Wednesday, 30 November 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KUASA MAHKAMAH / MELUCUT HAK HARGA BARANG TERKAWAL !!!!!



[1996] 4 MLJ 213
MP Machinery (M) Sdn Bhd v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA KINABALU) — CRIMINAL APPEAL NO
K41–14 OF 1995

Judges TEE AH SING JC

Date 5 DECEMBER 1995

Citation [1996] 4 MLJ 213



Catchwords:


Criminal Procedure — Forfeiture — Price control offence — Failure to indicate price — Whether court has discretion to forfeit goods seized — Whether goods seized were price controlled goods — Whether goods should be forfeited under s 407(2) Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) or s 14(2)(b) Price Control Act 1946 — Whether magistrate exercised his discretionary power to forfeit correctly

Bahasa Malaysia Summary
:


Perayu, seorang penjual runcit, telah dituduh di bawah perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 (‘Perintah itu’) kerana tidak melekatkan label, teg atau tanda harga pada beberapa barang runcit yang tertentu. Perayu mengaku bersalah dan telah didenda RM1,000 dan barang runcit yang menjadi perkara dalam pertuduhan itu telah dirampas dan dilucut hak oleh majistret di bawah s 407(2) Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) (‘KAJ’). Perayu merayu di atas alasan yang berikut: (i) bahawa majistret tidak mempunyai kuasa untuk membuat perintah perlucuthakan di bawah s 22 Akta Kawalan Harga 1946 (‘Akta itu’); (ii) bahawa majistret membuat kesilapan dari segi undang-undang dalam memutuskan bahawa barangan itu boleh dilucut hak di bawah s 407(2) KAJ itu kerana s 14(2)(a) dan (b) Akta itu berkaitan dengan perlucuthakan yang hanya digunakan ke atas barang harga terkawal manakala perkara dalam pertuduhan itu bukan barang harga terkawal; dan (iii) bahawa perintah perlucuthakan adalah berlebihan memandangkan faktor peringanan dalam kes itu.
Diputuskan:

Diputuskan, menolak rayuan itu:


(1) Di bawah s 14(2)(b) Akta itu, mahkamah mempunyai budi bicara sama ada untuk melucutkan hak mana-mana barang harga terkawal yang dirampas ataupun tidak. Barang yang disebut dalam pertuduhan di bawah A 3(1) Aturan itu adalah barang harga terkawal kerana Aturan itu dibuat di bawah kuasa yang diberikan oleh s 13(1)(d) Akta itu, dan s 14(4) Akta menyifatkan barang harga terkawal sebagai ‘mana-mana barang atau kelas barang yang mana pengawal harga telah ditetapkan tanda atal label untuk dipamerkan di bawah s 13(1)(d)’. Maka, majistret mempunyai budi bicara untuk memerintahkan perlucuthakan barang yang disebut dalam pertuduhan di bawah s 14(2)(b) Akta itu (lihat ms 216I, 217A–F; PP v Chu Beow Hin [1982] 1 MLJ 135 diikut).

(2) Walau bagaimanapun, majistret telah membuat perintah perlucuthakan di bawah s 407(2) KAJ. Dengan mengambil kira bahawa s 14(2)(b) Akta itu adalah peruntukan khas yang dibuat dalam statut khas, prinsip generalibus specialia derogant mesti dipertimbangkan dan oleh itu Akta itu menggantikan peruntukan am KAJ. Majistret sepatutnya menggunakan kuasa budi bicara perlucuthakan di bawah s 14(2) (b) dan bukannya s 407(2) KAJ. Dari alasan keputusan majistret itu, beliau telah menjalankan kuasa budi bicaranya untuk mengarahkan perlucuthakan dengan betul, dan dengan menjalankan kuasa kembalian, mahkamah boleh membuat satu perintah perlucuthakan di bawah s 14(2)(b) Akta itu (lihat ms 217G–I, 218A–C; PP v Chu Beow Hin [1982] 1 MLJ 135 diikut).]

Penghuni Gua
: Semoga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment