Penghuni Gua : Hairan bin ajaib. Perhimpunan haram yang dianjurkan amiga boleh. Perhimpunan yang halal untuk pertahankan Islam dalam isu murtad tak nak sertai. Itulah PAS. Lidahnya senitiasa bercabang. Sebab itu PG selalu katakan : PAS ini hanya parti politik yang tujuannnya hanya untuk menang dalam PRU aje. Tak lebih dan tak kurang. Bukan bertujuan untuk Islam pun. .......................
2. Tak gitu ?
CANTIK GAMBAR TIGA SEJIWA DAH TUUU
ReplyDeleteYang tengah tu memang muka tak tahu malu. Yang Yang di kanan pula gembira dapat menjadi kuda yang di kiri. Yang sebelah kiri bijak mengambil peluang dari kebodohan dua orang lagi tu.
ReplyDeleteItulah politik, hari ini kita kawan, esok belum tahu!
slogan PR :umat islam dibodohkan,
ReplyDeleteAdakah Pemimpin Islam PR berlaku adil kepada penduduk Islam Seksyen 19 dan Seksyen 23? Kenapa dikeluarkan risalah bila penduduk Islam buat demonstrasi kepala lembu dikatakan menghina Agama Hindu? Kenapa Hindu bawa patung besar berarak bergendang tengah malam depan rumah penduduk Islam tidak ada tindakan segera?. Malah dalam petikan risalah dibawah jelas membela Hindu kuil yang buat provokasi kepada penduduk Islam. Penduduk Sek 23 disokong 10 NGO tetapi hanya Pewaris saja yang disebut dalam risalah. Pemimpin NGO pewaris telah diserang Khalid Samad pada 8/1/2009 kerana membantu penduduk Islam Seksyen 19. Semak Minaq Jinggo AP Shah Alam Pertahan Kuil Januari 2009.
ReplyDeleteMemahami Isu Pemindahan Kuil Sri Mariamman di Seksyen 19 ke Seksyen 23, Shah Alam
Siapakah dalang disebalik bantahan keterlaluan yang diadakan baru-baru ini?
Demonstrasi membantah pemindahan Kuil tersebut dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang diadakan baru-baru ini melibatkan kurang daripada 50 orang yang tidak berpuas hati dengan cadangan Kerajan Pakatan Rakyat Selangor untuk memindahkan Kuil tersebut ke Seksyen 23.
Namun, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor percaya, keadaan ini berlaku apabila Jawatankuasa Bertindak tersebut telah diberikan maklumat yang tidak tepat oleh sesetengah pihak mengenai proses pemindahan itu. Bantahan berlaku ketika Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Pejabat Parlimen Shah Alam telah bersedia dan bersetuju untuk berdialog dengan para penduduk Seksyen 23.
Oleh itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor percaya pihak daripada organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu PEWARIS mempunyai agenda politik mereka tersendiri. Kemuncak kepada bantahan penduduk ialah apabila pihak PEWARIS ini telah meletakkan lambang berkaitan agama (kepala lembu) yang dianggap sensitif bagi penganut agama Hindu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor. Selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga percaya, PEWARIS ketika bantahan itu, telah menghasut para penduduk untuk mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman. Bantahan yang didalangi mereka ini dianggap keterlaluan apabila bantahan yang sedemikian dilakukan di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Secara tidak langsung, PEWARIS bukan sahaja tidak menjaga sesnsitiviti agama lain malah telah mencemarkan bulan Ramadhan dengan tindakan keterlaluan mereka itu.
Malah pihak ini jugalah yang mendalangi bantahan para penduduk Seksyen 19 supaya kuil tersebut dipindahkan ke lokasi lain sesegera mungkin. Nyata, PEWARIS telah memainkan peranan sebagai agen provokasi untuk memulakan pertelingkahan kaum dikalangan masyarakat. Jelas, sebagai sebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak akan membenarkan api-api perkauman dimainkan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik mereka tersendiri. Selain itu, terdapat juga ugutan ke atas Jawatankuasa Kuil dan para penganut agama Hindu dengan mengganggu upacara sembahyang mereka, menceroboh kuil dan memakai t-shirt "Unit Jihad". Nyata, ini merupakan provokasi perkauman yang didalangi pihak-pihak yang mempunyai agenda politik dan seterusnya mencemar maksud jihad dalam agama Islam.
Pihak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi kepercayaan sepenuhnya kepada para penduduk Seksyen 23 bahawa mereka tidak akan bertindak membatasi tatasusila dan toleransi kaum masyarakat majmuk. Bantahan tersebut tercemar apabila PEWARIS melanggar adab dan tatasusila masyarakat Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
MENOLAK POLITIK PERKAUMAN, MENEGAKKAN KEADILAN UNTUK SEMUA
Petikan artikel Khalid Samad 12/01/2009 yang menuduh NGO sebagai gerombolan UMNO yang buat provokasi kepada kuil Hindu. Kenapa Khalid bela kuil Hindu?. Kenapa PR batalkan pemindahan kuil diluluskan BN Dis 2007 dengan alasan tapak itu jauh kedalam?. Penduduk terpaksa minta bantuan NGO kerana gangguan kuil sudah keterlaluan. Siapa sebenarnya bersikap Double Std? Khalid Samad atau BN?
ReplyDeleteUndang-undang Double Standard dan BN
Mungkin UMNO dalam isu ini ingin menggunakan dasar ‘divide and rule’. Mereka tak senang melihat orang berbilang agama dan berbilang kaum bersatu atas isu yang seperti ini. Mereka hanya inginkan orang Melayu Islam sahaja bersatu supaya mereka boleh berkata kepada PAS, “lihat, kita ada banyak persamaan, marilah kita bersatu”.
Ini jugalah seruan Pewaris. Kumpulan yang datang untuk menimbulkan provokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Mereka seolah-olah menyeru orang Melayu/Islam bersatu untuk menekan kaum India supaya orang India akan memindahkan kuil mereka kepada mana sahaja yang ditentukan oleh pihak MBSA. Walau ke ceruk mana. “Melayu bersatu! Melayu bersatu!” laungan mereka. Bersatu untuk ke mana? Ke landasan rasuah, penipuan dan penyelewengan yang telah disediakan selama ini oleh UMNO? Tak payah lah. Landasan kita adalah Islam dan kalau tak berapa tahu Islam, mengajilah. Datang kuliyah agama ataupun ceramah PAS, insyaAllah, semuanya akan jelas.
Tetapi yang anehnya tindakan provokasi mereka langsung tidak dihalang. Polis ada tetapi hanya melihat. Terkenang pula kita peristiwa Ahmad Ismail Penang dulu. Dia yang mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dan hasutan, Teresa Kok dan RPK yang ditahan ISA! Inilah double standard kerajaan BN yang akan hanya menambahkan meluatnya rakyat terhadap mereka. Ini menimbulkan banyak persoalan. Adakah pihak polis bersetuju dengan tindakan Pewaris? Adakah Pewaris mempunyai pelindung sehingga polis tidak bertindak walaupun kegiatan Pewaris jelas provokasi? Adakah provokasi dan ketegangan kaum yang mereka inginkan? Jawapan kepada persoalan ini hanya mampu dijawab oleh saudara semua, mengikut penilaian dan kebijaksanaan masing-masing. Yang jelas ada double standard! Yang lagi jelas, double standard ini tidak akan berakhir selagi BN memerintah.
Sebelum datangnya gerombolan Pewaris kami telah bermesyuarat. Ada beberapa tapak yang dicadangkan. Pihak kuil akan menziarahi tapak-tapak ini sebelum memberi kata putus. Harap-harap boleh selesai dengan baik. Sekiranya dapat selesai, maka ianya akan merupakan kejayaan besar kerajaan PR. Sedangkan UMNO/BN hanya pandai menimbulkan masalah. Seperti Pewaris. Mereka ingin mengusir kuil tersebut. Soalnya, ke mana? Mereka tak tahu dan mereka tak kisah. Tetapi, itu bukan cara kita menyelesaikan masalah, itu hanya menambahkan masalah.
WalLahu 'Alam
Posted by Khalid Samad at 5:35 PM Labels: BN, Islam, PR, Shah Alam, UMNO.
Sila semak untuk info lebih lanjut blog berikut. Tk anon 13:36.
ReplyDeletehttp://www.khalidsamad.com/2009/01/undang-undang-ds-atau-bn.html
http://kuilharam.blogspot.com/2011/08/memahami-isu-pemindahan-kuil-sri.html
http://xavierjayakumar.blogspot.com/2009/09/memahami-isu-pemindahan-kuil-sri.html
http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1776895