Monday, 9 January 2012

KALAU JENIS PUAK PENIPU, PENIPU JUGAKLAH 2 !!!!



BUKIT MERTAJAM: Keputusan ujian Jabatan Kimia terhadap sampel darah dan air kencing pengawal peribadi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didapati negatif pengaruh racun atau dadah.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata keputusan ujian terhadap sampel darah dan air kencing Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek, 26, yang cedera di tangan kiri dipercayai dicucuk dengan objek tajam dalam satu ceramah di Cheruk Tok Kun pada Sabtu, diterimanya petang ini.
"Saya baru terima keputusan ujian itu petang ini dan ia (keputusan) negatif,darah dan air kencingnya (Fayyadh Afiq) tidak ada kesan benda asing termasukracun atau dadah," katanya kepada Bernama di sini Isnin.
Katanya, Fayyadh Afiq, yang dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), telahkeluar daripada hospital tengah malam tadi.
"Beliau sendiri yang meminta untuk balik (keluar hospital) kerana mendakwa telah sihat," katanya.
Ayub berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenarkecederaan mangsa.
Dalam kejadian itu, Fayyadh Afiq mendakwa tangannya dicucuk benda tajam ketika mengiringi Wan Azizah ke pentas untuk memberi ceramah di Galeri Pejuang di situ, pada kira-kira pukul 10 malam.
Fayyadh Afiq, yang berasal dari Seberang Jaya, ketika ditemui di HSJ dilaporkan berkata, dia tidak pasti bagaimana tapak tangannya cedera kerana ketika kejadian orang sangat ramai dan keadaan kelam-kabut. - BERNAMA

Penghuni Gua : dah dasar puak menipu , menipu jugaklah. Sibok dakwa kena racun , akhirnya terkantoi. Bosnya dulu begitu. Racun arseniklah, hivlah, dilanggar , tayar dicabut skrulah. Akhirnya habok pun tak ada.

2. Hanya nak menipu dan mencari isu.............Dah jenisnya begitu. Jenis nak liwat semua perkara. Biasalah !!!!! Lepas tu, boleh sihat serta merta pulak tu. Masa dakwa diracun tu, keadaannya dah separuh mati. Tapi bila dah terkantoi, dan dan tu jugak sihat dan keluar / lari dari hospital. Kah kah kah kah kah !!!!



No comments:

Post a Comment