Tuesday, 24 January 2012

TAKKAN BANTAH AJE KOT ?



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak terus menerima kritikan daripada kumpulan mahasiswa kerana mempertahankan penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap lima penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dikendalikannya.

Dalam kenyataan terbaru, tiga kumpulan mahasiswa - termasuk Legasi Mahasiswa Progresif yang diterajui aktivis siswa kontroversi Adam Adli Abd Halim - menggesa hukuman terhadap pelajar KUIN ditarik balik dan permohonan maaf dibuat.

"Tarik balik hukuman terhadap mereka dan sedia pohon maaf terhadap kezaliman ke atas mereka (mahasiswa), atau KUIN dan Ustaz Azizan akan terus dikenang sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan hanya berjanji kosong," kata mereka. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hai, baru nak berkokok? Mengapa lambat sangat? Dah kena balun kiri kanan , baru kini nak berkokok. Mulut Adam dan yang sewaktu dengannya kena birat dan naik kayap kot.? Kah kah kah kah !!!!

2. Pun juga, takkan bantah aje..................Tak teringin ke buat demo dan baring-baring sambil nyalakan lilin di depan pejabat MB Kedah dan di depan KUIN ke?  Macam yang anda semua buat di UPSI tu.............. Takkan tak teringin kot? 

3. Ke ada-ada apa-apa ni.!!!!! Atau bantah hari ini , buat cukup syarat aje kot ? Kah kah kah kah kah !!!!

4. Timbalan Menteri Politik Baru tu iaitu si Saifuddin Abdullah pun senyap aje bab KUIN ni. Dulu dialah pejuang dan penjilat utama nak habpuskan AUKU dan bantai semua naib Cancelor yang ambil tindakan kepada mahapuaka yang dok berdemo sana-sini. Dalam kes KUIN ni, langsung Tim Menteri ini tak berkokok. 

5. Mengapa ye? Ada apa-apa kot? Bimbang lelaki Y  marah kot ? Kah kah kah kah kah !!!!!!

No comments:

Post a Comment