Ketua Beliawanis MCA Selangor, Jessie Ooi hari ini membidas Majlis Bandaraya
Pulau Pinang (MPPP) kerana mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang
berhubung soalan yang dikemukakannya semasa debat antara Lim Guan Eng dengan
Datuk Seri Chua Soi Lek pada 18 Februari.
Dalam satu kenyataan hari ini, Jessie berkata, adalah
tidak
bersesuaian bagi MPPP menggunakan tindakan undang-undang untuk menutup
mulut pengkritik yang mempersoalkan dasar-dasar mereka.
"Semasa
persidangan itu, saya hanya seorang peserta. Saya mempunyai hak untuk
mengemukakan soalan mengenai isu-isu yang saya tidak faham. (Setiausaha Agung
DAP) Lim Guan Eng (kanan) mempunyai hak untuk menjawab atau menyangkal soalan
saya," katanya.
Tetapi, katanya, selepas persidangan tersebut, sebarang
soalan atau pertikaian berkaitan isu-isu yang dibangkitkan semasa persidangan
itu, perlu dibangkitkan dengan penganjurnya. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Itu;lah kebebesan bersuara cara DAP dan kerajaannya. Itulah juga cara PAP Singapura dan kerajaannya bertindak terhadap pengkritiknya. Mereka ini cakap aje bebas itu bebas ini. Tetapi tindakannya lebih kepada hukum haiwan.
2. PAP juga guna cara sama iaitu guna agensi kerajaan untuk menekan pengklritik bagi mengelak PAP dikatakan menindas. Ini juga dilakukan DAP dengan menggunakan MPPP untuk menekan pengkritiknya.
3. Sebab itu PG selalu katakan. Mereka ini cakap aje bebas itu dan ini. Tetapi semuanya pakai air liur aje. Amalannya .........................Kkkkkhhhhaaaaakkkkk ppppuuuuuuiiiiihhhhhhhhhhhhhh. Boleh blah lah.
No comments:
Post a Comment