Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap
dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana
yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa,
serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi
sendiri.
Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa
sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.
Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia,
berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram
menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara,
satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang
dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu
sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan
hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali
tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui
oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim
menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya
kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka
saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim
untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi
membersihkan nama beliau.
Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam
SeMalaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H..............................................................................Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Amaran PAS pada Anuar? Kah kah kah kah!!!!! Melepas batuk ditangga aje. Sekadar kenyataan akhbar untuk tunjukkan kononnya PAS menentang pendirian ini. Dah berhari-hari, baru PAS terhegeh-hegeh nak keluar kenyataan? Kalau betul PAS bertegas, minta aje lelaki Y ini letak jawatan lah !!!! Atau tubuh suruhajaya Di Raja ke ? Kah kah kah kah !!!!!
No comments:
Post a Comment