Saturday, 10 December 2011

KISAH-KISAH POK NIK !!!!





BENARKAH ada tanggapan dalam kalangan orang PAS bahawa Mursyidul Am mereka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setaraf nabi? Jika ada, ia jelas terpesong dan mereka yang terbabit perlu bertaubat. Allah SWT menjanjikan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi terakhir, dan tidak ada lagi Nabi selepas Baginda.

Dalam Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali (SIRD, Petaling Jaya, 2012), Timbalan Presiden PKR itu berkata dia diberitahu bahawa bagi kebanyakan orang, terutama dalam PAS Kelantan, kata-kata Nik Aziz sering dipandang kurang sedikit saja daripada hadis. Syed Husin berkata, dia geli hati apabila mendengar begitu, malah kawan-kawannya ketawa (hal 167). Ketawa Syed Husin dan kawan-kawannya bukan kerana gembira, kerana peristiwa ini berlaku sebaik saja beliau diberitahu oleh Nik Aziz bahawa pencalonannya sebagai wakil pakatan pembangkang bagi kawasan Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum 2004 ditolak atas dasar beliau seorang sosialis. Menurut Nik Aziz, fahaman sosialis ini adik-beradik dengan fahaman komunis.

Jelaslah ketawa Syed Husin dan kawan-kawannya adalah ketawa sinis
. Mereka gelak besar apabila diberitahu kata-kata Nik Aziz dianggap kurang sedikit saja daripada hadis.

Tidak lama dulu, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ada mencadangkan stesen televisyen menggantikan rancangan realiti yang popular dengan ceramah Nik Aziz. Ada yang setuju, tetapi ramai juga yang gelak sinis dengan cadangan ini.

Diketahui umum bahawa Menteri Besar Kelantan ini sering berceramah di merata tempat, termasuk setiap Jumaat di jalan raya di Kota Bharu. Sebagai Mursyidul Am, dia juga ada kolum tetap dalam akhbar PAS, Harakah, dan ada juga buku diterbitkan atas namanya.

Secara peribadi, saya anggap cadangan ini sekadar gurauan. Bukan apa, tetapi majoriti umat Melayu-Islam di negara ini sudah tahu atau boleh agak apa bahan ceramah Nik Aziz. Sudah hampir tiga dekad rakyat Malaysia dengar Nik Aziz berceramah atau membaca kenyataan medianya. Kandungannya selalu mencetuskan kontroversi. Ada kala tidak munasabah, dan kerap kali mengutuk kerajaan dan menghina orang lain. Walaupun ditegur, beliau tidak berubah dari segi cara menyampai dan isi ceramahnya.

Yang berani menegur beliau tentunya bukan orang PAS. Dalam PAS, Nik Aziz mempunyai kedudukan istimewa. Dia boleh menegur sesiapa saja, termasuk Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang. Sebab itulah banyak kenyataan dikeluarkannya tidak pernah disanggah sesiapa dalam PAS walaupun apa yang diucapkan tidak betul atau mengelirukan.

Dia pernah menyamakan kelahiran Nabi Muhammad sama seperti mamat-mamat lain, justeru Maulidur Rasul tidak perlu disambut. Seluruh ayat dalam al-Quran adalah politik, katanya. Pandangan ini disanggah ramai ulama.

Nik Aziz percaya pelaku utama dalam video seks bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tidak menonton. Dia juga pernah mendakwa DAP lebih Islam daripada UMNO. Dia benarkan pemimpin DAP guna ayat al-Quran dan hadis ketika kempen politik dan setuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. Pada Mei 1999, dia berkata PAS bersyukur DAP berubah pendirian dan mahu bekerjasama dengan PAS asalkan tidak menubuhkan negara Islam.

Sebaliknya, UMNO pula dipanggilnya barua. Ulama UMNO dipanggil terompah kayu. Allah dikatakannya samseng dan mencarut. Dia menempelak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana tidak membenarkan ceramah politik dalam masjid. Dia tuduh Mufti Perak sebagai ejen UMNO. Orang lompat parti dia panggil Jakun. Dia pernah menggesa diadakan doa bala ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dia sendiri pernah doakan Perdana Menteri pecah perut kerana kes royalti minyak.

Nik Aziz pernah sifatkan Malaysia sampai sekarang belum merdeka kerana Perlembagaan Persekutuan kafir. Dia menghasut rakyat tolak pembangunan. Dia menghina anggota tentera dan polis kerana menganggap peristiwa Al-Maunah, yang berakhir dengan pembunuhan beberapa anggota keselamatan sebagai sandiwara.

Nik Aziz pernah berkata, dia tidak bangga jadi Melayu. Beberapa kali Nik Aziz kata dia suka Cina. Malah dia mahu suatu hari nanti orang Cina memimpin PAS. Dia juga mencalonkan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berkuasa. Dia juga peminat Lee Kuan Yew, antara pengasas parti PAP, iaitu bapa kepada DAP.

Dengan UMNO dia tidak mahu bersatu, tetapi dengan parti cauvinis Cina DAP, dia boleh bersatu. Nik Aziz menuduh UMNO nasionalis dan assabiyyah, sebab itulah tidak boleh bersatu. Dia kata UMNO hanya untuk orang Melayu, manakala PAS untuk semua orang Islam, tidak kira Melayu, Cina atau India. Ini tidak benar kerana Islam tidak menolak ketaksuban bangsa secara keseluruhan, tapi ia perlu menurut acuan syarak. Yang ditegah ialah berbangga dengan bangsa sendiri sehingga merendah dan memanipulasi bangsa lain. Sebagai sebuah parti politik, UMNO berbaik-baik dengan MCA, MIC dan belasan parti lain bagi menjamin kemakmuran dan keharmonian hidup bermasyarakat. Oleh kerana itulah kerajaan BN menganjurkan Gagasan 1Malaysia. Orang Melayu UMNO berlaku adil dan berkongsi kuasa dengan bangsa lain dalam Perikatan dan BN sudah lebih enam dekad, manakala PAS baru hendak meniru model BN sejak akhir-akhir ini saja.

Kita bersyukur kerana pemimpin Melayu UMNO berjaya mencari formula berkesan dan mampu menggembleng tenaga, daya kreatif dan keistimewaan yang ada untuk membangun negara dan mempertahan martabat bangsa, tanpa menganiayai bangsa lain. Hari ini, Melayu sudah menjadi bangsa dikenali, disegani dan bermaruah.

Bagi mereka yang masih menganggap Nik Aziz setaraf Nabi atau kata-katanya bagaikan hadis, bolehlah menonton bagaimana Mursyidul Am PAS ini bertegang urat dengan kawan lamanya, Prof Madya Dr Mohamed Nor Deris sewaktu pilihan raya kecil DUN Galas. Perbalahan ini tersebar luas dalam internet. Nampak benar perangai Nik Aziz yang macam kanak-kanak apabila berbalah, bukan macam Nabi.

Penulis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Penghuni Gua
: PG juga ingin nak ketawa macam Syed Husin Ali . Kih kih nkih kih kih kih kih !!!!!!!!!!!!!! Kepada " Ustat " berjentat yang menyifatkan dan menyamakan Pok Nik dengan Nabi tu, boleh blah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bertaubatlah !!!!

1 comment:

  1. Saudara Ustaz Budak,

    Borang RM500 dah isi ke belum ? Tak nak ambik pun tak pe.. nanti mulut sakit boleh pergi dapat kan rawatan kat Klinik 1Malaysia. Bayar RM1 je...

    ReplyDelete