BANGKOK: Mahkamah Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menghina pemerintahan beraja.
Ampon Tangnoppakul, 61, dijatuhkan hukuman penjara di bawah undang-undang ketat lese-majeste Thailand, iaitu kesalahan membabitkan keluarga diraja negara itu. Mahkamah Jenayah Bangkok, berkata Ampon didapati bersalah menghantar SMS kepada setiausaha peribadi bekas perdana menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, dalam tiga tarikh berlainan pada Mei 2010. Ampon ditahan Ogos tahun lalu dan mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dikenakan ke atasnya ketika perbicaraan berlangsung. - AFP
Penghuni Gua : di Malaysia pun, wajib dibuat begitu. Biar mereka yang besar kepala ini tahu langit tu tinggi ke rendah.
aku rasa kerajaan tk akan ujudkan undang-undang ni , takut terkena batang hidung sendiri . mereka sendiri pun telah menghina raja-raja melayu , antara kita sedar dgn tk sedar je .
ReplyDelete