Monday, 13 February 2012

KEJAP HARAM, KEJAP HALAL !!!!!!


PAS-DAP-PKR: Bunyi saja kena tibai...

Begitulah nasib PAS sejak berkawan dengan DAP, sekarang ini jika terlajak sikit memperjuangkan apa yang dilihat mempunyai unsur agama dan tidak disukai oleh rakan kongsinya DAP, langsung kena 'tibai'.

Sebagai contohnya, tindakan Dewan Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan promosi Hari Kekasih (Valentine's Day) kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim baru-baru ini dengan pantas dikomen oleh Pengerusi DAP Karpal Singh.

Karpal minta PAS mengubah pendiriannya mengenai Valentine's Day kerana DAP beranggapan ia bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan.

“DAP tidak bersetuju pendirian PAS menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini,”  kata Karpal.Menurutnya, pendirian Pas tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.

“DAP berpendapat pendirian PAS menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik, tindakan PAS adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan. Malaysia adalah negara mengamalkan prinsip demokrasi,” katanya.

Karpal berkata, DAP kecewa dengan tindakan PAS, satu parti komponen PR yang menentang sambutan Hari Kekasih setiap tahun. “DAP menggesa PAS menarik balik pendirian berkenaan sebelum 14 Februari ini,” katanya.

Di sebalik bantahan keras Karpal, PAS tetap dengan pendirian menentang sambutan Hari Kekasih, kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Menurutnya, PAS tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.

"Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya.

Sementara itu, di Kota Bharu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz meminta Karpal belajar untuk menghormati agama lain dan tidak memaksa masyarakat untuk menerima pandangan peribadinya.

Dengan nada sinis Nik Abduh berkata, pemimpin tertinggi DAP itu sepatutnya lebih menghormati agama lain dan tidak menyamakan ia dengan mahkamah.

“Walaupun sudah berusia, Karpal Singh sepatutnya belajar untuk menghormati setiap agama yang ada negara ini, dan bukan hanya memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain, politik bukan mahkamah,” katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kejap kata boleh , kejap kata tak boleh. Kejab halal, kejab haram. Tantawi kata boleh kalau ikut adab Islam. Pok Nik, Nik Abduh dan HJ Hadi serta PAS kata haram.

2. Mana satu ni. Karpal dah melalak................ PAS dah kejut perut.

3. PG percaya lepas ini  atau dalam 2 ke 3 hari lagi, PAS sudah pasti akan keluarkan kenyataan kepada pemimpinnya agar tutup mulut. Bukan apa , sorok bawah karpet. Politk punya hal. Takut hilang sokongan politik. Maka itulah cara Islam PAS. Tak nak bertegas. Kalau haram kata lah haram terus. Ini kejap kata haram , ada pulak pemimpinhya kata halal.

4. Yang pasti, PAS dah ketar lutut dengan Karpal. Biasalah, PAS katakan. Parti Adat dan Sukan...... Kah kah kah kah. Politik jaga hati. Jaga hati lelaki Y dan jaga hati DAP. Sudahlah..............Pejuang Islam tahi kucing aje mereka ini.  Hudud pun entah ke mana...........................Kah kah kah kah kah kah !!!!


1 comment:

  1. PAS sepatutnya menyokon gkebebasan hak asasi manusia. PAS jangan jadi hipokrit dalam pakatan rakyat. kami akan tolak pas dalam pilihanraya akan datang.

    ReplyDelete