Saturday, 12 November 2011

SCUBA DI SIPADAN 3 !!!!!




























<


Hari ini dari jam 9 pagi hingga jam 4 ptg , PG dan rakan termasuk 6 Divers dari Eropah telah menyelam di tiga tempat di Sipadan. Iaitu Coral Garden, Baracudda Point dan Turtle Cave. Kedalaman menyelam hari ini antara 26 meter ke 30.9 meter.

2. Hari ini pun PG masih jumpa Jerung yang begitu banyak di tiga tempat di atas. Baracuda jangan ceritalah. Berlegar disekeliling PG dan divers yang lain bagaikan taufan / siklon. Juga Ikan Uji Rashid serta ikan merah , siakap dan cencaru. semuanya jenis " king size ".


3. PG bertuah kerana dapat memasuki gua penyu. Amat dalam dan menyeramkan juga. Banyak ikan merah dan jenahak bersaiz 5 ke 10 kilo setiap ekor.

4. Esok pagi akan sambung penyelaman. Kemudian petang jam 4 petang akan balik ke Semporna dan tidor di situ. Isnin pagi akan berlepas ke Tawau dan petang jam 5, baru menaiki pesawat MAS dari Tawau ke KL.


5. Datanglah ke Negeri Bawah Bayu. Anda tidak akan rugi. Amat indah sekali.

No comments:

Post a Comment