[1996] 5 MLJ 381
Leow Seng Huat v Low Mui Yein
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (ALOR SETAR) — ORIGINATING SUMMONS NO
24–221–95
Judges MOHD HISHAMUDIN J
Date 10 SEPTEMBER 1995
Citation [1996] 5 MLJ 381
Leow Seng Huat v Low Mui Yein
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (ALOR SETAR) — ORIGINATING SUMMONS NO
24–221–95
Judges MOHD HISHAMUDIN J
Date 10 SEPTEMBER 1995
Citation [1996] 5 MLJ 381
Catchwords:
Civil Procedure — Consent order — Validity of — Allegation that counsel not authorized to agree to consent order — Whether opposing party could rely on consent order
Civil Procedure — Contempt of court — Breach of consent order — Application for committal to prison — Whether omission of penal notice in consent order fatal to committal application — Effect of failure to make personal service of order — Rules of the High Court 1980 O 45 r 7(2), (4) & Form 87
Bahasa Malaysia Summary:
Plaintif dan defendan merupakan bekas suami isteri dan mereka mempunyai seorang anak berumur dua tahun. Plaintif telah memulakan prosiding komital terhadap defendan untuk memenjarakan defendan kerana dia telah tidak menurut perintah persetujuan yang telah memerintahkan defendan supaya menghantar anak tersebut, yang pada masa itu sedang tinggal dengan defendan, ke rumah plaintif setiap hari Sabtu (‘perintah itu’). Plaintif telah mendakwa bahawa defendan telah tidak menurut perintah itu sebanyak tiga kali. Pihak defendan pula telah menghujahkan bahawa: (i) dia tidak terikat dengan perintah itu kerana dia tidak pernah memberikuasa kepada peguambela sebelumnya untuk memberikan persetujuan kepada perintah itu; dan (ii) bahawa perintah itu tidak mengandungi notis penal seperti yang diperlukan menurut A 45 k 7(4) dan Borang 87 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT 1980’).
Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan plaintif:
(1) Persoalan ketidakpatuhan perintah itu pada dua kali yang pertama seperti yang didakwa oleh plaintif tidak timbul kerana ianya adalah dasar umum bahawa pada tarikh-tarikh tersebut, perintah itu belum lagi disampaikan ke diri defendan. Ianya merupakan prinsip am bahawa di bawah A 45 k 7(2) KMT 1980, perintah itu mesti disampaikan ke diri sebelum prosiding komital boleh dimulakan (lihat ms 385B–C).
(2) Adalah tidak relevan sama ada peguambela defendan, dalam memberikan persetujuan kepada perintah itu, telah bertindak menurut arahan defendan ataupun sebaliknya. Ini merupakan masalah yang harus diselesaikan di antara defendan dan peguambelanya. Ketiadaan pemberiankuasa tidak boleh menjejaskan kepentingan pihak ketiga, iaitu plaintif. Ianya merupakan prinsip undang-undang bahawa sesuatu pihak itu berhak bergantung ke atas kuasa ketara peguambela pihak yang bertentangan untuk berkompromi (lihat ms 385F–H); Waugh v HB Clifford & Sons Ltd [1982] 1 All ER 1095 diikut.
(3) Mahkamah sedar akan fakta bahawa ianya sedang mengendalikan sebuah kes di mana kebebasan seseorang itu terlibat. Ianya akan menjadi sungguh adil jikalau dalam kes ini mahkamah menggunakan pendekatan yang konservatif dan berhati-hati. Oleh itu, kegagalan memasukkan pengindorsan penal dalam perintah itu menjejaskan permohonan tersebut (lihat ms 387A–C); Iberian Trust Ltd v Founders Trust and Investment Co Ltd[1932] 1 KB 87 dan Messrs Hisham Sobri & Kadir v Kedah Utara Development Sdn Bhd & Anor [1988] 2 MLJ 239 diikut; Arthur Lee Meng Kwang v Faber Merlin Malaysia Bhd & Ors [1986] 2 MLJ 193 dibeza.
(4) Oleh kerana defendan telah gagal memberikan sebab-sebab yang wajar mengapa dia telah tidak menurut perintah itu dan memandangkan yang dia telah tidak mengendahkan nasihat peguambelanya supaya menurut perintah itu, maka dia tidak patut diberikan kos (lihat ms 388G–H).]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.
Langsi said...
ReplyDeleteTu la PG... nko bermegah sangat dgn MahaFIRAUN! Ape punye pemimpin kalo anak sendiri tak terdidik inikan plak nak menjaga sebuah negara. Patut pun Binasa Negara dibuatnya sepanjang 22 tahun memerintah... Msia dah jadi negara menfitnah, penuh dgn KORUPSI dan mengutamakan KRONI! Nko suruh je MahaFIRAUN nko bertobat dan didik semula anak2 tu... Marina dgn LGBT dia serta perjuangan AIDSnya; Mirzan Miguel Mahathir dgn sykt arak terbesar di Asia "San Miguel"nya dan bail-out sykt yg nak bangkrap sampai nak bunuhdiri... byk lagi la!
Suruh je Mahathir pegi masjid toksah campur hal2 politik... kubur dah kata mari!
Ass-so-SHIT-it Pro-PISSer Shame-r-u tu nko nak pakai... aku nasihat nko simpan je la. Kalo hidup mengharapkan kenaikan pangkat dan gaji dgn membodek...nko suruh je dia beli aircon letak kat kangkang Najib (kalo BikMama tak jelaes la)... untung2 boleh terpilih jadi calon! (Tak takut kalah ke....?)
kesian ko langsi. kau ni kalau hudud jalan, bungkus kau di rotan oleh pok nik kerana fitnah. kah kah kah. jangan layanlah PG. budak tak sekolah dia ni. kih kih kih
ReplyDeleteAnon 13:12
ReplyDeleteAku Anon 12:55 la, penyokong Langsi!
Mula2 aku taknak caye si Langsi tapi bile aku baca betul2 dan tengok balik komen2 dia, eh...betul plak!
Dari aku percaye kat PG ni, baik aku percaya dan sokong si Langsi ni!
LANGSI
ReplyDeleteMANGKOK HAYUN TU. TAK . SEKOLAH TAKAT DARJAH 1 JAE