Thursday, 8 December 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMALANGAN / PEMANDUAN BERBAHAYA !!!!



[1993] 1 MLJ 103
Goh Kheng Seong v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CRIMINAL APPEAL NO 41–126–91

Judges VINCENT NG JC

Date 8 JULY 1992

Citation [1993] 1 MLJ 103



Catchwords:
Criminal Proced


ure — Sentence — Dangerous driving — Plea of guilty — Imposition of custodial sentence — Factors to be considered before imposing custodial sentence — Statement of facts — Duty of prosecutor to properly frame facts — Road Traffic Ordinance 1958 s 34A(1)

Road Traffic — Dangerous driving — Plea of guilty — Factors to be considered before imposing custodial sentence — Road Traffic Ordinance 1958 s 34A(1)
Words and Phrases — ‘Shall on conviction be liable’ — Road Traffic Ordinance 1958 s 34A(1)

Bahasa Malaysia Summary:



Pemohon telah mengaku bersalah keatas suatu kesalahan memandu dengan membahayakan di bawah s 34A(1) Ordinan Lalu Lintas Jalan 1958 (‘Ordinan itu’). Fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwa hanya menyatakan bahawa pemohon memandu motolorinya dengan sebegitu cara sehingga melanggar belakang basikal si mati. Si mati meninggal tidak lama kemudian kerana kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan itu. Sebelum pemohon dihukum, pihak pendakwa telah meminta supaya mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal. Pemohon telah dihukum enam bulan penjara dan dihilangkedaripada memandu kenderaan dari mana-mana kelas selama 12 bulan. Pemohon telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan,membenarkan rayuan itu:

(1) Kes-kes memandu dengan menbahayakan boleh dibahagikan kepada dua kategori; pertama, dimana kemalangan itu berlaku kerana pemandu tidak memberi perhatian penuh atau salah agak untuk seketika; dan keduanya, di mana si tertuduh telah memandu sebegitu cara yang menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain atau tentang penunggang, atau dengan sikap tidak peduli. Seseorang si tertuduh yang telah disabitkan kerana tidak memberi perhatian penuh atau salah agak untuk seketika dan yang memrekod memandu yang baik patut biasanya didenda dan dihilangkan kelayakan daripada memegang lesen memandu untuk tempoh minimum statutori.

(2) Dalam kepentingan pemandu-pemandu awam dan lain-lain pengguna jalanraya, mahkamah sepatutnya mengenakan hukuman yang berat keatas pemandu yang tertentu yang telah dituduh medengan membahayakan dan dimana sesuai, mengenahukuman tahanan. Tetapi, sebelum mengenakan hukuman tahanan, mahkamah mesti berpuashati atas fakta-fakta bahawa si tertuduh telah menunjukkan tanpa diragui lagi, dengan cara beliau memandu, suatu darjat kebersalahan yang tinggi yang disengajakan dan tidak berperasaan dan tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain atau menunjukkan sikap mementingdiri sendiri dan tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain atau tentang penunggangnya iaitu tafsiran kememandu dengan membahayakan.

(3) Majistret telah menyebabkan salah laksana keadilan apabila beliau menjatuhkan hukuman enam bulan penjara tanpa sebarang asas faktual untuk menjatuhkan hukuman tahanan itu. Pemohon telah diberi suatu hukuman teladan dengan harapan agar hukuman itu akan menjadi suatu pencegahan kepada pemandu yang lain lebih daripada kerana beliau sengaja memandu dengan cara yang merkepada orang awam. Ini bertentangan sepenuhnya dengan prinsip kehukuman.


(4) Batas yang jelas mesti ditentukan di antara peringkat sebelum dan selepas sabitan di dalam suatu perbicaraan. Disebabkan oleh budi bicara statutori yang meluas yang diberi kepada mahkamah mengenai hukuman yang keras yang dikenakan kepada seseorang si tertuduh, tuduhan itu tidak membentukkan asas untuk hukuman itu. Asas ini mesti didapati dari fakta kesalahan yang dibentangkan oleh pihak pendakwa sepertimana yang diperakui atau dipertikaikan oleh si tertuduh itu. Oleh kerana dari fakta inilah sepertimana yang diterima oleh mahkamah yang faktor yang menerukkan lagi tuduhan dikutip untuk tujuan mengarahkan suatu hukuman punitif atau hukuman tahanan.


(5) Perkataaan ‘shall on conviction be liable to a term of imprisonment … or to a fine … or to both’ di dalam s 34A Ordinan itu tidak mengatasi penggunaan kuasa budi bicara penghukum.]


Penghuni Gua
: semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. ia boleh diakses di laman Web Jabatan Kehakiman malaysia. Tq.

No comments:

Post a Comment