan atau tamat perkhidmatan) ke atas mana-mana kakitangannya jika mereka merasakan tindak tanduk kakitangan tersebut bercanggah dengan aspirasi universiti itu sendiri.

Mana-mana pekerja pun tidak kira apa taraf kedudukkannya tidak terlepas daripada tertakluk kepada peraturan dan prosedur operasi standard. Jika rasa tidak mahu terikat dengan apa-apa peraturan dan prosedur, adalah wajar dan lebih baik tidak bernaung di bawah mana-mana panji mahupun organisasi.

Jadilah seperti Sasterawan Negara, A. Samad Said - bebas ke mana-mana, bebas menyatakan pandangan dan pendapat dan bebas naik ke pentas apa juga yang dirasakan serasi dan sesuai dengan jiwa dan hati nuraninya kerana beliau tidak terikat dengan mana-mana majikan dalam dunia ini.

Penghuni Gua : Siapa yang lebih zalim dan menyekat kebebasan akedemik di universiti. PG tujukan kepada puak pensyarah , puaka mahasiswa dan puak-puak pakatan haram yang dok gempar sana sini mengecam UIAM kononya kebebasan akedemik dah mati di UIAM.

2. Mana lebih zalim ? UIAM atau Unisel yang zalim dan menyekat kebebasan universiti serta pensyarahnya? Mengapa puak yang dok demo dan heboh sana sini untuk kipas kentut Aziz Bari tak berbunyi langsung ketika Unisel menamatkan kontrak 3 pensyarah sehingga Naib Ce]ancelor pun letak jawatan. Siapa yang lacurkan kebebasan akedemik? UIAM, kerajaan? Atau Unisel atau puak pakatan haram ini.

2. Mengapa mereka semuanya diam bila pensyarah dizalimi dan pentadbiran universiti di campuri oleh si Khalid gagap tu?

3. Kata dulang paku serpih. Mengata kat orang mereka lagi lebih. Lihat diri sendirilah..............

4. Dan mengapa Si Saifuffin Tim Menteri tu tak biding dan mengecam pun si Khalid Gagap dan lelaki Y dalam hal ini. Dan mengapa siswa puaka ini tak pertahankan pensyarah unisel serta tak berdemo mengecam Khalid dan PKR? Sebabnya................. semua mereka ini hanya pendokong demokrasi dan kebebasan akedemik tahi minyak aje!!!! Begitu juga Dr Asri !!! Mengapa tak bising dan kecam si Khalid gagap dan lelaki Y tu ? Lida bercabang semuanya. Cakap aje pandai. Perbuatannya hampeh !!!!!!!!!!!!!

5. Tak gitu ?

7 comments:

  1. saya setuju dengan pandangan ini. siswa puaka yang berdemo tu hanyalah kumpulan tolol yang ingin tunjuk kepandaian mereka. tidak dapat menilai yang mana betul dan yang mana salah. bila sigagap buat kerja gila kat unisel, semua siswa mangkok ini senyap sepi, sorok telur termasuk dr yang satu tu.

    ReplyDelete
  2. Orang alim zaman dahulu kalau mengajar ilmu ilmu khusus dan sulit; mereka memilih muridnya. Orang awam tidak layak mendengar ajaran ajaran tertentu. Takut salah fahamnya.

    Orang sekarang dengan kebebasan yang diberi bermacam istilah itu rupanya tiada hadnya. Maka salah faham pun tiadalah memilih orang, tempat, layak dan hematnya.

    MASHAALLAH ....
    ANJURAN PIHAK MANAKAN MAKANYA DUNIA INI SEHINGGA BEGINI JADINYA.

    ReplyDelete
  3. Sokong tindakan UIAM. Sebagai ibubapa tak nampak pun universiti ni tidak bertamadun. Apakah perbuatan Prof Aziz bertamadun? Sikap melawan dan demonstrasi membimbangkan ibubapa. Sebagai bukti, peratus kemasukan pelajar ke Unisel menjunam jatuh.

    ReplyDelete
  4. saya setuju dengan pandangan anda clj.

    gua batu

    ReplyDelete
  5. Itu bidalan Melayu ada sebut,

    Kuman seberang sungai nampak,
    Tapi gajah tepi mata tak nampak.. (atau buat2 tak nampak).

    Sama mcm Pok Nik.. Lompat parti masuk parti dia harus hukumnya, tapi kalau lompat keluar dari parti dia atau rakan2, haram hukumnya..

    Penghuni Desa..

    ReplyDelete
  6. Anwar sebagai Punahsihat (ada kata Punaisihat) Kerajaan Negeri Selangor yang kaya raya itu, menimbulkan kesangsian kepada hamba rakyat,camna UNISEL leh jadi camtu Latok Seli?

    Tak taulah kalu Latok Seli jadi PM Malaya ini, yang tak sebulu pecat tanpa sebab, yang sebulu lantik terus, yang jambu bawa masuk bilek.

    ReplyDelete